Pernah dengar pekasam nasi? Bukan nasi tu dibuat pekasam tetapi ikan dibuat pekasam menggunakan nasi sejuk. Walaupun sudah 15 tahun menjadi menantu orang Perak inilah kali pertama saya lihat kakak ipar sediakan ikan pekasam. Sebelum ini saya hanya melihat yang siap digoreng dan beranggapan setiap pekasam adalah sama cara pembuatannya.
Perjalanan lebih 3 jam biasanya sangat membataskan masa saya untuk masak-memasak di dapur, sekadar membantu atau kadang-kadang saya langsung berbaring sementara kakak ipar memasak. Memandu sejauh 255km dari Kajang-Bota Kiri membuatkan saya sangat letih dan bertambah letih sebab kebiasaannya kami akan balik semula ke Kajang pada hari yang sama. Tumpuan Pak Tuan di jalanraya semakin berkurangan berikutan faktor umur jadi saya akan menjadi pemandu setiap kali balik kampung.
Cara-cara untuk membuat pekasan ini sangat mudah. Ikan talapia hitam dicuci bersih, digaramkan. Kemudian dilumurkan dengan nasi dan dimasukkan asam keping. Apa yang saya lihat didalam perut ikan mesti ada asam keping. Rasa pekasam ini agak kurang masamnya berbanding pekasam beras goreng. Masih boleh menikmati rasa ikan, masam yang kurang dan wangi semasa menggoreng juga tidak menusuk hidung. Berbanding pekasam beras goreng yang biasa orang Perlis buat bau pekasam ini sedikit kurang berbanding pekasam beras goreng yang berbau agak kuat.
Bekalan dari kakak ipar. Sebelum menggoreng buang semua nasi yang ada di badan dan perut ikan. Saya buat kerja senang cuci sahaja terus dengan air.
Inilah hasilnya. Wangi dan sedap makan dengan nasi panas.
Pastinya ramai penggemar beriani samaada beriani gam Johor mahupun beriani di kedai mamak yang bagi saya memang ada sedikit perbezaan cara memasak mahupun dari segi rasanya. Beriani Batu Pahat tentulah menjadi pilihan penggemar beriani gam. Sekiranya di Kuala Lumpur saya paling suka beriani kambing Zam-Zam Restoran dan beriani gam Restoran Ruz Alladin di Ampang. Bagi selera saya itu pun dah cukup sedap, kena dengan standard tekak. Mungkin ada lagi ditempat lain yang lebih sedap yang belum pernah saya cuba.
Saya ingin berkongsi satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan buat penggemar-penggemar nasi beriani untuk mencuba sesuatu yang baru. 10 Best Restaurants For Briyani In Klang Valley. Sebelum ini mungkin kita tidak tahu yang restoran-restoran ini menghidangkan nasi beriani yang tip-top kesedapannya jadi dengan perkongsian ini kita boleh mencuba mengubah selera di restoran baru.
Saya bukan seorang pemakan yang sanggup bekejar ke sana-sini semata-mata untuk mencuba makanan sesebuah restoran namun sekiranya ada ruang dan kebetulan berada disekitar kawasan tersebut saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba. Sekiranya terbukti kesedapannya adalah sangat berbaloi saya mengambil risiko untuk singgah dan makan di situ. Keluarga kami sangat typical dalam soal makan, biasanya kami akan memilih restoran yang sama sahaja untuk makan bila sudah serasi namun sesekali perlu juga mengubah selera.
Cuti sempena anak sulung ambik
peperiksaan PT3 pada 13, 13 dan 15 Oktober yang lalu jadinya kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya
sebagai surirumah sepenuh masa. Bangun pagi masak, tengahari masak, petang masak
dan malam pun masak lagi. Rakyat di rumah semua senyum simpul sebab makan air
tangan mak yang jarang-jarang sempat melayan kerenah mereka di meja makan.
Abang yang ambil periksa pun balik dari sekolah dengan gembira sebab mak ada
kat rumah walaupun ada soalan yang agak memberi masalah kepada dia.
Selain masak lauk untuk makan
tengahari dan makan malam sibuk juga asah bakat masak kuih untuk minum petang.
Dulu-dulu masa Pak Tuan kerja jauh selalu juga buat kuih bila dia balik bercuti
tetapi lama-lama bila anak pun tak mau layan kuih-kuih tradisional yang mak
buat semangat terus merudum. Seiring dengan masa anak-anak membesar sekarang
masin-masing makan sahaja apa yang mak masak. Jadi mak semakin rajin
masak-memasak. Ada peluang pergi ke kelas belajar walaupun kadang-kadang apa
yang diajar tak jadi pun tetapi yang penting dapat ilmu. Sekali buat tak jadi
cuba lagi dan lagi insyaallah mungkin kali ke 10 akan menjadi dengan baik.


Tiga hari bercuti sempatlah buat kuih
kawi, tepung talam dan apam. Hari pertama buat kaswi mudah sangat dan menjadi
dengan baik, sangat lembut menjadi rebutan anak-anak sekejap sahaja sedulang
habis diulang. Hari kedua tepung talam menjadi pilihan kali ini sedikit
kekurangan bila bahagian bawah kurang manisnya dan bahagian atas pula kurang
garam jadi rasa tak seimbang sepatutnya bila cukup gula dan garam rasa lemak itu
akan bangkit. Walaupun sedikit kurang sedap tetap habis juga sedulang. Hari
ketiga bercuti buat apam pula, sepatutnya diperam selama 3 jam tetapi sebab
mengejar masa sejam sahaja terus kukus.
Selepas ini kalua ada cuti yang
berbaki nak try buat kek dan brownies
pula. Biasanya kek akan menjadi kegemaran anak-anak terutama kek coklat
walaupun begitu anak-anak tetap sedikit memilih mengenai rasa kek yang dibuat. Kek yang simple dengan
rasa asli tetap menjadi pilihan. Walaupun mak hanya buatkan kek marbel, kek coklat
atau kek oren anak-anak tetap makan
sakan-sakan.
Memasak akan menjadi agenda utama
seorang ibu, apabila ada kelapangan jadi bertambah meriahlah menu di atas meja.
Suami dan anak-anak makan dengan gembira emak pula akan tersenyum puas. Itulah
harta yang paling berharga buat seorang wanita.
Meluangkan amsa bersama anak-anak di Paya Indah Wetland.
Sebagai ibu yang bekerja pastinya
kita mempunyai masa yang sangat terhad dalam melayan anak-anak. Seawal 5am kita
telah bangun tidur kemudian sibuk di dapur memasak untuk sarapan mahupun makan
tengahari untuk anak-anak sebelum kita keluar bekerja. Sesibuk mana pun sebagai
seorang ibu tanggungjawab masih perlu dilaksanakan sebaik mungkin. 7am kita
mula keluar rumah menghantar anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Masa
kita menjadi terlalu terhad lalu kita harus mencari masa yang sesuai untk
menghabiskan masa bersama anak-anak.
Makan-makan di Shushi King, Avanue K.
Balik kerja sekitar 6pm sampai ke
rumah atau mungkin lebih, kita sekali lagi sibuk dengan urusan di rumah,
memasak makan malam, mencuci baju dan mengemas yang mana patut sebelum makan
malam yang kebiasaannya selepas solat magrib. Usai makan anak-anak akan mula
sibuk dengan buku membuat kerja rumah mahupun sekadar mengulangkaji pelajaran.
Masa inilah antara masa-masa berharga untuk kita menghabiskan masa bersama
anak-anak dengan berkualiti, walaupun nampak masa yang terhad namun itulah
antara masa-masa berharga buat mereka.
Menghabiskan masa cuti bersama anak-anak di Taman Wetland Putrajaya.
Hujung minggu adalah masa yang
dinantikan seisi keluarga selain dapat berehat, masak mengikut selera keluarga
dengan lebih sempurna saya akan memilih untuk meluangkan masa yang lebih untuk
anak-anak. Antara aktiviti yang menjadi pilihan beriadah di taman-taman sekitar
Putrajaya, berjoging atau keluar makan-makan walaupun hanya sekadar hanya `mencendol’.
Sekiranya ada movie menarik di panggung wayang yang bersesuaian untuk aktiviti
keluarga sesekali kami juga akan menonton wayang bersama. Mungkin ibu-ibu boleh
mencuba idea ini `5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool &Trendy Di Dunia!’.
Bercuti ke Kelantan.
Masa anak-anak bersama ibu-bapa
adalah sangat singkat, selepas persekolah dan mula ke kolej mereka akan mula keluar
dari rumah dan berdikari. Kemudian memulakan alam pekerjaan sehinggalah mereka
berkahwin dan membina hidup sendiri. Selagi anak-anak kecil masih bersama kita
luangkanlah waktu bersama mereka semaksima mungkin agar ikatan kasih sayang
utuh. Kekangan masa bukan alasan untuk membina keluarga bahagia kerana kita
yang mengurus masa bukan sebaliknya. Suatu hari bila termenung sendiri
memandang ruang rumah yang mula sunyi kita akan mula terbayang saat anak-anak
berlari di dalam rumah penuh riauh rendah, tika mereka makan dan bergaduh di
meja makan, ketika anak-anak leka menonton teleivisyen yang pasti kita bakal
merindui setiap detik itu.
Abuain Kitchen kisah perjalanan
sebuah pengorbanan masa serta keringat kerana minat namun kejayaan akan tetap
bersama bagi mereka yang berusaha. Kami saling mengenali di dunia blog bertegur
sapa beramah mesra di alam maya. Lahir sahaja `Abuain Kitchen’ saya dan
kawan-kawan blogger lain mendapat jemputan khas dari Khairul Hakimin pemilik
Abu Ain Kitchen untuk meraikan pembukaan dan majlis bersama Chef Adu Amran.
13hb Sept 2015 sekali lagi saya
mendapat jemputan ke Abu Ain Kitchen untuk menghadiri kelas Sembang Brownies. Peserta diajar
membuat Peanut Butter Brownies dan Chocolate Fudgy Brownies secara demo dan di
sulami dengan sembang-sembang mengenai bisness brownies bersama Chef Khairul Hakimin. Beliau bukan
sahaja mengajar membuat brownies yang sedap tetapi beliau juga tidak lokek
memberi tip-tip dari pemilihan barang, harga barang sehinggalah tip untuk
membuat brownies supaya ‘menjadi’ dengan baik. Semua soalan peserta akan akan
dijawab dengan penuh tertib.
Kelas bermula chef lelaki yang
mengikuti kelas majoriti perempuan hanya seorang peserta lelaki. Chef Abang
Kacak!
Chef gigih mengajar dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang
ingin melihat lebih dekat teksture bancuhan brownies. Masing-masing memberi tumpuan.
Alhamdulillah. Hasil kelas pada hari
tersebut `menjadi' dengan baik. Pagi sebelum memulakan kelas kami turut
dihidangkan dengan brownies yang sama kami pelajari pada hari tersebut.
Peserta pada hari tersebut bergambar
kenangan beramai-ramai, ada yang datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk
menghadiri kelas ini. Terselit dibelakang seorang peserta lelaki.
Blogger jemputan. Saya (bebaju ungu),
Ayu, Chef Abang Kacak, Kak ida Mahmod, Bunga Mawar, Atie radzuan dan Elly Nadra
yang singgah menjengah kawan-kawan yang baru sahaja habis kelas.
Syukur alhamdulillah. Kelas
berlangsung dengan baik, brownies juga menjadi dengan baik. Hubungan ukhwah
sesama kami juga terus bertaut erat. Pelajaran hari ini semoga menjadi bekalan
buat kami semua, siapa tahu dari buat hanya untuk makan-makan keluarga mungkin
suatu hari boleh dikembangkan untuk menambah pendapatan keluarga. Ada juga diantara peserta yang
sememangnya telah mempunyai perniagaan makanan sendiri.
Terima kasih kepada pemilik Abuain
Kitchen iaitu Chef Khairul Hakimin yang menjemput blogger untuk turut menyertai
kelas pada hari tersebut. Setiap dari kita mempunyai cara tersendiri untuk berjihad
dan bagi saya inilah jihad beliau dalam membekalkan produk halal dan membantu ekonomi orang Islam dengan menjadi
pembekal makanan halal melalui tempahan dan mengadakan kelas-kelas masakan yang
membantu orang lain menjana pendapatan juga dan seterusnya membantu
mengembangkan pembangunan ekonomi umat Islam.
Bila ada peluang masak untuk keluarga walau pun sakit tetap akan masak supaya mereka dapat makan dengan penuh senyuman. Cuti sakit Khamis dan Jumaat yang lepas semangat seorang ibu tetap sama seperti ibu-ibu yang lain, sakit namun gigih menguruskan keluarga.
Walaupun tak makan apa yang di masak sebab gastrik tetapi tetap senyum bila tengok anak-anak dan suami makan dengan penuh berselera. Puas hati memasak walaupun tidak sihat.
Kenangan akan sentiasa
berlegar-legar di jiwa ada ketika bila kita melalui sesuatu perkara kita dapat
merasai seolah-olah kita pernah melalui detik yang sama tanpa dapat dikesan
bilakah ianya berlaku atau ianya cuma sebuah mimpi. Ada ketika bila makan sesuatu
sepantas kilat jiwa bergetar merindui rasa yang sama mungkin suatu ketika
dahulu kita pernah merasainya.
Rezeki dari seorang kawan bawa
Kuih Kapal Terbang bukan kebiasaan bersalut gula tetapi bersalut kacang tanah.
Masyaallah sedap! Tiba-tiba jiwa tersentak. Rasa ini yang pernah saya rindui dan
akan sentiasa saya rindui. Sejak kebelakangan ini perasaan itu semakin kuat
membenam di jiwa. Alhamdulillah. Rezeki akhirnya datang juga walaupun kuihnya
berlainan tetapi rasanya tetap sama.
Semasa sekolah rendah seorang
kawan bernama Rosnita akan berjualan Kuih Batang Buruk Kacang Tanah hasil air
tangan ibunya. Sebungkus 20 sen! Tahun 80an. Rasanya itu sahaja harga yang
mampu dibayar oleh anak-anak sekolah lagipun pada ketika itu tepung gandum
berharga sekitar 60 sen sekilogram gula sekitar Rm1.20 sekilogram. Lagipun
orang kampung berniaga banyak bersedekah.
Hari ini saya dapat menikmati
rasa yang sama dengan Kuih Batang Buruk Kacang Tanah walaupun apa yang saya
makan adalah Kuih Kapal Terbang bersalut kacang tanah. Mungkin dibuat
menggunakan bahan yang sama jadi rasa hampir sama yang berbeza cara
pembuatannya dan bentuknya sahaja.
Alhamdulillah. Nikmat Allah yang
mana mampu kita dustakan. Berlegar di minda akhirnya rasa itu menjadi nyata.
Ramai antara anak-anak kita yang masih bersekolah tetapi pernah tak kita pantau apa yang anak kita makan di kantin sekolah setiap hari dari segi kualiti mahupun kuantiti. Menjengah kawasan kantin dan melihat pekerja yang memberi layanan pada anak-anak kita. Sebagai manusia biasa memang kita semua tidak sempurna tetapi seboleh mungkin kita ingin yang terbaik buat anak-anak.
Inilah rupanya nasi goreng Rm1 di sekolah anak yang bersekolah rendah, bandingkan saiz pinggan dengan pen di sebelahnya. Nasi goreng kosong tanpa sepotong sayur pun. Carrot di Econsave murah sahaja apa salahnya letak bagi nampak berseri sedikit. Lagi banyak kuantiti tu kalau beli gerai di luar yang jual sarapan pagi.
Teh tarik cawan kecik berbanding pinggan nasi goreng, sepinggan pun Syed makan tak cukup. Syed keciklah bukan Syed bapaknya kalau Syed bapaknya banyak tu lekat celah gigi/
Biasanya anak-anak akan bersarapan di rumah sebelum ke sekolah kecuali pada hari tersebut masakan tak kena dengan selera mereka tapi bagi si bungsu Syed memang akan bersarapan setiap hari. Jadi rutin memasak pagi hari memang tak dapat nak di elakkan sekurang-kurangnya waktu rehat dia makan hanya untuk mengalas perut.
Ini saiz pinggan sebelum GST sekarang setelah GST dilaksanakan dan ramai pulak peniaga mengambil kesempatan entah apa pula yang di hidangkan kepada anak-anak di sekolah. Jalan penyelesaian mungkin boleh menyiapkan bekal untuk anak-anak tetapi mahukah anak-anak yang biasa makan di kantin tiba-tiba membawa bekal kecuali anak perempuan.
Abang haji dah balik dari Mekah pada 4hb November setelah berjauhan selama 43 hari dari keluarga. Alhamdulillah selain sihat walafiat cuma batuk dan selsema sikit sahaja juga sihat sepanjang menjalankan menjalankan ibadah haji kecuali kadang-kadang lutut sakit terkena serangan gout almaklumlah makanan yang disediakan bukanlah mengikut menu orang sakit. Bila makanan yang tak boleh di makan oleh pesakit gout dimakan juga maka bertongkatlah di sana.
Balik kebetulan baru sahaja selepas birthday Kakak Hayani yang memang tiada sambutan pun jadi abah minta masakkan kueateow sup dan belika kek. Menjadi pilihan anak kesayangan abah adalah Kek Choclate Fudge dari Secret Recipe yang membuatkan kak senyum tak sudah dan puaslah satu keluarga makan kek.
Suka sangat! Untung jadi anak perempuan tunggal dalam keluarga menjadi kesayangan. Puas hati bila abah balik dari Mekah boleh raikan satu keluarga.
Bergambar sekeluarga.
Makan malam raikan ulangtahun kelahiran Kakak Hayani yang ke 13 tahun juga meraikan kepulangan abah setelah bermusafir lebih 40 hari. Mood rindu-rinduan masih tebal. Memenuhi permintaan Pak Tuan yang inginkan kuateow sup sebagai hidangan.
Tiada acara tertentu untuk sambutan ulangtahun kelahiran anak-anak sejak mereka sudah besar cuma mungkin bawa mereka jalan-jalan dan penuhi permintaan mereka sahaja. Tahun ini Kakak Hayani memasuki usia 13 tahun, mula-mula dia minta masak dan jemput kawan-kawan ke rumah yang kemudiannya dia sendiri yang batalkan.
Memenuhi permintaan 'birthday girl' selepas memenuhi jemputan majlis perkahwinan di Meru kami terus ke Mines Wonderland dengan ayu berbaju kurung. Sudah lama saya tidak ke sini dan pertama kali Kakak Hayani datang ke sini. Sekadar berjalan-jalan tengok sekeliling, tengok ikan-ikan yang berenang di antara bangunan itu pun sudah cukup menggembirakan kami. Menghabiskan masa secara berkualiti bersama anak-anak.
Birthday girl yang cukup puas hati dapat jalan-jalan di Mines Wonderland, dapat makan Big Apple Donut dan Strawberry Blended.
Penyejuk hati mama.
Lepakking sambil makan donut.
Suka melihat dia tersenyum.
Pemanis hati pengubat jiwa tanpa kalian akan picanglah jiwa mama.
My hero!
Tiada apa yang palig menggembirakan bila anak-anak ada di sisi, menghabiskan masa masa bersama mereka walaupun sekadar berjalan-jalan dan hanya makan donut. Melihat mereka tersenyum sudah cukup membuat hati terasa dipayungi seribu bahagia lantas apa lagi yang perlu dicari di dalam hidup ini.
Meneruskan rutin suka belanja anak buah makan di tempat baru kami di bawa makan ke Tapas Bistro & Bar di Micasa Hotel & Resort. Hanya bersebelahan pejabat. Harganya sangat berbaloi hanya Rm33++ dan selepas ++ harganya menjadiRm40. Bagi saya sangat berbaloi dan antara buffet makan tengahari termurah bagi hotel sekitar Kuala Lumpur.
Sejak dari syarikat lama sehinggalah kami sama-sama berkhidmat di syarikat baru sifat pemurah dia tak pernah luntur. Dulu bahagian kami sangat terkenal dengan majlis makan-makan. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja yang kami raikan, kahwin, dapat baby, jamuan perpisahan mahupun meraikan sesuatu perayaan tidak termasuk yang dibuat atas permintaan seseorang mahu pun belanjawan yang dapat dari projek.
Dua minggu sebelum saya menerima surat pemberhentian kerja dia telefon saya meminta saya emailkan CV kepadanya. Walaupun agak keberatan namun saya tetap emailkan dalam masa 5 minit, sebagai menghormati dia sebagai bekas bos dan juga sebagai orang tua. Bila saya dapat surat pemberhentian hati saya tidaklah gundah kerana dalam masa tersebut saya telah di panggil temuduga yang hanya membincangkan soal gaji dan halatuju masa depan kerjaya saya selebihnya hanya berborak pasal anak-anak dan kehidupan. Memang sangat santai.
Kali ini kami makan-makan sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Agak lewat tetapi yang penting bos tetap ingat.
Hujung sekali berambut putih bos yang belanja kami makan ramai-ramai satu bahagian lebih kurang 20 orang. Bercermin mata pula adalah my immediate bos.
Saya mulakan dengan 'soup of the day' sup cauliflower yang sangat sedap rasa macam nak tambah lagi, makan dengan baguette. Nikmat.
Saya hanya ambik 2 sudu nasi selebihnya adalah lauk-pauk dan sayur-sayuran.
Saya juga mencuba 'seafood fetuccini' bersama udang, sotong serta kupang (mussels) disempurnakan dengan sos yang sedap kemudian letak cheese banyak-banyak sikit. Sedap!
Pencuci mulutnya saya ambil dua potong kecil blackforest kek, kastard pisang dan kek pisang berperisa kayu manis.
Penutup wajib adalah secawan kopi panas. Saya kan penggila kopi!
Sesi makan-makan yang mengeratkan silaturrahim serta mewujudkan kemesraan bagi keluarga baru kami. Bagi saya inilah cara dia menarik pekerja baru untuk mempercayai serta berasa selesa dengan kehadiran dia. Boleh kongsi samaada masalah kerja mahupun masalah keluarga dengan dia biasanya dia akan membantu sebaik mungkin. Terima kasih Willem De Vos.