Letstogether Babes :)

Teman Melangkah

Showing posts with label Adra Sofiyya. Show all posts
Showing posts with label Adra Sofiyya. Show all posts

Tuesday, 19 February 2019

KISAHNYE TELUR DADAR PETAK



Salam,

Gemorning u olls. Alhamdulillah setel dah kebizian kat dapur dari subuh. Semenjak anak dah
sekolah ni memang aku akan bz siapkan brekpes Si Adra dulu dan brekpes husband nak
pergi kerja.

Oh ye, malam tadi tetibe adra bagitahu yang dia nak bawak bekal ke sekolah harini . Dah tu siap request nak nasi goreng dan telur dadar petak. Haaaa, jenuh la aku duk pikir ape benda la telur dadar petak tu.Rupenya yang adra maksudkan, telur dadar tu dipotong kecik kecik bentuk petak.Ahahahaha 

So pagi ni gigih la mama siapkan bekal dia , harap harap kenyang la dak Adra kat school harini.Dia sekarang memang selera sangat makan. Alhamdulillah, seronok tengok anak anak makan dari air tangan kita kan ❤




Yeahhh, first bento adra ke school. So lepas ni mama
kena super duper rajin lagi la nampaknye :)

Tuesday, 6 September 2016

ADRA 2 YEARS :)



Salam semua,

Semalam 5 september 2016, genapla Adra Sofiyya berumur 2 tahun. Alhamdulillah. Antara nikmat terindah yang ALLAH beri dalam hidup ni. Tak sangka dah 2 tahun dah dia. Cepatnya masa berlalu.
.
.
Dah makin bijak bercakap, even belum lancar, mama tetap bangga. Dah pandai susun toys after main, dah pandai tidur sendiri (sedih), dah pandai behave bila diluar. Sangat sangat senang dijaga, jarang menangis, tapi kalau menangis haisshhhh drama sangat. Tak memilih makanan tu part paling best, hahaha. Mama masak apa pun, dia makan je. 
.
.
Dalam hidup ni tak nak berlumba tentang pencapaian anak, cukupla adra membesar dengan sihat dan jadi anak yg baik. Yang penting ku cuba untuk jadi mama yg terbaik untuk adra. Ok, touching pulak duk karang blog petang petang nih. 
.
.
Happy Birthday RAJA ADRA SOFIYYA,
Mama & Ayah sayang Adra,





PS: Eh rasa macam rindu pulak nak pregnant lagi ..hikhik

Friday, 2 September 2016

WELCOME SEPTEMBER ❤

Salam Semua.

.
Lama tak jenguk ke blog. Teruk sangat ni tahap pemalas nak menulis di blog. Please please kembalikan aura menulis balik. Rindu sangat kat blog. Malangnya selalu tak cukup masa nak update. 
.
.
Sedar tak sedar ,dah masuk bulan SEPTEMBER..I love september. Hihi.sebab september adalah bulan kelahiran Adra Sofiyya. Eh dah nak masuk 2 tahun lah budak tu . Cepatnye membesar. 


Hai saya dah nak masuk 2 tahun :)
.
.
Bercakap pasal september ni,semalam masuk je 1 September,pagi pagi nak pergi kerja dah ada dugaan. Dah siap dah nak keluar rumah, sekalinye husband duk start kereta, takmau hidup. Allah.


Dah la ade kerja penting semalam kat office. Try banyak kali memang tak mau start.
Last last call abg pomen datang rumah tengokkan kereta. Rupenye bateri kereta dah habis. Ye la dah 3 tahun da tak tukar tukar bateri lagi. Kihkihkih.


.
Lalunye sementara tunggu abang pomen repair kereta, aku dan adra pun breakfast ler dulu di rumah. Almaklumlah, pagi pagi memang lapor aje. Tak pasal pasal semalam lambat masuk office. Takpela, tu ujian kecil sahaja. InsyaAllah september ni Allah akan berikan berita gembira lain hendaknye. Hope sale bulan ni semakin meningkat. Yeayyy :)



Tuesday, 19 April 2016

Cara untuk ajar anak duduk dalam carseat

Salam Semua...


Tahukah anda,amat penting meletakkan baby didalam carseat. Kerana ini dapat mengurangkan risiko baby cedera teruk atau melambung bila berlakunye kes kemalangan.

Aku dan husband dah train adra untuk duduk dicarseat semenjak dia berumur 3 bulan. Alhamdulillah sangattt la behave adra bile dalam carseat.Tapi semenjak aktif berniaga ni kreta dah mcm stor, kadang kadang terpaksa cabut carseat adra untuk bagi ruang ku letak box barang barang jualan. Makanya adra pun seronok la dapat duduk depan dengan  mamanya ni.

Tapi tak boleh tahan bila adra duk depan, sebabnya tangan dia sangat la ligat duk main tingkap aircond, main volume kereta dan punggah laci dsahboard tu. Subhanallah, mama ni sabar je la tengok akal dia tu. 

Last week cakap dengan husband, tak boleh jadi ni, kena ajar Adra duk dalam carseat semula. Makanya, last week bermula la episod budak ni melekat balik dalam carseat. 1st day macam biasa la, tak boleh tahan dia duduk lama lama dalam carseat. Resah gelisah semua ada. Tapi mama & ayah kena berhati kering melayan auta dia tu

2n day Alhamdulillah, dah ok. Dah seronok dah dia. Sekarang asal masuk kereta je dia tahu, dia kene duduk dalam carseat. Tak sampai 15 minit selalunye dia dah tertido dalam carseat. Hehehe..memang kuat tido budak ni

So harini aku nak share beberapa tips untuk lekakan anak di carseat:

> Sediakan healthy snack food untuk anak <
Selalunya memang aku akan prepare makanan untuk adra, paling simple kerepek popia.  (kulit popia dikoyak, digoreng garing dan taburkan dengan serbuk udang #byciknuie). Dapat makanan memang elok la dia duduk dalam carseat, duk menghadap makanan. Jangan lupa sediakan sebotol air kosong untuk anak anda ye 

>Sediakan mainan/book <
Haaaa...,macam aku memang avoid utk bagi adra gadget, so solutionnya untuk elakkan adra bosan, ku angkut mainan fevret dia or buku. Leka la dia duk main2 or selak2 buku.

> Sediakan bantal busuk anak <
Hahaha...yang ni memang wajib ada. Adra ada bantal busuk dan soft toys kegemaran dia tau. Bolster busyuk kepam tu la bantal bucuk adra, dan cik tikus tu pulak soft toys kegemaran adra. Takde 2 bende tu, kemurungan la dia :P








Monday, 4 April 2016

Mandi Lemon untuk rawatan demam anak


Salam semua..

Lama tak bersiaran kat blog. Harini nak share antara tips rawatan awal yang aku akan buat setiap kali Adra Sofiyya demam/selsema.
Pernah dengar mengenai MANDI LEMON?

Haaaa..sebut lemon je dah terbau bauan yang segar kan.Selalunya bila badan adra dah start panas (dedar), cepat cepat aku akan cari lemon. Then hiris2 lemon tu. Then dalam besen or tab mandi sediakan air suam suam kuku. Dah penuh letakkan hirisan lemon tadi dan perah je dalam tu.

Dah siap air lemon tadi,bolehla dimandikan anak dalam air tadi, lagi best biar je anak berendam. InsyaAllah cepat je suhu badan anak akan turun.

Bagusnya mandi lemon ni , sebab lemon ni boleh meredakan suhu badan anak. Selain mandi lemon, kadang kadang aku akan buat rawatan lemon socks. Caranya senang sangat, selalu buat malam2 masa anak tidur. Ambil besen dan isikan dengan air suam, perah sebiji lemon dalam air suam tadi, then rendamkan socks dalam air tadi. Dalam 20 minit camtu , amik socks tadi perah dan pakaikan ke kaki anak. Mula2 anak mungkin tak selesa sebab stokin tu lembap kan. Tapi jangan terkejut kalau korang tengok kejap je stokin dah kering, sebab lemon dah serap panas badan anak anda :)

InsyaAllah try la, mudah mudahan dapat membantu ibu ibu semua. Tapi if suhu dah tinggi, better cepat bawa ke hospital. Sambil2 tu boleh ikhtiar dengan natural remedies kan :)






Psss: InsyaAllah blog ni akan diaktifkan semula dengan banyak lagi perkongsian menarik :)


Tuesday, 26 January 2016

Tips untuk parent bila membawa anak ke Taman :)


Salam semua...

Cuti panjang baru ni korang buat apa je? Macam biasa weekend aku akan balik ke sungkai, tapi semalam awal awal lagi dah gerak balik ke Rawang. Sebabnya dah janji nak cod barang dengan beberapa orang customer.

Dah setel COD, singgah ke Aeon Rawang jap, makan dan beli barang sikit. Si Adra Sofiyya pulak dah menangis bila keluar Aeon, tak puas berjalan. Alahaiii anak, sabar je lah mama n ayah ni. Haha.
So decide dengan husband, gi lepak kat Taman area Bandar Tasik Puteri dulu. Lagipun tengok jam pun baru pukul 6 tepat.Apa lagi seronok la si Adra dapat tawaf Taman, dapat berjalan kedek kedek dia tu, dapat main tanah bagai. Takpe, sekali sekala bagi dia enjoy. Kesian kalau weekdays mama dan ayah kerja, weekend bagi peluang kat dia untuk main2 :)


Actually nak share something, semalam bila lepak di taman, tengok ada juga sesetengah parents yang lepaskan anak main area situ, tanpa pengawasan parent. Parent busy sembang, busy tengok handphone. Pleaseee parent, sekarang dah banyak sangat kes culik. Jadikan ikhtibar dengan kes kes sebelum ni. Jangan abaikan anak anak anda.

Tips untuk parent bila membawa anak di taman:

- Make sure duduk di area ramai orang 
- Sentiasa memerhatikan gerak geri anak
- Pesan pada anak supaya menjerit if ada orang yg tidak dikenali ingin mengusik or membawa larinya
- Tidak membiarkan anak pergi main terlalu jauh dari pandangan mata anda
- Sediakan kain or towel muka untuk mengelap peluh anak
- Sediakan bekalan air kosong dari rumah untuk anak2 dan untuk kita sekali, supaya kita tidak dahaga dan tidak perlu membeli air or jajan yg dijual dikawasan Taman. 
- Balik rumah sebelum maghrib

Ok tu je yang aku terpikir point2 yang boleh dikongsi dengan korang. Jagalah anak anak kita dengan sebaik baiknya, kerana anak itu adalah anugerah dan amanah dari ALLAH.





   



         

     

             

Tuesday, 5 January 2016

Yeayy..I'M Back !!


Salam...

Ada yang rindu tak? Kihkihkih..ke semua dah hilang dari radar. Ok kita update mane yang sempat je la ye. Maaf la lama tak jenguk blog kawan kawan. Daku sibuk sangat lately. Anak pun dah umur setahun 4 bulan. Dah besar dah budak adra sofiyya tu :)





Sekadar perkongsian untuk harini. Kenapa ibu2 semua perlu menitik beratkan penjagaan pemakanan anak anak. Ini adalah salah satu sebabynya. Memang daku kalau boleh elak untuk bagi jajan, roti2, kek2, or makanan yang banyak perisa gula dan garam, sebabnya adra masih terlalu kecil untuk menelan semua makanan2 tidak sihat ni. 

Daku rela bangun 5 pagi setiap hari untuk menyiapkan bento (bekal makanan) untuk anak beranak. hehehe. Sekurang kurangnya adra makan dari masakan mamanya sendiri kan. Jom ibu ibu hebat semua kita amalkan pemakanan sihat dalam keluarga kita :)

Jom add facebook linda ye, boleh klik di tepi blog ni. Boleh tengok daku ada jual homemade baby food seperti cookies, rice cereal, oat cereal, serbuk bilis dan banyak lagi keluaran #homemadebyciknuie . 

Ps: Nanti daku update lagi ye. Thanks sudi melawat blog picisan ni :)

Wednesday, 26 August 2015

Kuat Makan


Salam semua...

Tengokla budak ni.. Kuat makan. Haha.. Dalam kereta mesti dia nk mengunyah. So mama gigih la pagi2 sediakan something untuk dia kunyah kunyah. 

Adra Sofiyya, dah nak masuk setahun rupanya awak. Cepatnya masa berlalu.. Rindu awak masa first day lahir. Sekarang dah banyak akal, kelakar pulak tu. Suka sakat orang, kuat makan, kuat main, kuat tido jugak. Alhamdulillah, anak yg baik, tak banyak ragam. Moga terus membesar dengan sihat hendaknya :)



Pssss: Budak ni pandai selfie jugak..hahaha.

Monday, 24 August 2015

Pancake pisang untuk baby


Salam semua....

Sihat ke semua kawan kawan bloggerku. Rase bersalah da lama tak update blog, tapi nak buat camne masa tak mengizinkan.

Harini just nak share dengan korang.. Last saturday aku buatkan mini banana pancake untuk Adra Sofiyya. Try n error je, nasib baik menjadi. Yang bestnye banyak adra makan. Seronok tengok dia makan berselera camtu.


RESEPI: 
Blend sebiji telur, 4-5 biji pisang mas dan sesudu yogurt. Then adunan yg dah diblend korang campurkn dengan 4-5 sudu tepung. (Aku guna tepung faiza). Pastu panaskan non stick pan. Guna unsalted butter utk bg berminyak sikit pan tu. lepas tu bolehla goreng cecomel cam i oll buat. 


Lembut je pancake tu, yang penting no sugar ye. Resepi sihat untuk baby. By the way, adra da 11 bulan ++. 


Adra da mengecil sbb terlalu aktif, tapi bersyukur sebab dia sihat dan bijak. Masih berselera makan. Semua yg aku masak, semua dia makan dgn abis .

psss: doakan adra membesar dengan sihat dan bijak ye :)

Friday, 5 June 2015

Adra dah 9 bulan !!

Salam semua...

Dah lama tak bersiaran kat blog ni. Kerajinan nak berblog tu dah makin kurang. Huhu..apa la nak jadi.

Harini hari jumaat 5/6/2015 genap my little princess umur 9 bulan. Cepatnya masa bergerak. Rasa macam baru lagi bersalin kan Adra, rasa macam baru je berpantang. Tengok tengok Adra da 9 bulan. Dah besar da anak mama. Moga terus membesar dengan sihat dan bijak.

Perkembangan dia,dah pandai memanjat. Bangun je tido panjat badan n kaki mama dia,tampar2 muka mama dia. Haha...sabar je la. Tak sabar nk tengok adra berjalan...mesti penat nak kejar nanti :-)

Friday, 17 April 2015

Garlic oil

Salam jumaat semua...

Pagi tadi pukul 8 lebih si Adra babgun tido,dengar dia batuk batuk. Kesiannye la kalo baby yg batuk. Hope janganla melarat sampai ke demam ke apa.

Sebelum ni Adra pernah sekali demam &selsema. Memang aku tak bagi ubat dekat dia. Sebab kalau pergi klinik gov pun memang doc tak bagi ubat untuk baby. Juz lap2 kan badan dia dgn air suam mase demam. Selsema pulak aku juz sapukan garlic oil. 


Pagi tadi gigih ke dapur, ambil seulas bawang putih then bakarkan dengan api yg slow. Agak agak dah hitam sikit tu, tutup api dan biarkn sejuk sikit. Lepas tu ambil la minyak vco ke,olive oil, or minyak masak letak dalam piring or bekas. Pastu u oll juz lumat lumatkn bawang putih tu dlm minyak tadi. 


Elok sapukan di dada,belakang badan dan tapak kaki. So far mmg elok utk Adra. Semoga cepat elok batuk awak my dear.. Mmmuuaahhh ciked. 




Monday, 13 April 2015

Ke Fraser Hill sebentar :-)

Salam semua...

Sabtu lepas sesaje naik ke FRASER HILL ,nak bawa Adra berjalan. Kesian dia asyik dibawa ke shopping mall je. Hihi..sekali sekala melawat tempat cantik dan menarik,best jugak.

Kebetulan kalau dari Rawang ni takdela jauh sangat nak ke Fraser Hill. Lalu ikut kuala kubu bharu. Tapi jalan berliku liku,memang peningggg sangat. Si adra yg duduk dalam car seat pun senyap dan monyok je mase nak naik Fraser Hill tu. Adra pening ler tewww..






Kat sini ade kolam ikan, boleh bagi ikan makan..seronok Adra bile tengok ikan banyak2 :)









Seronok juga dapat berjalan ke Fraser Hill, cantik sangat pemandangan situ. Paling seronok Adra la, maybe sebab sejuk kot. Behave je dia ikut mama n ayah berjalan. Actually banyak jugak tempat menarik, ade waterfall, sungai, tempat main gasing, taman2. Tapi kami tak pergi semua tempat pun, banyak melepak je. Seronok duduk2 sambil mngadap pemandangan cantik. Angin pun sejuk je.

Next time nak repeat lagi ke Fraser Hill, tido sane pulak la..hihi :)





Friday, 10 April 2015

Solid food Adra Sofiyya

Salam semua...



Masa adra dah dekat nak masuk 6 bulan, mamanye memang excited sangat2 nak bagi anak makan. Awal2 dah beli set makan, bib, blender khas utk adra..hehe. Macam nk sekolahkan anak je gayanye. 

Masuk je 6 bulan aku start bagi puree avocado. Sebab duk baca, elok start dengan buah yang tawar, yang tak ade perisa. Mula mula bagi sikit je dulu, ok nampak macam dia suka. Habis semangkuk puree dia makan.Mamanya rase seronok yang amat..hehehe. Macam biasa ikut 4 days rule, nak tengok dia alergik ke tak dengan buah or sayur tu. 

Setakat ni dah bagi puree avocado, epal, pear, lai, brokoli, pisang, peach, carrot. Baru2 ni masuk 7 bulan dah start bagi bubur nasi kosong, bubur nasi + cauliflower + carrot, esok nak bagi bubur nasi + brokoli pulak. Alhamdulillah, selama ni bagi adra makan, semua dia makan abis, even buah or sayur tu tawar ke, masam ke, manis ke, semua habis dia telan. Lega sangat bila dia tak cerewet buat masa ni. 

Stok puree untuk seminggu. Pear & brokoli :)


Pakai rice cooker TEFAL je, sebab rice cooker ni multo function boleh steam, wat porridge, bakar cake  (hadiah kawin je..huhu, kalau beli boleh menangis )



Guna blender Magic Bullet je. Yg ni opah adra yg belanja..hehehe :)



Puree brokoli yg tak sedap ni pun habis semangkuk adra makan. Alhamdulillah :)


Teruja dapat makan..:)


Bubur nasi + carrot + cauliflower. Dalam bekas hijau tu serbuk ikan bilis, sangai (goreng tanpa minyak ) then blend halus2 :)



P/s : Memang seronok kan tengok anak berselera makan. Rase teruja sangat. Harap2 Adra membesar dengan sihat :)


Wednesday, 25 March 2015

Life as a mother :)



Salam semua...

Alhamdulillah , finally update jugak blog ni. Terpikir nk tutup je, tapi rasa macam sayangggg sgt. Blog ni aku buat dari zaman bujang sampai la sekarang dah beranak sorang. Anak pun dah nak dekat 7 bulan..hehehe :)

Seronok da bergelar mama ni. Alhamdulillah ALLAH bagi kesempatan untuk aku menjadi FULLY HOUSEWIFE. Rasa teramat bahagia tengok anak membesar depan mata. 24 jam mengadap anak. Takpela orang nak cakap suri rumah ni kolot ke apa. Ini pilihan aku. Mungkin nanti Adra da besar sikit, baru terpikir nak keje kot.

Adra Sofiyya arini da genap 6 bulan 20 hari. Dah membesar dengan sihat dan aktif. Actually sangat sangat aktif Adra ni. Ramai yg cakap adra ni sangat lincah. Dah macam hyper pun ada. Huhu..ape la agaknye aku makan dulu mase pregnantkan adra. Alhamdulillah mase 4 bulan dia da blh meniarap. Sekarang gigi 2 batang da keluar sikit. Gigi geraham pulak tu. 

Bukan senang ye jadi Mama, tidur dan bangun kena ikut jadual anak. Alhamdulillah Adra dari 2 minggu berpantang, tak de berjaga malam. Malam kul 9 or 10 tu selalunye dah tido, sampai la kul 7 pagi. Kul 8 pagi tido balik sampai kul 10 pagi. Barula dia mandi & buat aktiviti lain. Cuma waktu siang dia banyak main, so kadang2 memang lambat la aku masak utk lunch. Kadang2 raja balik keje baru terhegeh hegeh i oll nak masak. Giteeeewww,.Bila anak da tido baru berkesempatan utk lipat baju semua, kemas bilik. Memang kadang2 rasa tak cukup 24 jam..huhu. Nak berniaga online pun kene curi2 masa. 




Raja Adra Sofiyya Binti Raja Mohammad Hafiz :)


Ni masa first day makan puree avocado. She likeeee it ;)



Tuesday, 30 September 2014

Little Junior of Linda & Raja ;)



Salam semua.... 

Huhu..lama gile tak update blog. Last update bulan april.Sekarang dah hujung bulan september dah,Gile lahhhh. Maaf ye, masa pregnant hari tu serius takde mood langsung nak bukak blog. Memang malas sangat nak update ape ape. Serius banyak gila benda nak sharing masa pregnant haritu, Takpela, nanti ada masa kita wat sesi throwback je la ye ;)

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan baby pada 5 september 2014 pada pukul 10.48 malam. Actually sepatutnya due date pada 28 ogos , tapi baby takmo keluar. jenuh aihhhh aku wat macam2 nak bagi baby cepat cepat keluar. Tapi apakan daya, baby pilih bulan september. Dah la kena induce (dipaksa bersalin), mengharungi sakit dari tengahari sampai la malam. Last2 kena emergency czer. Huaaaaaa..sedihnye. 

Nanti aku cite pengalaman bersalin ye, sebab panjang sangat nak cite.Hehehe. Sekarang ni still dikampung untuk berpantang. Hari ni dah hari ke 25. Fuhhh..lama lagi nak tunggu 44 hari ni. Hanya mampu bersabar. Yang penting berat badan dah turun dengan jayanya. Siap dapat berat masa anak dara. Gitewwww ;)




Adra Sofiyya..moga membesar jadi anak yg baik dan solehah ;)


P/s: waktu tido sekarang dah berubah...mata pun da jadi cam panda ;)