Memaparkan catatan dengan label Sebenarnya Saya Isteri Dia. Papar semua catatan

Sebenarnya Saya Isteri Dia - Cucu Nombor Berapa?


Hikram demam panas sudah beberapa hari, kejap baik kejap demam. Pergi klinik sudah berkali-kali tetapi tak juga baiknya. Jalan akhir bawak pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi.


Doktor buat pemeriksaan. Minta pergi x-ray.


Sementara tunggu giliran untuk berjumpa doktor semula kami menunggu di luar. Seorang perempuan berborak dengan Pak Tuan yang sedang mendukung Hikram berusia 2 tahun ketika itu.


"Sakit apa?"
"Demam, tak kebah-kebah"
"Kesian"
Pak Tuan senyum sambil angguk kepala.
"Cucu sulung ke ni?"


Saya pandang lantai sambil senyum.
Pak Tuan gelak tanpa suara.
Kemudian jawab jugak.


"Bukan cucu, anak bungsu"


Rasa nak gelak guling-guling jam-jam tu jugak kat Pak Tuan.



Sebenarnya Saya Isteri Dia - Datuk Dia Ke?


Senyum-senyum bila kenangkan peristiwa ini.


Masa tu Hikram berumur 2 tahun, mama masih bekerja di syarikat lama yang tidak meyediakan kemudahan perubatan buat keluarga. Suatu hari Hikram demam, demam panas. Pak Tuan pula masih bertugas di Maktab Polis Kuala Kubu Baharu. Setelah pemeriksaan di klinik kesihatan dibuat Hikram terpaksa di masukkan ke hospital kerana bronchitis, x-ray menunjukkan paru-paru Hikram dah separuh seperti berwarna agak gelap dah tak nampak kata doktor.


Masuk hospital kerajaan faham-faham jelah. Awal-awal lagi Pak Tuan dah berangin sebab dia terpandang seorang budak ni kena balut dalam treatment room dalam usaha depa nak inject budak tu. Ibu pulak kena tunggu kat luar of cozlah budak tu stresskan. Saya rasa kalau ibu dia dapat masuk mungkin sedikit sebanyak akan tenangkan budak tu. Sob... Mak dia menangis-nangis kat luaq. Lepas tu giliran mak Hikram pulak teriak nasib baik Pak Tuan tak ada masa tu kalau tak mau kecoh. Selesai lega rasa hati.


Tambah air dan ambik antibiotik. Berkampung le kat ward. Dua hari lepas tu tangan tepat tambah air bengkak jadi doktor lagi sekali terpaksa balut badan dia kemudian minta mak keluar. Bergelutlah sampai hilang suara anak, kebetulan Pak Tuan ada. Naik merah muka dia, tahan marah terus dia keluar. TAk tau berapa kali cuba last-last dapat kat kaki. Kesian anak mak. Lepas tu depa tukar antibiotik dan mungkin tak sesuai badan Hikram naik macam ruam merah dan asyik nangis sebab tak selesa mungkin.


Esoknya Doktor Pakar melawat tetapi saya lupa pulak apa namanya, doktor perempuan berbangsa Cina serta rombongannyalah. Terus Pak Tuan sound katanya nak buat ujikaji ke apa pada anak dia coz penuh ruam-ruam merah, suka-suka tukar antibiotik. Sebelum tu in house doktor dah kena sound jugak. Doktor Pakar tu angin jugaklah jadi dia sound balik (lupa pulak ayat dia).


Habis melawat dan Pak Tuan balik datanglah Matron kat katil Hikram.
"Siapa tadi tu, datuk dia ke?"
"Bukan datuk tapi BAPAK dia"
Terkulat-kulat matron tu sambil senyum malu dan blah dari katil.
Ya masa tu saya baru 29 tahun kot.
Hahhaaaaa...rupanya depa dok ingat hat dok ulang tiap-tiap hari mai tengok Hikram kat hospital datuk dia. Adoi la...


Tapi akhirnya Pak Tuan minta maaf jugak dengan Doktor Pakar tu masa dia jumpa kat kantin. Doktor tu kata dia faham sebab sebagai ibu bapa memang kita nakkan yang terbaik buat anak-anak. Profesional gitu.


Lain-lain kisah 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' boleh baca kat sini, sini, sini dan sini.






Sebenarnya Saya Isteri Dia! Kenangan Baru Kahwin

Cerita lama. Novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' pun belum ada, apatah lagi dramanya.
Senaja mengaitkan cerita dalam novel ini dengan hari-hari yang kami lalui bersama.
Pernah sekali menulis di sini.

Kami nikah akhir tahun 2001.
Masa tu Pak Tuan masih bertugas di Bukit Aman. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
Menguruskan bahagian latihan. Banyak masanya dihabiskan di Maktab Pegawai Rendah Kuala Kubu Baharu menguruskan krusus peralihan detektif. Kami sering berjauhan.
Redha.

Setiap krusus akan ada latihan luar. Kebiasaannya latihan akan di adakan di Lumut.
Terdapat beberapa sesi yang perlu peserta krusus jalankan di sana.
Sekali tu Pak Tuan ajaklah isterinya(sayalah tu) ikut sekali.
Bertolak dari rumah awal pagi, kemudian lepak di bilik sementara dia menguruskan peserta krusus.
Kemudian kami keluar minum di kantin.
Dalam perjalanan Pak Tuan berhenti berborak dengan seorang pegawai dan Aina terus berjalan ke kantin.
Duduk. Main-main dengan kakak (waktu tu baby lagi waktu tu juga umur saya baru 26 tahun).

Dari jauh nampak Pak Tuan jalan laju-laju dengan uniformnnya.
Segak. Bergaya (itu yang buat Aina jatuh chinta padanya).
Dia terus ke kaunter oder minum dan ambik makanan, jalan penuh bergaya lagi ke arah isterinya.
Tiba-tiba.
'Tuan!!!'
Pak Tuan berpaling.
Seorang anggota wanita memanggil sambil tepuk-tepuk paha memberi isyarat konon suruh duduk kat riba dia. Sambil gelak-gelak dalam kumpulannya.
Pak Tuan gelak besar dan terus jalan kearah isterinya (sebenarnya control gatal depan isteri).

Menyirap!
Huh! Depan bini gayanya gini belakang bini lagu mana gamaknya.
Muka bini dah muncung-muncung.
Makanan pun tak jamah geram.

Masa bangun keluar dari kantin Pak Tuan dukung anak perempuan kesayangannya.
Sambil berjalan Aina terus rangkul tangannya. Genggam erat-erat.
Dalam hati menjerit  'Jangan lebih-lebih ya! Sebenarnya Saya Isteri Dia!'
Dah la waktu tu kami baru 3 bulan kawin!

Bila di Lumut budak perempuan tu nampak serba salah mungkin tak sangka yang Aina ni isteri Pak Tuan. Almaklumlah umur kami banyak sangat bezanya. Kalau zaman muda-muda mau orang kata ayah dan anak yang sedang berjalan.