CSS

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

MUFFIN PISANG YOGURT


Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu dan meluangkan masa berkualiti bersama famili. :)




BANANA YOGURT MUFFIN


Dry ingredients
1/2 cup sugar
2 cups flour
1/2 teaspoon salt
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon ground cinnamon


Wet Ingredients
1 cup non-fat vanilla yogurt (or lowfat)
1 egg
2 tablespoons skim milk (or lowfat)
1/4 cup vegetable oil
2 ripe bananas (chopped)




Directions:


In a large bowl, combine flour, sugar, baking powder, salt and cinnamon and mix In another bowl, combine yogurt, egg, milk, and oil.

Add contents of wet mixture to dry ingredients and mix- do not over mix.

Stir in bananas (you can also add chopped nuts or other fruits if you want) Place batter in muffin tins.

Bake at 400 degrees for 20-25 minutes or until golden.






Thursday, September 26, 2013

Muffin Keju Cheddar




Assalamualaikum

Berkira2 nak masak apa agaknya tengahari ni. Untuk lunch saya lebih mementingkan lauk pauk untuk anak2. Bila sebut lauk pauk mcm la banyak sangat kan. Tak de la.. anak2 sempoi je, ada sup ayam campak je semua jenis sayo dalam sup tu. Cukup. Kalau tak pun masak kicap, masakan feberet mereka. Nasi n lauk masak kicap. Tu je.. malas benor bunyi maknya tu kan. Haha.. Tidak jugak.Cume mereka mmg dah terbiasa dgn satu lauk satu nasi satu Malaysia. Opss

Korang...
Pliss la buat muffin ni kalau kebetulan ada chedar cheese. Memang sedap ya ampun. Rasanya lemak n manis2 buah. Wangi. Gebu dan maksimum kesedapan dimakan ketika suam2.






Muffin ni pun naiknya menggebu comel. Bila ianya masih suam2, kita akan dapati texture dalamnya seperti menarik pizza bila chedar cheesenya tertarik sekali. Ha kau.. betul tau. Dan pada citarasa saya, kalau betul2 nak menghayati rasa chedarnya tak perlu diintikan dgn blueberry atau coklat di dalamnya. Cukup dgn basic resepinya. Pasti tak puas mengunyahnya.





Remtasan dalam yang gebu. Nak snap gambar cheese seakan2 menarik piza dgn cheese tak putus tu, tapi tak dapat. Sebab tangan ada 2 je ketika itu. Yang ada tangan2 kecil yang disuruh buat lain yang dibuatnya lain. Tah hapa2 tah. 

TIPS: apa2 resepi muffin yang menggunaan susu segar, anda digalakkan menggantikannya dengan buttermilk untuk menghasilkan muffin yang lebih gebu dan sedap. 



Jom kita tengok resepi Chef Noraini Zakaria yang dikongsikan oleh Rahel. Terima kasih Rahel. 




Mufin Keju 
Resepi:Chef Noraini Zakaria 
Sumber: Rahel

Bahan: 
250g tepung gandum 
150g minyak masak 
150g susu segar kotak * saya guna buttermilk
70g keju cheddar} diparut
50g keju cheddar},diparut -utk hiasan
150g gula kastor 
13g serbuk penaik 
1 sudu teh garam 
2 biji telur gred B-dipukul 

Jika tidak menggunakan buttermilk siap dibeli boleh dibuat sendiri dengan 1 cawan susu segar berkrim ditambah dengan 1 sudu besar cuka / lemon jus. Biarkan dalam 5 minit supaya menjadi seperti yogurt. Makin berkrim n lemak susu segar tu makin cepat n cantik kejadian buttermilk.


Cara: 

1.Satukan minyak,susu segar,gula kastor,garam dan telur dalam mangkuk adunan.Kacau hingga sebati. 
2.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi.Masuk- kan 70g keju cheddar. 
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.Terlebih gaul (overmixing) akan menyebabkan mufin mengeras. 
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200'C selama 15 minit.Tuangkan adunan ke dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur keju cheddar untuk hiasan. Bakar selama 20 minit hingga mufin masak.










Wednesday, January 16, 2013

Muffin Pisang The Best

\

Assalamualaikum..

Maaf sangat sangat tak sempat nak jalan2 bersantai kat blog kawan2..
sesungguhnya.. masa sangat membatasi pergaulan sosial ku.
Cuma sempat apdate kat blog dan kat fb ketika anak2 masih lagi lena.
Yang kesekolah selamat ke sekolahnya.

Nak share resepi muffin yg paling best kat tekak saya.
Paling best dimakan suam panas.. Tapi stil mengancam dimakan sejuk.
Resepi popular ketika zaman fotopages mencapai tahap gemilang
yeke kak Madihaa? hehe

Lets check it out da recipe!!






Muffin Pisang Sedap
Asal: Ana Penang fp
sumber: fp kak Madihaa 

BAHAN A 
400 gm butter cair 
300 gm (6 biji) telur 
200gm susu segar 

BAHAN  B 
600gm pisang dilecek 
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit) 
1 tsp garam 

BAHAN C 
550 tepung superfine 
2 tsp baking powder 
2 tsp sodium bikarbonate 

Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar. *izah cairkan aje atas api.Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati. Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit. 


Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan.







Friday, October 12, 2012

Muffin Pisang Coklat Chip


Assalamualaikum..

Tiba kita lagi diJumaat yang mulia.
Selawat ke atas Nabi junjungan nabi Muhammad S.AW.
Hari ni saya ingat nak menyentuh sedikit isu yang agak serius.. phewww
Tapi bila kenang2 kan, malas pulak nak menseriuskan diri..buat pening dan sakit hati..
Sedangkan kita disuruh banyak memuji nabi, tetibe pulak nak melayan hasutan iblis khaann

Sorry geng, tak sempat nak balas kunjung.
Kalau ada masa dan lappy yang amat memberi kerjasama akan ku gagahkan diri berBW.
tapi tula... lappy ni asik semput n onoff sendiri je..
Tapi untuk hang pa hangpa.. yang sudi singgah IML ni, saya sajikan muffin pisang ini hari.
Muffin ni resepi si Ros Jepun yang diintikan dengan coklat.
Tapi saya dah campurkan dengan coklat chip aje.
Jam coklat tak de.
Rasanya muffin ni nak jam dengan apa2 pun sedap.
Yang penting kurangkan manis dia ek.. sebab pisang pun da manis kan.

Jom tengok resepi.
Pernah juga saya share resepinya di sini.
Terima kasih Ros.



MUFFIN PISANG INTI COKLAT
sumber: Ros Jintanmanis

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum

 1 1/3 cawan gula
*izah guna 1/2 cawan dan beberapa sudu

2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm

1\2 cawan minyak masak

2 biji telur

1\3 cawan  susu segar

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 1/2 sudu kecil baking powder

beberapa titik esen vanila

beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)
*izah guna coklat chip



Cara-caranya

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.








Wednesday, April 25, 2012

Blueberry Cream Muffin dan "so sad"...

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. "so sad" tak habis  habis ek.
Memula komen masuk spam, ingat dah ok..rupanya title cik Spam masih tak kebah lagi. 
Semalam "so sad" ler pulak.
Kes apa lagi la ek.. kes amik gambor without permission ler
Bior le teman rahsiekan page FB mana yang amik. Eh tersebut pulak Page kat FB ye.
Page ni katanya koleksi resepi keturunannya dan resepi si admin ni ler.
Tapi ada masalah sikit ler ngan resepi2 yang dikongsi tu sebab kebanyakan gambar dan resepinya adalah dari blogger2.
Tanpa izin, tanpa link dn gambar2 semua di blurkan watermark dan di crop. 

Teguran sudah dibuat dan sudah didelete oleh admin page.
Dan admin page itu telah mengeluarkan satu stement yang sangat dikesali oleh kami.

Sudah ler perkataan maaf tidak ada.
Komen kami didelete.
Kekhilafannya  jugak tak diakui.
malah, Kami yang menegur diibaratkan "tetamu" yang tidak memberi manfaat kepadanya.
Dan kenytaannya menunjukkan rendahnya moral dan tanggapannya pada harta peribadi. .. so sad.

Dan kak Nor secubitgaram mengumpamakan kenyataannya seperti:
 *jiran sebelah boleh masuk kebun tepi rumah kita, ambik 3 batang serai, 2 tangkai daun limau purut, 2 tngkai daun kari, setangkai jantung pisang.. dengan alasan ... ini harta pinjaman yang boleh dikongsi. Takkan lah kedekut nak kongsi ngan jiran sebelah" *lebih kurang la ye. Sebab saya dah tak boleh nak access komen2 yang telah dibuat dilink yang di share dari page ni sebb page ni sendrik tak boleh dibuka.

Dan peminat2 page tersebut tlah menyokong prbuatan nya tanpa usul periksa.
*ada juga yang liked page ni sedar dan mesage saya di fb tq kak Naz, Fiza, Tina dan terutamanya kak MIMI yang memberitahu hal ini* 
Itu tak menjadi hal buat kami sebab mereka adalah pak angguk tanpa tahu kes sebenar.
Tapi kami *blogger2 gambar yang diambil tanpa kebenaran sngat terkilan bila "serai, daun kunyit, daun limau purut" kebun kami diambil tanpa kebenaran. 
BUKAN TAK BAGI.. tapi mintak kebenaran la dulu. 
Nanti kalau tetamu rumah anda makan gulai lemak daun kunyit dengan tomyam berlimau purut berterim kasih dengan anda, terima kasihnya lebih bermakna sebab anda mintak kebenaran dulu. 
Saya no hal, melihat hasil gambar dan masakan saya di situ DENGAN IZIN.
Saya no hal kalau awal2 saya bagitau jiran sebelah, kalau nak serai amik jela.
Kalau nak daun kunyit amik jela bila2 masa.
Dan kalau nak sayur kacang panjang petik jela bila2.


Huh letih baca "rencana so sad" saya pagi ni?
Korang renung dan korang pikir ler.
Sebenarnya tak elok buat gitu.
Itu berkaitan dengan hak. Kalau betul niat nak share, share lah secara baik.
Tak salah link kan..even tanpa kebenaran.
Tak salah minta kebenaran, even tidak dilink kan. 
Aaaa paham ke tu? Jgn buat muke blur ye.. tak paham rendam kepala dalam cuka. hehe
Dan saya harap admin page tersebut diberi hidayah dan diberi kesedaran dengan hal2 berkenaan hak.
*pagi ni page tersebut disable. Maybe admin dah menerima kesalahannya.Tq 

dah letih membebel jom makan muffin best ni.


Muffin rupa kureng, rasa ganteng..hehe
Sedap tau.. tapi tah napa lak kali ni tak brapa nak comel muffin ni.
Tu la kan duk pikir "stetment panas" makcik admin.
Dari ikan nak masak special jadi ikan goreng kunyit bodo.
Dari nak lipat kain sebakul, dah jadi 2 bakul.
Dari nak mop lantai, dah menyapu pun lupa.
Ikiki...
Kka yatie.. tq kongsi resepi muffin sodap niha,
Saya share kat sini pulak ye kak.



BLUEBERRY CREAM MUFFIN
diambil dari: bigoven 
sumber: kak Yatie 


Ingredients
2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cups granulated sugar
1/2 cup vegetable oil
2 large eggs
1/2 teaspoon vanilla extract
1 cup (8 oz) sour cream ( I used plain yogurt)
1 1/2 cups fresh blueberries (or frozen thawed and drained)


Preparation
Place oven rack in lower-middle position of oven and heat to 375 degrees F.
In a medium bowl sift together flour, baking soda, baking powder, and salt. Sprinkle 1 tablespoon of flour mixture over blueberries and toss to coat; set aside.
In a large bowl, whisk eggs and sugar together until mixture is pale yellow. While whisking, slowly pour in oil; add vanilla and sour cream, and mix well. Fold in remaining flour mixture until just incorporated. Do not over mix. (Batter should be mixed just until it comes together. It's OK for some small sprays of flour to be visible in the raw dough.)
Gently fold in 1 cup of the blueberries.
Spray a twelve-cup muffin tin with vegetable cooking spray or coat lightly with butter (or use paper liners). Distribute muffin dough equally among cups. Sprinkle remaining 1/2 cup of berries on top of muffins and press down lightly. Place in oven and increase temperature to 400 degrees F.
Bake until muffins are golden brown and a toothpick inserted into the center comes out clean, about 20 to 25 minutes, rotating pan halfway through. Remove from oven and turn out, upside down on tea towel to cool completely. Serve immediately or store in airtight container for 2 to 3 days.





Monday, April 9, 2012

Super Moist Caremeled Banana Cake


Assalamualaikum..

Morning. Jom makan muffin sedap bangat nih.
Tak tipu.. kompom sedap dan extra wangi sebab dikaremelkan dulu pisang n gula tu.
Sesapa ada stok pisang sila la buat untuk tekak memasing merasanya ;-)
Anak saya si Muaz yang tak gemar pisang pun suke.
Dia bukan saja saja tak gemar, tapi dia alergik dengan pisang.
Habis muntah2 dan gegata keluar kalau makan pisang.
So, bila dibuat muffin atau kek pun dia jarang2 sentuh.
Tapi kek ni suke la pulak dia makan.



Saya buat  kek ni kepada kek cawan mcm fnf.
Dan saya ikut cara FnF jugak.
Terima kasih ye, sebab tunjuk gambor dak kecit tu menggigit kek. Terliur betui.
Kalau nak buat cara kk Fida yang senang tu, boleh rujuk ke myR.
Saya ikut cara beat dulu telur ngan ovelet seperti olahan fnf. 
Dan hasilnya mmg mengagum kan.
Tq to kak Fida, FnF dan Mas juge.
Ada yang belum kenal FnF sila la jenguk blog nyer DI SINI.
Saya pun baru2 jek berkenalan ;-)
Tak rugi kenal ngan orang yg suke share ilmu ni kan.




SUPER MOIST CARAMEL BANANA CAKE
versi kukus: masduniaku
olahan sumber: FnF Simple Life




Bahan2

Bahan A

1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g) - FnF kurangkan 150g shj - pisang dah manis
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar


2 biji telur saiz A - FnF guna 3 biji telur medium size
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak - FnF guna 190g tepung kek Jepun + 1 sk baking powder
1sk ovalet (resepi asal tiada)


Cara2

Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .
*nota izah* 'hingga berkaremel' maksudnya bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaremel. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warne perang.

Pukul telur dan ovalet hingga gebu.

Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.

Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris. FnF masukkan dalam acuan cupcakes.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.

Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.

Adunan boleh juga dikukus...





Monday, March 19, 2012

Muffin Cheese Bluberry


Assalamualaikum..

Muffin anyone?
Sesuai untuk bf dan minum petang.
Walaupun dah lupa tarikhnya saya buat muffin ni, tapi kelembutan dan kelazatannya masih terpahat diingatan.
Pergghh ayattt... ;-)
Dan saya akui, saya lebih suka muffin ni dimakan kosong tanpa inti.
Dan waktu saya buat ni, angkat je dari tray, cepat je licin.
Memang elok kejadiannya.
Gebu, lembut, lemak dan enak.
Seketul demi seketul masuk mulut.. pastu nyesal ;-(
Cek resepi jom.



MUFFIN CHEESE BLUEBERRY
by: Izah

bahan: (mendapat 18 biji size S)

50 gm mentega
1/4 cwn gula kastor *kurangkan jika menggunakan inti manis
125 gm cream cheese
1 biji telur
1/2 sk essence vanilla
1/4 cwn + 2 sb susu segar
1 cwn tepung
1 sk baking powder
1/4 soda bikarbonat
secubit garam

inti: bluberry filling atau apa2 filling kegemaran
atau sedap dimakan kosong


Caranya:
Panaskan oven pada suhu 200 C.
Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
Masukkan pula cream cheese dan putar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan pula telur. Pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila, putar sebati.
Ayakkan tepung bersama baking powder , soda dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
Pukul adunan, masukkan berselang pula dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
*Masukkan tepung 1/3 dan susu 1/3 kemudian pukul, dan ulang proses hingga habis.
Bila adunan sebati, cedukkan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh dan isikan dengan bluberry filling. Kemudian tutup inti dengan menceduk 3/4 penuh mangkuk muffin.
Bakar muffin di dalam oven pada suhu yang dikurangkan 180 C selama 25 minit atau permukaan muffin kelihatan perang.
Hidangkan dan nikmati kelazatannya.

Nota Izah: disyorkan bagi yang mahu meletakkan inti, mengurangkan kadar gula yang digunakan.









Tuesday, March 6, 2012

Muffin Pandan Eggless (Eno)


Assalamualaikum..

Sapa lapor Muffin? Nah amik satu sorang muffin. Bekas kecik je ye.
Tak leh makan banyak2, nanti obes cik siti pulak.
*cakap kat diri sendiri*
Sebenarnya dah lama saya simpan resepi muffin ni dari MyR.
Cuma tak de kompiden nak buat lagi. Tapi lepas kak Dayang Jack buat, terus semangat.
Tapi cari2 Eno, tak jumpa pulak.
Terus lupa hajat dihati, tup tup bebaru ni terjumpa Eno elok je lepak dalam peti es.
Terus je godek muffin yang sangat gebu n sedap ni.




Bila dah letak eno dan tunggu 5 minit tu, adunan ni jadi mcm apam. 
Kembanggg gitu.
Macam adunan apam yg diperap 2-3 jam tu.
Sebab tu kalau kukus dia akan lagi moist dan gebu.
Tapi saya suke bakar sebb rangup kat atas gebu kat dalam.
Terima kasih kak Dayang sebab mengtestimonikan muffin ni. Hehhe.
Dan tq to Joayee untuk resepi mabeless ni. 



MUFFIN PANDAN EGGLESS (ENO)


Bahan-bahan ( 6 )
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula 
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan minyak masak 
1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
1 sudu besar Andrews Liver Salt/antacid or di malaysia- ENO
sedikit perasa Pandan + Warna hijau 

Cara-cara:
1.Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarbonat, baking powder) ke dalam satu bekas.
2.Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) ke dalam satu bekas yang lain.
Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
Akhir sekali, ayakkan Andrew Liver Salt/ ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau.
Rehatkan 5 minit.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
Masukkan ke dalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C.


Untuk perasa lain boleh try contoh di bawah.
***Actually kukus lagi best kalau nak try option di bawah. kalau bakar kering sgt la pulak.
OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya [x]
OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya
Dari resepi ni, macam-macam perasa boleh buat. Selamat mencuba.