Showing posts with label syurga kami. Show all posts
Showing posts with label syurga kami. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Gi tengok Progress Rumah Desa Budiman

Hari tu nak gi JJ Cheras Selatan, alang2 habi ajak singgah tengok rumah kat Desa Budiman... Saja nak nengok progress mana dah skang. Sbb ada surat bank sampai, dah suh start bayar payment 15%..

Bila sekali sekala pi ni, rasa jauh plak masuk ke dalam area rumah kami ni sob sob sob naseb la... nak jugak rumah dekat KL kan.. Hehe tapi tu kalau masuk ikot Batu 9 Cheras tu la.. Kalau ikot silk highway macam dekat je... Tak tau la.. Nanti nengok la camne, mana jalan lagi dekat dan convenient tok ktorg lalu hari2 nanti...

Sesambil lalu tu dok usha apa yg dekat ngn umah ktorg, dekat ngan JJ Mahkota Cheras, JJ Cheras Selatan and hospital terdekat Columbia Asia.. Hehe hospital ni penting, bila emergency...

Sampai2 je tengok ramai org dok tunggu depan show house agaknye nk tengok design rumah kot....
Dulu show house ni ada 2 biji je yang dah siap.. Skang 2 biji lagi sebelah die dah siap naik dah....


Rumah yg kat belakang show house pun dah naik 2 baris.. Hehe rumah ktorg baris belakang lagi, baru naik tiang gayanye....

Rumah Fasa 4 mmg dah siap sepenuhnya dah dah ramai pun yg pindah masuk... Best  bila nengok fasa pembinaan rumah ni.. Rsa tak sabar je nak nunggu siap dan nak pindah masuk.. Walaupun kecik, rumah sendiri kan.. So lainlah rasanya bila dok rumah orang nie....


Dalam kete, mula lah berangan laki bini, nak deco dapur gaya gini la.. Ruang tamu nak buat moden style.. Bilik tido nak ada built in closet la.. isk macam2 la yang diangankan hahhaha tak salah berangan tapi kalau nak jdi kenyataan sediakan aje la ongkosnya... Huhuh kos renovation skang pun dah mahei.. So rasanya kami akan renovate mana yg penting dulu, duet pun dah banyak habes bayar downpayment ngn duti stamp rumah, mmg tak dapat la nak renovate beria..  Sekadar yang mampu aje la..


Wednesday, September 19, 2012

duet duet come to me....

huargghhhhhhhhhh pening kepala ni.. developer dah call nak collect balance downpayment lagi RM10K sebelum raya ritu dah bayar 7% downpayment ni tinggal yg balance 3% ler nieeeeee... Jenuh la haiiiiii... Legal fee pun ada lagi ni tak bayar... Mana nak cekau duet nie??? Rasa nak korek je dalam tanah, kalau ada la kan......

Memula plan nak kuarkan KWSP tapi tetibe bincang2 ngan hubby, ktorg decide tak nak keluarkan KWSP ada future planning dengan duet KWSP tu. Masalahnye skang mana plak nak carik balance DP tu. Hari tu kira2 memang dah cukup bila kuarkan KWSP. Now bila decision dah berubah. Jadik negative la... 

Dalam masa yang sama kat opis tgh bizi siapkan paper utk tender yg juta2 regenye. Lagi la bertambah pusing kepala bila tengok angka kosong banyak sangat sampaikan aku dok la tersasul puluh ribu ngan juta. 

Untungla sape yang beli rumah takyah bayar 10% tu kan. Siyes, rasa tercekik cekik leher nak cukupkan 10% downpayment tu. Pastu dah la rege rumah tak masuk akai!!! Grrrrrrrr kalau lah daun boleh tukar jadi duet cash alangkah bestnye kan, mesti aku gi duduk bawah pokok tunggu daun gugur...  T___T (gini la bila dah stress, mula pikir yg bukan2)

So kepada sesape yg nak beli rumah, silalah prepare mental dan fizikal yg kental. Silap ari bulan bukan setakat bergadoh laki bini tapi ada yg mengira daun di pokok kat sepital bahagia nanti. 

Siyes.

Tapi kekadang syiok jugak bila kami laki bini dok berhempas kepala pikir mana nak cari duet ni, macam berganding bahu la plak buat akaun kira2. jadinya bukan aku sorang yang sakit kepala, dua dua sakit kepala HAHAHA.. Pastu mulalah buat drama swasta.. 

Kiranya a part of life cycle la, kami berkongsi saat suka duka tu bersama. Merancang masa depan bersama. Susah bersama. Cuba kalau kawen, seme dah ready, seme ada depan mata. Mesti ktorg takkan melalui saat2 yang sukar ni sama2. So aku just amek benda ni on the positif side.

Ujian dan segala masalah yang kami lalui ni mengeratkan dan menambahkan lagi kasih sayang antara kami. Its true! Memang susah, bergado tu mesti ada. Macam biasa la, ada 2 otak, mana boleh sama pemikiran die. Mesti lah lain lain ye dak. 

Ok, now let think together (refer to hubby lettewww) !!!! where to korek the money... T__T
Pastu kita pokai together gether!!!!

PS:/ Kalau boleh potong lemak di badan buat jual bagus gak kan? Dapat generate duet, badan pun kurus slim melim.... Hikhikhik itu kalauuuuuuuuu T____T


Friday, August 10, 2012

Info pasal developer rumah Desa Budiman

Lepas tulis entri pasal rumah aritu.. Ramai yg dok tweet and komen kat FB and blog tanya contact num pemaju tu...  So aku share je la eh contact num ber pemaju tu.. Hope boleh membantu korang sbb kadang2 aku ni lambat sikit nak reply PM kat FB or tweet kat tweeter tu...

Developer NamePujangga Budiman Sdn Bhd (364101-T)
LocationCherasSelangor

Address1-G, Jalan Kasturi Satu, Plaza Kasturi Off Jalan Balakong
Contact No.03 9080 2988 / 9



Korang boleh call and cakap ngan sales person dia nama Pn Azza or Encik Hafizul. Aku deal ngan Kak Azza. Baik sangat orangnye. Semalam ada call Kak Azza ni sbb nak set appoinment next week nak sign S&P. Saja tanya ada rumah yang belum ada buyer lagi tak, still ada lagi 20 unit kosong. So sape nak, boleh la roger developer ni pada kadar segera.

Aku cete sikit la eh, Desa Budiman ni ada 3 size rumah, 20x60, 20x65 dan 20x70... Price range dari RM360K - RM420K. Rumah adalah jenis leasehold, tanah rezab melayu. Area will be gated and guarded.

Tu je yang aku tahu, kalau nak tahu lebih banyak maybe boleh contact diaorang kot. Sorry pada yang aku lambat reply message korang tu sbbnye kat opis FB kene block so online via tab je.. Kekadang dapat notification kekadang tak dapat....


Monday, August 6, 2012

Inilah bakal rumah kami.. Insyaallah..


2 bulan ni memang bulan yg sangat sebok bg saya. Sebok sebab inilah.. Mencari rumah untuk keluarga kecik kami. Merata kami survey. Memula plan asal nak beli rumah 2nd/subsale je. Beli atas orang sebab ktorg nak cari area KL/Selangor yang tak jauh dari ofis. Bukan apa, ktorg taknak wasting time travelling pergi balik keje hari2. Hubby dulu masa bujang ada pengalaman berulang Beranang-KL, susah katanya nak lagi bila ada anak, nanti masa tok anak limited, byk dok dlm kete je nnt.  Tapi, tau je la harga rumah kat area KL and Selangor boleh tahan mahai gak. Rumah subsale pun  paling murah 300K, tu pun condition agak terok. Banyak nak kena renovate. Kene kuar pulus $$$ lagi.

Satu hari tu, survey punya survey ada opismate inform ada new house development kat area rumah dia kat Bandar Mahkota Cheras. So ktorg pun pergi la sana ronda2 tengok kawasan rumah. Selalunya kat area baru nak naik ni memang banyak banner or billboard yg developer tampal. So terus catit2 no tipun. Masuk opis call. Bila tanya satu developer tu, memang diaorg tengah develop rumah double storey and still ada 20 unit lagi kosong. So aku pun ajak la hubby gi tengok showroom. Nak beli rumah, kena la tengok showroom dan kawasan sekitarnya. Nama projek tu Desa Budiman Fasa 6.



Ginilah gaya rumah showroom ni. Dan insyaallah, inilah rumah kami nanti :) Loan pun dah approved. Now tinggal nak sign S&P and korek2 duet downpayment. Banyak gile nak guna duet bila beli rumah nie. Nages. sob sob sob.. Kalau guna loan gomen takyah bayar downpayment 100% loan. Masa progress pembinaan pun takyah bayar bank lagi, tapi apa kan  daya kami bt loan bank sbb harga rumah lebih dr limit loan gomen....  Patut la org kata nak beli rumah skang ni bergolok bergadai. Tapi kalau tak beli skang, akan datang harga rumah makin naik (ni pun bakal naik sbb dengar cete harga simen naik- based on adik saya yg keje dgn real estate). Huhuhuhu... So nak atau taknak memang kena beli. Jimat je la kat mana yg boleh. No more shopping sesuka hati dah. 

Area rumah ni kat Bandar Sg Long Cheras. Tak jauh sangat nak ke KL, tapi jalan memang jem kalau lalu Grand Saga, Kalau ikot Silk Kajang mungkin kurang la kot jem nye. Yang bestnye rumah ni, tanah rezab melayu. So most buyer adalah melayu jadi kebarangkalian untuk ada anjing or masalah2 seperti tak boleh azan ke apa memang takkan ada. Tak tau la kot ada melayu yg saiko plak tak boleh dengar azan. Pastu area   taman ni will be gated and guarded. Privacy la sikit rasanya tapi dari segi keselamatan tu. Ada guard pun, kalau perompak nak masuk die masuk jugak ye dak. 


Pandangan hadapan rumah. Me and hubby suka design rumah ni. Nampak moden and tingkap besar hehehe saya memang suka rumah tingkap banyak, baru luas mata memandang... Most feedback yg kami jumpa dalam internet pasal pemaju Pujangga Budiman ni, almost semua projek perumahan die, design rumah moden dan lawa. Harap2 rumah yg kami nak beli ni pun hasilnya akan memuaskan hati. 


Tu adalah rumah Desa Budiman Fasa 4. Yang Fasa 4 ni dah siap, tapi jenis superlink house. Aritu saja nak tepon org yang nak jual rumah umah fasa 4 yang dah siap ni. Tanya rege rumah yg dia nak jual tu, dia kata RM720K... Tercabut jantung dengar... Bila tanya developer, masa launch harga rumah tu RM400K.. Mak aii, naik hampir 2 kali ganda (untung atas angin je la orang tu, ni la cara nak bt duet dgn real estate, beli rumah, dah siap, jual dgn harga 2 kali ganda) . Padahal rumah tu start buat tahun 2010, and bulan May aritu baru dapat CF. Memang cepat je naik harga hartanah skang nie... Untung sape yang dah beli rumah awal2...


Ni gambar bilik air kat tingkat atas. Rumah ni jenis double storey, 4 bilik 3 bilik air. Rasanye cukup selesa untuk kami yang keluarga kecik nie. Sebenarnya aku tak suka rumah 2 tinagkat, sebab penat turun naik tangga tapi projek rumah skang takde yg buat single storey. Semuanya double storey, nak jimat tanah. Tapi boleh jual harga mahai. T____T


Suka sangat style cermin besau nie.. Aku amek gambar show room ni, sbbnya sok kalau nak bt renovation suruh die bt macam ni.. Hahaha senang keje.


Ni bilik master bedroom. Tema hitam la plak. Kat tingkat atas  ada 3 bilik, 2 bilik air dan satu living hall. Oke la tu. Bukan nak duduk sampai 10 org pun...


Yang ni bilik bawah. Boleh tahan besar gak bilik bawah nie.


Ni toilet kat bawah. Hehe itu je gambo yang aku amek rupanya.. HAHAHA.. sebok dok borak ngan pemaju rumah, nak amek gambo over2 pun segan... hehe amek gamba mana yg boleh dijadikan rujukan aje la.

Waktu tulis entri ni, kami belum lagi sign S&P sebab tengah dok pk nak amik islamic loan or convensional loan. Islamic loan mahai sikit tapi islamic la kan (walaupun kalau tengok term die macam ala2 islamic tak islamic je). Tu pun menjadi masalah besar bila nak bt loan ni. Adoi. 

Syukur atas rezeki Allah. Semoga rumah ni siap tepat pada masa. Dijangka siap Mid year 2014, so kena start simpan duet dr skang for renovation and decoration. Hikhik nak join contest la, mana tau ada rezeki menang TV baru hahahhaa.... Harapan tinggi menggunung!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails