Friday, February 17, 2012

Jumaat ini..

Alhamdulillah, seronok tengok kawan2 dah mula mengorak langkah ke alam perkahwinan. Esok majlis sambut menantu anak kak lang aku, dan 4 March ni plak, Nana plak, then Ira plak..(anis bila yer?hehehe,jgn marah anis). Memang best pergi kenduri kawen ni, makannyer pon sedap, dan dpt tgk pengantin yg cantik.

Sejujur2nyer ckp, sewaktu masih bujang dulu, aku mmg xsuka pergi majlis kenduri kawen. Pertama2nya sbb malas nak jawap soklan cepumas...dan rasa loser,benci!.Skg lain, pantang org ajak...mesti nak pergi.

Bercakap ttg berkahwin ni mmg best kan, dr segi persiapan, hinggalah ke hari kendurinyer...tapi sumer tu, sebagai syarat sahaja utk memberitahu umum yg kita nak berkahwin. Yang pentingnya adalah kehidupan selepas berkahwin.

Mungkin aku bukan org yg layak utk berceramah ttg perkahwinan, cuma pesanan aku pada diri aku sendiri dan yg tgh baca blog ni (kalau ada)...sabar...sabar...sabar....sampai bila2 pon kena sabar. Bukan senang nak hidup bersama ni. Logik la, kita lahir dr rahim yg berbeda, dibesarkan dgn Montessori yg berlainan, belajar di universiti yg x sama tajuk,dan cara hidup pon x sama. Jadi jgn expect dalam sehari kita bleh paham pasangan kita.Kena bg ruang kat diri kita dan dia utk kenal cara hidup masing2...

Bergaduh??heheheheh...biasalah tu...bumi mana yg x di timpa hujan betul tak? Kadang2 aku rasa adik2 bilik postgrad ni pasrah je tgk mata aku bengkak atau menjerit2 kat henpon...huhuhu.."sungguh berat hatiku merasakannya". Tapi tu la, bak kata mak aku...hidup berumah tangga ni, 'kono byk sabar dik oi, jgn byk jawap, ontok yo'. Aku ni mmg suka menjawap...dr dulu lagi..tu la sebab arwah abah aku suruh aku jd peguam...hehheheh..tp Allah tu Maha Besar. Dia jumpa kan aku dgn seorg lelaki yg sgt tak byk ckp...Jadi bila bergaduh tu, aku mcm ckp dgn dinding je la.Last2..'kemarahan ku reda sendiri' bak kata Elly Mazlin dlm lagunyer, Usah ditambah bara yg tersimpan...:))

Baru2 ni masa Iman warded kat DEMC, couple sebelah bilik Iman sgt la bergaduh2, ala2 WWF atau WWE, takut sungguh aku time tuh. Bukan apa....anak diorg malam2 nangis..aku sure sgt mak dia tensi...tu yg marah2 kat sominyer...aku pon ala2 busybody suruh panggilkan pakgad,bukan apa..risau di apa2 kannya anak dia tu nanti ...korang nak gaduh, gaduh la....last2 pakgad dtg..rupa2nya, mentua si perempuan tu pon ada skali..nasib baik dia tlg pegangkan baby tuh...cuma bg aku, x manis la korang nak gaduh di spital dan depan org tua....oh ya...rupa2nya couple ni sgt2 muda...bini 18 thn, lakinya 21 thn...tp bg aku, tu bukan tiket utk korang x bleh jd suami isteri dan parent yg baik..betul x?

Apa2 pon..didoakan kepada sumer kwn2 yg sudah dan akan berumah tangga, agar rumah tangga kita bahagia dan di rahmati Allah hendaknyer, Amin.

Wednesday, February 15, 2012

Menjauhkan diri

Akhir2 ni, mudah sangat berkecil hati dgn orang sekelilling. Mungkin sbb hormon kan...atau mungkin situasi yang sedikit 'menekan' akhir2 ni. Bermula dgn Iman masuk hospital 4 hari, tak sampai 2 jam dia discharged dr hospital,aku plak mengalami contraction yg kuat, complete miscarriage. Sakit jugak rupanya2 keguguran ni ek. Lepas je contraction, ada satu 'benda besar' sebesar hati lembu keluar . Mengingatkan pesanan doc haritu supaya bwk sekali 'benda besar' tu, maka MrN gak la, mempasrahkan diri mengutipnyer masuk ke plastik, dan bwk kami anak beranak ke Hospital Putrajaya.

On the way ke sana, kami dropped by Iman dulu kat rumah kak chik aku. Kesian Iman, baru kuar hospital, dah kena tinggal. Pas je hantar Iman, suddenly darah turun mcm turunnye air terjun kat Niagara Falls (exaggerate..hehehe). Terus pegi ke Emergency room, pas doc checked, katanya darah yg tinggal masih banyak, kena buat D&C gak. Baru tadi gugel, D&C=Dilating and Couretting.Setelah 2x tangguh, maka esoknya barulah D&C di buat, berdebarnyer rasa sbb kena masuk operation room, di bius dan di bedah. Dalam hati, doa je kat Allah semoga segalanya selamat sbb nak jumpa MrN dan Iman Najibah lagi.Alhamdulillah segalanya selamat.

Ok, berbalik kepada topik berkecil hati tadi, tak perlu dinyatakan siapa,cuma dia nya kawan yg agak rapat dgn aku. Niat baik aku telah disalah erti, maka dia berkecil hati dan menjauhkan diri. Salah aku juga x mendengar arahan MrN time tu supaya 'diam'. Mulut ni mmg x reti diam dan ini lah akibatnya. Namun, masih jua aku rasakan tindakan aku utk tidak diam itu betul. Berkali2 aku bgtau MrN kenapa aku perlu utk tidak diam. Mungkin MrN kesian dgn aku, lantas dia setuju dgn tindakan tidak diam aku tu, cuma dia kata..'niat atie baik, cuma dalam masa 'nak lepaskan anjing yg terperangkap,anjing lepas , kita balik yg digigit''. Skg ni,wlupun kawan itu telah bgtau yg dia dh lupakan, namun reaksi dia dh x mcm dulu. Mcm ada tembok yg dia cipta khas utk aku. Takpalah..suata masa nanti dia akan faham apa maskud utk tidak diam aku tu. MrN selalu bgtau aku kenapalah di kejar2 kawan yg skit pon x pernah nak ingat kat aku, yg ciptakan tembok utk aku,yg jarang bertanyakan hal aku...hargailah kawan baru,jiran2 dan yg di sekeliling kita...itu adalah kawan kita skg....