Memaparkan catatan dengan label Lego. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lego. Papar semua catatan

Khamis

LEGO Chima Legend Beast 70123, 70124, 70125, 70126, 70127

Assalamualaikum..

Sebenarnya entry ni aku nak tulis enam bulan lepas, tapi masa tu zaman peralihan, jadi tak sempat. Dah lepas pindah, macam- macam nak diuruskan. Tambahan Aqil pun dah mula bersekolah, banyak yang dia nak kena catch-up. Cuti sekolah pun dia tak sempat nak sentuh lego. Yang jadi "hero lego" sekarang ialah Aisy. Pantang lepa, mesti dia berkubang.


Ada lima set bagi siri LEGO Chima Legend Beast. 70123 ialah singa lagenda untuk Laval, 70124 ialah helang lagenda untuk Iris, 70125 ialah gorila lagenda untuk Gorzan, 70126 ialah buaya lagenda untuk Cragger dan yang terakhir 70127 ialah serigala lagenda untuk Worriz. Set-set ni semua mempunyai bilangan kepingan diantara 94-115 keping elemen dan harganya pula ialah RM44.50 setiap satu. Pada bulan November, kedai LEGO buat jualan murah, semua barangan (termasuk set ni) dijual pada 30% diskaun. Dalam awal tahun haritu, LEGO ada buat jualan murah jugak, semua barang terpilih diberi potongan harga sebanyak 70%. Aku tak sempat pergi masa tu, tapi informan bagitau, set Legend Beast ni turut dijual sekali. Pada bulan April hingga Mei pulak, Tesco jual set ni dengan potongan 50%. Jadi, siapa cakap lego ciplak punya lagi murah?? It's all about buying the right item at the right time! Set ni sebenarnya versi ketiga dari siri Chima musim pertama dan dah diberhentikan pengeluaran dia pada hujung tahun lepas. Yang masih dijual adalah penghabisan stok. Apa yang best pasal set ni adalah... baca sampai bawah? Hahahaha..


Antara lima set ni, yang menjadi pilihan aku ialah 70127 Wolf Legend Beast. Sebab? Sebab pertama, dia ada sembilan set ball joint jenis baru. Selain serigala, singa jugak ada sembilan set ball joint. Tiga set lain mempunyai kurang dari sembilan. Sebab kedua, dia berwarna putih, jadi senang kalau aku nak pecahkan dan pasangkan elemen dia kat binaan lain. Kalau beli singa, kepingan elemen dia lebih banyak, tapi singa tu berwarna tan (orang perempuan kalau pilih-pilih tudung gitu panggil warna tan sebagai warna krim, hahaha) yang mana warna tu susah sikit nak padankan dengan warna-warna lain yang aku ada. Sebab ketiga ialah pedang Worriz. Pedang Worriz cuma datang dengan beberapa set dari siri Chima sahaja, dan set 70127 ni merupakan set paling murah untuk dapatkan pedang tu. Well, less that aku care pasal pedang, but its a factor. Dalam set ni ada dua beg elemen, satu set sticker (8 keping kesemuanya), dan sebuah buku panduan tiga puluh lapan muka surat.


Orait, dah siap belek tu, jom bahagikan elemen mengikut warna dan pasangkan.


Oohhh.. sebelum lupa, ada beberapa elemen baru yang aku nak ceritakan tu. Ini yang pertama, Part 11090. Kalau sebelum siri Chima, part ni takde lagi. Kalau dulu aaa.. dia ada clip dan bar je. sekarang aaa.. clip dan lubang. Memang sangat berguna untuk buat binaan kecik-kecik tu.


Elemen nombor dua ialah Part 15208. Kalau dulu, satu stud/1L cuma ada satu bahagian tajam tu. Sekarang, dua stud/2L ada tiga bahagian tajam tu. Hahahahaha.. beli dua aaa... dapat tiga woo


Dan yang terakhir, favourite aku, Part 14417, 14418 dan 14704. Ini ialah elemen baru untuk articulation dan sendi. Sebelum ni LEGO memang ada brick untuk ball joint dan socket, tapi ini elemen ni lebih kecil dan instead of brick, ia sejenis plate. Jadi lepas ni senang laa nak buat sendi pada skal kecil, takde laa nampak gabak sangat. Clamping factor dia pun sangat kukuh. Tak mudah untuk dipusing atau ditolak.


Okay, dah siap serigala kita. Bila dah siap dipasang, saiz dia lebih kurang (since aku malas ambik pengukur, hahaha) 15cm panjang dari hidung ke ekor, 9cm tinggi dari kaki ke telinga (tanpa Worriz kat atas belakang) dan 6cm lebar dari bahu ke bahu. Senang cerita, agak-agak sebesar tapak tangan suami. hehehe.. Ada ball joint pada sambungan kaki ke ke badan, kaki ke tapak kaki dan pada kepala ke badan. Ekor dan mulut serigala ada sendi clip.

Pada pendapat peribadi aku, kalau pun set ni bagus, tapi dengan saiz dia yang agak kecil dan harganya RM44.50, aku tetap takkan beli kecuali bila sale. Ahahahaha.. Tapi untuk collector/pengumpul, harga tu memang sangat berpatutan.

Selamat membina...

Jom Basuh Lego

Assalamualaikum,

Tangan bebudak kan selalu je ada kecomotan yang tak kelihatan. Tambahan pulak kebelakangan ni kami dok bawak lego ni untuk event, so kena laa cuci tiap-tiap minggu.


Basuh dia mudah je. Memula guna sabun. Sabun apa pun takpe. Aku suka guna Dish Drop sebab tak payah gosok beriya-iya. Cuma kacau kesemua lego tu macam gaya buat air milo dalam gelas gitu. After a while dah laa.


Kalau korang perasan, lego ni memang tenggelam terus. Kecuali yang masih ada buih udara kat dalam dia.


Pastu kita terus masukkan dalam sterilizer. Kacau dan biarkan sekejap. Pastu bilas dengan air dan angkat. Sukanya budak ni main. Hadushh..


Masukkan dalam pukat atau kain dan renjis-renjiskan air yang tertinggal. Kemudian jemur kat tempat teduh, jauh dari cahaya matahari. Sebab kalau kena cahaya matahari secara terus, lego akan kekuningan.

Dahh.. Siap.. Macam baru.

Set LEGO® Percuma

Assalamualaikum,

Orait, siapa nak set lego?


Meh laa bersama-sama join event "Donate n Play" kami.


Syarat dia mudah je.
1 - Sedekah kepada pesakit buah pinggang sebanyak RM5.
2 - Dalam masa 30minit, buat satu binaan dengan lego yang disediakan.
3 - Bila dah siap, wakil kami akan ambik gambar foto dan upload kat fb page "Custom Lego".
4 - Korang "like" page "Custom Lego" tu.
5 - Gambar yang dapat paling banyak "like" akan dapat set lego tu.

Sedikit tips n tricks, lepas gambar tu dah upload, korang suruh je kenalan korang like binaan korang. Tak kisah laa jadi cemana pun kan? Ada rupa ke takde rupa ke, asal banyak like. Cara kedua adalah, masuk entry banyak-banyak. Mana tau salah satu binaan tu jadi bentuk Master Builder Class ke kan?

Anyway, program ini diadakan dengan usahasama NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan) bertujuan untuk menolong pesakit-pesakit buah pinggang. Harini diorang yang sakit, esok lusa mungkin kita atau keluarga kita. Tak siapa yang tau. Selagi kita berdaya, jom laa membantu.


Selain lego yang kitorang sediakan, ada bermacam-macam acara lagi. Retis nyanyi-nyanyi pun ada, game lain pun ada, peraduan mewarna pun ada, photo booth pun ada, macam-macam laa. Ala-ala fun fair gitu. Yang paling grand sekali ialah cabutan bertuah untuk menang Perodua Axia yang serba baru, cuma dengan bersedekah RM10 directly kat NKF. Kat mana lagi nak dapat semua ni ye tak?

Sejak 28 Febuari, hujung minggu ni (28-29 Mac 2015) adalah event terakhir ya? Diadakan kat Encorp Strand Mall bermula sejak 8:00 pagi. Harap korang tak terlepas.

Rabu

Jom meriahkan roadshow world kidney day dan menang hadiah kereta

Assalamualaikum

Haa.. Ambik nko.. Panjang kemahen tajuknya.. Hehehe..

Bulan Mac setiap tahun adalah bulan buah pinggang. So NKF Malaysia (National Kidney Foundation) akan mengadakan pelbagai aktiviti di sepanjang bulan ini untuk meningkatkan awareness rakyat Malaysia tentang bahaya penyakit buah pinggang. Dan tiap tiap tahun memang ada aktiviti lari. Hahaha..


Hujung minggu ni di Summit USJ ye. Sesiapa yang berada di kawasan sekitarnya boleh la datang beramai ramai memeriahkan suasana. Antara yang paling menarik adalah~!!!

Jengjengjeng...

Lego play session bagi anak anak yang berumur 4 tahun ke atas. Melalui sesi bermain Lego ni kami akan kumpulkan dana bagi membantu pesakit pesakit buah pinggang di Malaysia. So, bagi yang ada anak kecik tu boleh la datang bawak anak main. Sambil main sambil beramal.

Tapi seat bagi setiap sesi adalah terhad ye.

Jommmm...

Daa

Khamis

Kelas Istimewa di Legoland

Assalamualaikum...

Dah dua minggu sekolah bermula, anak-anak yang bersekolah pun macam girang gembira je dengan sekolah masing-masing. Takde masalah anak tak sempat catch-up pelajaran, takde masalah cikgu sakit mental lagi setakat sekarang, alhamdulillah. Lega rasanya. Celebrating that, hujung minggu ni jom kita ke Legoland, Nusajaya, Johor lagi. Toing.. Toing.. Toing!!!


Well actually, lawatan kali ni adalah bertujuan untuk turut serta dalam sesi Master Builder Academy yang super VVIP gitu. Anak-anak duk kira hari sejak minggu lepas lagi. Pakej termasuklah menginap di Hotel Legoland Malaysia Resort, seharian bermain di Legoland Malaysia Theme Park, pengenalan kepada Lego, sesi/kelas bersama Lego Master Builder, makan tengahari dengan maskot Lego, bina model untuk diletakkan kat Miniland, sesi bergambar, temuramah dan rakaman video bagi tujuan pengiklanan pihak Legoland. Dan tak lupa juga sedikit sebanyak hadiah berbentuk tunai disertakan.


Mungkin aku tak cukup buat research, tapi rata-rata bila aku cuba google pasal sesi Master Builder ni, baik dalam negara ataupun luar negara, takde orang yang tulis tentang / pengalaman diorang. Sebenarnya, sesi Master Builder Academy ni dah lama dibuat di Legoland serata dunia. Kenapa ya? Apa yang aku tau, Lego ada keluarkan set exclusive bagi sesi Master Builder. Set tu pulak ditukar dari masa ke semasa ikut tema. Yang aku tak tau adalah, set tu kena beli ke atau percuma. Sebab by default, kalau nak masuk sesi Master Builder Academy ni punya laa susah. Setahu aku laa, syarat pertama, kena jadi at least VIP member. Syarat kedua, kena berebut tempat untuk join sesi ni. Ini di sebabkan sesi ni diadakan jaaaaaaaarang-jarang sekali dan tempat adalah sangat terhad. Katanya, semua tempat biasanya penuh dalam masa seminggu dari tarikh sesi tu diumumkan. So, its not just expensive, its hard to get as well.

First off, since akademi Master Builder tu sendiri dah ambil masa setengah hari, aku harap berbaloi laa ilmu dan khazanahnya. Anak-anak pun dah lama tunggu peluang ni. Lagipun, kalau diikutkan, antara sasaran utama anak-anak untuk visit kali ni adalah Legoland Water Park. So harap setengah hari lagi tu boleh diisikan dengan aktiviti basah.


PS : Untuk yang nak pesan Pick-A-Brick, hari Jumaat ni (esok laa tu maknanya) is the last day untuk bank-in duitnya. Untuk yang pesan air liur, aku bawak balik air liur jugak laa kan? Its fair looorrr. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp aku sederas mungkin.

Okay, have an adventurous weekend. Jya mata ne..
::: Goshujin-sama :::

Rabu

LEGO Binaan Sendiri 01 Dis 2014 - Kotak Hadiah

Assalamualaikum..

Tengok dah ramai yang berkitaran kat kedai beli hadiah untuk sambutan krismas. Sikit lagi banyak laa kotak pembungkus hadiah yang dibuang. Apa kata kali ni hadiahkan kotak yang memang comfirm takkan dibuang?


Memperkenalkan kotak hadiah yang dibuat dari lego. Comel je kan?


Boleh dibina ikut suka saiz atau warna apa sahaja yang korang nak. Saiz yang aku cadangkan ni boleh buat isi cincin, rantai, bracelet, ataupun minifigure. Sekarang, korang boleh bagi dua hadiah instead of satu. Pencemaran alam pun tak berlaku kan?


Untuk binaan yang aku cadangkan ni, korang memerlukan enam puluh empat keping lego.

Selamat menyambut musim perayaan. Sekian.
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

Legoland Malaysia Resort : Minifigure Terhebat / Most Awesome Minifig

Assalamualaikum...

Sepanjang kat Legoland Malaysia Resort : Legoland Theme Park, aku perasan ada satu binaan lego minifigure tu sangat hebat. Di mana minifig lain cuma kaku, tetapi yang ini boleh bergerak, berjalan, duduk, bercakap, ekspresi muka dan banyak lagi. Mesti korang tak percaya kan?


Memperkenalkan minifig keluaran tahun 2012, Muhammad Aisy Thaqif. Memiliki saiz badan yang sama besar, minifig ni pandai berposing. Tangannya mampu bergerak sendiri di tiga paksi berbeza dengan lego yang cuma mampu bergerak pada satu paksi, malah boleh buat aksi letak tangan kat bahu macam tanda "Ini kawan saya". Jangan lupa melawat Omen bila korang pergi kat Legoland ya?


Bukan itu saja, minifig Aisy jugak boleh naik atas kereta, pergi isi minyak dan bawak kereta pergi jalan-jalan. Unik kan?


Selain tu, minifig terhebat ni pandai jugak bertegur sapa dan memuji minifig yang lain.


Recognition sysytem dia pun bagus. Kalau ada kecemasan, dia tau mana nak pergi.


Kalau dah tiba masa untuk balik, dia tau apa nak buat.

Kat mana lagi nak jumpa minifig macam ni kan? Hebat sungguh. Lupa nak cakap, minifig ni kena bagi dia makan dan minum. Dua atau tiga kali sehari kena tukarkan lampin. Kadang-kadang dia ada mintak belikan sesuatu untuk dia. Well, benda yang highly sophisticated kena lah highly maintained kan? Hahahaha

Selamat bercuti..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

Menyediakan Mesin Photocopy Untuk Disewa Secara Murah

Assalamualaikum..


Kalau ada sesiapa ada terfikir pasal nak buat bisnes fotocopy, atau lebih famous dikenali sebagai fotostet, inilah peluang keemasan korang. Bukan sahaja mesin fotocopynya baru, sewa bulanannya pun sangat murah (RM30.00 sebulan, deposit dua bulan). Untuk terma dan syarat, sila baca keterangan dibawah.


Cara menggunakannya pun sangat mudah sebenarnya. Letakkan kertas di atas scanner/penyalin, tutupkan penutupnya dan tekan butang mengikut kemahuan anda. Salinan akan keluar pada tray/dulang bahagian bawah.


Sesuai ditempatkan dimana-mana jua.


Tajuk sebenar entry kali ni ialah "LEGO Binaan Sendiri 03 Nov 2014 - Mesin Salinan Foto / Photocopy Machine". Hehehe.. Gurau je!
Untuk korang yang nak bina sendiri model pencetak salinan foto yang sama macam aku, korang boleh bina dengan menggunakan 37 keping lego je. Kalau nak jugak resepinya langkah demi langkah, korang boleh whatsapps aku.

Selamat maju jaya...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Rabu

Jom Pasang LEGO® : Review The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor

Assalamualaikum..

Macam yang dijanjikan, kali ni nak review set lego yang bagus sebagai set permulaan sama ada sebagai mainan, koleksi, mahupun hiasan. Bagi aku cerita kenapa set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni sangat awesome.


Set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni didatangkan kalau secara solonya, dalam satu kotak berukuran lebih kurang 30cm x 30cm x 7cm. Now, aku cakap solo bukan bermaksud ada Eagle Interceptor je. Ada jugak kenderaan lain dan minifig kat dalam ni. Maksud aku solo adalah, set 70003 ni ada jugak dijual dalam bentuk tiga set dalam satu kotak. Ia dipaggil 66450 The Legend of Chima Super Pack 3 in 1. Setakat yang aku jumpa, super pack tu tak jugak murah, lebih kurang harga kalau beli asing-asing. Ditambah lagi, combonya tu tak berapa best pun. Dalam tu ada set 70000 Razcal's Glider (yang aku review minggu lepas), 70001 Crawley's Claw Ripper & 70003 Iris's Eagle Interceptor. Tapi, kita bukan nak bercerita pasal super pack, kita nak cakap pasal set The Legend of Chima 70003 Iris's Eagle Interceptor ni je. Set ni dikeluarkan pada tahun lepas, 2013, baru lagi. Kalau sesiapa perasan, set ni masa mula-mula keluar kat Toy's R Us dulu, harganya RM179.90. Lepas tu aku perasan dah turun jadi RM159.90. Harga sekarang RM154.90.


Bersama dalam set ni walaupun binaannya agak besar, cuma ada sebuah buku panduan (instruction manual). Buku tu setebal lapan puluh empat muka surat. Arahannya sangat mudah. Budak dibawah umur dari cadangan yang tertera kat kotak (8-14 tahun) pun boleh pasangkan. Kalau anak korang genius, rasanya umur lima tahun pun dah boleh pasang. Kecuali parts jenis joints tu.


Jumlah keseluruhan parts ialah tiga ratus tiga puluh satu termasuk extra parts. Dan, ada tiga minifig. Semua dalam tiga beg ni. Owh.. Sebelum terlupa, ada sekeping sticker sheet. Atas tu ada tujuh keping sticker. Untuk yang belum ada pengalaman, sticker LEGO® sangat best, atau patut sebut istimewa? Sebagai permulaan, sticker dia sangat, sangat, sangat nipis. Dia tak berbulu dan permukaannya glossy. Aku tak buat penelitian tapi rasanya material dia seolah-olah plastik. Kedua, sticker dia dan lego bertindak balas macam magnet. Bila kita dekatkan, dia akan menarik satu sama lain membuatkan ia mudah diselaraskan. Yang terakhir sekali, sticker dia tak mudah diasingkan bila dah dilekatkan. Kalau dipaksa kopekkan jugak, sticker akan rosak dan cacat.


Jom pasang. Macam biasa, diingatkan mesti bukak beg plastik mengikut nombor. Bila siap pasang semua dari beg satu, baru bukak beg dua, dan seterusnya. Bila bukak beg plastik, sentiasa susun parts mengikut warna. Semua langkah pemasangan ni adalah asas untuk memasang set supaya proses adalah lebih mudah, tertib dan tak wujud kesilapan. Okes, dalam beg nombor satu, ada dua lagi beg kecil. Beg kecil biasanya berisi minifig dan parts yang lebih kecil. Mulakan dengan memasang minifig dulu. Kemudian parts lain, seperti mana yang tertera dalam buku panduan.


Bila dah habis semua parts beg nombor satu, dah siaplah pasang tiga minifigure, satu glider dan satu pod atau jet kecil. Ketiga-tiga minifig tu printed depan dan belakang, didatangkan dengan helmet, baju perisai dan senjata. Glider dalam set ni boleh gerakkan sayap dalam paksi x sebanyak lebih kurang 60darjah. Maksudnya, sayap tu boleh direntangkan atau dirapatkan pada tubuh glider. Untuk pod, windscreen tu boleh dibuka tutup. Sayap kecil kat tepi pod tu boleh digerakkan pada paksi y. Ada dua keping sesendi kat belakang pod dan binaan atas pada sendi tu menunjukkan bahagian ni dibina supaya mudah dicabut pada masa yang sama boleh buat sambungan yang kukuh.


Sambung pasang beg nombor dua. Dalam beg nombor dua, ada satu je beg kecil. Langkah yang sama, susun ikut warna dan mula membina.


Binaan dari beg nombor dua ialah badan Eagle Interceptor. Dah nampak rupa badan dan ekor burung. Penyediaan parts sesendi dah ada kat bahagian ni.


Akhir sekali, beg nombor tiga. Ada satu beg kecil dalam beg yang terakhir ni. Susun, kemudian siapkan Eagle Interceptor ni. Ada dua pasang ball joints dan dua pasang rotable ball joints untuk siapkan set ni. Dua jenis sendi ni biasanya memerlukan tenaga yang lebih untuk pasang, as well as providing sendi yang tak mudah longgar walaupun bertahun lamanya. Selain itu, mechanicle arms pun agak keras untuk dipasang. Parts yang lain takde masalah, anak aku yang berumur setahun lebih tu pun (Aisy) boleh pasangkan. Kalau dia tahu baca manual that is, hahahaha.


Inilah rupanya bila dah siap.


Kepala helang ni boleh digerakkan ke atas dan ke bawah. Macam gaya mengangguk camtu. Ian jugak boleh diasingkan dari badan helang supaya dijadikan pod untuk melarikan diri dengan mudah. Apa yang perlu dibuat, cuma dengan menolak kepala Eagle Interceptor tu ke atas menjangkaui paksi sendi dia. Pod tu akan tercabut dengan mudah. Kalau korang cuba cabut dengan cara lain, well, korang akan end up bergusti dengan burung ni. Sayapnya pulak bebas bergerak 180darjah pada mana-mana paksi (x, y, z). Ada sedikit limitation kalau sayap tu tersangkut pada kaki helang. Bulu pelepah pada sayap pulak boleh digerakkan lebih kurang 60-70darjah secara mendatar. Jadi, korang boleh menggayakan sayap burung tu duduk sepertimana dia sedang bertenggek atau berterbangan. Di bawah setiap sayap pulak, ada satu flick missile. Macam biasa, kalau ditolak dari belakang peluru akan memecut keluar selari dengan kekuatan tolakkan yang diberi.


Kat bahagian belakang Eagle Interceptor ada sebuah compartment bersaiz 6x8. Compartment tu mudah dibuka dan tutup. Dengan saiz sebesar tu, korang boleh isi macam-macam kat dalam termasuklah minifig dan aksesori.


Kaki helang ni jugak boleh digerakkan. Mekanismanya adalah rotable ball joints tadi. Untuk yang belum ada pengalaman dengan rotable ball joint, sendi jenis ni adalah antara yang terkuat dan berskala. Ia tak mudah berubah posisi dan tak mudah haus. Gambar kat atas menunjukkan rupa Eagle Interceptor tu pada keadaan flight mode atau mod terbang. Kedudukan dada dan leher burung ni membuatkan imitasi burung sebenar sangat realistik. Aras kedudukan paruh dan kakinya turut menghidupkan lagi lakonan tu. Kalau ada parts berwarna transparent clear yang lebih, boleh buatkan stand untuk mengaksikan set ni.


Bagi peminat burung, mesti korang fascinate dengan features kuku kaki ni. Gaya cengkaman dia sebijik macam helang sebenar. Jumlah jari dan sudut dia memang tak ubah langsung. Fuuhh. Besar mana model ni bila dah siap dipasang? Tingginya lebih 14cm. Lebar dan panjang pulak, kalau diletakkan kat atas cover Galaxy Tab 10.1 inci yang terbukak (sama macam dua biji Galaxy Tab 10.1 inci yang diletak bersebelahan), masih ada bahagian yang terlebih-lebih. Korang anggarkan sendiri ya?

Set ni aku sangat rekomen sebab ia bersaiz besar, imitasi yang sangat hebat, berkebolehan dan memiliki fungsi yang best, ada pihak baik dan jahat dalam satu set, ada tiga minifig yang fully printed dan beraksesori lengkap, pemasangan dia yang mudah tapi kukuh, harga yang mampu milik dan setara dengan apa yang pembeli dapat.

Aku terdengar ura-ura kononnya set ni dah nak diberhentikan penerbitannya dalam masa terdekat sebab Chima dah masuk siri ketiga (set 70003 Iris's Eagle Interceptor ni adalah dari siri pertama The Legend of Chima sebenarnya). Jadi, aku sendiri dah beli banyak-banyak set yang best ni. Kalau ada pembaca blog ni yang berminat untuk beli set lego ni pada harga murah, boleh whatsapp aku kat nombor 012-6894617 sementara stock masih ada. Aku ada iklankan set ni kat mudah.my jugak. As for now jualkan pada harga RM120 satu set dan dah tinggal kurang dari 10 kotak.

Selamat membina...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

LEGO Binaan Sendiri 02 Nov 2014 - Toaster

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share resipi pulak. Hahaha.. Cepat lagi sedap. Roti bakar, atau dalam bahasa inggeris disebut toast. More or less, resipi mudah camni rasanya semua orang pun pandai buat.


Langkah pertama, mesti ada toaster dan mesti ada roti.


Masukkan roti kedalam slot toaster. Tekan ke bawah handle kat tepi toaster tu. Biarkan toaster tu buat kerja membakar dia.


Bila handle tadi dengan sendirinya tertolak ke atas, roti bakar dah siap dimasak. Jangan panik, roti memang akan sedikit keperangan. Bakarkan dua keping roti lagi.


Isikan inti kedalam roti bakar korang. Ada orang suka makan roti bakar dengan salad dan mayonis, ada pula yang suka makan dengan bebola daging dan sos tomato. Tapi yang paling penting adalah, makan dengan orang tersayang. Well, dah siap.


Owhh.. Lupa bagitau, untuk yang takde toaster, korang boleh bina sendiri model yang sama macam aku dengan menggunakan 40 keping lego je. Untuk resepi buat toaster, korang boleh whatsapps aku.

Selamat menjamu selera..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Rabu

Jom Pasang LEGO® : Review The Legend of Chima 70000 Razcal's Glider

Assalamualaikum..


Harini review set lego dari siri The Legend of Chima, bernombor pendaftaran 70000, namanya Razcal's Glider. Set ni kecik je, agak-agak sebesar tapak tangan orang dewasa yang terbuka jari-jemarinya. Kalau jari rapat macam mintak duit singgit tu tak kira ya. Kena bukak jarinya. Haha..


Set ni berharga RM49.90. Murah? Mahal? Ntah, apa yang aku boleh cakap ialah, mampu milik (affordable). Dikeluarkan pada tahun 2013 dan kalau tak silap aku ialah set pertama dari siri The Legend of Chima. Ada sembilan puluh sembilan (99) parts, satu (1) minifig dan lapan (8) extra parts. Beratnya seratus dua puluh gram. Ada dua bar code keselamatan dalam set ni. Rasanya set ni kerap kena curi kot. Hahaha..


Ada dua instruction manual dalam set ni. Malas nak periksa semula berapa muka surat, tapi agak tebal untuk set yang kecil. Mungkin supaya budak kecil lebih senang nak pasang. Ada dua beg parts. Nampak quite handful untuk Damia. Eh, lupa cakap. Aku beli set ni untuk Damia, masa aku tulis ni dia berumur empat tahun. Sekali dengan set ni, ada aku belikan set lain untuk Aqil set yang lebih besar. Since dia masih dibawah enam tahun, jadi aku beli yang kecik srbab takut dia tak boleh pasang pulak.


Jom pasang! Langkah pertama untuk pasang set lego, SENTIASA susunkan mengikut warna dan bukak beg plastik mengikut nombor beg. Ikut satu persatu langkah-langkah yang diilustrasikan kat manual.


Mula-mula siapkan minifig, kemudian buku manual pertama dan akhirnya buku manual kedua. Dah siap. Walaupun kat kotak tertera umur yang dicadangkan ialah antara tujuh tahun hingga empat belas tahun, tapi Damia yang berumur empat tahun dah boleh pasang sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jadi tak payah la risau sangat pasal umur anak ketika membeli. Anak-anak zaman sekarang sangat bijak, adaptasi diorang sangat cepat, mungkin kita sendiri akan terkejut.


Okeh, bila dah siap pasang kita nak tau apa set ni boleh buat? First off, jari kaki pada glider ni boleh mencengkam. Well, memang patutnya laa tak? Kemudian sayap dan ekor glider ni boleh digerakkan pada satu paksi. Fungsi yang lebih baik adalah bahagian axle dan flick missile ni. Tolak je axle ni, flick missile akan keluar. Tak tau kenapa dia attach flick missile ni kat satu rantai, tapi bagus laa. Kurang lego yang hilang ye tak? Hahaha..

That's it. Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com