Showing posts with label Ireland. Show all posts
Showing posts with label Ireland. Show all posts

MuSiM BuNGa Di DuBLiN

>> Sunday, April 18, 2010



Salam. Errmmm. Alhamdulillah. Exam sudah pun tamat. Waktu ini aku sedang menanti official result yg berkemungkinan akan dikeluarkan beberapa hari lagi. Unofficial result telah pun keluar. Aku telah diberitahu oleh tutor aku yang aku telah pun lulus. Namun, hati aku belum tenang selagi aku belum melihat sendiri official result. Harap2nya apa yg diberitahu oleh tutor aku itu tepat. Selalunya tepat.. :)

Travelog Manchester & Liverpool masih lagi dalam proses editan. InsyaAllah akan dimuatkan dalam blog Aku Sebutir Pasir tidak berapa lama lagi. Utk mengisi masa yg ada, aku sekadar menyelitkan beberapa keping gambar bersempena Musim Bunga yang baru sahaja tiba di bumi Dublin, Ireland. Gambar2 ini diambil sewaktu aku berjalan2 di St Stephen's Green Park siang tadi. Enjoy. :)





























Read more...

DaH LaMa TaK MeNuLiS

>> Saturday, January 16, 2010



Assalamualaikum..

Fuhhh.. Dah nak dekat sebulan lamanya blog ni terbiar tanpa sebarang post terbaru. Mujur tak bersawang. Heh. Harap maaf kepada pembaca2 yg ternanti2 post terbaru. Dalam masa sebulan yg lalu, aku agak sibuk dgn pelbagai perkara yg perlu diuruskan. Manuskrip Travelog Turki: Bumi Khalifah tu salah satu daripadanya. Manuskrip tersebut terpaksa diedit semula buat kali kedua untuk tampak lebih menarik & lebih informatif. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Harap2nya pihak penerbit dapat membantu dalam usaha untuk menghasilkan sebuah buku yg benar2 akan laku di pasaran.

Perkara kedua pula adalah aku terpaksa kembali semula ke Dublin, Ireland akhir bulan Disember & bukannya akhir bulan Mac spt yg telah dirancang. Ni semua gara2 pihak universiti yg inginkan aku utk mengikuti tutorial seawal bulan Januari. Last minute baru nak beritahu. Tension betul. Akibatnya, aku terpaksa mengawalkan tarikh tiket pulang ke Dublin. Terpaksa bayar RM343.00 kat Air Asia utk tukar tarikh. Mahal jugak la. Banyak perancangan2 aku di Malaysia terpaksa dibatalkan. Huhuhuh. Sabar je la.

So, sekarang ni aku agak sibuk dgn tutorial2 di hospital di Dublin. Tu sebabnya aku tak berapa ada masa utk update blog. Walau bagaimanapun, aku akan cuba untuk meng'update' jugak blog bila ada kelapangan. InsyaAllah. Tentang buku Travelog Turki: Bumi Khalifah tu pulak, aku sendiri tidak pasti bila sebenarnya ianya akan diterbitkan. Menurut kata pihak penerbit sebelum ni, buku tersebut akan diterbitkan seawal bulan Mac & akan dipromosikan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC (19-28 Mac 2010). Wallahu 'alam. Apa2 pun, semuanya terpulang kpd pihak penerbit & juga keizinan drp Allah SWT. Kita hanya merancang. Dia yang yang menentukan segala2nya.

OK la. InsyaAllah aku akan menyambung semula travelog di bumi Balkan dalam masa terdekat ni. Harap bersabar. :)

p/s: Di bawah, aku selitkan gambar2 di Dublin yang telah menerima kehadiran salji yang begitu lebat minggu lepas. Menurut kata rakyat tempatan, ianya adalah salji yang terlebat dalam tempoh masa 50 tahun. Bertuah pulak rasanya aku. Namun, aku agak menderita jugak la sebenarnya sbb suhu di Dublin berada di bawah paras beku selama berminggu2 lamanya. Jumaat & Sabtu lepas, suhu di kota ini jatuh sehingga ke paras -10 darjah celcius. Suhu terendah dalam sejarah kota Dublin. Perghhh.. Mmg sejuk bangat!!!


Henry Street


O'Connell Street


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


Tasik yang beku di dalam St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


Dalam kawasan apartment


Dalam kawasan apartment


O'Connell Street


Grafton Street


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Merpati-merpati kota Dublin di kawasan Terusan 'Grand Canal'


Di pinggiran Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Dua orang sedang berjalan di atas permukaan Terusan 'Grand Canal' yang beku


Seorang lelaki sedang berjalan di atas permukaan Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Belgrave Park


Bersama Snowman di Belgrave Park


Sepasang Snowman & Snowwoman di Belgrave Park


Read more...

HeaVieST SNoW FaLL iN DuBLiN aFTeR 12 YeaRS

>> Friday, July 03, 2009



OK. Ini adalah entry selingan sementara menunggu entry travelogue yang seterusnya.. Entry ini mungkin agak usang kerana menceritakan tentang peristiwa yg berlaku di Dublin 5 bulan yg lepas.. Waktu tu aku tgh sibuk dgn exam & blog ni pun pada waktu tu sedang 'on hiatus'.. So, aku nak ambik kesempatan & keluangan masa yg ada ini untuk menceritakan semula apa yg berlaku.. :)

Akhir bulan January & awal bulan February lepas adalah antara waktu2 yang paling sejuk di Dublin.. Pada waktu itu jugaklah snow turun dgn agak lebatnya berselang-selang hari.. Mengikut rekod, ianya adalah snow fall yang paling lebat di Dublin selepas 12 tahun.. Snow sebenarnya agak jarang turun di Dublin kerana faktor geografi Ireland yg merupakan sebuah pulau kecil & mempunyai pengaruh kelautan yg agak kuat.. Selalunya kalau snow turun pun, hanyalah untuk beberapa minit sahaja.. Tidak pernah lebih drp sejam.. Dan selalunya ianya terus cair apabila mencecah bumi.. Tapi tahun ini agak istimewa sikit.. Buat pertama kalinya kiteorg dapat melihat kota Dublin diselaputi snow.. Perghh.. Beruntung betul kiteorg.. Heheh.. I've always loved snow.. Never get tired of it.. Salah satu daripada fenomena alam ciptaan Allah yang penuh keajaiban.. Subhanallah.. Kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar yg aku & member2 aku ambik.. Enjoy viewing.. :)


Grand Canal


Di hadapan Rumah 218, South Circular Road


Di hadapan Dublin Mosque, South Circular Road


Di hadapan Rumah 218, South Circular Road


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


Di hadapan rumah aku di kawasan Fairview


Bersama housemates di hadapan rumah di kawasan Fairview


Berhampiran rumah aku di kawasan Fairview


Fairview Park


Fairview Park


Fairview Park


Snowman in Fairview Park


Main entrance University College Dublin


Air kolam yang beku di dalam University College Dublin


Itik2 berjalan di atas air kolam yang beku di dalam University College Dublin


Air kolam yang beku di dalam University College Dublin


St Stephen's Green Park


Air kolam yang beku di dalam St Stephen's Green Park


Air kolam yang beku di dalam St Stephen's Green Park


Itik2 & burung2 camar berjalan di atas air kolam yang beku di dalam St Stephen's Green Park


Bulan February yg lepas jugak menyaksikan kepulangan seorang teman lama aku ke Malaysia for good.. Dia adalah Tawel aka Tawel Sensei, seorang blogger yg agak aktif & popular.. Blognya bernama 'Hembusan'.. Mungkin ramai yang familiar dgn blog ni kan?? :) Dia adalah antara orang yg paling lama aku kenal di Dublin.. Kami pernah tinggal serumah selama 3 tahun.. Seorang yg terror dalam bab komputer & IT.. Kalau aku ada apa2 massalah dgn laptop aku, dialah org pertama yg aku cari.. Hehe.. Lepas dia balik Msia ni, aku taktau nak rujuk kat sape kalau laptop aku buat hal lagi..

Ape2 pun, aku harap moga dia berjaya dalam apa jua bidang yg dia ceburi.. Aku malas nak upload gambar dia sbb aku tau yg dia ni tak suka high profile.. Dalam blog dia sendiri pun tak pernah ada gambar dia.. Haha.. So, biarlah wajah Tawel menjadi misteri buat semua orang.. Hanya orang2 Dublin & member2 rapatnya saje yg tahu.. Heheh..

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP