CSS

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Telur Bungkus Paling Sedap Hairul



Kata bungkus???
Muaahahaha... Itu dah namanya telur melimpah keluar. Belasah je la.
Dah nak rupa telur bistik pulak kan.
Kira half bistik half bungkus la ni. Bagi nama telur biskus la.. hehe
Tragedi tak dapat nak di ejas dah masa membngkus telur ni. So saya biar kan aje isinya terburai. Tapi still nak kongsikan idea n resepi ni di blog. Sesuai buat kawan-kawan yg tak de idea nak masak apa utk anak2 terutama bila kebizian yang melanda. Cuba lah.. sedap dan simple.
Terima kasih blog Hairul.


TELUR BUNGKUS
resepi: Hairul

Bahannya

2 sb isi ayam - izah lebihkan
1/2 biji tomato
1/2 sb cili kisar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
bunga kobis @ sayur yg sesuai
garam
gula
2 biji telur



Caranya:

Panaskan minyak untuk menumis.
Gorengkan isi ayam hingga keperangan.
Kemudian masukkan kedua jenis bawang, kemudian cili kisar dan tomato.
Bila tumisan berbau wangi boleh masukkan sayur dan sos.
Masukkan garam dan gula. Izah masukkan sedikir air.
Bila kuah pekat n masak boleh angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan dadarkan telur dgn cara menuang telur dari tepi kuali dan cepat cepat goyangkan kuali agar telur menipis dan lebar.
Bila telur masak, kecikkan api, masukkan inti tengah tengah telur dan lipatkan penjuru menutupi inti.
Ambil pinggan dan tekap kan ke dalam kuali dan terbalikkan kuali.






Wednesday, June 20, 2012

Kari Telur Bergaya? ^___^


Assalamualaikum..

Bergaya la sangat stakat kari telur ek? hehehe... alkisah terjadinya kari telur ni sebab bila si anak teruna dah pndai deman nak makan roti canai dengan cicah kuning. Cicah kuning nyer tu merujuk pada kuah dal, tapi kat rumah tak de stok dal. Yang paling cept pun dlm pikiran buat kari je. Tapi nak defrost ayam smua lambat pulk. Jadinya saaya gugel resepi kari telur je. 



Yaang dimakan dengan roti canai yang dibeli pada pakcik yang berjual kat masjid. Pakcik tu buat sendiri, masa tu panas2 lagi roti canainya, balik rumah just gorengkan lagi sikit tuk masakkan keseluruhaan roti tu. Memang elokkk lembuut makan ngn kari telur kak Wana yang sempoi. Walaupun tak cukup bahan tapi ok la kat tekak anak2. :-). Terima kasih untuk resepinya kak Wana Potret Kasih.



Resepi Kari Telur


6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis



Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang

6. Kacau seketika dan angkat. 




Promote lagiiii.. jgn marah ye. Maaklom la, blog ni dengan blog kedai MYBESTBUY tu bagai aur ngan tebing. Hehehe

BLOUSE BERGAYA

3 WARNA

FREE SIZE (OREN, COKLAT, BIRU)

BAHU 15.5
DADA 40
PINGGANG 37
PUNGGUNG 46
LABUH 32



PRICE : RM59





 BOLEH KLIK TERUS KE SINI








Wednesday, March 7, 2012

Gulai Lemak Telur Itik


Assalamualaikum..

Bagi penggemar gulai lemak macam saya ni, gulai ni terrbaik.
Diserikan pulak dengan belimbing buluh tu, manyakkk sedap.
Sebelum ni, tak terbuka hati nak makan belimbing tu kalau mak masukkan dalam gulai.
Tapi bila merasa gulai lemak air tangan kak Anim pada tahun lepas, hati banyak open.
Ditambahkan pula en suami yang suke kan belimbing masak lemak gitu.
*fakta yang baru je discover oleh bini dia lepas makan gulai lemak kak Anim*
Hehehe..
Bila ternampak 'makcik sayur tanam sendiri' berjual kat masjid baru2 ni, cepat2 terpa.
Ada pulak telur itik.. tepandang lak belimbing buluh.. rezeki nk makan gulai lomaakk.
Mak haiiii... sedap benor. Pueh hati..
Resepi saya ikut sebijik2 dari kak Anim kecuali tang kepedasannya tu.
Mak kata, kalau gulai gini kurangkan pedas pun tak pe nanti kemanisan nyer hilang.
Macam jenis2 ikan jugak. 
Kalau ikan isi manis, jagn buat pedas2 sangat gulai lemaknya.
Tapi kalau jenis ikan hanyir kena buat pedas2.
Err.. ini jenis gulai lemak orng Pahang tau kak nim. Hehe
Maklom.. orang Pahang tak pekat sangat kuahnya.
Yang pasti so far, gulai lemak air tangan orang rembau TERBAIKKK.
Sejujurnya tau. 


GULAI LEMAK TELUR ITIK
resepi: kak Anim
*Izah buat half dari resepi ni

bahan-bahan

10 biji telur itik
cili api blend 1senduk.
santan segar 1/2 kg atau santan dari 2 biji kelapa
Jika menggunakan santan segar tambah dengan 2 cawan air
sebelum campurkan dengan 2 cawan air asingkan dulu santan 1/2 cawan sebagai pati
garam secukup rasa

utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.


cara

sediakan periuk
masukkan santan dan air dgn bahan tumbuk dan juga garam
kacau hingga mendidih
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 dlm mangkuk berasingan(ini utk mengelakkan ada telur yg busuk)
jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
dah masukn telur ke dalam periuk berisi santan
jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.
kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
masukkan pati
kacau perlahan2 dan bila kuning telur sudah masak besarkan api,kacau sebentar,tutup api dan sedia untuk di hidangkan.



Monday, August 8, 2011

Telur Rebus Berkuah Kismis


Assalamualaikum..

Maaf ye, saya tak sempat nak BW  sepenuhnya lagi. Membusykan diri sedikit, nak melayan bebudak ber2 tu lagi. Dah ler sorang tu tak reti nak tidor siang dah sebab time tido dia dah lain. Bila time kita bangun sahur, dia pun nak bersahur sekali. Bila lepas sahur tidur sampai kul 9 baru nak bangun. Jadinya tenghari ke petang busy la melayan budak kecik tu. 

Menu telur nikan pada saya sedaaap sangat. Lain la rasa bila letak kismis atau kurma dalam kuah sambal. Saya guna kurma lembik2 sikit tu. Letak dalam 4 biji gitu. Memangg sedaapp. Masak untuk sahur lauk ni, kebetulan terbangun awal, boleh la buat lauk gini. Hehe.. pastu ada lebih leh la di shoot disiang hari. Simpan dlm peti ais, sahur esok leh makan lagi. Eh macam acar pun ada bila letak buah gitu kan. 

Mekasih buat kakak kakak comel mak dara terdiva ituw. Kalau bukan kak Dayang punya resepi la. Dan kak Anim tukang penglipur laranya. Ngehehe.. Kak Anim tengah sibuk mengukis nampaknya tu. Mulut tu jangan tejuih juih sangat kak sambil memicit tart ye.. kikikiki.. Tq kak Dayang. Besttt lauk ni.


TELUR REBUS BERKUAH KISMIS
sumber: kak Anim

bahan-bahan :
5 biji telur rebus (dibelah dua)
3 biji bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu makan puri tomato * ganti tomato sos
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu makan sos cili
sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh) * letak kurma
1 batang kulit kayu manis
sedikit air dan susu cair
sedikit minyak sapi/minyak masak
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :
Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.