Saya kini menjadi pengguna tegar perkhidmatan awam sejak seminggu lepas dan akan berlarutan sehingga bulan November. Parking kereta di depan masjid di Jalan Reko kemudian berjalan 1km ke Stesen KTM Kajang naik tangga, turun tangga tunggu komuter. Sampai di KL Sentral bergegas naik LRT kemudian berjalan lagi 1km ke pejabat. Saya bersenam setiap hari kini.
Bagi memudahkan perjalan saya menggunakan kad Touch & Go, jimat masa. Hari Jumaat yang lalu saya menambah nilai Rm50 malangnya sebaik sahaja saya mengimbas kad untuk keluar baki hanya tinggal Rm29 dari Rm48 yang masih ada di dalam kad. Pagi ini sekali lagi saya menggunakan kad dan baki menyusut dengan ketara.
Saya menuju ke kaunter Touch & Go KTMB di KL Sentral dan katanya saya tidak menimbas kad semaa masuk di Stesen KTM Kajang dan dikenakan penalti sebanyak Rm17.00. Sekiranya terdapat apa-apa masalah saya di minta pergi ke Pejabat Touch & Go yang berdekatan sahaja dengan Kaunter Tiket KTMB. Dua hari perjalanan langsai Rm50 dengan baki terkini Rm7.20.
Palang masuk untuk ke Komuter memang sentiasa terbuka jadinya bila kita meletakkan kad mungkin kita tidak perasan yang mesin pengimbas hanya membunyikan sekali 'beep' berbanding 2 kali yang sepatutnya. Jadi kita terus masuk dan mengimbas di stesen berikut jadi kita akan dikenakan penalti. Berbanding LRT yang sentiasa tertutup dan bila kita mengimbas akan terbuka atau sekiranya mesin tidak dapat membaca kad ia tidak akan terbuka jadi adalah lebih selamat.
Bagi saya KTMB perlu lebih memandang berat perkara sebegini, patutlah saya tengok dari Stesen KTM Kajang jarang pengguna komuter menggunakan kad Touch & Go. Hari Isnin beratur panjang dikaunter tiket mungkin mereka menggunaan pas seminggu atau tiket pergi balik. Pejabat Touch & Go hanya buka pada pukul 8.30am sedangkan saya mengejar masa untuk pergi semula ke sana saya perlu mengutamakan kerja saya yang lebih penting. Jadinya saya anggap itu bukan rezeki saya. Insyaallah akan ada rezeki lain.
Hati-hati menggunakan kad Touch & Go di mana-mana juga Stesen KTMB. Jangan sampai kita menjadi mangsa tidak efisyennya sesuatu perkidmatan. Kesilapan berlaku di mana-mana cuma untuk membetulkan semula memang mengambil masa.
On
the 28th of February 2014, at about 12.30 pm, one of our colleagues
was waiting for a train at Platform 1 of the Dang Wangi LRT Station. Suddenly,
a man crept up to her from the back and hit her right ear with his bag. After
hitting her, her assailant started verbally assaulting her with foul words.
Fortunately, our colleague only sustained minor injuries from the attack.
Our
colleague subsequently lodged a report at the Brickfields Police station. The
police managed to capture the suspect, who was believed to be a street barber
.Our colleague was informed by the police that that knives / blades were found
in the suspect’s bag, and that the suspect is confirmed to be mentally
unstable.
Lessons Learnt:
• Get
assistance from LRT Auxiliary Police , when approached by a stranger at the LRT
Station
•
Be
vigilant of your surroundings when walking alone, i.e. take a look to your back
every now and then.
•
Whenever
possible, try to take a taxi, especially when you are alone and / or carrying
valuables with you.
Bab ambik teksi tu saya kurang setuju jugaklah sebab zaman sekarang ni ramai juga pemandu teksi ni yang jadi penyangak merosakkan imej pemandu teksi di Malaysia sahaja. Di mana pun kita atau naik apa pun kita hati-hati dan perihatin pada keadaan sekeliling. Perkara ini terjadi kepada salah seorang staff tempat saya bekerja dan HSE Manager menghantar email tersebut kepada semua staff sebagai peringatan buat semua.
Mitos cerita zaman kanak-kanak. Bila guruh berdetum-detum tanda Allah s.w.t sedang marahkan iblis dan syaitan di muka bumi ini, bila sesuatu tempat terkena panahan petir bermakna Allah s.w.t sedang menghukum dengan memanah iblis dan syaitan. Panahan dari langit yang sangat menakutkan bukan sahaja di zaman kanak-kanak tetapi kekal sehingga kini.
Semalam dalam kesibukan hendak keluar guruh berdetum-detum dan kilat sabung menyabung. Hikram yang mulanya tidak mahu mengikut mama dan abah langsung tutup game, kakak cabut semua plug di dalam bilik tempat adik bermain game juga semua peralatan elektrik lain di rumah (lightning protection bangunan rumah saya sudah tidak berfungsi akibat vandalisma).
Saya duduk di sofa, Hikram menung di riba ketakutan, kakak disebelah termenung, abang sedang berjalan masuk ke dalam bilik dan abah merenung hujan dil uar. Tiba-tiba halilintar membelah bumi diikuti guruh berdetum sangat kuat. Abang berlari keluar dengan wajah pucat. Katanya dia terasa renjatan. Saya terkejut. Dia ke tingkap dapur. Rupanya pokok kelapa berdekatan tingkap dapur dipanah petir. Subhanallah. Maha Suci Allah. Kalaulah Hikram masih leka dengan game di dalam bilik saya tak tahulah apa akan terjadi.
Pokok kelapa itu sedang menyala terbakar di dalam hujan lebat. Saya teringat kisah zaman kecil dan juga kisah yang diceritakan beberapa orang jiran yang katanya selalu ternampak 'benda' bergayut di pokok kelapa itu. Wallah hu'aglam sebab selama 13 tahun duduk di situ saya tidak pernah melihat apa-apa melainkan hanya sebatang pokok kelapa. Gambar pokok kelapa ini diambil dari tingkap dapur rumah saya yang terletak ditingkat dua.
Rakyat Malaysia sedang dilanda kesedihan, pilu atas kehilangan MH370 tanpa kesan atau jejak. Berat bagi kita yang memandang berat lagi bagi mereka yang memikul. Doa yang tak putus agar semua kemelut dan tanda tanya ini akan cepat terungkai.
Rutin saya masuk pejabat buka email, periksa sekiranya ada mesyuarat mahupun training yang patut di hadiri atau pesanan dari bos yang dihantar melalui email. Mata saya menagkap satu email yang dihantar pada petang Sabtu lalu. Saya memang tidak menyangka salah seorang penumpang MH370 dari KLIA ke Beijing tersebut adalah teman sepejabat. Kesedihan saya berganda.
Dear
Colleagues,
As
some of you may be aware, there have been reports that flight MH370, en route
from Kuala Lumpur to Beijing, is missing. We have since confirmed that BSC
global iM team member, Puspanathan (Nathan) Subramanian was aboard this
flight.
Our
team is in close contact with Nathan’s family to offer any assistance during
this difficult time.
There
is a lot of information circulating on this situation, and we are committed to
keeping all of our employees up-to-date on all confirmed information.
This
is a tough time for Nathan’s family and all of us in Malaysia. Please know that
the management and HR teams are here, should you need any support. You can
direct any questions around this situation to Neville Clement, Munirah Ghazali,
myself or Rashdan.
Regards,
Allan Hedley
Semalam Pak Tuan juga memberitahu pasangan pengantin baru yang ingin berbulan madu ke Beijing dalam penerbangan yang sama adalah anak seorang anggota polis kenalannya. Tidak kira siapa juga berada di dalam MH370 hati saya sangat bersedih. Sehingga ke hari ini setiap kali menonton perkembangan semasa hati saya akan berdebar-debar.
Allah. Allah. Allah. Sesungguhnya Engkau yang lebih mengethui segalanya. Bantulah keluarga mereka menghadapi dugaan ini dengan sabar. Engkau bantulah juga agar pencarian mereka yag telibat akan segera berhasil. Semua yang berlaku adalah kehendak Mu jua Ya-Allah.
Mampukah kita melihat senyuam itu lagi. Nathan bersama isteri dan anak-anak.
Putrajaya Sentral merupakan terminal bas yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti mahupun bas ekpress untuk perjalanan jarak jauh. Di sini juga terdapat kemudahan-kemudahan lain termasuk surau untuk kegunaan umum. Ingatan buat pengguna surau di Putrajaya Sentral supaya berhati-hati dengan beg yang di bawa terutama beg tangan mahupun beg sandang yang kita letakkan barangan berharga terutama beg duit. Rasanya banyak pengalaman orang lain yang dapat kita baca di internet.
Jumaat yang lalu anak saudara Pak Tuan Nurul yang belajar di Cyberjaya telah menjadi mangsa. Naif. Tanpa prasangka. Almaklumlah pertama kali hidup berdikari dan berjauhan dari ibubapa. Bila semua bersolat dia meletakkan beg agak kebelakang. Usai bersolat bersiap dia ke kedai untuk membeli air dan ketika itu barulah dia tersedar beg duit dan telefon bimbitnya telah lesap. Pencuri itu hanya mengambil barang kecil yang bernilai besar. Menangis dia. Duit tak ada, kad bank lesap, telefon bimbit juga hilang malahan tiket balik juga dikebas.
Dia kehilangan arah. Bila sedikit tenang dia menghubungi bank untuk menyekat penggunaan kad tetapi sayang Rm2000++ pinjaman pelajaran MARA telah dikeluarkan dari akaun bank, telefon satu lagi bank juga sama Rm300 langsai. Alhamdulillah duit Baitulmal di dalam Bank Islam tidak terusik. Bagaimana duit dapat dikeluarkan? Kesilapan dia apabila menggunakan tarikh lahir sendiri sebagai pin nombor atm kad. Penyangak memang cekap sebab itu kerja mereka jadi perkara pertama tentulah nombor kad pengenalan yang akan dia cuba dulu.
Bumi Allah yang luas ini masih ada manusia baik-baik. Nurul di pertemukan dengan seorang wanita baik hati. Memberi pinjam telefon dan memberi duit untuk beli tiket serta duit belanja buat Nurul. Bila kakak Pak Tuan meminta nombor telefon dan nombor akaun dia kata pertolongannya adalah ikhlas kerana Allah. Kasihan Nurul katanya.
Jadi berhati-hati di mana juga kita berada, syaitan yang bertopengkan manusia ada di mana-mana walaupun di dalam surau mahu pun masjid. Mereka tidak segan-silu untuk mencuri walaupun di rumah Allah. Tidak hairan zaman sekarang andai kita terlihat orang bersolat dengan beg komputer riba tersandang di belakang!