Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Nasi Goreng Kantin Sekolah


Ramai antara anak-anak kita yang masih bersekolah tetapi pernah tak kita pantau apa yang anak kita makan di kantin sekolah setiap hari dari segi kualiti mahupun kuantiti. Menjengah kawasan kantin dan melihat pekerja yang memberi layanan pada anak-anak kita. Sebagai manusia biasa memang kita semua tidak sempurna tetapi seboleh mungkin kita ingin yang terbaik buat anak-anak.



Inilah rupanya nasi goreng Rm1 di sekolah anak yang bersekolah rendah, bandingkan saiz pinggan dengan pen di sebelahnya. Nasi goreng kosong tanpa sepotong sayur pun. Carrot di Econsave murah sahaja apa salahnya letak bagi nampak berseri sedikit. Lagi banyak kuantiti tu kalau beli gerai di luar yang jual sarapan pagi.



Teh tarik cawan kecik berbanding pinggan nasi goreng, sepinggan pun Syed makan tak cukup. Syed keciklah bukan Syed bapaknya kalau Syed bapaknya banyak tu lekat celah gigi/


Biasanya anak-anak akan bersarapan di rumah sebelum ke sekolah kecuali pada hari tersebut masakan tak kena dengan selera mereka tapi bagi si bungsu Syed memang akan bersarapan setiap hari. Jadi rutin memasak pagi hari memang tak dapat nak di elakkan sekurang-kurangnya waktu rehat dia makan hanya untuk mengalas perut.


Ini saiz pinggan sebelum GST sekarang setelah GST dilaksanakan dan ramai pulak peniaga mengambil kesempatan entah apa pula yang di hidangkan kepada anak-anak di sekolah. Jalan penyelesaian mungkin boleh menyiapkan bekal untuk anak-anak tetapi mahukah anak-anak yang biasa makan di kantin tiba-tiba membawa bekal kecuali anak perempuan.



Slow Learner Sembilu Di Hati


Siapa kita untuk menolak ketentuan Allah, perjalanan hidup atas kehendakNya. Sebagai hamba redhalah ubat hati yang terbaik.


Hati saya bersalut duka bila mengenangkan anak bungsu manakan tidak sehingga Tahun 3 barulah dia mampu membaca, itu pun tidak selancar mana. Sekarang di Tahun 4 tidaklah sangat saya mengharap untuk dia menjadi pandai dapat membaca juga mengira itu sudah baik buat saya.


Sebagai ibu yang berkerja memang memasa menjadi penghalang untuk saya terus duduk tekun bersama dia, selagi ada masa saya akan mencuba. Sedikit sahaja perubahan positif pada diri dia seribu kegembiraan terukir di hati saya. Tak terucap bila dia mampu membaca bait-bait tulisan di televisyen. Bagi orang lain mungkin itu biasa tetapi bagi anak bungsu saya itu adalah luar biasa.


Tahun ini saya berada di syarikat baru yang sedikit menjadi penyebab untuk bapa mengambil rekod pelajaran anak. Sistem band yang sememangnya berbeza dari sistem persekolahan di tahun 70an banyak mengelirukan si bapa. Saya tahu dia sangat kecewa dengan keputusan Hikram tetapi hanya itulah yang terbaik dapat Hikram beri. Juga itulah yang saya hadapi sejak bertahun-tahun dulu tetapi saya tidak menunjukkan kepada mereka apa yang tersirat dihati.


Penerimaan guru juga sangat penting bagi anak-anak slow learner ini. Saya pernah berbincang dengan guru kelas Hikram yang merupakan guru baru di sekolah tersebut dan dia mengakui dapat menjejak kekurangan Hikram pada hari ketiga dia mula mengajar. Cikgu Syarifah Mahfuzah memang seorang yang sangat perihatin. Ada juga antara guru yang mengajar tidak dapat mengesan kekurangan ini malahan apabila ada pertemuan antara ibu-bapa dan guru keluar juga perkataan-perkataan kurang enak di telinga. Saya pernah rasa terhina, terhiris dengan kata-kata sinis seorang guru. Sebagai ibu adakah harus saya berdiam diri?


Tidak ada ibu bapa yang meminta anak mereka dilahirkan dengan kekurangan.


'Lemah! Lemah! Lemah!. Semuanya lemah!'
'Sejarah. Band 1. Paling lemah.'
'Kerja sekolah rekacipta tak berhantar'
'Tak guna belikan iPad sekiranya begini keputusan periksanya'


Saya tahu dia kecewa sangat kecewa. Selama ini saya cuba membantu Hikram, bukan tidak. Saya cuba menjadi ibu terbaik dalam mendidik dia. Cuma Hikram kategori 'slow learner'. Saya faham dia sukar menerima kekurangan itu. Menolak untuk menerima sebenarnya. Pendedahan yang kurang mungkin.


Saya tetap bersyukur kerana punya keluarga yang positif, emak, adik-adik, kakak dan abang yang saling menyokong kekurangan Hikram. Sentiasa memberi semangat ketika saya lelah dan ingin mengaku kalah. Kejayaan bukan sahaja bergantung kepada bijak anak di sekolah kejayaan juga akan datang bila kita pandai mencari peluang. Itulah yang saya pegang tika ini untuk membantu Hikram.


Suatu hari moga kejayaan akan bersama Hikram. Doa ibu akan sentiasa bersama anak-anak. Pesanan buat ibu-bapa juga janganlah di bandingkan antara satu anak dengan anak yang lain. Selagi mampu bantu, bantulah mereka.



Bantuan Persekolah 2014


Rezeki anak-anak dapatlah Rm100 seorang. Jadinya hari ini mak terpaksa kerja separuh hari sebab nak ambik duit bantuan persekolahan. Ini bagi sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di tempat sayalah. Abang saya hanya tandatangan surat wakilkan dia ambik sendiri duit tu. Masalahnya adik pula memang mak kena pergi ambik kat sekolah.


Bagi saya yang bekerja jauh memang akak tersepit dengan masa yang di beri. Nak halfday pagi pun susah sebab takut urusan selesai lambat nak halfday petang pun rasa macam tak sempat nak sampai sekolah pula. Tawakal sahajalah. Saya harap sempatlah kejar train dan kejar bas dengan masa yang diberi. Sekolah menengah 11am - 1pm, tak ada masalah abang ambik sendiri. Sekolah kebangsaan 11am - 2pm.


Duit ini rasanya hanya akan di masukkan ke Tabung Haji anak-anak sebab peralatan dan buku sekolah semua mak dah sediakan. Simpanan demi masa depan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Ini untuk sekolah-sekolah negeri Selangor negeri lain mungkin akan ikut Pejabat Pendidikan masing-masing.