Umrah Sedihkah Emak?
`Mak suatu hari kita pergi ya,
moga Allah s.w.t makbulkan doa setiap kali sujud Kak Yang agar kita dapat
bersama menjadi tetamunya kelak. Bersama mak, Syed dan anak-anak Kak Yang Iqbal Hadi, Hayani dan Hikram.
Insan-insan kesayangan yang sentiasa berada di hati, kalau dapat hendak mereka
bersama merasa kegembiraan beribadah di sana’.
Semalam mak pergi majlis perkahwinan di Gurun seperti biasa anak-anak lelaki mak melayan kehendak mak ke Botanical Park di Puncak Gunung Jerai.
Semalam telefon emak seperti biasa seminggu 2 kali tetapi sekiranya ada isu-isu penting dalam keluarga seminggu 7 kali telefon emak selain meredakan kerinduan sendiri sekurang-kurangnya meringankan resah di hati emak apabila ada masalah timbul dalam keluarga. Mak seperti biasa ceria bersama anak-anak lelaki yang sentiasa melayan setiap permintaan dia. Alhamdulillah. Adik-adik masih kuat memimpin tangan emak walaupun masing-masing ada tugasan dan tanggungjawab hakiki yang lain.
Emak sampaikan satu berita gembira namun dihujungnya ada satu getaran yang sangat sukar untuk diungkapkan. Telinga mendengar namun hati ini dapat menangkap sedikit kesedihan yang cuba di sembunyikan dalam perbualan. Terasa. Kawan baik emak yang merupakan saudara jauh akan menunaikan umrah bulan depan walaupun tidak berkemampuan namun rezeki Allah s.w.t hantarkan orang lain untuk memudahkan dia. Ada insan yang sanggup cukupkan perbelanjaan saudara ini untuk menunaikan umrah.
Balik mak temankan anak-anak main bowling pula.
Rezeki dia namun saya sangat
terasa. Takut andai emak berkecil hati. Saya mampu membeli rumah bernilai
ratusan ribu ringgit, saya tidak lokek membeli setiap keinginan anak namun saya
menolak ketepi keinginan emak yang satu ini. Dia tidak pernah menyuarakan
keinginan ini tetapi bukankah keinginan itu lahir dalam setiap hati umat Islam?
Saya abaikan perasaan itu dengan mendahulukan perkara lain yang pada pendapat
saya lebih penting sehingga saya terlupa mungkin semua itu mengguris hati emak
sedangkan selama ini emak sentiasa mendahulukan kami anak-anaknya. Hidup tanpa suami dengan seribu kepayanah tanpa kerja tetap untuk membesarkan 6 orang anak.
Sukar sangatkah untuk menyelam ke dasar hati emak?
Tiba-tiba Allah s.w.t jentik hati
saya. Bergetar sebuah kesedaran, mengalir seribu kekesalan dalam setiap urat
darah, nadi berdegup laju. Allah…sesungguhnya kemudahan orang lain itu memberi
pengajaran kepada aku hambamu. Suatu hari moga harinya bakal tiba emak
tersenyum manis merenung Kaabah.
Catatan Hiba :
Suatu Hari Anak Mula Terasa