Pernah dengar pekasam nasi? Bukan nasi tu dibuat pekasam tetapi ikan dibuat pekasam menggunakan nasi sejuk. Walaupun sudah 15 tahun menjadi menantu orang Perak inilah kali pertama saya lihat kakak ipar sediakan ikan pekasam. Sebelum ini saya hanya melihat yang siap digoreng dan beranggapan setiap pekasam adalah sama cara pembuatannya.
Perjalanan lebih 3 jam biasanya sangat membataskan masa saya untuk masak-memasak di dapur, sekadar membantu atau kadang-kadang saya langsung berbaring sementara kakak ipar memasak. Memandu sejauh 255km dari Kajang-Bota Kiri membuatkan saya sangat letih dan bertambah letih sebab kebiasaannya kami akan balik semula ke Kajang pada hari yang sama. Tumpuan Pak Tuan di jalanraya semakin berkurangan berikutan faktor umur jadi saya akan menjadi pemandu setiap kali balik kampung.
Cara-cara untuk membuat pekasan ini sangat mudah. Ikan talapia hitam dicuci bersih, digaramkan. Kemudian dilumurkan dengan nasi dan dimasukkan asam keping. Apa yang saya lihat didalam perut ikan mesti ada asam keping. Rasa pekasam ini agak kurang masamnya berbanding pekasam beras goreng. Masih boleh menikmati rasa ikan, masam yang kurang dan wangi semasa menggoreng juga tidak menusuk hidung. Berbanding pekasam beras goreng yang biasa orang Perlis buat bau pekasam ini sedikit kurang berbanding pekasam beras goreng yang berbau agak kuat.
Bekalan dari kakak ipar. Sebelum menggoreng buang semua nasi yang ada di badan dan perut ikan. Saya buat kerja senang cuci sahaja terus dengan air.
Inilah hasilnya. Wangi dan sedap makan dengan nasi panas.
Semalam saya berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman
bersama Pak Tuan dalam misi mencari baju kemeja sutera warna sedondon untuk
majlis perkahwinan adik pada Febuari akan datang. Rata-rata kedai menunjukkan
peningkatan harga kerana kebiasaannya kemeja sutera yang biasa dibeli ini
berharga Rm195 selepas tawar menawar dapatlah Rm180. Kali ini dengan kualiti
kain yang sama harganya mencecah Rm295 dan harga tetap. Boleh tahan mahal jugak
harganya jadi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini saya dan suami memilih
untuk mencari pilihan lain.
Tempat kedua mejadi tujuan adalah Wisma Yakin dengan deretan
kedai menjual baju Melayu serta kelengkapan seperti songkok dan sampin. Kedai
pertama yang kami masuk harga sepasang baju Rm245 dan sekiranya tempahan Rm300
sepasang. Meninjau-ninjau baju di dalam kedai tiada warna yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang saya akan
pakai. Keluar ke kedai seterusnya kami mendapat sepasang baju dengan harga
Rm145, oleh kerana saya hendak membeli 3 pasang untuk Pak Tuan, Iqbal dan
Hikram saya mendapat potongan harga sehingga Rm110 sepasang. Bila dicongak
kembali ianya lebih menjimatkan berbanding membeli kemeja sutera, lagi pun
baju Melayu ini boleh digunakan untuk hari raya nanti.
Memilih warna yang sesuai pun memakan masa sebab warna yang
saya kehendaki cuma ada saiz untuk Pak Tuan. Tuan kedai keluarkan warna terqoise
kehijaun sedangkan saya berkeras hendakkan warna terqoise kebiruan sedangkan
saiz untuk Hikram tak ada dan terpaksa juga beli bila Pak Tuan tak habis-habis
berkata boleh…boleh… Hikmahnya bila balik rumah rupa-rupanya baju tersebut
memang sama dengan baju saya yang telah siap dijahit. Alhamdulillah.
Peringatan buat semua yang biasa menggunakan debit kad atau
kredit kad juga. Semasa membuat bayaran saya menggunakan kemudahan debit kad
sebab tak bawa cash, pelan asal cuma nak tengok-tengok sebaliknya terbeli terus
pula. Jadi swep Maybank ATM kad. Dua pasang baju untuk Pak Tuan dan Hikram
bersama 2 set butang baju Melayu berharga Rm225 dan kali ini saya sangat cuai.
Terus sign resit dan masukkan resit satu lagi ke dalam beg duit yang mana
kebiasaannya saya akan teliti dahulu setiap bil tetapi kali ini tidak. Hanya 2-3 orang
pelanggan yang ada jadi saya menganggap tidak akan berlaku kesilapan sebaliknya kad saya
telah di charge Rm250. Saya bernasib baik kerana juruwang seorang yang jujur
semasa sedang berjalan mereka memanggil dan memulangkan duit tunai sebanyak
Rm25 sebagai ganti.
Manusia memang begitu suka mengambil kesempatan bila terasa
selamat maksudnya kebiasaannya bila ramai pelanggan saya kan periksa dengan
teliti bil-bil sebelum bergerak dengan menganggap tak ramai pelanggan jarang
berlaku kesilapan saya hanya terus simpan reset begitu sahaja. Bernasib baik
sekiranya kita boleh minta balik duit tetapi sekiranya jauh pula tempat kita
membeli barang memang akan terasa ralat. Jadi hati-hatilah dalam apa juga
keadaan terutama bila melibatkan keewangan yang menggunakan duit plastic. Mudah
dan cepat tetapi sekiranya cuai buruk padahnya.
Bab baju pengantin, baju untuk keluarga sudah selesai satu perkara yang masih di dalam penelitian adalah jurugambar. Keewangan agak terhad jadi mustahil untuk mengupah jurugambar profesional masih berkira-kira untuk mencari jurugambar khas untuk majlis yang mengenakan bayaran yang berpatutan. Mungkin boleh menggunkan tip dari "Here’s How To Take Amazing #Travel Photos For Your Instagram".
Hero dan heroin. Model 2014. Ada yang nak booking?
Ramai yang berpendapat wajah Hikram saling tak tumpah seperti wajah abahnya.
Air mata masih berbaki. Ketika mencium tangannya sebelum dia lolos dari pandangan mata air mata puas diseka kala tubuh kami bertaup kemas dihati hanya terdetik Allah apakah ini kiranya dakapan terakhir aku untuknya. Jarak yang memisah takdir Allah s.w.t tiada siapa yang mengetahui. Saya menangis umpama anak kecil kehilangan ibu dalam dakapan erat dia. Hanya Allah yang mengetahui isi hati ketika itu. Lengkap berihram dengan sayu saya melepaskan dia pergi dengan doa agar kasih sayang kami moga masih panjang.
Bila dia hilang dari pandangan mata air mata masih tidak henti mengalir bahu anak pula menjadi tempat melepas kesedihan. Anak-anak merenung pilu. Air mata yang ditahan sejak petang akhirnya tumpah jua, dari petang juga Hikram asyik bertanya kenapa mata mama merah.
Senyum dalam tangisan, saya gembira dia dapat menunaikan haji tahun ini tetapi sebagai isteri yang tidak lagi berupaya menjaganya ketika di sana saya tetap rasa sangat bersedih.
Gelang pengenalan jemaah haji Malaysia tertera nama dan nombor kad pengenalan di bahagian belakang gelang. Dia berbisik abah pakai emas putih dan saya sempat mengusik kalau dulu anak lelaki bergelang begitu mesti abah marah.
Abah dengan anak bungsu, Hikram sudah terpaksa pakai cermin mata bermakna tidak lagi dapat mewarisi legasi tugas abah sebagai Pegawai Polis.
Haiii...saya Pak Usu. Pewaris katanya satu-satunya cucu lelaki dari 4 orang cucu yang ada. Dia dapat pangkat datuk tetapi saya hanya dapat pangkat opah.
Suasana persekitaran di Kompleks Haji Kelana Jaya yang menjadi tempat berkumpulnya jemaah sebelum berlepas ke KLIA. Urusan daftar masuk dilakukan di sini, hanya melalui pemeriksaan Imigresen di KLIA.
Di rumah boleh minta isteri buatkan kopi di sini hanya tekan di mesin sahajalah.
Kandid abah dan kakak.
Nampak sangat anak-anak semakin membesar semua lebih tinggi dari abah sikit hari lagi Hikram pula mengejar. Sekejap sahaja masa berlalu.
Selepas melambai abah di kompleks kami tunggu pula bas keluar dari kawasan komplek, kebetulan dia menaiki bas nombor dua. 13 biji bas keseluruhannya diiring oleh anggota polis trafik dan sebuah ambulan menuju ke KLIA.
Mengharungi 42 hari tanpa cinta hati hidup seumpama kosong, bukan tidak pernah ditinggal-tinggalkan tetapi entah mengapa kali ini terasa sangat kelainannya. Segenap hati seperti ada ruang-ruang lompong tidak terisi. Kehilangan bila teman bersarapan, makan tengahari dan makan malam tiada di sisi. Menuju ke hari berakhirnya detik itu hanya doa mampu diiring buatnya.
Seribu kesyukuran kupanjatkan pada Ilahi keran tahun ini Pak Tuan mendapat rezeki berganda setelah tiga tahun membuat rayuan. April 2014 Pak Tuan ke Mekah mengerjakan umrah setelah dua tahun rayuan untuk menunaikan haji di tolak. Dua minggu sebelum penerbangan Pak Tuan mendapat tawaran menunaikan haji dari pihak Tabung Haji. Allah s.w.t mendengar rintihan dia semasa mengerjakan umrah. Walaupun tawaran agak suntuk tetapi persiapan di permudahkan oleh Allah, segalanya berjalan dengan lancar.
Hari ini 22hb September 2014 suami saya Syed Hussin bin Syed Jamalil akan berangkat mengerjakan haji. Kegembiraan memenuhi segenap hatinya dan setiap hari hanya kisah-kisah Mekah dan haji bermain di bibirnya. Saya gembira tetapi hati sedikit terusik, sedih berpisah 42 hari, selama berkahwin tidak pernah berpisah selama ini namun saya redha. Panggilan untuk menjadi tetamu Allah telah sampai buat Pak Tuan. Doa saya agar dia akan sentiasa sihat, dipermudahkan urusan di Tanah Suci dan mendapat haji yang mabrur.
Tiga tahun Pak Tuan mengemukakan rayuan ke Tabung Haji dengan alasan kakinya yang semakin tidak kuat. Arthritis agak mengekang pergerakkan dia. Sekali sekala bila datang sakitnya solat pun hanya berkerusi . Tiga tahun termasuk tahun ini dia gagal menempatkan diri untuk menunaikan haji bersama agensi yang menguruskan haji. Dua minggu sebelum tarikh penerbangan Tabung Haji telefon untuk ambil surat tawaran mengerjakan haji secara muassasah. Alhamdulillah. Itu janji Allah. Sudah sampai masanya Pak Tuan menjadi tetamu di rumah Allah walaupun sebelum ini dia sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar menggunakan agensi tetapi masih tidak dapat menempatkan diri. Perancangan Allah s.w.t adalah terbaik buat hambanya.
Doa yang terbaik buat Pak Tuan dan semua jemaah haji agar dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik serta mendapat haji yang mabrur. Paling pasti #rinduawak200%.
Hari ini genap 12 hari kakak Pak Tuan yang sulung di masukkan ke hospital akibat dari jangkitan kuman di paru-paru. Masih bergantung dengan oksigen sepemuhnya. Di usia 73 tahun tak banyak yang boleh diharapkan dan hanya doa dititipkan agar kesihatan dia pulih segera. Semuanya bergantung kepada dayatahan tubuh dia untuk menerima antibiotik yang diberi dan melawan sakitnya. Punca mungkin dari batuk yang berpanjangan. Tinggal sendirian hanya kadang-kadang anak cucu menjengah tiada siapa memastikan dia makan ubat.
6hb April 2014 mereka kehilangan ibu jadi bila doktor memberitahu bila-bila masa sahaja jantungnya boleh berhenti semua jadi terkaku. Dia kakak sulung menjadi pengganti ibu kini lemah tidak berdaya. Khamis dimasukkan ke hospital Changkat Melintang, Bota Kanan dan semua adik beradik dan anak-anak dimaklumkan keadaannya. Sabutu kami bergegas balik ke sana, ziarah. Semua anak-anak Chor ada di sisi.
Sampai di katal Pak Tuan memeluk dan cium Chor berkali-kali sambil membisikkan kami datang ziarah dia, buka mata kemudian dia lelap lagi. Sedih. Selalunya bila balik ke Bota Kiri menjadi rutin singgah ke rumah dia menghantar barang dapur, hari ini arah kami sedikit berbeza ke hospital. Dia hanya kakak ipar tetapi umur dia melebihi umur emak saya sendiri jadinya kasih dan ehsan saya umpama kasih yang tumpah pada seorang ibu.
Anak-menantu Chor yang memenuhi ruang hospital, juga kami sekeluarga yang datang menziarah. Saya duduk di sisi Chor membisikkan zikrullah memberi kata-kata semangat kepadanya. Sesekali mengusap belakangnya bila dia batuk, membetulakan wayar-wayar ditangannya setiap kali berpusing.
Anak Chor yang menjaganya di hospital bersama kakak nombor empat Pak Tuan, dulu dia bertugas sebagai nurse di hospital yang sama sekarang sudah bersara.
Ini kakak Pak Tuan yang nombor tiga tinggal di rumah pusaka arwah emak juga sedang meniti usia senja. Moga Allah s.w.t memberi kesihatan yang baik buat mereka.
Semalam Chor dipindahkan ke Hospital Baling kerana tiada waris yang akan menjaganya di Hospital Changkat Melintang. Anak-anak mempunyai tuntutan tugasan masing-masing jadinya anak perempuan sulung yang tinggal di Kroh ambil tanggungjawab untuk jaga emak. Syukur alhamdulillah Chor dapat menantu yang baik dan bertanggungjawab. Saya berharap anak-anak yang lain tidak akan lepas tangan dan tidak lupa tanggungjawab mereka sebagai anak.
Pak Tuan hantar Whatsapp yang kat bawah tu. Ahahahaaaa...susah saya nak jawab. Zaman sekolah umur 13 tahun manalah saya nak kenal dia, soalan menguji minda betul.
Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan, Perak.
Usia gambar ini 47 tahun dah boleh jadi barang antik. Kebanyakan dah bersara salah seorang menjadi Duta di Mexico, ramai yang menjadi guru dan Pak Tuan menjadi pegawai polis. Pertemuan raya yang lalu Pak Tuan tak dapat join sebab belum balik ke Bota Kiri.
Saban tahun setiap kali hari raya emak tidak pernah tidak pasti akan menyiapkan ketupat sebagai bekalan balik ke Kajang. 'Ketupat Untuk Menantu'. Emak dalam banyak keadaan akan lebih memenangkan menantu berbanding anak sendiri. Walaupun kadang-kadang salah itu datang dari menantu sebagai emak dia akan memberi nasihat yang lebih pro kepada menantu mungkin untuk tidak mengeruhkan keadaan. Sayang mak pada menantu lebih dari sayangkan anak tetapi itu hanya tanggapan, jauh disudut hatinya anak-anak tetap datang nombor satu.
Hari raya tanpa suami bagai rutin kepada saya, hati saya sudah kalis anak-anak sudah hadzam. Usah di tanya kenapa kerana itulah rezeki kami. Redha adalah ubat hati terbaik. Di sebalik sebuah ujian ada hikmahnya tersendiri. Allah s.w.t menguji saya beraya tanpa suami tetapi Allah s.w.t memberi saya kegembiraan beraya bersama emak tersayang. Adil bukan? Sepanjang 39 tahun tidak pernah tidak tanah kelahiran akan tetap saya jejaki, sepanjang itu jugalah saya mencipta kenangan ditempat sendiri. Senyum mak, air mata mak, resah serta gundah mak di Aidilfitri kami tempuh bersama. Kegembiraan beraya bersama adik-beradik tidak kurang hebatnya.
Lali dengan pandangan orang sekeliling saya biarkan pandangan serta cakap-cakap mereka pergi di angin lalu, saya tidak izinkan ia menyinggah di hati. Hidup kami jadi kami lebih mengerti. Bagi saya selagi suami mengizinkan untuk pulang beraya di kampung sendiri itu sudah cukup baik. Bukankah syurga saya ditelapak kaki dia? Bukan hati tidak sayang tetapi kerana sayang saya sanggup berjauhan. Memberi ruang kepada diri masing-masing.
Walaupun berasal dari Perak yang terkenal dengan lemang dan rendang tok tetapi dia lebih suka ketupat palas. Menggemari ikan sungai puyu, haruan, keli dan sepat. Hidup secara orang kampung yang menjadi darah dagingnya, kenangan itu tetap kukuh di hati. Jadinya setiap kali raya mak akan siapkan ketupat palas
buat menantu.
Sesi buka daun palas sehari sebelum mak gigih balut ketupat palas. Habis lengan luka-luka sebab gighnya isteri pergi ambik daun palas di pokok demi suami tersayang...cewahhhh...
Mak dengan kakak ipar sedang balut ketupat, saya jadi tukang tengok sahaja sebabnya tangan saya tidak berseni untuk membalut. Sampai hitam pulut yang putih saya kerjakan, jadi sebiji nak buat lagi dah lupa cara pusing. Kakak ipar muda dari saya tapi pandai balut ketupat palas. Jadinya esok-esok teringin nak makan boleh buat muka sedih kat kak ipaq!
Tahun ini mak buat ketupat pulut hitam. Beras pulut putih yang dimasak dengan santan tetapi dicampur dengan beras pulut hitam yang selalu buat bubur tu.
Demo dari kakak ipar tetapi adik ipar tetap tak boleh serap ilmu balut ketupat palas.
Hasil dari 1kg beras pulut putih dan sedikit campuran beras pulut hitam. Selepas siap balut sesi merebus pulak sebab pulut tersebut hanya separuh masak sebelum dibalut.
Suatu hari kisah 'Ketupat Untuk Menantu' hanya akan menjadi kenangan kerana itu adalah pasti. Selagi emak ada selagi itu pasti setiap tahun akan ada kisah berlainan dengan tajuk yang sama dan saya sentiasa berharap akan masih banyak lagi tahun-tahun akan saya lalui bersama mak untuk menyiapkan 'Ketupat Untuk Menantu'.
Kami selalu bergurau manja dalam banyak hal, walaupun dia seorang yang 'cengey' dan tegas tetapi bila kena gayanya dia memang banyak idea nak bagi isteri senyum. Dia seorang bapa 'zaman dahulu' yang tidak banyak bercakap dengan anak-anak kecuali perlu. Jadi memang jarang bercakap jaug sekali bergurau senda dengan anak-anak kecuali dengan anak perempuan kesayangan dia. Kalau bab kakak semua akan di turuti.
Kadang-kadang dia selalu juga meluahkan rasa hati tentang anak-anak yang bila sudah besar bermacam-macam perangai dan gaya. Suatu hari dia meluahkan rasa hati yang dia tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaganya apabila dia mula sakit-sakit dan nyanyuk kelak sekiranya umur dia masih panjang mungkin anak-anak akan menghantar ke rumah orang tua-tua. Saya hanya iyakan sahaja sambil ketawa.
Pagi tadi lagi sekali gurauan yang sama bermain dibibirnya. Anak perempuan dia hanya ketawa dengan telatah abah. Saya lagilah bahankan dia cukup-cukup. Saya kata juga mungkin saya akan cari bibik untuk jaga dia sebab saya perlu bekerja sekiranya tidak saya terpaksa juga menghantar ke rumah jagaan dan yang paling dekat Rumah Siti Hasmah di Cheras supaya ada yang menguruskan dia sementara saya bekerja. Dia menyambutnya dengan ketawa besar.
Sampai di pejabat selepas bersalam dia mengajukan pertanyaan. 'Mama dah piliih ke rumah kebajikan mana nak hantar abah nanti senang abah nak wakafkan semua harta-harta abang yang ada?' Rupanya dia 'touching' lebih pulak pagi ini. Alahai...saya gelakkan dia.
Walaupun umur kami berbeza banyak tetapi kasih sayang itu tetap utuh di hati. Apakah nilai kasih bagi seorang isteri? Bukan wang ringgit, bukan harta benda cukup dengan kasih sayang serta perhatian yang di beri. Selagi tanggungjawab tetap berada dinombor satu, lalu apa lagi yang perlu saya kejar.
Dulu dia guna telefon berinternet kerana terpaksa sebabnya bos akan berbincang permasalahan yang timbul dengan 'whatsapp' melalui group yang ditubuhkan. Jadi tiada alasan untuk pekerja untuk tidak melihat telefon seharian sebagaimana alasan tak melihat email. Lama kelamaan dia mula aktif FB tetapi bukan aktif dengan kawan-kawan tetapi sebalinya aktif dengan parti politik, selain itu dia sibuk dengan 'whatsapp' group sedia ada.
Bila mengadap rezeki ditengah hari sebaik habis makan dia akan capai telefon, merenung, membaca dan komen. Meja sepi. Tiada lagi suara berborak, bergelak sesekali usik mengusik. Saya pula merenung kosong sekeliling. Lama-lama hati jadi terbakar. Bangun tanpa sepatah kata. Bayar. Melangkah keluar kedai tanpa kata. Dia terpinga-pinga mengejar tanpa kata. Pulak tu buat muka tak bersalah.
'Tak apalah saya balik pejabat jalan kaki sahaja, tengoklah hp tu sampai esok'
Ayat merajuklah konon....ahahhaaaaa...
Salah sendiri buka akaun FB kat laki. Bila dia mula sibuk di FB sedikit sebanyak masa berkualiti dah tak ada. Jadi pesanan buat suami-isteri bila bersama sila bagi tumpuan pada pasangan masing-masing agar tiada yang terasa hati. Jangan jadikan gadget sebagai pemutus komunikasi kalian.
Saya sudah biasa di tinggalkan. Luar kawasan ke Pulau Pinang dua minggu, ke Langkawi seminggu waima ke Sabah dan Sarawak berminggu-minggu. Ke Jakarta ke Bangkok tapi kali ini terasa sangat kelainannya. Hati saya resah.
Sabtu lepas 12 April 2014 Pak Tuan berlepas menunaikan umrah jam 3pm menaiki Saudi Airlines. Sejak dia menetapkan untuk menunaikan umrah saya tidak putus berdoa kemudahan buat Pak Tuan dalam perjalanan mahupun ketika umrahnya. Saya bimbang kerana tiada di sisi dia ketika susahnya kelak di sana. Moga Allah perkenankan doa saya.
Pukul 12.06am waktu Malayisa (7.10 waktu Jeddah) Pak Tuan hantar sms mengatakan dia telah selamat sampai. Jam 6.10am satu lagi sms masuk ke telefon bimbit saya mengatakan Pak Tuan baru sahaja melepasi pemeriksaan Imigresen yang mengambil masa 6 jam. Pukul 11.07 Pak Tuan bagi tahu baru sampai ke hotel tetapi belum daftar masuk. Satu perjalanan yang memenatkan katanya. Sebagai isteri saya sabarkan dia saya faham keadaan kesihatan Pak Tuan dan mungkin dia sedikit keletihan tanpa rehat yang cukup setelah menguruskan jenazah emak sebelum itu.
Sabtu itu jugak saya memandu ke Puncak Alam membawa emak saya ke rumah adiknya. Emak datang tengok menantu yang nak menunaikan umrah sambil itu membawa mangga juga untuk diagihkan pada adiknya di Puncak Alam. Jalan yang biasa dilalui berkali-kali tiba-tiba saya tersasar sehingga ke Shah Alam dan terus ke Kelang. Perjalanan jadi jauh kerana terpaksa melalui Meru ke Puncak Alam. Balik malamnya sekali lagi bila saya tersedar kami berada di Damansara. Astarfirullah'halazim. Saya beristigfar berkali-kali. Saya biarkan hati lalai. Nasib baik walapun tidak biasa di Damansara saya masih boleh mengagak jalan-jalan di situ.
Dua malam berturut-turut saya mimpikan Pak Tuan. Rindukah? Atau kerisauan saya yang membuatkan hati gundah. Malam tadi saya bermimpi Pak Tuan memberi saya tiga bungkusan kecil berwarna hitam tetapi tanpa kata-kata. Dia hanya memandang. Hati saya menjadi tidak keruan. Bila di fikirkan kembali bukankah mimpi itu mainan tidur?
Sabarlah hati. Tak lama dia pergi hanya 12 hari dan akan kembali, sabarlah menghitung detik dan waktu. Semoga Pak Tuan di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana serta di permudahkan setiap urusannya dan dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.
6hb April 2014.
Ahad.
Jam 3.20pm.
Ibu mertua saya Sapiah Binti Mat Saie menghembuskan nafas yang terakhir di sisi tiga orang kakak ipar dan seorang anak lelakinya kerana sakit tua. Meninggal pada usia sebenarnya 86 tahun walaupun secara rasminya di kad pengenalan dilahirkan pada tahun 1931 (82 tahun).
Jenazah telah selamat dikebumikan esoknya jam 11am kerana memberi peluang kepada semua anak-anak dan cucu-cucunya untuk meliahat jenazah buat kali terakhir.
Di sebabkan keadaan tidak mengizinkan saya terpaksa pulang ke rumah ibu mertua di Kampung Aji, Bota Kiri hanya bersama anak-anak. Bertolak pada pukul 6 petang dalam keadaan hujan dengan jiwa yang tak menentu agak mencabar. Akhirnya saya sampai pada pukul 9.30 malam. Pak Tuan pula menyusul tiba di rumah mak pada pukul 12.30 malam. Lama berada di sisi mak, hatinya kuat tapi air mata tetap tumpah hatinya jelas gundah menyimpan kepedihan tidak terlerai.
Satu-satu kakak ipar saya peluk dalam tangisan. Ibu yang saya kucup minggu lepas kini terbaring kaku. Hanya jasad menjadi tatapan. Sambil membaca Yassin air mata saya tak henti mengalir, puas ditahan tetapi ia tetap mengalir tanpa dipinta.
Keesokannya persiapan pengkembumian di lakukan sejak awal pagi. Anak-anak menguruskan jenazah emak dipantau oleh pengurus jenazah bertauliah. Anak lelaki kedua mak Syed Isya memandikan jenazah mak dari mula dengan penuh kasih sayang walaupun pada mulanya tidak diizinkan. Pak Tuan pula melakukan jirusan terakhir.
Sebelum jenazah di bawa ke tanah perkuburan yang hanya sepelaung dari rumah mak, Pak Tuan sebagai anak lelaki sulung memberi sedikit ucapan. Meminta sesiapa yang memberi hutang kepada emak tampil bertemu keluarga juga mohon halal bagi pihak mak.
Rezeki emak untuk berada berdekatan ayah juga akhirnya, hanya berselang 3 kubur yang lain. Jenazah mak di urus oleh cucu-cucnya pula semasa berada ditanah perkuburan.
Ya-Allah Kau ampunkanlah dosa emak. Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani anak-anaknya semasa mereka kecil. Permudahkanlah urusan mak bertemu dengan Mu. Permudahkan urusannya di alam barzakah.
Jenazah sebelum di bawa ke tanah perkuburan. Hanya ditolak menggunakan troli seperti dihospital. sedikit kelainan dari tempat saya yang biasanya menggunakan van jenazah.
Saya cuma menantu selama 13 tahun tetapi ehsan saya pada dia tetap sama sebagaimana saya berehsan kepada mak sendiri. Begitu juga kepada kakak-kakak ipar yang umur mereka sebaya emak sendiri. Setiap bulan saya balik menjengah dia kasih saya tumpah kepadanya sebagaimana saya kasih emak sendiri. Sebagaimana baiknya emak sendiri begitulah juga baiknya dia sebagai ibu mertua.
Heritage Station akan jadi persinggahan kami suami isteri kala diri terasa malas untuk ke dapur bila balik kerja. Letaknya di Bangunan Stesyen Keretapi Lama. Bukan kerana kesedapan tetapi kerana mudah untuk singgah dan hidangan pun cepat sampai sesuai sangat bagi orang yang mengejar masa macam kami. Pelayan di situ pun sudah kenal dengan kami.
Sorang leka di telefon sorang lagi leka di akhbar, masing-masing layan diri. Tiba-tiba suara perempuan menegur.
"Tuan! Alaaaaa...sihat ke. Dating yeee...?"
Saya angkat muka, seorang perempuan tersenyum manis. Salam. Kemudian terus berborak tak ingat dunia dengan Pak Tuan, dulu kakitangan Pak Tuan sekarang dah naik satu takuk pangkatnya dari Pak Tuan tetapi masih lagi ,menghormati Pak Tuan sebagai bekas bos.
"Puan. Masih cantik macam dulu. Awet muda. Dari dulu jumpa kat function tak berubah"
Saya senyum. Haihhhh...balik kerja ni sapu bedak pun tidak jauh sekali celak dan lipstik boleh dia kata saya cantik. Confuse!
Telek-telek muka dalam cermin. Awet mudalah sangat. Sebenarnya saya memang sentiasa muda cumanya Pak Tuan tu ja lebih umur banyak dari saya.
Lirik Lagu Kasihnya Ibu - Sharifah Aini
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
Doakan Allah s.w.t permudahkan urusan ibu Pak Tuan yang semakin uzur dimamah usia yang semakin menjangkau usia 90 tahun.
Sabtu 29 Mac 2014 kami balik menziarah seperti bulan-bulan yang lalu, masuk ke rumah saya terkaku, Pak Tuan terkedu. Ibu yang mengandungkan dia terbaring lesu, tanpa suara hanya mata merenung sayu. Pak Tuan menahan sendu di hati lantas tangan tua itu dicium, wajah lesu itu dikucup. Lama. Pelukan lembut yang membuatkan hati Pak Tuan lemas sendiri. Setelah bersalam dan mencium emak saya keluar rumah menangis semahunya. Tak sanggup saya melihat mak dalam keadaan begitu dan semakin hiba hati saya memandang wajah suami ketika itu.
Sebulan yang lalu masih ada suara menggamatkan suasana walaupun ingatannya sudah tumpul, sehingga bulan lepas juga dia masih mengenali Pak Tuan berbanding anak-anak yang lain. Kali ini suasana sangat berbeza. Ruang rumah terasa sunyi walaupun riuh dengan suara cucu-cicit mak. Perasaan sangat lain.
Tiada kudrat yang tinggal lagi, hanya mata memberi isyarat kepada anak-anak. Lidahnya telah kelu tidak mampu berkata-kata. Sudah dua minggu tidak sesuap nasi pun masuk ke mulut. Jika ada pun hanya nasi yang lecek menjadi air kemudai dipam kedalam mulut menggunakan picagari, itupun sekadar 1 cm sahaja sekali pam. Sesekali air yang dimasukkan ke dalam botol kecil bermuncung ditakkan dimulut. Bila diberi minum separuh masuk ke tekak separuh lagi meleleh keluar. Hati mana tidak hiba.
Sepanjang petang saya berada di sisi mak mengalunkan bacaan Al-Quran sambil mengusap lengannya, mencium lembut dahinya. Sesekali saya membisik syahadah ke telinganya dengan harapan hatinya juga akan turut bersyahadah dan agar jiwanya tidak lalai. Sepanjang petang itu juga jiwa saya sangat tidak menentu. Sebagai menantu saya juga sangat tersentuh, semakin hiba bila memandang wajah sayu Pak Tuan yang selama ini jiwanya sangat kuat dan tiba-tiba pada hari itu jiwa dia seakan kosong menanggung kesedihan. Sekian lama menjadi isterinya pertama kali saya dapat melihat kesedihan teramat sangat di raut wajahnya.
Tangan tua itu erat dipegang sepanjang berada di rumah mak. Selepas solat magrib kami sama-sama membaca surah Yassin memohon agar Allah s.w.t mempermudahkan segalanya buat mak. Itulah nilai kasih sayang seorang anak. Tenghari itu juga Pak Tuan dan saya ziarah kubur ayah mertua, doa mengiringinya. Dalam doa itu juga Pak Tuan menzahirkan ucapan keampunan agar ayanhnya mengampunkan segala dosa-dosa emak yang lalu andai emak tak sempat memohon ampun dari ayah. Kesedihan yang amat berat untuk ditanggung oleh Pak Tuan sebagai anak lelaki sulung.





Saya abadikan gambar-gambar ini di dalam blog sebagai kenangan buat kami sekelauarga. Dulu semasa sihatnya setiap kali saya balik ke kampung dia tak pernah izinkan saya memasak sebab seboleh-bolehnya dia mahu Pak Tuan makan masakan dia walaupun terpaksa menggunakan kerusi ketika memasak.
6hb Febuari lalu selepas puas merajuk-rajuk akhirnya saya dapat jam tangan seperti dalam gambar tu bukan yang berwarna emas tu ye sebab yang tu saya dpat semasa kami dinikahkan 13 tahun dulu, juga sila abaikan tangan yang sudah mula berkedut.
'Dia' tanya nak apa untuk hadiah harijadi dalam merajuk saya cakap nanti fikir dulu. Katanya 'kita pergi Jakel nak tak, kalau tak pun pergi Ariani'. Lepas lama memikir saya minta jam sebab jam yang lama sudah rosak. Lagi pun jam sentiasa saya pakai jadi bila tengok jam saya akan sentiasa ingatkan 'dia'.
Jam pilihan 'dia' buat saya. Tak mahal tapi itulah tanda kasih dia pada saya. 2 bentuk cincin, rantai tangan, rantai kaki, rantai leher semua saya pernah dapat untuk hari lahir saya lalu apa lagi yang perlu saya minta sedangkan semuanya sudah cukup sempurna.
Sehingga pukul 1.30pm 'dia' masih tak wish untuk saya. 'Dia' call bagitahu tak dapat nak ambik pergi makan tengahari sebab ada kerja lain pun dia masih tak ingat juga. Saya diam. Dah petang sikit baru saya sms dia bagitahu bertalu-talu sms saya dapat wish birthday begitu juga di dinding muka buku. Saya bagitahu bukan nak hadiah beribu-ribu yang saya minta cukuplah ingatan itu pun dah buat saya happy. Saya merajuk! Saya minta dipujuk tapi dia mana nak reti pujuk-pujuk.
Pagi ini dia buat muka kesian sebab saya tak layan....ahahhaa... Sarapan pagi seorang kawan join kami jadi hendak atau tidak terpaksa bercakap juga dengan 'dia'. Saya kalah lagi. Kata 'dia' kakak tu penyelamat keadaan dari muncung macam mulut ikan puyu saya boleh borak-borak dan gelak-gelak. Takkan nak muncung-muncung juga depan orang kan. Harga diri suami nak juga kena jaga.
Tengahari nanti 'dia' minta saya pilih sendiri hadiah dengan budget yang telah diberi tapi saya jual mahallah sikit. Tak apalah saya tak nak apa-apa. Pujuk punya pujuk saya pun setuju sahajalah tapi saya kata nantilah saya fikir dulu nak beli apa.
Sekeras-keras kerak nasi akhirnya lembut juga. Lama mana pun nak gaduh, setakat gaduh-gaduh manja minta perhatian lebih dari suami je pun. Pesanan buat suami-suami yang lain sila perihatin kepada tarikh-tarik penting disekeliling anda terutama yang berkait rapat dengan isteri. Suami saya memang gitulah, ate orang tua mana dia nak ambik pusing semua tu!