1) Kuew tiaw grg ...mmg semua org tahu nak mbuatnya camna..betui x?main campak2 jer masaknya itu pun balen2 kuew tiaw yg lenda masak kuew tiaw hailam aritu...
KUEH CARA BAKAR BERLAUK
sumber : Kak AS New Zealand (Teratak NurKasih)
P/s***** lenda buat 1/2 adunan jer.itu pun dah dapat banyak...
Bahan-bahan ( 100 biji lebih )-bergantung pada bentuk acuan
· 600 g tepung gandum (lenda guna 300g tpg )
· 2000 ml santan -drpd 1 1/2 biji kelapa atau 500ml santan KARA+air( lenda guna 500ml santan kotak)
· 5 biji telur (lenda guna 3 biji telur)
· 2 sk garam ( 1sk garam jer)
· 1/2 jari halia -ditumbuk kasar ( skit jer)
· 1 sb warna kuning
· BAHAN LAUK :-
· 300 g daging cincang -tapis dan siram bersih
· 2 sk lada putih biji*
· 1 sk jintan halus*-disangar
· 1 sk jintan kasar*-disangar
· 4 biji bawang kecil*
· 3 hiris halia*
· 5 sb minyak msk utk menumis
· garam secukup rasa
· serbuk perasa jika suka (akak tk bubuh)(lenda letak ajinomoto)
· BAHAN TABUR :-
· 1 pokok daun sup-dihiris
· 2 batang lada merah - dibuang biji dan hiris ( lenda stok xder pulak)
· 1/2 cawan bawang goreng
Cara-cara
1. Cara menyediakan lauk :- Bahan2 bertanda ditumbuk halus.Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumbuk hingga kering dan masukkan daging cincang dan gaul rata.Bubuh garam dan perasa secukup rasa,tambah sedikit air jika perlu dan masak lagi hingga kering.Sejukkan.
2. Dalam sebuah mangkuk,satukan telur,garam,halia dan pukul dgn hand whisk sebentar dan masukkan tepung,santan dan gaul hingga rata dan ditapis.Masukkan 1/2 bahan2 tabur dan 1/2 bahan lauk kedalam adunan tepung dan gaul rata.Bubuh pewarna kuning dan gaul rata.
3. Panaskan acuan,sapu sedikit minyak lalu tuangkan adunan dan taburkan lagi lebihan daging dan bahan tabur diatasnya.
4. Bakar hingga masak di dalam oven yg telah dipanaskan dulu.
5. **Jika menggunakan acuan tembaga bertutup,bakar di atas api dapur hingga masak.
6. **Jika menggunakan acuan timah atau loyang,bakar dlm oven hingga masak.
7. CARA kak fida:- akak menggunakan 2 acuan timah tk bertutup.Panaskan acuan atas api perlahan dan sapu sedikit minyak,tuang adunan dan tutup dgn baking tray(tutup periuk pon boleh lah) hingga 1/2 msk dan masukkan pula ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar hingga masak, lebih kurang 15-20 min pd suhu 180C.
8. **Satu lagi....bahan lauk dan bahan tabur,kesemuanya akak masukkan sekali kedalam adunan tepung dan gaul rata.Sentiasa digaul sebelum menuang adunan ke dlm acuan supaya kuih bakar ada lauk dlmnya...
akibatnya.....dek kerana penuh meja makan dgn juadah berbuka pose,maka perutku yg sememangnya gendut lagi lah bergendang gendut.huhuuuhu..ya ampunnnnnnnnnn...