Memaparkan catatan dengan label Penapis air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penapis air. Papar semua catatan

Rabu

Riba' yang ramai terlepas pandang

Assalamualaikum

Zaman sekarang ramai orang dah mula aware pasal halal haram dalam jual beli. Terutamanya dalam bab hutang, riba' dan sebagainya. Walau pun masih ada yang kadang kadang lupa atau ingat ingat lupa bila tang pinjam duit orang, berdosa hukumnya kalau tak bayar on time ikut yang dijanjikan. Still.. Bila bab pinjaman untuk beli rumah ramai yang pilih islamic banking. Tak kira beli rumah mahu pun kereta atau kad kredit.

Cuma.. Yang aku perasan.. Ramai yang terlepas pandang bab riba' kecil kecil dalam jual beli barang-barang yang tak berapa nak besar. Musim raya ni kan, yang tersenyum riang dah tentu tokey Court Mammoth dan AEON credit. Ramai la yang sanggup bergolok bergadai nak beli perabot baru dan sebagainya. Herannya fenomena perabot baru ni time Aidilfitri je.. Masa CNY ke Thaipusam ke jarang dengar kan. Hehehe..
Perabot mahal yang kami tak beli
Skim belian secara kredit macam ni setau aku riba'. Tapi ramai yang terlepas pandang. Maybe sebab belian kecil kecilan. So tak berapa nak kaji sangat. Satu lagi yang aku rasa modus operandi serupa adalah belian barangan macam penapis air atau penapis udara secara installment. Ramai yang tanya aku, kenapa penapis air aku jual tak boleh buat installment sampai 3-4 tahun macam yang lain lain. Maaf cakap. Penapis air yang kami bekalkan cuma boleh buat installment tanpa faedah 0% selama 12 bulan. Tak boleh nak buat lama-lama sebab kami tak kutip untung kut situ. Kami just tolong sesiapa yang nak beli.

Aku tulis ni sebab terbaca artikel yang kata Court Mammoth perdayakan pembeli tu. Pada aku tak timbul soal perdaya memperdaya kat situ. Clearly diorang tulis kalau bayaran bulanan kena bayar sebanyak RMXXX selama berapa bulan. So walau pun tak ditulis interest kat situ, orang boleh kira sendiri berapa interest yang cas sebenarnya. Bukan benda baru pun rasanya. So apa yang kecoh sangat kata perdaya memperdaya pulak.

Ada yang rasa terpedaya ke dengan Court Mammoth?

Daa

Khamis

Penapis air paling murah

Assalamualaikum

Aku selalu mendapat soalan begini dari orang tentang penapis air.

Penapis air apa paling murah tapi bagus?

Maaf cakap ya. Kebanyakan orang kita selalu tanya soalan begini. Tapi kalau dengan bangsa satu lagi. Aku ditanya soalan yang agak berlainan..

Penapis air apa paling bagus?

Sedangkan.. Pada pendapat aku.. Ramai yang bukan tak mampu. Tapi wang dilaburkan pada perkara yang pada aku kurang perlu.

Contohnya.. Henpon mau lawa. Mau yang paling bagus teknologinya. Yang paling baru. 

Tapi dalam bab berkaitan dengan kesihatan.. Jawapannya..

Tak mampu lah nak pakai yang mahal..

Ala.. Kalau ada yang murah yang boleh tapis air. Kenapa nak beli yang mahal mahal.

Hakikatnya.. You get what you paid.

Murah kualitinya pun cap jalan pasar lah.

Walau pun dalam bab penapis air ni, aku tak nafikan yang banyak product yang mahal tapi performancenya tak setara mana pun. Tak effective untuk eliminate contaminants pun. So, pada aku.. Kenapa nak spend even seribu pun untuk penapis air yang tak serve the purpose? Baik ada dari tak ada? Kalau macam tu beli je lah penapis air takde cap yang jual kat jalan pasar. Maaf cakap, penapis air yang jual ribu ribu, ada yang performancenya tak lebih dari yang dijual dengan harga tak sampai RM500 tu.. Malu lah pulak nak beli yang tak ada jenama.

Entah ya..

Kenapa kesihatan bukan priority? Kenapa penampilan yang jadi priority?

Kalau kita sakit.. Kalau anak sakit.. Apa guna ada sport car pun. Apa guna ada henpon mahal pun..

Don't take your health for granted.

Still.. Kita hidup dengan pilihan. Duit masing masing, terpulanglah nak spend macam mana.. Cuma aku agak tertanya tanya.. Kenapa? 

Daa

Cara buat perbandingan penapis air

Assamualaikum

Ramai yang inbox tanya tentang penapis air yang baik atau pun senarai penapis air yang baik. Mahu pun terbaik. Baik atau tidak bergantung pada keperluan seseorang. Atau, ia juga boleh didefinisikan dengan baik melalui kaca mata siapa?

Baik bagi penjual? Of course!
Baik bagi pengeluar? Dah tentu!!!
Baik bagi pihak ketiga? (Biasanya untuk tujuan pensijilan) - Belum tentu
Baik bagi pembeli? Kena tau apa keperluan pembeli dan apa yang pembeli mahukan

Pada aku, asas memilih penapis air sangat simple. Berbalik pada tujuan menggunakan penapis air? Nak buat apa ada penapis air? Nak tapis dan rawat air la kan.

Malangnya, banyak penapis air di pasaran missing the point. Banyak product diiklankan dengan pelbagai cara termasuk, penapis air yang boleh merawat kanser! Gila tak gila. People buying! Dan ada juga yang malas nak masak air, dan nakkan penapis air yang boleh dispense panas sejuk. Dispenser panas sejuk bagi aku adalah additional features. Kalau boleh dispense panas sejuk, tapi yang boleh ditapis sikit je.. Hmm.. Terpulang. Hidup kita penuh dengan pilihan. :D

So sekarang, kaedah paling simple nak tau penapis air tu berbaloi dibeli ke tidak adalah dengan membandingkan sejauh mana ianya berfungsi menapis dan merawat air. Check bahan cemar yang boleh ditapis.


Masukkan nama pengilang atau nama model. Kalau tak jumpa, tapi ada seal NSF pada model, tanya pada penjual tentang pengeluar penapis tersebut.

Kalau tanya dengan penjual, penjual akan cakap. Seeeemuaaaa boleh tapis. Tapi betul ke? Hehehe. Hakikatnya, tak ada satu pun penapis air yang dapat menapis semua bahan cemar yang wujud sekarang. Sebab bahan kimia ciptaan manusia sentiasa bertambah. So, pihak ketiga macam NSF ni berfungsi sebagai badan bebas yang check dan keluarkan sijil penapis air yang telah mereka test. Dan, dari situ dia bagi list bahan cemar yang boleh ditapis.

So sila lah check penapis air yang korang gunakan dah dapat pengiktirafan ke belum.

Btw, ini adalah sijil kepada pengeluar. So product rebrand yang pengilang lain jual syarikat lain tak ada ya. Dan ini adalah senarai bagi penapis air dengan teknologi karbon. Kalau guna teknologi RO ada senarai lain. 

Selamat mencuba.

Info lain tentang penapis air : Penapis Air

Daa

Selasa

Kenapa perlu mineral dalam air?

Assalamualaikum

Ramai penjual dan peminat air RO yang tak puas hati dengan entry pasal RO dan pasal manipulasi demo oleh peniaga penapis air. Siap kata aku ni penyebar fitnah bagai kan. Hahaha.

Nko ingat aku heran? Hahaha.. Yang cakap air RO bahaya bukan aku, tapi WHO. Aku ni mana la ada kelayakan. Aku blogger je. Aku menyampaikan apa yang WHO kata je. Adakah aku salah? Kalau aku salah, so salah WHO la. Wooo.. WHO salah tuuu.. Kata penjual air RO :P

Come on guys. Ni sains menengah rendah la..

Air adalah pelarut terbaik. Secara semulajadinya air melarutkan bahan lain. Air melarutkan gas seperti oksigen, karbon dioksida, etc. Air melarutkan ion daripada mineral.

Kata peniaga penapis air RO. Mineral dalam air tak perlu sebab jumlahnya sikit sangat. Kita boleh dapat mineral daripada makanan yang kita makan.
Tettt.. Deadly wrong.. Mineral dalam air bukan untuk support keperluan mineral kita.
So kenapa perlu mineral baik dalam air?
Sekali lagi aku nak highlight. Air adalah pelarut terbaik. Mineral baik dalam air adalah sebagai penstabil bagi air. Kalau air semata mata, tanpa mineral, sifatnya akan jadi sangat menghakis. Contohnya air bateri. Air bateri adalah air suling melalui proses distillation (distilled water). H2O semata mata. Tapi kenapa orang tak minum air bateri? Cuba tumpahkan air bateri atas kain. Reput kain tu. Kenapa air RO tak boleh disalurkan melalui paip? Sebab ia akan hakis paip tu.

So.. paip tu pun dia boleh hakis. Kalau kita minum dia memang takkan hakis dinding perut kita. Tapi air yang demineralised ni akan drain kita punya mineral dari tubuh.

Kalau kata aku ni penyebar fitnah terpulang. Baca laporan WHO : Health risk from drinking demineralised water

Kalau RO tak elok kenapa kerajaan tak haramkan je penjualan air RO?
Kalau korang dapat jawab kalau MLM tu tak bagus dan ramai kena tipu dan bengkrap sebab MLM aka skim cepat kaya kenapa kerajaan tak haramkan je MLM. Mungkin korang boleh jawab persoalan tu.

Apa yang ditakuti adalah air RO berkebolehan melarutkan logam berat seperti lead juga. Sebab tu lah kenapa air RO tak boleh disalurkan ke rumah rumah.

Dan kalau nak banding dengan NeWater yang kononnya disalurkan ke rumah rumah kat Singapura nun. Sebenarnya Newater primarily digunakan untuk kegunaan industry. Kalau tengok pada proses penghasilannya. Siap ada guna UV light sebab membrane RO bukan penghalang bacteria dan kuman yang baik. Dan lagi, sejenis bahan kimia bersifat alkali (yang aku tatau benda apa) ditambah ke dalam air bagi menstabilkan pH air.

Kalau air RO tak elok kenapa Singapura hasilkan?
Semua orang tau Singapura takde sumber air bersih. Buat masa sekarang diorang beli air dari Johor. Lepas 2061, diorang terpaksa cari sumber air sendiri. Since diorang takde sumber air bersih, maka diorang kena buat air bersih. Air RO adalah salah satu option terbaik bagi diorang.

Air RO ni sebenarnya cuma orang darurat je guna. Askar kat medan perang. Kawasan yang ada bencana alam macam kes tsunami kat Acheh dulu. Tak silap aku, tentera Australia bawak set untuk proses air laut jadi air RO. Kat negara arab nu, sebab diorang padang pasir. Air kena ambik dari laut proses jadi air bersih untuk minum. Tapi diorang guna proses lain, yang dipanggil desalinization. Tapi hasilnya sama. Air yang takde mineral.

So, persoalannya.. Adakah kita darurat? Mungkin ya mungkin tidak.

Air RO akan drain mineral dari badan kita especially kalsium, magnesium. Ada diuretic effect. Air RO rasanya tak sedap. Kalau masak guna air RO, ia akan drain mineral dari makanan yang kita prepare tu.

Hakikatnya. Tak ada penapis air yang dapat tapi segala bahan cemar yang wujud dalam air. Paling banyak yang aku jumpa so far 140 jenis termasuk mercury, lead, MTBE, VOC etc. Yang disahkan oleh NSF.org.

Still nak minum air RO? Hehe..

Daa

Rabu

Nak upgrade penapis air?

Assalamualaikum

Berita baik bagi yang berminat nak upgrade sistem rawatan air aka penapis air.
Ada tawaran trade in sampai 31 May ini sahaja. 

Bagaimana memilih penapis air? Baca penapis air terbaik?

Atau email kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut ya.

Daa

Jumaat

Bila perlu tukar filter penapis air

Assalamualaikum

Ramai orang beli penapis air dengan harapan dapat menikmati air yang lebih bersih dan sihat kan..? At least tujuan membeli penapis air adalah macam tu.

Malangnya, ada jugak kes ada penapis air, tapi airnya lebih tercemar lagi. Puncanya tak tukar filter.

Menjawab soalan PCL, tentang bila sepatutnya filter perlu ditukar.

Ianya berbalik pada saranan oleh pihak pengeluar. Biasanya adalah Xribu liter atau setahun. Kalau gunakan lebih dari setahun atau lebih dari Xribu liter. Performance penapis air tu dah tak valid lah. Sebab ianya dah dicemari oleh bahan cemar yang tersumbat pada liang filter tu. Atau pun, bakteria dah membiak pada filter.

Ini boleh juga jadi punca penyakit.

Persoalannya.. Macam mana kita nak tau kita da lepas guna berapa liter kan..?

Hehehe.. Sebab tu dicadangkan, beli penapis air yang ada monitoring system. So that kita akan di alert bila dah sampai masa nak tukar filter.

Tapi kalau dah sedia ada filter, cuba at least tukar setahun sekali. 

So, jangan lupa tanda kat kalendar tiap kali tukar filter. 

Daa

Khamis

Fahami label NSF & WQA

Assalamualaikum

NSF dan WQA adalah antara badan bebas yang menjalankan ujian dan pengesahan kualiti bagi produk penapis air. Sekarang dah banyak penapis air di pasaran yang ada seal dari NSF dan WQA. Seal atau sticker NSF dan WQA ni mempunyai format tertentu dan tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Hanya product yang benar benar dapat pengiktirafan saja yang layak menggunakan sticker diorang ni.

So, adalah salah kalau product tu takde pengiktirafan tapi dia ada sticker.

Bagi semua product yang ada sticker, boleh search dalam database kedua website badan tersebut.

Kalau takde. Maksudnya ada dua kemungkinan
(1) Sama ada product tu tak pernah dapat pengiktirafan
atau pun
(2) Product tu adalah product yang di rebrand dari syarikat lain.

Bagi yang pentingkan kualiti barang. Yang nak beli penapis air yang worth diorang punya duit. Better make sure yang seal atau sticker NSF dan WQA yang dipamerkan adalah yang asli.


Ini adalah contoh label NSF dan WQA

Contohnya atas sebelah kiri
Tengok bawah logo NSF : Tested and Proven by NSF International under ANSI/NSF Standard 42 for Ceramic Candle only
Dari apa yang aku baca, maksudnya adalah penapis air ni memenuhi standard 42 (utk bau warna rasa dan klorin) hanya untuk tube seramiknya saja. Bukan the whole system

Begitu juga label yang bawah tu. Standard 61 dan 58. Untuk materials saja.

Standard 58 adalah untuk health effect contaminant. Contohnya macam logam berat, VOC dan sebagainya. Bila search di website NSF, tidak dinyatakan apa yang boleh ditapis. Sebab hanya material saja yang ikut standard, tapi bukan system tersebut.

Manakala yang WQA punya seal tu pulak. Ditulis "Member of WQA year 2006". Member of water association bukan bermaksud,  WQA iktiraf product mereka. Kalau product ni diiktiraf dia akan dapat seal yang menyatakan bahawa ianya "tested and certified".
macam ni

Ini bukan menipu. Tapi dipanggil marketing strategy. So, pengguna zaman sekarang kena lah bijak menilai.

Penapis air ni dikeluarkan oleh Kouw Pinnq Enterprise Co LTD. Tak silap aku kat Taiwan.

Syarikat tempatan beli dan rebrand product dia. Kalau nak tau boleh google dan tengok rupa home water treatment system yang diorang jual. Memang saling tak tumpah dengan jenama penapis air tempatan.

Apa nama brand? Lalala.. Nanti kena saman pulakkk..

Ada orang kata semua penapis air sama je..Then aku nak tanya. Kalau semua penapis air sama, why the heck ko nak spend ribu ribu pada benda yang boleh dapat pada harga ratus ratus. Quality sama je. Dah banyak sangat duit nak buang camtu je? Baik derma kat anak yatim.

Nota kaki : Bak kata Nabil.. Lu pikir la sendiri!

Daa

Rabu

Kesoma Rai; Penulis Ourkizuna bakal disaman

Assalamualaikum

Gara-gara tulisan dalam entry aku yang dikatakan menghina intergriti penjual dan penapis air berteknologi RO, aku akan disaman.

Komen dari seorang pembaca dalam entry : Air yang sihat

Salam semua,
Bila saya baca semua artikel(apa yang dikarang oleh tuan empunya blogger ni)saya terpanggil untuk meletakkan pandangan saya melalui kajian saya(jika pengarang jg mengkaji)mengenai dunia #R.O,#air mineral #kesihatan..
Jika si pengarang mengatakan syarikat atau pengedar water filter yang melakukan ujian terhadap air menggunakan peralatan yang sangat relevan untuk menentukan kualiti air, maka si Pengarang juga amat tidak beretika kerana mengeluarkan hujahan yang tunggang terbalik dan elemen yg sangat tidak kemas (jika pembaca membaca dengan teliti terdapat unsur yang menjatuhkan pihak lain –“silap hari bulan, pengarang boleh disaman” ), si pengarang juga dikatakan tidak beretika kerana mengeluarkan penulisan sebegini yang boleh mengelirukan pengguna atau orang ramai yang tidak membuat kajian sendiri terhadap air.
Sila renung kembali, “Siapakah pengarang?” apakah kelulusan beliau dalam bidang ini? Jika hanya sekadar mengeluarkan penulisan sebegini dalam blog sendiri juga adalah satu perkara yang tidak beretika kerana anda hanya pempengaruhi dan menyampaikan informasi yang tidak tepat dan hanya sesetengah pihak sahaja yang mengetahui jika anda berada di tempat yang benar.
Terdapat beberapa info yang si pengarang sampaikan tidak tepat antaranya mengenai air mineral..air mineral terbahagi kepada 2 jenis ,mineral organik (baik) dan mineral tidak organik (yang terkandung bahan pepejal terlarut). Mineral yang dibotolkan yang dikategorikan sebagai bahaya kerana di Malaysia tidak ada bahan atau machine yang sangat jenius atau canggih spt batang paip yang menyalurkan air dapat mengasingkan mineral baik dan tidak baik!!jadi adalah lebih bijak jika kita hanya mengambil H2O yang sempurna atau air tulen sahaja (wlu bagaimanapun dalam H20 masih terdpt sedikit mineral yang boleh diterima oleh badan)..Air zam-zam pula adalah air ciptaan Allah SWT yang mengandungi kandungan mineral yang sgt tinggi iaitu Magnisum,Kalsium dan Sodium..sudah pasti air zam-zam mengandungi mineral yang organik yang dperlukan oleh badan (Air zam-zam tidak boleh dibandingkan dengan mn2 air di dunia ini)..
Kepada semua pembaca, renungkan perkara ini..”jika kita mengalami masalah tulang yang serius, sudah pasti kita akan rujuk kepada pakar tulang, kerana hanya mereka yang membuat kajian yang lebih spesifik dan saintifik mengenai tulang..jika kita mengalami sakit mata tidak mungkin kita akan berjumpa dengan pakar tulang bukan?”…Begitu juga isu air minum..silalah rujuk kepada pakar air (orang yang membuat kajian berpuluh tahun untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada manusia alaf ini).
Seperkara lagi saya ingin menyentuh jawapan si pengarang bg soalan mereka yang pnh bertanya..si pengarang tergelak apabila si bertanya menyatakan yang Michael R Long adalah pakar air dan menjadi konsultan kepada syarikat Elken si pengarang tak perlu ketawa panjang kerana, Michael R Long sememangnya pakar air yang diiktiraf antaranya adalah dari WQA dan Syarikat Elken pula adalah syarikat yang BIJAK kerana melantik pakar air sebagai konsultan mereka. Produk yang terbaik perlu mendapat pengiktirafan dari mereka yang pakar (jika si pengarang masih tidak setuju, saya rasa elok sekiranya berdebat dengan pemberi pengiktirafan).
Sebagai penutup pandangan saya ini, saya ingin menasihatkan orang ramai perlu lebih peka terhadap apa jua yang dikeluarkan oleh pencipta blog yang sbnrnye mempunyai agenda tersendiri..(Boleh saya tahu jenis water filter ape yang dijual oleh pengarang?)

Renung-renungkan dan selamat beramal

Jawapan aku :
Saudari ni bercakap macam orang politik. Mesti la aku tulis ada agenda. Siapa tulis blog tak ada agenda? Agenda tersendiri aku tulis entry pasal penapis air ni adalah untuk bagi kesedaran pada pengguna tentang penapis air dari pelbagai sudut.

Agenda aku adalah supaya pengguna tak bayar beribu ringgit untuk product bullshit yang cuma nakkan untung. Tujuan aku supaya orang buka mata yang demi duit, manusia sanggup menipu dan bahayakan kesihatan orang lain.

Betapa tak adilnya bila kepercayaan pengguna dikhianati. Ramai orang bayar beribu ribu sampai ada yang berutang dengan harapan nak dapatkan kesihatan yang lebih baik. Paling menyedihkan adalah, lebih dari separuh individu yang dikhianati ni, tak tahu pun pasal bahaya air yang mereka minum tu. Pernah aku tunjukkan report WHO tu pada seorang penjual RO yang pitch aku dengan husband, dengan nada bersahaja dia kata, saya tak peduli sangat pasal product ni, yang penting duit masyuk. Aku tak tipu. Tanya laki aku.

Ya. Aku bukan pakar air. Tapi aku tak payah jadi pakar untuk menulis blog dan buat search kat google pasal bahaya air RO. WHO dah keluarkan report nya. Kenapa aku nak jadi bodoh buang masa buang duit nak buat something yang orang dah sediakan. Bagi orang yang first time baca pasal air RO kat blog aku, boleh google "demineralised water" untuk dapatkan report yang dikeluarkan oleh WHO (world health organization) yang bertajuk Health risk from drinking demineralised water. Aku tak perlu jadi pakar air untuk sampaikan info macam ni. Malah, apa yang aku tulis selama ni pun ada simple science dan logik yang tak memerlukan orang jadi pakar pun. Cuma perlu fikir lebih sikit untuk relatekan semua tu dengan teknologi yang digunakan oleh pengeluar penapis air.

Bare in mind, fungsi nsf.org adalah sebagai third party organisation yang menguji dan mengiktiraf fungsi penapis air, termasuk penapis air berteknologi RO. Tapi, tak ada pun mereka mengatakan bahawa air RO baik untuk kesihatan manusia.

Nak saman? Terpulang. Aku tak pernah secara terangnya mention pasal company mana, product apa. Berpusu pusu peniaga penapis air datang ke blog aku nak menegakkan benang yang basah.

Kalau rasa nak saman, dipersilakan. Insya allah. Aku menulis kebenaran. Aku tulis berdasarkan bukti. Malah, ada beberapa kenalan doktor aku sendiri yang cakap bahawa air RO tak elok untuk kesihatan. Kenapa perlu mineral dalam air?

Maaf hujah dan elemen aku tidak kemas sebab aku bukan penulis profesional. Aku cuma penulis blog picisan.

Bagi penjual product RO, aku takde niat nak jatuhkan sesiapa. Aku menulis pasal fakta tentang air RO secara general. Tujuan aku adalah untuk berkongsi pengetahuan dengan pembaca aku. Terpulang pada pembaca menilai dan memilih.

Daa

Jumaat

Mencari penapis air terbaik?

Assalamualaikum

Banyak info dan maklumat aku kongsikan kat blog ni. Insya allah boleh digunakan sebagai panduan bagi sesiapa yang mencari sistem rawatan air.

Senarai entry berkaitan dengan sistem rawatan air.

Kebanyakannya ditulis secara general. So, insya allah boleh dijadikan panduan asas nak memilih penapis air.

Daa

Gadjet emak

Assalamualaikum

Dalam tekaan gadjet baru mak mak kami semalam nampak gayanya tak ada yang betul. Yang paling dekat pun Daddy Ziyyad dengan jawapannya purifier.

Benda ni sebenarnya. Yang dalam gambar semalam tu cuma bahagian bawahnya dan isi perutnya dikeluarkan.

Water treatment system yang baru untuk mak aku dengan mak mertua.

WTS mak yang lama dah bocor. Yang mak mertua pulak baru start guna air jalan. Selama ni mak mertua aku guna air telaga, tapi bukan la kena cedok cedok macam orang dulu dulu tu ya. Da advance. Pakai pam, keluar macam air paip jugak. Cuma telaga tu airnya kadang-kadang ada spot kekuningan. So mak mertua aku decide nak guna air paip je. Habisla lepas ni tak boleh nak main air berlebih lebihan kalau balik Kelantan :P

So kebetulannya bulan lepas ada promosi. Beli water treatment system ni, boleh beli pressurized iron steamer jenama Princess tu dengan harga yang murah gila. Tu yang aku pergi belikan dengan duit diorang tu.

Happy la diorang sebab minum air tak payah masak skang ni :D

Daa

Isnin

Ahad sibuk kononnya, insiden!

Assalamualaikum

Sabtu malam, kitorang keletihan sangat. Tapi tidur dalam pukul 1 lebih jugak. Patutnya aku ada janji dengan member pasal review program weight management dia. Tapi kesian tengok shujin keletihan. Aku postpone ke petang.

Lepas pukul 12 baru bertolak. Janjinya kat ofis member kepada member aku tu di Taman Setapak. Berpandukan Google Map. Tak susah cari tempatnya. Berdekatan dengan pasar borong Gombak. Review pemakanan, senaman dan sebagainya. Sejam lebih jugak ambil masa. Kemudian aku bincang dengan member yang tuan punya ofis tu, sebab nak buat usaha sama sikit. Diorang ajak kami buat program kat situ dan tolong dia promosi perniagaan dia. Menarik..! 

Walau pun agak jauh dari lokasi rumah aku. Tapi, sebagai platform bagus jugak kan. Dan program tu akan benefit kepada dua belah pihak. Untuk permulaan mungkin dia bagi aku jalankan program secara percuma. Later on dia charge sikit. So, tengok macam mana. Aku kena draft dulu ala ala proposal untuk program tu. Banyak jugak dah yang aku draft.

Habis berbincang. Kitorang balik. Terus cari nasik bagai sebab da pukul 4 lebih masa tu. Sampai rumah dah 6 lebih. Rehat kejap mandikan anak-anak. Ada sorang kenalan lama aku call. Makcik tu dulu buat direct selling jus. Dia kata mudah yang itu. Ajak aku memang aku takmau la. Hari jumaat dia call nak cerita benda lain pulak.

Aku layankan aje. Dia kata nak jumpa semalam. So semalam dia call bawak upline dia. Later on baru aku tau dia buat direct selling company yang jual penapis air RO. Dia pesan suruh aku bawak air yang aku minum kat rumah sebab dia nak buat test. 

Senyum je aku dengan shujin. Shujin habis appointment pukul 11 malam terus aku bertolak. Sampai kat kedai makan. Dia kata nak cerita peluang. Aku dengarkan aje lah. Aku tak ada masalah dengan direct selling. Pada aku direct selling lebih kurang je dengan mana mana bisnes. Kena usaha baru akan berjaya. Tak ada short cut. In fact maybe akan require lebih effort sebab kita tak macam kedai makan yang duk situ pun orang akan datang makan.

Cuma, apa yang aku tak berkenan pasal direct selling ni orangnya suka menayang kereta mewah. Maaf. Mungkin ada orang suka kereta mewah. Shujin suka jugak. Aku tak berkenan diorang jenis bergambar dengan kunci replika atau tepi kereta mewah untuk nak bagitau yang diorang tu dah kaya. Dan aku nakkan financial freedom sebab aku nak selalu ada dekat dengan anak-anak aku. So point deducted di situ.

If you have to tell others that you are rich, then you are not

Aku tau dah dia nak buat TDS test dengan electrolyte test. Nasib baik upline dia bijak sikit. Cuma still. Aku heran. They know that it may caused health issue. Tapi, dia still nak jual benda tu. Dan yang membuatkan aku memang deduct the whole point adalah apabila makcik tu kata "saya tak peduli pun pasal product, yang penting boleh buat duit".

Aku tanya. Apa cerita dengan bisnes jus dia. Dia kata yang tu tak boleh la. Upline tak cukup bantu dan upline just encourage untuk consume je tetiap bulan. Dan income tak stabil. Sebelum ni dia pernah join satu lagi company direct selling yang agak berjaya. Aku tanya jugak kenapa dia berenti. Dia kata, tak dapat duit pun buat. Aku tanya. Dia ada guna ke product company tu. Dia kata tak ada pun. Well. Aku rasa orang macam ni yang tainted the direct selling cum MLM business. 

Trust me. MLM bukan pasal selling products. Its not even about cari orang. Yups. Ianya satu requirement. Sebab dalam networking business kita kena bina network. Tapi kalau you think MLM pasal jual barang, pasal cari orang. You will not sustain long in the business. So, makcik ni kuciwa la kot sebab aku pi bantai pulak penapis air RO tu.

Still. Yang aku paling tak boleh blah adalah. What she care is just about the money she can get. Sorry la. Aku memang mata duitan. But I have dignity. Aku takkan trade dignity aku promote something yang aku tau could harm others. 

Habis dalam pukul 1 pagi. Aku balik. Pengsan terus.

Bangun pagi. Masuk toilet. Tengok tengok ada fresh blood. Perut tak rasa cramp. Tapi sengal jugak sikit. Aku still masuk kerja hari ni. Badan rasa tak larat gila. Aku malas lagi nak ambik MC. Petang nanti kalau masih bleeding aku pergi jumpa doktor ok.

Shujin dah kerisauan. Harap takde apa. Maybe aku letih sangat kot.

Gambar gambar aku share kendian. Tak sempat transfer lagi. 

Daa

Jumaat

Teknologi berkaitan penapis air

Assalamualaikum

Dalam entry entry yang lalu, ada juga kawan-kawan yang komen tentang teknologi yang digunakan dalam penapis air. Memang susah nak decide yang mana yang baik. Semua akan kata teknologi mereka yang terbaru dan terbaik di pasaran. Ada yang berani kata terbaik di dunia lagi. Hehehe. Tapi ye ke? Dari segi apa?

Aku takde niat nak kondem mana-mana brand secara terbuka. Tapi aku memang dah kumpul banyak info pasal brand brand utama di pasaran. Terutamanya yang registered dan certified by NSF. Tapi, kalau yang jenis re-brand, beli cap China murah murah, tukar sikit design luar kemudian jual atas jenama lain tu aku tak banyak info. Cuma yang aku boleh kata. Ada sorang senior engineer yang syarikat bapaknya ada related dengan industri air dan penapisan bagai ni cerita kat aku. Ada kontraktor bagitau dia, yang jenis rebrand tu sebenarnya filter yang diorang guna sama je. Dan replacement partnya pun sama je. Ada yang mahal dan ada yang murah. Hehehe.. Kalau dia tipu aku, maka aku tipu korang lah. Wallahualam.

So, ada banyakkk teknologi water filter ni selain dari teknologi reverse osmosis yang aku selalu tulis. Masing-masing dikatakan ada kelebihan mereka masing-masing. Dan masing-masing nak kata teknologi mereka yang terbaik.

Aku selalu ikut tips Albert Einstein. 
So. Dalam kes penapis air. Banyak yang ada teknologi berbelit belit yang kadang kadang kita tak belajar kat sekolah dan sampai ke tahap magic lagi tak logik di kepala.

Bayangkan. Ada bebudak jual penapis air pergi kat rumah kawan aku. Demo diorang adalah. Kononnya sebelum minum air yang ditapis oleh penapis air yang diorang jual tu masing-masingnya tak bertenaga. Bila 3-4 orang cuba angkat suami kawan aku ni tak larat. Bila da minum air tapis tu terus kuat sihat bertenaga. Dapat angkat. Tak ko rasa macam nak hantuk kepala kat dinding?

Apakah tujuannya kita menapis dan merawat air? 
Adalah untuk dapatkan air yang bersih dan sihat

Apakah dia air yang bersih dan sihat?
Air yang bebas dari pencemaran dan mengekalkan mineral baik yang sepatutnya ada dalam air

Itu je kan..So, kita boleh la consider air mineral tu sihat, tapi bersih ke tidak tu bergantung jugak lah sebab setau aku takde specific regulation yang control pasal air mineral ni. Kalau brand macam Evian ke Spritzer tu ok la kan. Tapi mahal la pulak. Thats why kita pakai penapis air.

Ada banyakkk teknologi penapis air di pasaran yang kebaikannya tak dapat dibuktikan secara saintifik. Malah. Ada yang twist the fact, mengatakan bahawa air yang ditapis boleh mengubat penyakit itu dan ini. Sampai ke tahap boleh ubat kanser dan sebagainya. Malah ada yang membahayakan kesihatan.

So. Kalau tak hati hati. We might be paying thousands untuk merosakkan kesihatan kita. :D

Eh tak masuk isi lagi ni..Hahaha..

Antara teknologi penapis air adalah seperti
(1) Activated carbon block
(2) Activated carbon granular
(3) Alkaline water filter
(4) Ozone water filter
(5) Mineral added
(6) Reverse osmosis
(7) Air beroksigen

Activated carbon ni adalah karbon yang di aktifkan dan menghasilkan ruang ruang udara kecil. Ianya adalah satu kaedah yang paling efektif untuk remove organik contaminants macam klorin, VOC dan sebagainya. Carbon block ni dalam bentuk block lah kan. Sejauh mana keberkesanannya menapis bahan cemar ikut saiz ketebalan dan saiz lubang lubang yang terkandung dalamnya. Kalau tube nipis nipis tu jangan expect dia boleh tapis segala bala bahan cemar. Manakala granular pulak dalam bentuk biji biji kecil yang dimasukkan ke dalam satu bekas. Kelemahan granular ni adalah ada kebarangkalian yang air tu akan channel dan tak kena pada carbon filter. So air tu mungkin end up tak tertapis jugak lah.

Alkaline water pulak claims that air yang dihasilkan adalah sejenis antioksidan yang kuat. Yang mempunyai saiz molekul yang lebih kecil untuk diserap oleh badan manusia. Oleh kerana ia antioksidan yang kuat, ianya dikatakan dapat mencegah kanser! Bagaimana pun, tak ada study atau kajian saintifik yang dapat membuktikan perkara ni. Malah, asasnya perut kita mengandungi asid hidroklorik. So, air yang masuk ke dalam perut ni akan dineutralkan pulak oleh asid perut sebelum diserap. Tak guna jugak lah kan :D Dan. Kalau ikut doktor aku cakap. Air beralkali ni akan membebankan pulak perut. Sebab pH tak balance, asid perut kena banyak nak bagi pH tu balance. So beban la kat perut. Lagi pulak, air terdiri dari atom hidrogen dan dua atom oksigen. Takat mana lah boleh nak kecik lagi kan :D

Ozone water filter. Sebenarnya aku tak sure brand apa yang guna teknologi ni. Tapi pernah la dengar. Yang kelakarnya, diorang ni tak tau ke ozone tu sebenarnya berbahaya untuk dihirup dan diminum. 

Mineral added. Tak silapnya mula-mula air tu di RO kan. Lepas tu dia add balik mineralnya. Heran kan..Macam mana dia control mineral apa yang masuk dalam air, dan berapa portion yang masuk dalam air.

Reverse osmosis (RO), yang ni aku da banyak kali share.

Air beroksigen. Air dimasukkan oksigen. Ikan je yang perlukan air beroksigen ni. Kalau manusia minum silap silap boleh kembung kot :P Basically, kita dapat oksigen melalui bernafas. Kenapa perlu minum air yang beroksigen sedangkan perut kita tak boleh proses pun oksigen tu ?

Dan ada lagi yang lain. Yang kononnya tambah aura. Tambah tenaga. etc etc.

Wallahualam. Apa yang aku share adalah untuk bagi awareness pada semua orang. Harap ianya bermanfaat dan dapat dijadikan panduan.

Apa pun..Kalau dah pakai water filter tu jangan lupa regularly check dan tukar ye. Takut ada lumut. Nanti minum air yang ditapis dan ditambah mineral dari lumut. Yek.. True story ok.


Entry berkaitan
Perlu ke penapis air
Penapis air yang baik
Buat apa beli penapis air
Risiko minum air RO

Daa

Khamis

Tahukah anda risiko minum air RO

Assalamualaikum

Banyak kali dah aku buat entry pasal air reverse osmosis atau nama manjanya air RO ni. Banyak dah aku baca pasal risiko minum air RO. Cuma last week baru aku tau yang sebenarnya WHO ada buat investigation tentang kebahayaan air RO ni pada kesihatan manusia.

Report 22 halaman tu boleh didapati dari laman web WHO. Dalam bentuk PDF. Boleh download secara percuma.

Kalau sebut pasal air RO, ianya meliputi semua jenis. Yang ditapis dirumah dengan sistem penapis air RO, yang dijual dalam botol mahu pun yang beli dalam mesin air RO yang terdapat di depan kedai tu. Tak silap harganya 20sen seliter.

Apa yang bahayanya?

Air RO bersifat diuretik. Oleh itu ia boleh menyebabkan badan akan kehilangan lebih banyak air apabila minum air RO.

Air RO mempunyai keasidan yang tinggi. Ada satu laporan yang aku baca (laporan lain) yang mengatakan, oleh kerana air RO ni takde mineral dan dikira tak stabil. Ia menyebabkan bacaan pH yang dibuat guna kertas pH tu tak tepat. Dan pengambilan air dengan nilai keasidan yang tinggi adalah bahaya pada tubuh.

Dan antara yang paling menakutkan.

Oleh kerana air RO tak mengandungi sebarang mineral, ianya tak stabil dan boleh menyebabkan logam berbahaya seperti cadmium senang terserap masuk ke dalam airnya. Ini boleh menyebabkan logam toxic ni masuk pula ke dalam badan manusia apabila diminum.

Sebab tu Allah dah jadikan air yang bermineral ni cukup elok cukup baik dah. Mengandungi kalsium dan magnesium yang bukan saja untuk tubuh kita, tapi untuk elak daripada logam toxic tu menyerap masuk ke dalam air dan diminum pula oleh kita.

Nak lebih menakutkan dan tahu lebih lanjut. Sila download full report.

So, agak-agak lepas ni lalu tak nak minum air RO lagi?

Pernah jugak aku dengar yang ada doktor menyarankan mereka yang sakit buah pinggang atau mengalami kegagalan buah pinggang minum air RO. Mengapa ye?

Entry berkaitan
Perlu ke penapis air
Penapis air yang baik
Buat apa beli penapis air
Kenapa perlu mineral dalam air?

Daa

Selasa

Hadiah yang terlambat dan temujanji kawan lama

Assalamualaikum

Ingat tak kisah hadiah birthday Aqil Mubarak yang katanya enam minggu lagi baru sampai. Actually aku order guna mail order. Sebab da terbekenan terus order. Rupa rupanya lama jugak diorang nak proses.

Yang kesiannya tuan punya badan la. Hari hari duk belek katalog tu tanya aku bila hadiah dia nak sampai. At one time, dia dah fed up nak tunggu dia kata "abang taknak la hadiah ni. Ibu belikan hadiah lain boleh?"

Sedih aku dengar tau. Rasa bersalah gila.

Then, dipendekkan cerita. Selepas lebih kurang 2 minggu menunggu. Akhirnya yang dijanjikan sampai kat rumah. Happy gila dia. Yang hairannya nak test drive tu bukan tuan hadiah. Si Damia pulak lebih lebih. Hehehe.

Siap kata. "Abang tepi dulu. Adik cuba kejap"

Kejap dia tu lama kemain. Nasib baiklah dapat abang yang penyabar cam Aqil.

Bila sampai turn abang naik, dia kepoh nak naik jugak. Eh apakah hadiahnya tu kan. Hehehe..

Get set
Cha chammmm.. Kata Damia.. Hehehe. Basikal.

Since rumah kami duk atas awan, aku paksa semua orang pergi beriadah pagi Sabtu aritu. Dah la malamnya tu hujan. Pagi air sejuk gila mandikan bebudak ni. Demi basikal, sejuk pun tahan je. Hehehe.
Destinasinya : Tasik Kota Kemuning

Budak ni pun menyibuk sama walau pun kaki tak sampai

Ibu nak jogging pun tak senang. Datang angin nak berkepit aje
Mengajar budak berbasikal tak semudah mengorder sebuah basikal rupanya. Stress je kitorang nak mengajar dia mengayuh. Hahaha. Padan muka kitorang masa dari kecik belikan motor bateri. Dah tak reti mengayuh budak tu. Ada ke suruh aku tolak je. Sabo je lah aku. Takpe lah. Practice make perfect kan. Nanti pegi lagi. Nasib baik aritu cuaca pun tak berapa panas.

Konon-konon sihat la. Tapi lepas jogging layan 2 keping roti canai. Ceitt.. Nasib baik aku bukan berdiet. Tak logik pulak kalau aku kata aku berdiet kan. So jangan jeles eh. Hehehe..

Balik rumah siap siapkan anak-anak pergi beraya yang terlewat rumah schoolmate aku. Kebetulan dia nak dengar pasal penerangan penapis air. Baru pindah rumah dan cari penapis air.

Sampai-sampai kat rumah dia je, dijamu pulak dengan mee goreng udang besar-besar. Takde la aku ambik gambar bagai. Malu pulak nak tunjuk sangat perangai blogger aku tu. Kahkahkah.

Lepas habis makan tu aku terangkan la apa yang dia patut tahu dan apa yang dia nak tahu sebelum membeli penapis air ni. Berjam jam jadinya. Dekat pukul 6 baru kitorang bertolak balik. Sampai rumah masing-masing keletihan.

So itulah sebabnya aku tak mengekek untuk gathering glamer raya itu. Tapi bagus jugak sebab dengar kata banyak dah kek masa tu. Hehehe..

Daa

Hati hati dengan manipulasi demo oleh peniaga penapis air

Assalamualaikum

Aku nak share tentang beberapa jenis test yang peniaga penapis air buat sebagai demonstrasi penapis air mereka. Tujuan demo biasanya adalah untuk tunjuk keberkesanan penapis atau tunjukkan kualiti air. Ada yang boleh dijadikan panduan dan ada yang mengelirukan.

Test yang aku biasa buat adalah chlorine test. Test ni sangat simple. Dan tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana keberkesanan penapis air tu untuk tapis klorin. Senang kata test ni paling basic. Dalam masa yang sama boleh tau bau akan hilang ke tidak. Cara ujinya. Masukkan klorox bleach ke dalam air. (klorin tak dijual ye. So kita gunakan klorox bleach yang mengandungi sikit kandungan klorin sebagai pengganti). Nak tau betul ke tidak ada klorin dalam air tu, titiskan beberapa titis chlorine tester (boleh dapat kat kedai aquarium. Biasanya botol warna kuning) 

Kalau ada klorin, air akan bertukar jadi warna kuning bila dititiskan dengan klorin tester.

Kemudian, air tu kita tapis dengan penapis air (demo set lah ye). Lepas ditapis. Air tu sepatutnya keluar jernih la kan. Titiskan chlorine tester sekali lagi untuk pastikan bahawa tiada klorin dalam air tu. Kalau tak ada klorin, air akan kekal jernih. Kalau ada klorin, akan tukar jadi warna kuning.

Satu lagi test yang lebih mudah tapi kejam. Aku belum sanggup nak buat. Masukkan klorox bleach dalam air. Masukkan anak ikan dalam air tu. Dalam masa 30 saat ke seminit. Ikan tu menggelepar lalu mati. Ye mati kawan kawan sekelian. Kemudian air tersebut diambil dan ditapis dengan penapis air (demo set). Lepas tapis, masukkan seekor lagi ikan yang hidup. Kalau ikan berenang dengan riang gembira. Maksudnya air tersebut bebas klorin. Mesejnya adalah. Manusia pun boleh jadi macam ikan tu kalau minum air berklorin. Cuma ambik masa lah. So kalau taknak jadi macam ikan tu, sila gunakan penapis air :P

Ada test guna pewarna makanan. Kita andaikan pewarna makanan tu adalah partikel bahan cemar dalam air. Bila ditapis. Air akan keluar jernih. Nak best. Gunakan air coca cola. Bila keluar. Air warna jernih tapi masin sikit. Sebab masin tu adalah garam galian. Gula dan pewarna ditapis. Tapi garam galian ni tak dikira bahan cemar. So lepas. Mesejnya adalah. Galian baik untuk badan macam kalsium, magnesium akan lepas melalui penapis air ni, tapi bahan cemar ditapis. Bagaimana pun, ujian ni cuma ujian basic ia tak jugak menjamin apa dan berapa jenis bahan cemar yang ditapis. So, still penting untuk dapatkan senarai penuh bahan cemar yang ditapis. Kalau boleh yang diiktiraf oleh NSF.

Dua ni yang aku biasa gunakan. 

Yang aku tengok peniaga penapis air selalu guna untuk demonstrasi bagi purified water treatment sistem atau sistem RO adalah TDS test dan elektrolisis.

Aku cuba terangkan satu persatu ok.

TDS bermaksud total dissolve solid. Ujian TDS ni digunakan untuk menguji kadar bahan pejal (solids) yang wujud dalam air menggunakan TDS meter. Walau pun ada pendapat mengatakan bahawa kadar TDS yang tinggi menunjukkan juga kadar pencemaran yang tinggi (banyak mendapan bahan pejal). Banyak pihak tak setuju kerana ia bukan satu petunjuk yang boleh dipercayai untuk menunjukkan kualiti atau kadar pencemaran dalam air tersebut.

TDS test terhadapat air RO menunjukkan bacaan 50parts per million atau kurang. Bahan utama (solid) dalam air adalah kalsium dan magnesium. Sebagaimana yang kita semua tahu, dua bahan ni adalah mineral yang penting untuk tubuh dan bukanlah sejenis bahan cemar. Bahan mineral dalam air mineral yang dibotolkan seperti spritzer atau evian adalah lebih tinggi daripada air paip. Adakah air botol spritzer atau evian lebih tercemar dari air paip? Tidak. Ia mengandungi banyak mineral baik. Sebab tu nilai TDS jadi tinggi. Obviously air RO tak ada garam galian dan apa apa pun. So dah tentulah bacaannya sikit. 

Dan, untuk pengetahuan semua, TDS meter tak detect klorin. TDS meter cuma detect bahan enapan yang mempunyai impact pada conductivity air. Oleh itu. Kalau kita masuk garam dalam air (garam menambah conductivity air), bacaan TDS akan bertambah. Tapi garam bukan bahan cemar kan? At least tak la secemar klorin :D

Jadi kalau penjual penapis air menggunakan ujian ni nak menunjukkan kualiti air ianya adalah mengelirukan dan adalah tidak beretika. Ianya sangat misleading.

Aku tau panjang gila dah.. Tapi nak sambung sikit pasal electrolysis test pulak.

Electrolysis test adalah satu lagi ujian yang digunakan oleh penjual penapis air RO.
Sumber : Google
Lebih kurang macam ni lah rupanya. Ni ala ala eksperimen yang kita buat masa sekolah menengah dulu.  Tujuannya adalah untuk mengetahui conductivity air. Yang syoknya apa tau.. Bila diorang buat test ni. Air yang digunakan (biasanya dia akan ambil air dari paip rumah kita) akan electrolyze, akan start keluar kekuningan warna macam karat gitu. Makin lama makin banyak dan air tu akan bertukar jadi murky water. Dan penjual ni akan declare yang air paip rumah kita bermasalah. Manakala, bahagian yang air RO tu jernih tak berubah warna berseri seri. Scary dowh.. Time ni laju je keluarkan duit bayar kan :D

Hakikatnya? Naturally, air paip mengandungi electrolyte. Iaitu bahan yang jadi pengalir elektrik kalsium, magnesium dan kalium. Rod yang digunakan masa ujian elektrolisis ni adalah metallic rod sebagai anod dan alumunium rod sebagai katod. Bila kita alirkan elektrik, ianya akan bertindak balas dengan air dan menyebabkan mendakan logam. Mendakan logam ni yang menyebabkan air tu bertukar jadi keruh. Basic eksperimen elektrolisis la ni. So, of course air RO takkan jadi macam tu sebab air RO atau air yang dipurified ni takde galian apa-apa.

Tapi kalau yang tidur masa kelas kimia tu sure dah ingat ingat lupa. Mudah la sikit kerja penjual ni nak mengelirukan orang.

Sedangkan sebenarnya ujian ni takde kaitan dengan kualiti air. Sebab ujian ni tak detect bahan cemar yang bukan bahan pengalir. Contohnya herbisid, pestisid. Kalau ada penjual ni datang buat test kat rumah meh korang buat gini. Air tu, sembur dengan ridsect. Lepas tu test balik. Agak-agak ada result tak?

Aku yakin yang ada sesetengah penjual tak tau pun sebenarnya test tu misleading. So nak salahkan diorang pun susah jugak. Apa pun. Nasihat aku. Jadi pengguna ni kena hati hati.

Sekian penerangan.

Untuk detail explanation boleh dibaca dalam blog INI

Entry berkaitan penapis air :

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com