Abuain Kitchen kisah perjalanan
sebuah pengorbanan masa serta keringat kerana minat namun kejayaan akan tetap
bersama bagi mereka yang berusaha. Kami saling mengenali di dunia blog bertegur
sapa beramah mesra di alam maya. Lahir sahaja `Abuain Kitchen’ saya dan
kawan-kawan blogger lain mendapat jemputan khas dari Khairul Hakimin pemilik
Abu Ain Kitchen untuk meraikan pembukaan dan majlis bersama Chef Adu Amran.
13hb Sept 2015 sekali lagi saya
mendapat jemputan ke Abu Ain Kitchen untuk menghadiri kelas Sembang Brownies. Peserta diajar
membuat Peanut Butter Brownies dan Chocolate Fudgy Brownies secara demo dan di
sulami dengan sembang-sembang mengenai bisness brownies bersama Chef Khairul Hakimin. Beliau bukan
sahaja mengajar membuat brownies yang sedap tetapi beliau juga tidak lokek
memberi tip-tip dari pemilihan barang, harga barang sehinggalah tip untuk
membuat brownies supaya ‘menjadi’ dengan baik. Semua soalan peserta akan akan
dijawab dengan penuh tertib.
Kelas bermula chef lelaki yang
mengikuti kelas majoriti perempuan hanya seorang peserta lelaki. Chef Abang
Kacak!
Chef gigih mengajar dikerumuni oleh pelajar-pelajar yang
ingin melihat lebih dekat teksture bancuhan brownies. Masing-masing memberi tumpuan.
Alhamdulillah. Hasil kelas pada hari
tersebut `menjadi' dengan baik. Pagi sebelum memulakan kelas kami turut
dihidangkan dengan brownies yang sama kami pelajari pada hari tersebut.
Peserta pada hari tersebut bergambar
kenangan beramai-ramai, ada yang datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk
menghadiri kelas ini. Terselit dibelakang seorang peserta lelaki.
Blogger jemputan. Saya (bebaju ungu),
Ayu, Chef Abang Kacak, Kak ida Mahmod, Bunga Mawar, Atie radzuan dan Elly Nadra
yang singgah menjengah kawan-kawan yang baru sahaja habis kelas.
Syukur alhamdulillah. Kelas
berlangsung dengan baik, brownies juga menjadi dengan baik. Hubungan ukhwah
sesama kami juga terus bertaut erat. Pelajaran hari ini semoga menjadi bekalan
buat kami semua, siapa tahu dari buat hanya untuk makan-makan keluarga mungkin
suatu hari boleh dikembangkan untuk menambah pendapatan keluarga. Ada juga diantara peserta yang
sememangnya telah mempunyai perniagaan makanan sendiri.
Terima kasih kepada pemilik Abuain
Kitchen iaitu Chef Khairul Hakimin yang menjemput blogger untuk turut menyertai
kelas pada hari tersebut. Setiap dari kita mempunyai cara tersendiri untuk berjihad
dan bagi saya inilah jihad beliau dalam membekalkan produk halal dan membantu ekonomi orang Islam dengan menjadi
pembekal makanan halal melalui tempahan dan mengadakan kelas-kelas masakan yang
membantu orang lain menjana pendapatan juga dan seterusnya membantu
mengembangkan pembangunan ekonomi umat Islam.
Blog Rider Sejati setelah sekian lama
terabai tiba-tiba terasa satu semangat baru meresap kembali. Ingin menulis
seperti dulu yang kadang-kadang sehingga 2-3 entri sehari, 1 entri adalah wajib
2-3 adalah mengikut kelapangan dan idea. Itu suatu ketika dahulu tahap
kerajinan berada di puncak, sekarang cuba bangun kembali mungkin ada hikmahnya
kelak.
Blogwalking menjengah kawan-kawan,
membaca kemudian meninggalkan komen menjadi rutin. Rupanya ada masalah lain
yang timbul bila buka email terdapat berpuluh-puluh email bertajuk `Mail
Delivery Subsystem’. Rupanya selama ini `Komen
Gagal Di Terbitkan Di Blog Yang Di
Kunjungi’, jadi tiada jejak yang saya tinggalkan untuk kawan-kawan-kawan
oleh sebab itu kawan-kawan tidak tahu yang saya telah singgah dan telah membaca
entri tersebut. Rasa buang masa mengarang panjang lebar komen yang
ditinggalkan.
Masih mencari penyelesaian bagaimana
harus dibuat. Mungkinkah setting di blog ataupun di kumputer. Google kan ada tapi
kalau tak tahu keyword yang sesuai pun susah jugak. Harap perkara ini dapat di
atasi segera. Kadang-kadang bila buka email sehingga 20-30 email notification
failure yang sampai sehari. Sedih betul.
Kalau ada kawan-kawan yang pernah
mengalami pengalaman yang sama bolehlah berkongsi di sini atau pun bagi link di
mana saya boleh rujuk masalah tersebut. Susah hati juga berpuluh-puluh email
gagal sampai, tak seronok pula nak komen sana-sini yang akhirnya gagal di kesan
oleh pemilik blog.
Sejak kebelakangan ini blog semakin terabai uique view juga jatuh
merudum. Tidak banyak yang mampu dibuat walaupun terselit sedikit kekecewaan di
dalam hati namun masih terus berharap agar dapat terus menulis dengan teratur
dan berterusan. Tugasan seharian seringkali menjadi penyebab blog tidak
berusik, seringkali juga idea untuk menulis tidak dapat dikembangkan sebaik
mungkin sehingga memaksa penulisan tertangguh. Kadang-kala idea menulis datang
pada waktu yang tidak tepat contohnya seperti di dalam mesyuarat jadi idea itu
mati di situ sahaja akhirnya.
Pengurusan waktu adalah paling penting walau dalam apa jua
kedaan namun teori tetap hanya tinggal teori tanpa mahu dipraktikkan. Ada kala
masa terluang ada tetapi mood untuk menulis seperti dulu-dulu sudah semakin
terhakis. Blogwalking pun sudah jarang-jarang dapat dilakukan apaah lagi
sekarang berkongsi tingkat dengan management, General Manager pun ada di
tingkat yang sama jadi perlu berjati-hati dalam penggunaan internet. Bila di
rumah banyak urusan lain yang lebih penting yang perlu di uruskan yang kadang-kadang
terpaksa mencuri waktu rehat sendiri.
Mungkin suatu hari kegembiraan saya menulis suatu ketika
dahulu akan datang kembali dan saya berharap sangat dapat membina kembali blog
Rider Sejati menjadi lebih di kenali. Perkembangan dunia cyber membataskan
waktu untuk mengemas kini blog secra teratur kerana ada platform lain juga
untuk kita berkongsi cerita.
Kuatkan semangat, fokus pada tujuan asal berblog moga
keghairahan menulis akan datang kembali. Membina empayar Rider Sejati moga
terus di kenali, membina ukhwah yang moga berpanjangan sehingga ke Jannah.
Sejak akhir-akhir ini banyak sekali pengulas-pengulas keselamatan negara yang wujud secara tiba-tiba, tak kurang cerdik-pandai yang tiba-tiba arif dengan segala jenis radar, kapal terbang, kapal perang dan saya harap jangan jadi temberang sudah.
Salah satu blog yang mendapat perhatian tinggi adalah blog
dramaraja nukilan bradokapak yang dibina khusus untuk mengulas berita kehilangan MH370. Saya tidak mengenali beliau sebelum ini cuma secara kebetulan terbaca melalui link di fb. Sejak itu saya mengikuti perkembangan blog ini.
Sekiranya anda masuk ke blog beliau saya tidak bertanggungjawab atas kecelaruan fikiran anda. Saya baca tanpa menghadam, saya hanya membaca untuk pengetahuan dan tidak akan meletakkan hukuman betul atau tidak.
Saya tidak mahu menyentuh tentang isu yang diketengahkan, saya cuma nak bagitau blog ini antara yang terhebat buat masa sekarang. Beberapa hari di buka tengoklah pageview blog ini. Korang hado? Satu ribu dua ratus tigapuluh enam sedang membaca dengan total pageview sepanjang di buka (selepas kehilangan MH370 pada 8hb Mac 2014) satu juta dua ratus lapanbelas ribu lapan ratus limapuluh dua setakat pukul 11am 19 Mac 2014. Hebat!
Buat empunya FM yang terbang dari Bali dan kemudian berlarian pulak ke Kajang terima kasih daun keladi, kalau bercuti beli lah lagi....ahahhaaa... Hamboiiii...tau la tu warna bendera kesayangan negeri kita. FM pun dia beli biru kuning!
Dah selamat lekat dengan geng-geng yang lain kat pejabat fungsi bukan lagi sebagai fridge magnet tapi pc magnet. Tak banyak yang tinggal sebab yang lain masih dalam kotak sebab selalu sangat pindah-randah. Boleh la buat jamu mata kala penat buat kereja.
Haaaaa...ni la dia adikkk manissss yang belikan FM tersebut dikala bercuti di Bali lepas CNY hari tu. Terima kasih
Lieya.
Sekitar majlis
Pelancaran Herba Malaysia 2014 bersama Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali
(sila kenali chef di blog). Majlis dihadiri oleh pihak media tempatan dan kehadiran blogger adalah atas jemputan khas Chef Adu Amran Management & Services melaui
Abuain Kitchen. Kami para blogger hadir atas kapasiti memberi sokongan padu kepada Chef Adu Amran terhadap perkembangan kerjaya di Malaysia.
Chef selebriti yang terlibat Chef Adu Amran, Chef Primadona Rubiah Suparman dan Chef Azli Razali sedang beramah mesra. Mereka memang ramah dan sangat mesra!
Sekitar majlis berlangsung, ucaptama perasmian, penyerahan cenderahati dan antara tetamu-tetamu serta pihak media yang ada.
Blogger yang meluangkan masa memenuhi jemputan dari Abuain Kitchen yang mewakili Chef Adu Amran. Kami bukanlah blogger terkenal dengan UV beribu-ribu bukan juga raja SEO jauh sekali blogger yang menerima bayaran untuk sesuatu event tetapi kedatangan lebih kerana meraikan ukhwah yang terjalin antara kami.
Pertama kali tengok handmade handbag saya kagum. Betapa gigih empunya diri menyiapkan beg tangan yang nampak sangat sempurna di mata saya. Kreatifnya dia menjahit sehingga menjadi sebiji beg sebegitu. Tak percaya pun ada mulanya. Jahitan sangat kemas, material berkualiti dan bila membeli kita akan sangat berpuas hati.
Saya nak juga
booking satu nanti. Lain dari yang lain tak ada jual atas supermarket tau! Kalau nak tahu lebih lanjut silalah ke blog
McKantin. Terkedu saya tengok koleksi beg tangan hasil kerja tangan dia. Hebat! Pandai menjahit, pandai memasak dan pandai naik gerek jugak.
Pada 8hb Febuari bertempat di
Abuain Kitchen adalah pertama kali saya berkenalan dengan Chef Adu Amran. Sempat juga merasa air tangan chef hebat ini, memang sedap! Selancar mulutnya bercakap begitulah pantasnya tangan chef bergerak. Kagum.
Sekali lagi geng KKA mendapat jemputan majlis pelancaran program Chef Adu Amran melalui Abuain Kitchen dan saya dengan segera menganggukkan kepala tanda bersetuju. Tempatnya pula hanya sepelaung dari pejabat boleh memilih untuk berjalan kaki atau naik LRT ke sana. Saya ambik cuti separuh hari.
Program FRIM bersama Chef Adu, Chef Rubiah dan Chef Azli.
Tarikh 27hb Febuari 2014
Hari : Khamis
Waktu : 2-5pm
Tempat Hotel Maya
Pakaian Kasual
Syukur alhamdulillah Kakak Hayani sudah buat keputusan untuk balik sekolah dengan mama. Saya is happy sangat-sangat. Harap mak tok tak sedih-sedih bila kakak tak ada kat rumah kelak. Mama pun selalu rindu kakak. Tak pe mak kalau rindu Kak Yang booking je tiket kapal terbang eh...mai Kajang.
Cuti panjang jadinya pasti ramai yg ambik kesempatan balik kampung. Paling sinonim di mana-mana lebuhraya adalah jem. Jadinya saya harus bersiap sedia mental dan fizikal untuk mengharungi 500km++ esok. Saya tiada pemandu gantaian...sobsss...
Bermakna juga blog mungkin akan sedikit terabai sebab bila balik kampung saya banyak aktiviti sosial yang lain. Kalau tak pergi jalan-jalan pun saya lebih suka borak-borak dengan umat manusia disekeliling rumah mak. Renung awan, nikmati kehijauan padi mahupun kuning tanda boleh dituai. Pastinya sekarang musim timur! Siang yang panas berangin dan malam yang super-duper sejuk. Harus saya bawak balik selimut tebal!
Lieya jom dating sambil pekena nasik kandaq ka, charkoey teow ka...laksa Kak Su ka. Apa kata? Ahahahaaa...
Yang di tunggu telah tiba. Apa tu jom kita tengok. Suka...suka...suka... Comey ja. Ini hasil kerja tangan blogger Anyss
Gadis Kampung Separa Bandar. Al kisahnya saya tempah dalam keadaan tergesa-gesa serta dalam jumlah sedikit pulak tu nasib baik tuan punya badan boleh bertolak ansur. Alhamdulilah. Dah tertulis rezeki dapat Mini Tasbih ini.
Didatangkan dalam pek yang kemas seperti kat bawah. Terima kasih Anyss sanggup beli manik-manik baru semata-mata nak kenakan dengan tema pink biru tu walaupun saya tak kisah warna apa pun sebab saya tempah sikit sahaja. Itu pun dah bersyukur sangat sebab dia sanggup buat.
Sekotak dah sampai semalam, laju-laju lari naik Tingkat 18 nak tengok hasilnya. Memang berbunga-bunga hati saya nih. Insyaallah akan jadi cenderahati buat jiran-jiran dan kaum keluarga yang membantu dalam majlis
3hb November 2013 nanti. Teringin nak tempah jom klik kat
sini.