Memaparkan catatan dengan label Kuala Selangor. Papar semua catatan

Pertama Kali Melalui Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang ke Kajang


Pertama kali dalam sejarah memandu saya melalui jalan Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang-Kajang. Semalam bertolak dari Perlis hampir 11.30 pagi dengan harapan agar jalan tidaklah jem teruk sangat memandangkan orang Selangor sudah mula bekerja pada hari Isnin. Harapan musnah bila melalui Tol Sungai Dua dan Tol Juru yang sudah sesak. Jalan mendaki bermula di Changkat Jering jem teruk. Saya mengambil inisiatif untuk melalui jalan lama. Tawakkal sebab ini pertama kali.


Saya keluar di Tol Changkat Jering. Biarlah saya memandu perlahan daripada saya terpaksa berada di dalam jem yang tidak bergerak. Tambahan pula kereta pun seperti ada masalah asyik nak mati ja dalam jem. 
Tak mahu juga mengulangi sejarah 12 jam memandu dalam kesesakan yang teruk. Saya redah sahaja jalan bengkang-bengkok di Changkat Jering.


Kelihatan ramai juga yang menggunakan jalan alternatif ini. Plaza tol agak sesak. Dari Tol Changkat Jering belok ke kanan menghala ke Lumut melalui Beruas dan Terong (sesetengah ejaan menggunakan Trong). Saya silap bila tidak masuk ke Parit-Tanjung Belanja-Kampung Gajah-Teluk Intan-Sabak Bernam sebab kalau dari jalan tersebut lebih dekat (lalu depan rumah mak mertua).


90km++ dari Changkat Jering ke Lumut kemudian menghala ke Teluk Intan dan bila tiba di persimpangan Teluk Intan-Sabak Bernam pilihlah ke Sabak Bernam. Trafik jalan sangat lancar cuma keadaan jalan membataskan kelajuan kereta. Kesian anak-anak kat belakang, bonet kereta pun padat dengan barang memang tak ada ruang. Mana taknya basikal pun saya bawak balik!


Pemanduan malam menghala ke Kuala Selangor dan pertama kali pulak tu memang agak mencabar tetapi alhamdulillah segalanya sangat berjalan dengan lancar. Bila tiba di Klang saya rasa lega sangat. Sampai di rumah pukul 10.30pm. Letih. Perjalanan yang sangat seronok bagi saya. Melalui kampung-kampung tetapi kalau melalui Sabak Bernam-Kuala Selangor di siang hari lagi seronok agaknya.


Hari ini masuk pejabat agak lewat uruskan perpindahan sekolah kakak di PPD Kajang, kemudian ke sekolah dan diminta datang esok pagi untuk bertemu dengan guru HEM. Juga untuk berbincang mengenai kelas kakak kerana di sana kakak berada di Kelas Rancangan Khas (KRK).


Apapun saya sedang berkira-kira untuk 'mengexplore' jajahan Kuala Selangor dan Sabak Bernam tak lama lagi.