Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Thursday, June 4, 2020

From Blogger to Vlogger




Hi Guys...!!!

lama Elia tak menaip dan mengarang..

punyalah berhabuk blog kesayangan ni..

Namun, kalau korang nak tahu Elia 

sekarang dah ada Youtube Channel sendiri!!!



harap-harap istiqhomah la bervlogging ni.

sebab nak blogging macam tak ada masa sangat. jadi vlogging yang mampu.

korang yang mana kenal Elia dari zaman dulu dan nak 
tengok perkembangan latest saya bolehlah subscribe 
dan keep updated with my posts. 
Elia akan cuba update video sekerap mungkin. 
3 kali seminggu atau atleast seminggu sekali.

Subscribe tau!! lagi bagus kalau boleh click button "Notification" 
supaya akan sentiasa dapat notis tiap kali Elia upload.

 Jangan ketinggalan okayh?

Sayangggg Korang...!! 



SEE YOU GUYS THERE~!!!











Saturday, February 6, 2016

Bean Bag Merah Murah


Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa lately ni Elia jadi suka dengan warna merah. 
Especially untuk home deco. sampaikan satu rumah punya tema dari all white jadi white, red and black.

then since merah ni kena pula dengan tema Chinese New Year, 
I nak buat entri pasal current red thing I bought

haritu Elia ada beli this one nice Bean Bag dari Lazada. 
nak bagi good review ikhlas dari hati sebab rasa puas hati dengan pembelian kali ni



Ni Elia beli bean bag ni dari Easy Bean Bag
Harga asal dari RM 242 jatuh RM 85 je masa time saya beli tu. murah! warna dia cantik



  

product ni saya beli online, dapat pun cepat. tak sampai seminggu sampai. 
kualiti above my expectation.


comel kan? best bean bag ni.. cuma yg kurangnya isi dia lah. 
kalau ade isi dia lebih sikit lagi empuk kot..


overall memang best dan berpatutan la bean bag ni

Saturday, December 19, 2015

3 Krim Berguna Melawan 7 Tanda

Sedar tak sedar, Elia dah menjangkau umur 26 dah tahun ni. tahun depan(which is in less than 1 month), dah masuk usia 27 tahun. 

Bila dah makin meningkat usia ni, cara penjagaan kulit pun kena la selari. dah tak boleh pakai produk yang sama masa umur awal 20-an dah. sebab kondusi kulit kita pun dah lain.
Tambahan pula dengan keadaan cuaca sekarang yang kejap panas, kejap jerebu..  kejap musim hujan. bila kita selalu terdedah dengan penghawa dingin pun akan jejaskan keadaan kulit kite yang akan menyebabkan keluar tanda-tanda penuaan seperti kedutan, warna kulit tak sekata, dan macam macam lagi. 

Akhirnya, Elia bertukar kepada Olay Total Effect. yang dulu Elia selalu nampak Mak dan Auntie auntie Elia pakai. Now, it's my turn to try it.


Terbaru adalah 3 produk ni : 


First, Olay Total Effect 7-in-1 pore minimizing CC cream SPF 15

 

Elia memang ada masalah pori yang besar. so memang jarang la pakai foundation or bedak yang tebal sebab nanti senang tumbuh jejer(jerawat). tapi bila ada CC cream Olay ni bole la berangan sikit nak melawa. dah bole pakai CC Cream yang siap ada SPF 15 yang sesuai sgt dipakai masa musim panas cam sekarang ni.


 




Satu lagi produk Olay yang saya suka Olay Total Effect Day Cream yang boleh melawan 7 tanda-tanda penuaan.


 

kesemua tujuh-tujuh tanda penuaan yang Day Cream ni boleh cegah ada tersenarai kat belakang kotak.



 
 sedap bau cream dia dan tak berminyak. Best je pakai

 


 

Satu  lagi produk yang best dari Olay - 
Olay Total Effect Anti-Aging + Fairness Cream

 


Comel botol dia. Bau pon wangi. Best~!



3 awesome produk dari Olay ni memang tersusun cantik kat "my dressing table". comel je. hehehe

bagi korang yang nak cuba pakai produk Olay ni senang je. produk ni memang mudah didapati kat mana-mana farmasi. 

Sepanjang bulan Disember ni juga ada special promosi untuk produk Olay ni di farmasi Guardian berdekatan.



Friday, October 2, 2015

Produk paling berguna masa musim jerebu




Jerebu ohhh.. jerebu

Cuaca yang teruk berjerebu sekarang ni memang mendatangkan macam macam kesan sampingan pada diri kita. kesihatan, penglihatan dan kulit pon leh terjejas.

kalau sal kulit ni memang my skin sangat sangatlah senang affected with bad weather..






kulit saya jenis cepat naik bintik bintik ruam dan jerawat. black heads, white heads dan segala macam heads lah~!

mulalah kulit muka jadi berbijik dan tak smooth.

dan mulalah saya jadi restless dan menerjah ke farmasi untuk belek dan cari solusi produk yang baik untuk masalah ni.


Elia ada kulit muka yang jenis berminyak dan sensitive. 
haa.. hambek kau. dua-dua jenis masalah yang selalunya kena guna dua jenis produk berbeza.


nasiblah i found this one product which cater for both skin type!





tadaaaa.. its this product from Korea.. jenama CNP Laboratory. 

Produk super best ni pulak namanya CNP Dual Balance Waterlock T/U Serum.

mesti kita tertanya tanya kenapa T/U kan?

ni sebab serum ni membantu untuk menghalang kilatan(minyak) kat kita punya T-zone dan melembabkan U-zone kulit muka kita.

selalunya kan Tzone dimuka akan selalunya berminyak dan berkilat kilat bak kehalusan kilauan kulit kepala Harith Iskander. meanwhile, our U-zone kering dan kekurangan kelembapan. kan kan?

selalunya kita akan cari produk utk kurangkan minyak kat Tzone tapi nanti Uzone lak kering. bila kita sapu mosturiser kat U-zone, kat T-zone lak berminyak. Now, semua tu dapat diselesaikan dengan this awesome serum! dia dapat mem-balance-kan water-oil kat kulit muka kita ni. 

produk ni jugak dapat kontrol minyak dan sel kulit mati. cool!

produk ni katanya sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kombinasi antara minyak dan kering dan juga buat yang ada masalah kulit sensitive. sooo.. memang Elia sesuaiii sangat sangatlah pakai produk nih!




Packaging dia macam gambar kat atas ni. 




bila dah godek packingnya, kita dapat tahu yang serum ni mengandungi bahan bahan unik seprti: Camellia Japonica Flower Extract : Anti-inflammation
Melissa Officinalis Leaf Extract : Anti-stress and anxiolytic agent
Imperata Cylindrica Root Extract : mengandungi kandungi tinggi potassium yang bertindak mengekalkan tahan kelembapan kulit
Aloe Barbadensis Leaf Powder : mengurangkan kekeringan kulit




Cara pakai dia senang je. lepas dah cuci and letak toner, just picit keluar the serum dan dot dot kan kat muka..


sapukan kat U-zone yang kering kontang bak padang pasir yang semakin ketandusan..


then sapu jugak kat T-zone yang selalu nak lip lap lip lap kilat and berminyak tuhh



kulit akan rasa automatik lembab and supple je even lepas aplikasi pertama. serious tak tipu. musim musim jerebu ni memang kulit rasa kering dan berminyak at the same time. so bila pakai serum ni rasa fresh je kulit muka #saranghaeCNP

best kan?!


produk ni tak susah pon nak dapat. kat mana mana Watsons Outlets ada jual.
boleh didapati dengan harga RM143.10 (60ml)



Untuk list of outlets, klik di sini~! http://www.bit.ly/CNPWatsonsOutlets


Friday, May 8, 2015

Product Review: Korean product - CNP Anti Pore Black Head Clear Kit



Lama dah Elia tak buat product review kan?

Macam sesetengah dari korang juga mesti minat try produk produk kecantikan ni kan.. lagi lagi untuk muka.. kalau korang spesies macam saya, korang akan suka masuk farmasi dan belek setiap produk, and baca descriptionnya. agak menarik je, grab and try in yourself. 

Elia ni kalau masuk Watson, memang boleh sampai berjam dok dalam tu. kalau orang lain dok berjam jam dalam library baca buku, saya dok meneliti produk2 yang kat dalam tu.

I dont stick to just one type or brand for facial care. suke try n explore benda baru. but i do have a strong feelings for Korean products. Maybe sebab tengok artis artis korea suke kulit flawless gile agaknye.

Produk yang saya nak review ni pon datang dari Korea ;)

Nama produk ni "CNP Anti Pore Black Head Clear Kit"

dari nama pon kite leh tau ia untuk clearkan black/white head. memang dah banyak and bermacam macam produk utk blackhead kat pasaran. tapi yang kebanyakkan product blackhead removal ni jenis yang kasar pada kulit. ada yang buat kulit kita macam di siat-siat pon ade! manataknya, kena tepek basah2 then biarkan kering, pastu tanggalkan sambil ditarik ngan kuat. mak aihh.. terasa sakitnye!

dah sakit tu satu, memanglah boleh tarik black/white heads, tapi lps tu liang kita yang terbuka luas ala ala rumah terbuka Aidilfitri kebangsaan tu boleh menyebabkan more kotoran masuk dan sumbatkan liang and later on jadi jerawat/black or white heads. macam back to square one la jugak kan?!

yang lainnya dengan CNP Anti Pore Black Head Clear Kit ni, boleh bantu keluarkan semua black/white head problems disamping boleh ketat dan rapatkan balik ruang n liang roma yang dah terbuka tu.





Ni lah rupa produknya. ada 3 items dalam dia. ada Step 1, Step 2 and black cotton bud

 

Step-by-step direction yang sangat clear pon ade kat belakang packaging CNP Laboratory ni..






Sebelum mula, basuh dan cuci muka korang n biarkan lembab2 skit kulit korang tu. takyah lap beriya sngat lepas basuh tu. (ignore the panda eyebag)



STEP 1: Koyakkan uncang STEP 1 yang berwarna putih dan tepekkan ke hidung korang yang mancung bak seludang tu ;P



 
lebih kurang camnilah rupanya nanti. cantek kan? *muntah hijau*
 

 lepas 10 minit, kurang boleh tanggalkan mask tu dengan senang dan la la la la la sebab tak sakit langsung! dia tak mengeras dan smooth je rasa lapas tu.


'
ambik cotton bud hitam yang disediakan pastu korang ratakan kat bahagian hidung tu. nanti korang boleh nampak kesan kesan black/white heads yang dah menyerah diri kat cotton bud tu



agak teruja jugak bila tengok hasil tanggapan tu, tapi rasa geli pon ade.heeee

 
lepas tu, koyakkan paket STEP 2 yang warna hijau tu dan ulang step 1, tepek mask tu kat hidung



dua- dua mask ni sikit pon tak mengeras. senang je nak tanggal. rasa pakai dua-dua pon sama je. xde rasa panas or sejuk or gatal or papelah.. tapi hasilnya- tiptop!




Lepas dah setel kedua dua step, tak yah basuh muka. just dap dap kan lebihan cecair dari mask tu kat muke. korang akan rasa dan nampak perbezaanya

Senang je kan? kat mana nak dapatkan produk CNP Laboratory ni? kat Watson pon dah ade!







posted from Bloggeroid

Thursday, February 13, 2014

Pakai losyen bilas dalam bilik mandi


Salam,

Korang perasan tak sekarang ni cuaca sangat panas dan terik? hari-hari pun panas kan kebelakangan ni. lagi-lagi kat KL ni. perghh.. tak tahan!

memang mulalah aku malas nak kuar time siang-siang ni. dengan bahangnya, terik, panas n sangat tak selesa. memang dehydrated je la. asyik dahaga. so kena kerap minum air.

dengan cuaca yang terik dan bahang ni, bukan badan kita je perluakan air atau kelembapan. tapi ada satu lagi yang sangat penting untuk kite jaga. which is our kulit ni. lagi-lagilah golongan hey ladies ni. dah memang kena la jaga kelembapan kulit. nanti akan cepat kering dan kedutan pon boleh cpt jadi.


ada sesetengah orang suka pakai losyen kulit. hari-hari lepas mandi, dah keringkan badan n pakai baju, dia mesti sapu losyen kat badan. 

Honestly Elia memang jenis orang yang SANGAT MALAS nak menyapu losyen kat badan ni. losyen ada. tapi memang jarang sangat nak sapu hari-hari. 

yelah. mane taknya. 1st. sebab Elia ni selalu rushing bila bersiap. kalau nak pakai losyen kan kena tunggu lama sampai losyen tu kering baru la leh selesa nak pakai baju.

satu lagi benda yang Elia kurang berkenan dengan pakai losyen ni sebab nanti ada rasa macam kesan berminyak kat badan. lagi2 kalau masa kua kat terik panas(dah la skrg ni memang tengah musim panas kt sini). bile losyen kt badan kita dah bercampur dengan peluh... haiissshh.. rimas.. melekit-lekit! me dont loikeyyy

lepas tu yang Elia tak berkenan nak sapu-sapu losyen ni. masa kita nak makan. iolls kan ala ala pompuan melayu terakhir, makan pakai tangan. so selalunya even dah basuh tangan sebelum makan pon ada rasa macam kite makan makanan tu dengan "perasa tambahan".. sebab tu la Elia ni selalu malas sangat nak pakai losyen hari-hari. 

kadang-kadang tu in just simply TERLUPA nak sapu losyen sebab cepat sangat bersiap ;p

Malas dan cerewet punya pasal, hadap lah kau kulit macam kulit kayu. tak sehalus mulus macam orang lain 





TAPI, baru-baru ni Elia happy dan sangat teruja sebab SEMUA masalah yang Elia dapat bila pakai losyen ni hilang!

dengan cara PAKAI LOSYEN MASA MANDI.

haaaa... bunyi macam pelik je lak?

tapi tak pelik mana. walau benda ni baru and 1st time ada benda macam ni, memang Elia yakin benda ni akan jadi hot stuff n ramai akan cari. 

bukan just any kind of lotion, but its the NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner. its the FIRST of its kind. bunyi macam pelik je kan. tapi sangat best dan debabooom

conditioner ni ada 2 jenis. Firstly, NIVEA In-shower Intensive Skin Conditioner diperbuat khas untuk kulit kering. Formula conditioner ni mengandungi khasiat almond oil yg membolehkan kulit rasa lebih lembut dan licin. Bestnyeeeee!

Yg satu lagi tu, NIVEA In-Shower Skin Conditioner diperbuat khas untuk kulit biasa. Formula ni mengandungi sea minerals yg membantu melembapkan kulit ;)



bukan susah pon nak pakai. nama pon SKIN CONDITIONER. Cara pemakaian pon macam ala-ala kite shampoo n pakai conditioner rambut kita tuuu..

1. mandi dan sabun pakai shower cream atau sabun buku anda macam biasa dan bilas.

2. sapukan losyen NIVEA In-Shower Skin Conditioner ni kat seluruh badan masa badan masih lembab-lembab gitu.

3. bilas badan lagi sekali (tak perlu tunggu lama pon. lepas sapu tu dah leh bilas macam biasa)

4. Lap/keringkan badan dan pakai baju macam biasa ;)


senang je kan? Elia memang suka sangat pakai benda ni sebab one thing kita bole sapu ke seluruh badan. kalau losyen biasa, dah pakai baju baru nak sapu. confirm la ada kawasan yang tak kena sapuan tu kan.. ni haaa.. hambek kau sapu la ngan murah hati ke satu badan kau. no hal

dah tu memang jimat masa dan tenaga. zap zap zup dah siap. bole terus siap2 pakai baju.

 Elia dah la dah start berpraktikal. so memang agak rushing bersiap. pastu kat ofis satu hari kena aircond. habis kering kulit ku yang sediakala tak berapa mulus ni.

yang bestnya, even masa penggunaan pertama Elia personally dah nampak dan rasa perbezaam die.





tak caya tengok gambar tangan Elia sebelum pakai. keringnya makhaiii.. macam ular nak bersalin kulit!



lepas pakai losyen kulit NIVEA ni, terus hilang kesan-kesan kulit kering tu..



memang terbaek la losyen ni. now Elia dah tak malas atau lupa dah nak sapu losyen. sebab apa? sebab dah letak sekali denga shower cream. takkan boleh lupa pakai kann.. ada ke orang yang mandi leh lupa pakai shower cream? hehe.. so suksesss!!

bagi yang nak tengok dan nak tahu kepentingan melembabkan kulit, ada video on this yang bertajuk“Sexy In-Shower Experiment”



jom la layan video ni 





nak try losyen ni dan rasakan keberkesanan dia? dapatkan sample PERCUMA kat -- https://www.facebook.com/mynivea
Blog Widget by LinkWithin