Assalamualaikum..
Memasing dah datang semangat membiskut ke? Maklom la dah ramai yang memborong bebahan buat sekut khaannn.. Saya ni dah ada je bebahannya, cume mood pulak lemauuu je. Jangan kata nak membiskut, nak mengupdate blog pun semangat kelaut dalam perginya. Sobb soobb..
Suke makan siput sedut? Dulu masa kecik saya tak suke makan. Macam kengerian gitu. Tapi tengok orang lain makan semangat betul menyedut, kengkadang sambil makan sambil gelak pun ada. Saya, time tu, tak berani nak makan. Bila dah beso ni, apa je yang tak makan? Asal kata halal, makaaaann ajeee. Hehe..
Gulai siput sedut ni, pertama kali dalam hidup saya masak sendrik. Bermula ngan membasuh siput hingga ke titisan akhir membuang kulit siput yang dah makan. ngehe.. trasa makcik2 je bila pandai menggulai siput ni. Ye.. memang dah makcik pun khaan. Nampak siput ni kat Giant depan rumah. *Amboi tak nak kalah ngan kak Nor, Giant kak Nor sebelah rumah. Giant saya depan rumah. Giant baru ni, dulu tak de. Hehehe. * Memula saya kerling je siput tu, tetibe en suami nampak, dia suruh beli. Sumpah tak reti nak menyiang nyer nanti. Tapi en suami cam konfiden je, macam dia biasa memasak siput aje aku tengok, tu yang beli gak sekilo.
Cara membasuh saya ikut si Noorsha Dhira. Rendam kejap, kemudian berus. Kata en suami, berus la 5,6 ekor skali. Tapi saya tak reti la pulak, maka berus la satu2. Sepetang la saya kat dapur nak membasuhnya. Pastu ketip hujung siput tu, ikut cara Noorsha jugak, guna gunting ikan je. Tapiiii berbaloiii baloiiii. En suami kata, masak sendrik nampak pun dah beza. Putih bersih siput tu. *Kan ke berussss..
Sedaapppp.. Makan pun puas, suci murni gitu kan. Dan dan suami kata tak yah beli dah la, buat je sendrik. Terus saya imejin kena memberus siput sepetang tu. Wahahaa... Jawapan saya sambil menyanyi lagu Maher Zain la nampaknya.. insyaAllahhhh insyaAllahhh
Resepi saya ikut resepi Cik Matt Gebu. Terima kasih banyakk, cume saya tak letak batang keladi. Dan yang lainnya saya rujuk resepi Noorsha, saya ikatkan je daun kunyit tu, saya tak hiris. Terima kasih Noorsha.
BAHAN-BAHANNYA :
1 kg siput sedut @ belitung
2 pokok keladi minyak *Izah tak letak
2 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
3 batang serai, dititik
3 helai daun kunyit, disiat *Izah ikat je
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi hijau kampung
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras *Izah tak letak
CARA MEMBUATNYA :-)
Siput sedut @ belitung, dicuci bersih, kemudian kerat hujungnya, anggaran 3 ruas. Buat hingga siap, cuci kembali dan toskan, masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus dan 1 keping asam gelugor dan sedikit garam serta serai, gaul rata dan masak hingga mendidih, matikan api dan ketepikan.
Sementara itu batang keladi dikerat dan dibuang lapisan luar, rendam. Keladi dikupas dan potong baji, rendam. Rebus keladi dalam air mendidih yang telah diletak 1 keping asam gelugor dan sedikit garam hingga 3/4 empuk. Masukkan batang keladi dan celur sekejap hingga lembut. Toskan.
Dalam periuk berisi siput tadi, tuang santan cair, didihkan dan masuk batang/isi keladi. Kacau perlahan, tuang pati santan. Tambah garam secukup rasa, daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..
RESIPI GULAI LEMAK CILI API SIPUT SEDUT
Bahan²
*sila gunakan mangkuk yang sama saiz
1 mangkuk siput sedut
1 1/2 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk santan pekat
10 batang cili padi
2 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - simpulkan
Cara²
1. siput sedut direndam, diberus dan cuci 3-4 kali hingga bersih. Kemudian buangkan bahagian bawahnya. Cara mudah, buangkan pada paras pangsa ke 3 dari bawah bahagian siput sedut dengan gunting ikan. Dengan cara ini siput sedut masih banyak isi dan mudah disedut.selepas di buang bahagian badan, cuci lagi sekali untuk menapis sisa lumpur yang tertinggal.
2. blend cili api dan kunyit hidup.
3. masukkan bahan yang di blend bersama santan cair, serai dan daun kunyit yang disimpul kedalam periuk. Kacau selalu hingga merenih.
4. Bila telah merenih, masukkan siput sedut, kacau rata.
5. masukkan sekali santan pekat. kacau hingga mendidih.
6. perasakan dengan garam dan perasa @ sedikit gula (hujung² sudu).
7. matikan api dan sedia dinikmati. selamat mencuba :)