Indahnya Hidup Bermadu
Hanya yang merasa tahu indahnya
hidup bermaduu. Apa yang telah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis adalah yang
terbaik buat kita hambanya. Hanya nafsu serta kelemahan-kelemahan manusia yang
merosakkan segala kecantikan yang Allah sw.t telah aturkan untuk umatnya. Iman
yang merapuh hati yang mudah terpesong dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba
melemahkan kepercayaan. Kehendak yang melebihi nilai-nilai keperluan.
Tidak ingin menunding jari pada
suami, isteri pertama, kedua, ketiga mahupun yang keempat. Nilai itu Allah
telah aturkan sebaik mungkin bersama aturan undang-undang yang sangat telus.
Kemampuan kita seakan teruji untuk meletakkan kita sebagai insan yang redha
bila salah seorang mula tamak dan mengambil kesempatan lalu yang kuat akan
menang dan kita meninggalkan terus erti peri kemanusaiaan untuk menjadi
pemenang.
Kawan saya diuji sehingga dia
mula merasa terlalu perit untuk melaluinya sehingga setiap detik umpama
kehidupan panjang yang menyiksakan. Sehingga suatu ketika dia mula goyah
sehingga memilih berpisah sebagai jalan terbaik bila suami mula menggabaikan
kehidupan dan memenangkan hanya suatu pihak.Sebagai hamba dia masih bergantung
pada Allah s.w.t penyerahan jiwa dan raga sepenuhnya sehingga membawanya ke
Tanah Suci Mekah ditemani suami dengan harapan suaminya akan berubah. Di sana
mereka diuji berkali-kali namun dia menetapkan hati hanya Allah jua tempat dia
bergantung. Sekembalinya dari sana hatinya
lebih kuat dengan ujian yang datang walaupun masalah tidaklah selesai
sepenuhnya tetapi Allah beri kekuatan kepadanya.
Tidakkah kita yang merosakkan
kecantikan berpoligami? Rasa ingin memiliki hanya untuk diri sendiri rasa
sayang yang keterlaluan sehingga mengabaikan suatu pihak yang lain semua rasa
itu datang dari hati yang sentiasa diketuk syaitan, dihembus api-api kebencian
di dalamnya. Ketamakan yang memberi imej buruk kepada indahnya bermadu.
Saya memandang kehidupan pada
pengakhiran indahnya hidup bermadu. Bila uban mula memutih dikepala tika muka sudah
mula berkedut tangan mula ditimbuli urat-urat kasar lalu kecantikan juga
semakin pudar. Anak-anak mula ada
kehidupan sendiri, bekeluarga dan tinggal berjauhan. Tinggalah si ibu tua dan
ayah menghitung baki usia ketika sakit isteri-isteri saling bantu membantu,
ketika suami sakit isteri-istei begilir menjaga lalu tanggungjawab sedikit
berkurangan.
Anak-anak bersatu hati, ketika
ibu sendiri tidak mampu melayan ketika pulang bercuti si ibu tiri megambil alih
tanggungjawab dengan ikhlas. Melayan kehendak anak, menantu dan cucu dari
isteri pertama dengan gembira. Menerima
pemberian dari anak-anak tidak kira anak sendiri mahupun anak tiri, dari lima
anak menjadi sepuluh orang anak dicampur anak-anak tiri. Bukankah dikira
beruntung?
Lalu apa lagi yang kita harapkan
di penghujung usia? Masih lagi mahu merebut kasih, masih enggan menerima takdir
berpuluh tahun, keras umpama kerikilkah hati kita sehingga le tua kita ingin
menolak kehendak Allah s.w.t. Setiap yang pahit pasti akan ada kemanisan di
penghujungnya. Tidak akan sia-sia segala ujian Allah s.w.t kepada setiap
hambanya melainkan ada hikmah yang tersembunyi yang kita mampu fahami atau
sebaliknya.