Assalamualaikum..
Cer tengok nama nyer tu. Panjang bebenor. Napa tak tambah 'bawang' kat tajuk tu sekalikan. Ikan Bilis Goreng Cili Padi Tempoyak Berbawang. Haa.. baru panjang n glemer. Semua bahan2 membuatnya ada dalam tajuk. Hahaha.. abes kena hamun ngan kak Anim karang. Ehem ehem.. kak Anim tengok buat GA. Kena bodek skeett.. Sebab alamat pos untuk hadiah tu memang kak Anim dah sesiap tulis Ampang kan. Nanges la orang Ganu ngan Sawak. Haha.. Orang Damansara ngan Subang lagi la terus tertonggeng. Haha.. belum apa2 nak pukul canang. Teruk tul ko jah.
Sudah renti kan cerita itu. Nak cerita pasal sambal tempoyak ber ikan bilis garing ni. Sedap sikit bunyi nyer kan. hahaha.. tapi walaupun namanya panjang, satu je nak rumuskan disini, SEDAAAAAPPPP. Kepada penggemar tempoyak, sila la cube. Memang kompom habis nasi 2 pinggan. Tak yah lauk lain dah kalau saya. Cukup tempoyak dimasak gini dengan ulam. Kalau ada petai leh masukkan sekali dlm sambal ni.Tq kak Anim. Memang masak tempoyak gini kegilaan saya. Tempoyak dan saya tak dapat dipisahkan. Ecewaahh,.. pulak2 guna tempoyak orang Rembau bagi.. memang sangat2 sempurna hidangannya.
IKAN BILIS GORENG CILI PADI TEMPOYAK
resepi: kak ANYMZ
Bahan2
2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1 1/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng
Cara
Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..
*nota izah: izah sengetkan kuali selepas memasaknya, tutup api, biarkan minyak turun. Biarkan 5 minit. Kemudian cedukkan minyak keluar.
*Izah kurangkan cili padinya. Karang berdesing telinga kepedasan.