Tuesday, March 26, 2013

Misi ke Lumut dan Penang

Malam td baru sampai dari Penang. Misi untuk menziarah kawan husband dan anak buah di lumut, Penang dan Rektor kampus berjaya seperti yang di rancang. Cumanya, ada target yang tak kesampaian, iaitu permohonan aku utk pertimbangan transfer ke kampus Shah Alam telah di tolak oleh Rektor. InsyaAllah, doaku agar usaha2 yang aku plan selepas ni, akan mendapat jawapan yang positif. Sekurang2 nya aku berusaha.

Masih kabur ttg apa hikmah sebalik semua ini, tp ALLAH adalah sebaik2 perancang. Kita tak tahu. Aku dah tak mau dah buat kerja Allah. Stress. Yang aku tau aku kena siapkan thesis aku ni. Mohon doanya yer kawan2.

Friday, March 22, 2013

Marah

Akhir2 ni memang agak kusut.Mengejar deadline dan menguruskan segala kerja yang lain bukanlah sesuatu yg aku suka dan menyenangkan. Aku sgt kagum dgn org yang byk anak, melayan kerenah suami, anak, bos dan segala mcm tok neneknya, dan dalam masa yang sama dpt menyiapkan PhD jugak.Seriously aku kagum.Hal mcm tu tak berlaku kat aku. Aku ni kurang sabar, kurang teliti, kurang minat dan segala2 nya kurang..apa yang ingin Allah tunjukkan pada aku atas penglibatan aku dlm arena ini masih bagaikan teka teki.Wallahualam.

Bulan 6 ni, aku kena masuk kerja semula.Takde lagi talian hayat yg membantu kecuali masih diizinkan untuk cuti tanpa gaji, CTG dlm tempoh tiga bulan. Berkira2 jugak dalam fikiran aku ni utk ambik CTG, tapi memandangkan aku dan suami tak byk menabung, di samping CTG ni jugak akan ada effectnya bila aku pencen nanti (lantak la..hehheeh). Semua pilihan di hadapan bukannya senang..susah...maaf bila aku kata bagaikan jatuh di timpa tangga bila mana dlm kesusahan yang dihadapi sekarang, aku nampak kesushan lagi yang bakal aku tempoh di hadapan. Aku kena balik penang semula. Aku sedih dgn hakikat ni. Bukan aku tak suka penang...penang adalah tempat 'bermula' segalanya..dan shah alam adalah tempat transformasi diri. Berkalkulasi dlm fikiran aku ttg mcm mana sekiranya rayuan aku utk minta transfer ke Shah Alam ini tidak berjaya. Mmg susah la...dengan keadaan kewangan yg tak stabil, thesis yang tak siap dan possibility utk ber PJJ dgn husband pun ada.Jadinya, aku sgt tension.

Bila aku tension, maka seisi rumah aku bercas negatif. Kesian husband dan anak aku yg menerima cas ini. Aku tak boleh tipu diri aku yang aku OK...aku tak OK...sampai satu tahap aku tanya husband aku, perlu mcm mana lagi aku buat, supaya Allah terima rayuan aku selama ni? Husband aku diam. Paling sedih lagi bila time makan malam..aku marah Iman sbb dia mengada2..dan yang paling aku x sangka, husband aku yg x pernah marah Iman..turut marah Iman...Terdiam Iman sbb idola dia (abah dia lah tu) marah dia. Aku mcm tersentak dan tersedar yg marah husband aku tu adalah pada aku yg bwk cas negatif tu balik rumah. Aku ambik Iman duduk kat pangku aku. Rasa bersalah menular kat hati aku....

Setelah masing2 diam...lama kelamaan keadaan OK. Aku pon duduk berdiskusi ngan husband aku berkenaan dgn aku yang kena balik Penang nanti. Allahuakbar....conclusion yang aku dpt dr perbincangan itu adalah;
kenapa aku nak buat kerja Allah???


Monday, March 4, 2013

Isnin

dah lama nak menulis kisah ni...tp tak tertulis...so sementara ingat, baik aku tulis siap2...ini adalah dialog ringkas antara aku dan seorg student Phd yg baru daftar bulan 9 2012 yg lalu.

Aku: En X, ada no phone Z tak?
En X: takde, takde kepentingan pon saya nak simpan number dia.

Mmm..Z ni kawan sebilik kami. Ada nada 'eksyen' skit dlm jawapan En. X tu. Memanglah takde kepentingan pun Z tu pada dia sekarang, in future kita tak tahu kan? Moral of the story..."lihatlah kehidupan ini berputar..sekali di atas sekali di bawah":)))))