Selepas satu tahun 9 bulan
berkhidmat segalanya ternoktah di sini, dengan berat hati dengan seribu
kesedihan mengiringi sebuah perpisahan. Walaupun tak lama namun saya cepat
serasikan diri di syarikat ini. Selepas kehilangan kerja di tempat lama saya
mendapat tawaran di sini melalui Head Of Department Wim de Vos yang telah
berhijrah di syarikat tempat saya bekerja sekarang. Tak sempat berehat tamat
sahaja di tempat lama cuti seminggu terus masuk kerja di tempat baru. Ada yang
telah lama saya kenal ada juga yang baru pertama kali berjumpa namun semuanya
cepat mesra.
Ekoran kejatuhan harga minyak
yang menjunam, krisis ekonomi yang berpanjangan telah melebihi 18 bulan semua
itu memberi kesan yang agak drastic kepada syarikat. Walaupun ada kontrak selama
5 tahun namun client juga menghentikan projek atas alasan keewangan. Satu lagi
projek juga ditangguhkan oleh client yang berlainan. Workshare dengan sebuah
syarikat di Arab Saudi yang diharap dapat membantu juga tergantung tanpa ada
penyelesaian.
Akhirnya syarikat tidak lagi
mampu untuk membayar pekerja yang tidak ‘charge’ pada projek. Cashflow semakin
meruncing dan memaksa syarikat mengeluarkan pilihan VSS kepada staff dan
department saya merupakan antara yang tertinggi charge `overhead’ jadi kami
tidak ada pilihan lain. Beramai-ramai kami isi VSS form sebab sekiranya nama
berada di dalam ‘retrenchment list’ dan kami tidak mengisi VSS form kami akan
rugi sebulan gaji. Saya pilih untuk isi VSS dengan alasan saya memang sudah tak
charge project sejak sebulan yg lalu.
Mula-mula rasa sedih, rasa stress
tetapi saya masih kawal supaya anak-anak tidak terasa, suami tidak bertambah
stress. Sehingga sekarang saya sudah mampu menerima semua yang terjadi. Allah
s.w.t sedang merancang yang lebih baik buat saya. Itu ubat jiwa saya. Suami
juga menyokong keputusan saya. Kami sama-sama merancang tindakan selanjutnya
sekiranya saya masih menggangur dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang
memang agak mustahil untuk saya mendapatkan pekerjaan secepat mungkin dengan
gaji yang saya miliki. Namun semua itu hak Allah, sekiranya Allah berkehendak
maka jadilah ia.
Kali kedua dalam dua tahun namun
itu bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. Berakhir di sini Allah akan buka
jalan-jalan lain buat kita. Allah buka ruang untuk berjumpa dengan kawan-kawan
baru, mencuba bidang baru dan belajar dari pengalaman. Saya insan terpilih
untuk diuji. Saya bertambah kuat. Semua yang berlaku dengan izin Allah s.w.t
juga. Dia tahu yang terbaik buat setiap hambanya.
Walaupun emosi tidak stabil sebagai seorang ibu turut rasa terhibur malihat anak-anak gembira. Menerima pelawaan sahabat baik untuk sama-sama bercuti di Grand Lexis Port Dickson untuk menenangkan hati yang sedang bersedih.
Setakat 18 Jan 2016 harga minyak mentah terus menyusut
dengan paras terendah sejak 2004, harga minyak mentah semurah air mineral lapor
sebuah akhbar tabloid dari luar negara. Kami pekerja di dalam bidang minyak dan
gas masing-masing terus berdebar-debar melihat perkembangan yang sangat
membimbangkan ini. Ini adalah kehidupan kami, masa depan kami bergantung pada
harga minyak mentah dunia.
Satu persatu syarikat gergasi minyak dan gas Malaysia mengecilkan
saiz dengan membuang pekerja sedia ada. Akibat dari harga minyak yang terus
jatuh banyak syarikat menghentikan pembinaan pelantar minyak baru mahupun
membaik pulih pelantar sedia ada. Saya tidak menulis berdasarkan bahasa ekonomi
melakar tulisan dari sudut pandangan seorang pekerja bawahan.
Kalau bukan rezeki makanan dalam mulut pun kena luah balik
tak boleh telan, macam tulah jugak tempat saya kerja walaupun dijanjikan projek
dan client pun dah ada tempat di sini tetapi tertulis bukan rezeki. Client Tarik
projek untuk bagi secara terus kepada `vendor’ sebagai jalan mengurangkan kos. Menjadi igaun ngeri kepada semua kakitangan,
bukan apa kebanyakan syarikat menagguhkan atau membatalkan terus projek akibat
kejatuhan harga minyak yang mana syarikat tak boleh buat keuntungan langsung bila
minyak disedut.
Saya pernah diberhentikan kerja apabila syarikat lama
mengecilkan operasi namaun rezeki yang Allah aturkan buat saya sangat cantik.
Sebelum saya tamat notis telah pun dipanggil bekerja di tempat sekarang, nampak
di situ rezeki berganda buat saya sebab syarikat lama membayar pampasan
berdasarkan perkhidmatan. Alhamdulillah.
Harga minyak jatuh, kakitangan dibuang namun hidup masih perlu diteruskan. Mari kita sama-sama menjadi pengguna bijak. Jom kita sertai ‘BIG FUEL GIVEAWAY’ . Manalah tahu boleh menang minyak free Rm10,000 atau tiba-tiba dapat duit terpijak Rm5000 siapa nak bagi kan dah jimat kos.
Kami berkenalan hampir setahun yang
lalu apabila dia mula bertugas sebagai SHE Lead bagi projek yang sedang saya
buat sekarang. Seorang yang sangat energetic, aktif dan sangat perihatin dengan
bidang kerja yang menjadi tanggungjawab beliau. Bayangkan sehingga September
dia sudah menyiapkan kerja-kerja sehingga akhir tahun, sangat kehadapan.
Menjadi aset yang sangat berharga buat syarikat, beliau turut disenangi
kawan-kawan.
Kak Lily bertudung merah sangat mudah
di dekati tengoklah dalam setiap gambarnya sentiasa terukir senyuman.
Selain itu dia yang mesra dengan
panggilan Kak Lily sangat berpengalaman luas sebagai Safety, Health &
Environmental Lead salah satu pengalaman paling berharga buat beliau adalah
semasa berdepan dengan Tsunami di Aceh dan menangani pekerja yang berteriak
serta berlarian ingin turun dari bukit
untuk menyelamatkan keluarga masing-masing. Ketika itu dia bertugas di Aceh. Segalanya
berlaku di depan mata, itu adalah antara pengalaman paling mencabar sepanjang
kerjayanya selain kemalangan nyawa pekerja
yang melibatkan voltan besar.
Adat bekerja cabaran orang yang busuk
hati melihat kejayaan seseorang jadi beliau menjadi mangsa keadaan akibat dari
bos sendiri yang takut dengan bayang-bayang. Kelebihan serta kebolehan Kak Lily
di takuti meneggelamkan kerjaya dia sebagai bos lalu pelbagai cara dibuat untuk
menjatuhkan beliau dan mungkin juga Allah s.w.t ingin menguji akhirnya dengan
berat hati Kak Lily meletakkan jawatan akibat tekanan-tekanan yang tidak
sepatutnya sehingga melibat Ganeral Manager yang percaya bulat-bulat pada
fitnah yang dilemparkan.
Hari ini kami meraikan jamuan perpisahan
buat Kak Liliy Zuryani yang gojes. Beruntung sangat kerana dapat berkenalan
dengan dia yang sentiasa berfikiran terbuka. Alhamdulillah. Manusia menutup
pintu rezeki dia di sini dengan menanam kebencian tetapi Allah s.w.t telah
membuka seribu lagi kebaikan buat dia. Menerima tawaran pekerjaan baru yang
lebih baik dari sini dengan gaji yang lebih bagus dan moga-moga akan di
kelilingi orang yang baik-baik juga. Seramai 20 orang ‘gigirl’ kami buat plan
mengejut untuk Kak Lily, makan tengahari di Serai, Pavillion siap dengan
belon-belon. Terharu sangat wajah dia dengan kejutan yang di buat. Puaslah 'gigirl' bergedik bergambar sakan-sakan tapi jangan lupa tip-tip ini kalau nak bergambar "11 Essential Photography Tips BeautyBloggers Shouldn't Ignore"
Selepas puas makan-makan semasa nak
balik kami berposing pulak di depan Serai.
Di tempat baru moga semakin banyak kejayaan bakal diukir dan ditempa sebagai kawan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kak Lily. Allah s.w.t menguji tetapi kemudian Dia juga akan memberi mungkin yang lebih baik. Sinar mentari yang hilang seketika akan diganti dengan pelangi yang indah.
20 tahun mungkin lebih sedikit saya
mengenali alam pekerjaan, sepanjang perjalanan itu terlalu banyak pengalaman
pahit serta manis yang dikutip. Seawal 18 tahun selepas tamat sahaja
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia saya mula bekerja di salah sebuah kilang
elektronik di Kawasan Mel Jejawi kemudian menyambung pelajaran di Besut,
Terengganu. Meneruskan pekerjaan di Kuala Lumpur dan setakat ini saya bekerja
secara tetap di 4 buah syarikat dan 2 syarikat lagi hanya sebagai pekerja gantian
kerana pekerja asal bercuti panjang.
Bila berada di dalam komuniti yang
ramai suka atau tidak kita juga akan terpalit dengan politik pejabat mahupun
kospirasi yang ada di dalam organisasi. Walaupun kita tidak terlibat secara
langsung sedikit sebanyak ia akan memberi kesan. Semakin besar sesebuah
syarikat semakin banyak politik kotor yang akan kita nampak, semua itu tak akan
mampu kita elak. Pasti ada sahaja sifat manusia yang dengki mendengki, iri hati
dengan kebolehan mahupun kejayaan orang lain.
Saya sendiri pernah melalui satu
peristiwa yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Menyertai syarikat baru
saya menjadi junior di pejabat namun dari segi pengalaman saya merupakan
senior. Sedikit demi sedikit bos mula mengalihkan tanggungjawab pengurusan
kerja kepada saya memandangkan kelulusan serta kebolehan saya melebihi mereka
yang telah lama berada di situ. Setiap kerja serta arahan dari projek engineer
akan melalui saya sebelum diagihkan kepada pekerja lain di bahagian saya
sehinnga suatu hari saya mendapat panggilan telefon dengan arahan untuk salah
satu projek dan saya menyampaikan kepada pekerja yang menguruskan projek tersebut.
Bermula isu tunding menunding jari sehingga meletakkan saya sebagai seorang `kaki
bodek’ `pengampu’ kerana bos yang kebetulan satu negeri dengan saya (negeri
kelahiran saya kecil sahaja). Saya di gempur dengan pelbagai tuduhan paling
sedih bila dia berjaya mempengaruhi kawan-kawan yang lain juga.
Saya pernah di katakan sebagai `mengikat
kontrak mati’ di syarikat tersebut kerana menjadi anak emas. Suatu hari saya
datang bekerja separuh hari sebelah petang dengan sedikit bergaya dan tetap
menjadi buah mulut. Seminggu kemudian saya menghantar notis berhenti kerja.
Bukan kerana saya tunduk kepada kata-kata mereka tetapi saya mendapat tawaran
yang lebih bagus. Saya bersabar atas umpat keji serta kata-kata pedih yang
menghiris hati dan Allah s.w.t menggantikan dengan khabar yang sangat manis.
Saya sangat bersyukur dapat bekerja di syarikat antarabangsa dan meneroka
bidang baru. Percaturan Allah siapa yang tahu. Redhalah dengan setiap perbuatan
manusia kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya.
Bersambung…
Harga minyak jatuh lagi sehingga hari ini sudah melepasi
kurang dari USD40/barrel. Rasa susah sangat hati ini sebab sektor pekerjaan
saya amat bergantung kepada harga pasaran minyak dunia. Sudah beberapa syarikat
yang sama aliran yang mengurangkan kakitangan selain syarikat yang saya pernah
kerja dahulu berturut-turut pula syarikat lain mengurangkan pekerja. Projek
yang site di dalam Malaysia pun sudah mula kecilkan skop kerja dan projek lain
pun nampak sangat perlahan perkembangannya walaupun projek tersebut usahasama
dengan Arab Saudi.
Bagi bidang kerjaya saya pula setiap 10 tahun memang kami
akan melalui situasi yang hampir sama di dalam industry minyak dan gas. Setiap
10 tahun akan berlaku pengucupan dalam industry ini yang memaksa syarikat-syarikat
mengurangkan pekerja. Suka atau pun tidak telanlah semuanya dengan hati yang
terbuka. Berpeganglah dengan kata-kata `rezeki
itu milik Allah s.w.t’. Masih menaruh harapan yang tinggi untuk kenaikan
gaji dan bonus untuk FY2015 pada
awal bulan Januari tahun hadapan. Jumlah kakitangan pun telah melebihi 300
orang berbanding tak sampai 150 orang semasa saya sertai syarikat ini tahun Jun
tahun lalu.
Tukaran matawang Malaysia juga semakin merudum tanpa
tanda-tanda untuk pulih. Ini bukan bidang saya jadi eloklah saya hanya
menyuarakan kegusaran dihati tanpa membincangkan dengan lebih halus. Jika
dilihat trend tukaran matawang asing dunia kebanyakan memang agak menurun jadi
buat masa sekarang bersabar dengan ujian ini. Hati semakin bimbang bila tidak
nampak usaha proaktif kerajaan dalam menangani isu RM yang kian jatuh.
Marilah kita sama-sama berdoa untuk Malaysia, untuk kita
semua. Makian, cacian, umpatan, fitnah, tunding menunding tidak akan membantu
ekonomi Malaysia bahkan semakin melemahkan. Baik pemimpin mahu pun rakyat
belajarlah menjadi manusia yang berakal. Sama-sama kita berusaha membaiki diri
agar menjadi insan yang doanya diterima Allah s.w.t.
Walau apa pun situasi kat luar sana kami masih tetap beraya sakan-sakan.
Kesibukan menyiapkan kerja dengan terpaksa mendapatkan data dari department lain sangat mencabar serta memerlukan kesabaran. Kadang-kadang kerja kita sedikit tersasar dari jadual asal apabila terpaksa menunggu data yang diminta. Persefahaman dan tolak ansur kedua belah pihak menjadi sangat perlu di titik ini.
Di dalam ketekunan melakukan kerja tiba-tiba keheningan pejabat terganggu dengan suara nyaring seorang perempuan. Semua memanjangkan leher ke arah suara tersebut. Lama dia seolah menjerit-jerit tidak puas hati kepada seorang pelajar yang sedang menjalani latihan 'intern'. Sehingga seorang lelaki yang berada di dalam bilik mesyuarat keluar dan merenung kearahnya sambil meletakkan jari dibibir lalu memberi isyarat supaya budak tersebut beredar. Masih jelas suaranya lagi meluahkan kemarahan walaupun berada di bilik sendiri. Beremosi sungguh dia.
Dia hanya belajar di sini walaupun pekerja jagalah emosi. Lantunan suara kita akan menjadi kayu pengukur untuk menjadi seorang ketua yang baik. Bergelar ketua bukan lesen untuk kita menengking sesuka hati kepada setiap orang yang melakukan kesilapan. Jadilah ketua yang adanya di hormati tiadanya diingati, bukan lembutnya kita untuk dipijak tetapi lembut penuh ketegasan.
Ramai wanita yang menjadi ketua di luar sana dengan karekter masing-masing namun masih ramai juga mereka melebihkan emosi berbanding pertimbangan wajar. Bos perempuan biasanya dilabelkan sebagai cerewet, emosi dan lebih suka membebel kepada perkara yang tidak perlu. Sering terpengaruh dengan mood sendiri andainya mempunyai masalah di luar.
Persekitaran menilai kita berapa banyak mata yang melihat telinga yang mendengar dan mulut yang bakal bercakap. Bersabar 5 minit akan lebih banyak membawa manafaat bukan kepada kita mahupun orang sekeliling berbanding kemaranah setengah jam yang akan merosakkan persepsi orang lain kepada kita untuk selama-lamanya. Jadilah rakan sekerja yang saling bertolak ansur.
Saya suka kedua-dua gambar ini sarat dengan warna-warna meriah serta sangat masuk dengan warna-warna logo syarikat.
Majlis minum petang sempena hari raya keluarga besar tempat saya bekerja berlangsung dengan meriahnya di Level 29, View Roof Top G-Tower. Masing-masing dengan sporting menggayakan busana hari raya bagi menghangatkan suasana. Sporting!
Keluarga besar saya!
Dalam lif di tempat kerja sempat lagi berselfie ramai-ramai.
Teruna serta si bapa teruna bergabung di bahagian agak belakang, jauh dari pentas utama tetapi dekat dengan tempat makan.
Prince and princess. Selain cabutan bertuah yang boleh buat kita sesak nafas ada juga hadiah untuk pakaian terbaik lelaki dan perempuan. Inilah depa yang sporting bergaya.
Ini mereka yang bekerja kuat untuk jayakan majlis. Bertungkus lumus dari persiapan tempat, membeli hadiah cabutan bertuah dan juga goodies.
Emcee and foods.
Tuan tanah nak posing jugak. Saya pakai baju kebaya 10 tahun lepas sahaja. Bukan tak boleh bergaya tetapi saya masih baru di sini agak segan nak lebih-lebih...ahahahaa...
Sebahagian dari department tempat saya bertugas.
Makanan yang terhidang yang sempat saya jamah. Lemang dan rendang ayam, satay, mee kari, kambing tanpa nasi, bubur kacang dengan durian dan ABC serta teh tarik yang tak ada dalam gambar. Sendat perut. Banyak lagi makanan lain yang tak terjamah seperti rojak buah, pecal dan kuih-muih tradisional. Tangki kecik!
Sempat lagi bergaya di photo booth!
Setiap staff yang hadir dapat beg berisi gelas dan biskut lidah kucing. 30 hadiah cabutan bertuah satu pun tak sangkut nampak sangat saya ini tak bertuah. Hadiah paling best mesin basuh, peti ais, TV 40 inci, X-Box, Samsung Tablet dan iPad. Bukan rezeki saya.
Walaupun saya tak bertuah tetapi Electrical Dept. dah belasah 7 dari 30 hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan, 2 darinya adalah dari hadiah 7 grand prize yang ditawarkan iaitu satu peti ais dimenangi oleh Zai dan X-Box dimenangi oleh Adzril.
Walaupun belum tiga bulan menyertai mereka tetapi tidak terasa dek kemesraan yang ditunjukkan, menerima orang baru dengan tangan terbuka. Hari raya tahun ini meriah walaupun kami adakan di luar dengan segalanya diurus sempurna. Walaupun Syawal berakhir esok tetapi makan-makan kami akan berterusan lagi minggu hadapan pada hari Rabu di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur telah ditempah untuk kami semua. Ini bukan raya tetapi token dari projek yang seang saya buat.

Nak update entri baru tapi tak menyempat. Nah belanja gambaq sekeping dua, esok kita up cerita raya tempat kerja.
Saya cuma gayakan baju kebaya tradisional 10 tahun lepas, fefeeling kurus gitu. Majlis bermula pada pukul 4.30pm kat roof top bumbung transparent belengas ketiak!
Kami semua dapat jemputan petang nanti, Jamuan Hari Raya Pejabat. Hi-tea di G-Tower 4-7 pm. Semua dah siap lawa-lawa berkebaya dan berbaju melayu nak beraya, kejap lagi 3.30pm jalan ramai-ramai di bawah terik mentari panas tetapi meriah pasti.
1074 nombor bertuah saya! Tak dapat TV 40 inci dapat iPad jadilahhhh...ahahahaaa...
Tanpa ketupat, lemang dan rendang bukan lah cerita hari raya!
Sedikit lari dari kebiasaan hari raya. Hidangan nasi putih, masak lemak daging salai, sambal udang, ulam-ulaman serta sambal tempoyak.
Keluarga baru saya sejak 2 bulan 10 hari yang lepas. Ya sangat sangat bahagia!
Daddy dengan anak-anak perempuan!
Dia hanya meraikan kami memberi ruang dan peluang mengeratkan silaturrahim antara kami. Menambah kemesraan. Tidak pernah lokek untuk menghulurkan duit buat makan-makan untuk kami semua hanya bahagian kami sedangkan dia hanya menjamah kuih dan buah-buahan. Dari pejabat lama membawa saya bersama ke pejabat baru lalu apa lagi yang saya mahu? Tujuh tahun mengenali dia saya mendoakan moga dia akan menjadi Muslim yang baik. Wim De Vos doa yang terbaik buat dia.
Salam Jumaat penuh berkat.
Syukur alhamdulillah. Saya akan memulakan tugas di tempat baru bermula 9hb Jun 2014. Percaturan yang Allah s.w.t tetapkan untuk saya sangat cantik sekali. Walaupun pada mulanya saya berkeluh kesah bergundah gulana tetapi saya kuatkan hati untuk menerima semuanya secara positif.
Saya berserah segalanya kepada Allah s.w.t, merayu hanya pada Nya. Merintih pada yang satu. Akhirnya kemanisan itu datang jua. Saya mendapat 7 bulan bonus hasil dari bayaran pemberhentian kerja selama 7 tahun di syarikat sekarang tambah bererti saya mendapat 10 peratus kenaikan gaji untuk syarikat tempat baru yang akan saya pergi walaupun saya boleh minta lebih tetapi apa yang ditawarkan adalah sudah cukup bagus buat saya yang telah kehilangan kerja.
Tiga bulan notis adalah terlalu panjang, jadinya saya meminta izin dari MOD untuk mendapatkan 'early release' dengan sebulan notis. Notis saya berkuatkuasa 28 April 2014 jadinya saya akan bekerja sehingga 27hb Mei 2014 untuk sebulan notis.
Terima kasih buat kawan-kawan maya yang sentiasa mendoakan kebaikan buat saya. Hanya Allah s.w.t sahaja dapat membalas jasa baik kalian (tiba-tiba touching). Sayang korang semua ketat-ketat. Kalau nak minum kopi singgah ke Sunway Tower sebelum 27hb Mei dan selepas tarikh itu boleh le singgah ke The Icon pulak dan masih juga di Kuala Lumpur.
Khamis lepas telah dipanggil, kaki menggigil. Hati usah cakap menangis dalam senyuman. Saya bagitau Manager yang "I am very positif" dalam hati tertanya-tanya juga kenapa dia pilih saya. Selepas berhari-hari saya semakin hadzam dengan kisah ini, menerima sebagai satu cabaran untuk saya bermula di tempat baru. Saya cabar diri untuk berhijrah. Selain itu saya buat perancangan "Pelan B" sekiranya "Pelan A" saya gagal.
Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin paling saya tunggu. Katanya hari Isnin kami akan mendapat surat hitam putih keputusan syarikat di mana akan tertulis semua tawaran yang akan syarikat bagi kepada mereka yang terpilih. Sehingga hari ini kami semua tertunggu-tunggu. Entah di mana silapnya semua terpaksa ditangguhkan. Hati saya semakin sebal. Walauapa pun yang terjadi saya tidak akan menoleh kebelakang lagi, kaki saya akan terus melangkah.
Lambat atau cepat kelak pasti kami akan terpaksa mengharungi detik seperti ini. Dari melangkah kosong lebih baik saya melangkah berisi kali ini namun saya tetap menunggu penuh debaran selagi tiada hitam putih dari syarikat. Doa moga Allah s.w.t memudahkan segala urusan dan saya serta kawan-kawan akan mendapat pampasan sewajarnya.
Esok masih ada. Harapan akan terus ada bagi yang sanggup berjuang. Kejayaan akan bersama mereka yang tidak pernah kenal erti lelah.
Tahun ke-7 di syarikat yang banyak mengubah kehidupan dan taraf ekonomi hidup saya. Dari tiada apa-apa sehinggalah saya mampu membeli kereta dan sebuah rumah teres atas penat lelah dan perit-jerih saya berkerja di sini. Itu antara pencapaian terbaik saya sepanjang 7 tahun.
Alhamdulillah saya masih di sini walaupun ada di antara teman-teman terpaksa melangkah keluar apabila keadaan syarikat tidak mengizinkan. Kini hati mula berdolak-dalik, berbelah bahagi bila antara teman-teman sekepala dengan rela mengubah haluan hidup demi penghidupan yang lebih baik. Hati saya kian suram, jiwa saya mula bergelora. Tambahan pula saya kini terpaksa bekerja dengan insan yang banyak dolak-dalik dan berhati kelam. Semakin merimaskan.
Langkah pertama telah diambil. Mungkin telah tiba masanya saya berhijrah untuk kebaikan. Hijrah yang mungkin akan lebih membuka seribu peluang buat saya. Saya selesa di sini tetapi hijrah akan memungkinkan segalanya.