Assalamualaikum..
Hari ni nak share resepi pedas2 pulak.
MasyaAllah... bagi sapa yang tak pernah rasa rendang ni, memang recommended..
Sila la cari kalau ada rendang ni dijual siap, bagi siapa yang tak sempat nak buat.
Atau pun cepat la cari pucuk ubi kat pasar atau cekau jek tepi pagar rumah tuha.
Dapat 2-3 cekak dah cukup sangat dah nak buat rendang ni.
Sedaaaaaaaaaap sangat sangat.. Sambung lagi. sangat sangat..
Selagi ada rendang ni dlm tipuware atas meja, slagi tu trasa jek nak makan nasik.. Bahayaa tull
Rendang ni simple je bahan2 nya, tapi tang lama nak tunggu dia kering tula menguji kesabaran.
Tapi kesabaran tu ada manisss juga dihujungnya. :-)
Saya buat petang, dah malam baru siap, jadi gambarnya dibawah lampu aje la.
Rendang ni kering, ikan bilisnya garing dan banyak serdak2 garing yang sedaaap.
Kata kak Anymz, lagi lemak santan, lagi banyak serdak serdak tu.
Rindu plak kat kak Anim yang sedang mengerjakan haji.
Dua kali juga dapat berita kak Nim semasa dia di Madinah yang mengkhabarkan dia sihat dan seronok dan dia dijodohkan bertemu Kak Ummi Zaihadi di Madinah.
Semoga kak Anim n kak Ummi sihat2 aje, sebab skrg smua dah berada di Mekah.
Berbalik pada rendang ni, masa berkunjung ke rumah kak Anim hari tu, kak Anim bagi sikit rendang ni untuk saya merasa. *kunun mengidam, kak Anim pun memenuhi la hasrat tekak saya ni.
First time merasa... sedaaaapnya laaaa.. Skali hadap je saya dengan suami makan.
Dia cekau, saya cekau..laju je tangan amik rendang ni.
Nak rasa rendang tu je, saya makan dengan nasi putih sahaja tanpa lauk lain.
Perghh memang best.
Dan alhamdulillah, 1st time buat, menjadi rasa sama dengan buah tangan yg kak Anim bagi hari tu.
Dan terima kasih juga buat sepupu kak Anim yang buatkan rendang pucuk ubi tu.
Sebenarnya spupu kak Anim tu buatkan bekal tuk kak Nim nak ke haji,
tapi saya dah cilok seplastik.
Hehehe...
Dan terima kasih kak Anim untuk resepi yang sempoi tapi sedddaaaap sangat ni.
Masa buat rendang ni teringat2 lagi cara2 dan tips yang kak Anim share kan masa nyembang tru telefon.
Dan saya jadikan paduan.
Dalam kuali sedia nak diangkat.
Bau nyer yang semerbakkk..
RENDANG PUCUK UBI
by: kak Anim
Bahan-bahan
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
santan dari 3 biji kelapa atau
santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Segenggam besar ikan bilis
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
cara2
sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.