Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, 25 May 2012

Makanan yang paling baik untuk wanita : =)

Salam semua...:)

Hai u oll, mak jemah datangg lagi membawa info yang baik punyerrr. Arini nak share dengan para wanita semua 4 makanan paling baik untuk WANITA.


 1. Daging Kerbau
Disebabkan keluar darah haid pada setiap bulan, wanita akan cenderung untuk berasa lebih lemah berbanding lelaki. Untuk mendapatkan semula kandungan zat besi yang diperlukan, daging kerbau adalah sumber yang terbaik. Daging kerbau tanpa lemak merupakan diet makanan yang paling baik untuk wanita. Ia dapat membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan berat badan.




2. Betik
Betik mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Sebiji buah betik yang bersaiz sederhana mengandungi 188mg vitaminC dan hanya 119 kalori, ianya merupakan sumber vitamin yang terbaik untuk wanita.   ** fevret aku ni betik..:)



3. Taufu
Makanan ini mengandungi kandungan protein soya yang tinggi dan dapat membantu untuk meminimumkan kesan menopaus, menguatkan tulang dan mengurangkan kolestrol. Kandungan 50 hingga 76 mg isoflavones dapat membantu untuk mengurangkan kesan menopaus. Setengah cawan taufu mengandungi sekitar 25 hingga 35mg isoflavones. 



4. Sayuran Hijau
Sayuran hijau dapat membantu untuk memerangi osteoporasis yang dihidapi ramai kaum wanita.Para penyelidik membuktikan bahawa sayur sayuran berdaun hijau gelap seperti sawi, bayam, brokoli adalah sumber terbaik untuk vitamin. 

Notakaki: Kang aku update lagi, arini mood ke laut sebab pagi2 buta dah bergaduh dengan orang..