Memaparkan catatan dengan label blogger event. Papar semua catatan

Brownies Sedap di Sembang Brownies

Abuain Kitchen kisah perjalanan sebuah pengorbanan masa serta keringat kerana minat namun kejayaan akan tetap bersama bagi mereka yang berusaha. Kami saling mengenali di dunia blog bertegur sapa beramah mesra di alam maya. Lahir sahaja `Abuain Kitchen’ saya dan kawan-kawan blogger lain mendapat jemputan khas dari Khairul Hakimin pemilik Abu Ain Kitchen untuk meraikan pembukaan dan majlis bersama Chef Adu Amran.



13hb Sept 2015 sekali lagi saya mendapat jemputan ke Abu Ain Kitchen untuk menghadiri kelas Sembang Brownies. Peserta diajar membuat Peanut Butter Brownies dan Chocolate Fudgy Brownies secara demo dan di sulami dengan sembang-sembang mengenai bisness brownies bersama Chef Khairul Hakimin. Beliau bukan sahaja mengajar membuat brownies yang sedap tetapi beliau juga tidak lokek memberi tip-tip dari pemilihan barang, harga barang sehinggalah tip untuk membuat brownies supaya ‘menjadi’ dengan baik. Semua soalan peserta akan akan dijawab dengan penuh tertib.





Kelas bermula chef lelaki yang mengikuti kelas majoriti perempuan hanya seorang peserta lelaki. Chef Abang Kacak!



Chef gigih mengajar dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang ingin melihat lebih dekat teksture bancuhan brownies. Masing-masing memberi tumpuan.



Alhamdulillah. Hasil kelas pada hari tersebut `menjadi' dengan baik. Pagi sebelum memulakan kelas kami turut dihidangkan dengan brownies yang sama kami pelajari pada hari tersebut.



Peserta pada hari tersebut bergambar kenangan beramai-ramai, ada yang datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk menghadiri kelas ini. Terselit dibelakang seorang peserta lelaki.




 Blogger jemputan. Saya (bebaju ungu), Ayu, Chef Abang Kacak, Kak ida Mahmod, Bunga Mawar, Atie radzuan dan Elly Nadra yang singgah menjengah kawan-kawan yang baru sahaja habis kelas.


Syukur alhamdulillah. Kelas berlangsung dengan baik, brownies juga menjadi dengan baik. Hubungan ukhwah sesama kami juga terus bertaut erat. Pelajaran hari ini semoga menjadi bekalan buat kami semua, siapa tahu dari buat hanya untuk makan-makan keluarga mungkin suatu hari boleh dikembangkan untuk menambah pendapatan keluarga. Ada juga diantara peserta yang sememangnya telah mempunyai perniagaan makanan sendiri.


Terima kasih kepada pemilik Abuain Kitchen iaitu Chef Khairul Hakimin yang menjemput blogger untuk turut menyertai kelas pada hari tersebut. Setiap dari kita mempunyai cara tersendiri untuk berjihad dan bagi saya inilah jihad beliau dalam membekalkan produk halal dan  membantu ekonomi orang Islam dengan menjadi pembekal makanan halal melalui tempahan dan mengadakan kelas-kelas masakan yang membantu orang lain menjana pendapatan juga dan seterusnya membantu mengembangkan pembangunan ekonomi umat Islam.



Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali


Sekitar majlis Pelancaran Herba Malaysia 2014 bersama Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali (sila kenali chef di blog). Majlis dihadiri oleh pihak media tempatan dan kehadiran blogger adalah atas jemputan khas Chef Adu Amran Management & Services melaui Abuain Kitchen. Kami para blogger hadir atas kapasiti memberi sokongan padu kepada Chef Adu Amran terhadap perkembangan kerjaya di Malaysia.







Chef selebriti yang terlibat Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali sedang beramah mesra. Mereka memang ramah dan sangat mesra!











Sekitar majlis berlangsung, ucaptama perasmian, penyerahan cenderahati dan antara tetamu-tetamu serta pihak media yang ada.







Blogger yang meluangkan masa memenuhi jemputan dari Abuain Kitchen yang mewakili Chef Adu Amran. Kami bukanlah blogger terkenal dengan UV beribu-ribu bukan juga raja SEO jauh sekali blogger yang menerima bayaran untuk sesuatu event tetapi kedatangan lebih kerana meraikan ukhwah yang terjalin antara kami.



Jumpa Chef Adu Lagi



Pada 8hb Febuari bertempat di Abuain Kitchen adalah pertama kali saya berkenalan dengan Chef Adu Amran. Sempat juga merasa air tangan chef hebat ini, memang sedap! Selancar mulutnya bercakap begitulah pantasnya tangan chef bergerak. Kagum.


Sekali lagi geng KKA mendapat jemputan majlis pelancaran program Chef Adu Amran melalui Abuain Kitchen dan saya dengan segera menganggukkan kepala tanda bersetuju. Tempatnya pula hanya sepelaung dari pejabat boleh memilih untuk berjalan kaki atau naik LRT ke sana. Saya ambik cuti separuh hari.



Program FRIM bersama Chef Adu, Chef Rubiah dan Chef Azli.

Tarikh 27hb Febuari 2014
Hari : Khamis
Waktu : 2-5pm
Tempat Hotel Maya
Pakaian Kasual