Thursday, January 19, 2012

Selamat Tidur Kekasih Gelapku.

"zu..kekasih gelap aku jumaat ni gi Jepun"...hehehehe lama aku x dgr istilah ni. Sejak kawin sampailah semlm...bila kwn aku ni sebut pasal kekasih gelap..lansung aku teringatkan 'kekasih gelap' aku dulu..heheheheh..sorry la beb,aku dah x mau nak ulang benda2 yg tak betul ni..insyaAllah.

Aku pernah terjebak dgn istilah 'kekasih gelap',waktu aku bujang2 dulu..mmmm...pandai sungguh dia bermain kata2, mempermainkan perasaan insan yg keseorangan dan kesunyian waktu itu. Aku pon, tak pikir panjang, terima sahaja kata2 manis tu. Aku jd buta, tak dpt menilai mata satu betul dan salah. Semua org salah bg aku, sbb diorg tak paham apa aku rasa.Dan yg paling kejam, aku tak fikir pon perasaan isteri 'kekasih gelap' aku tu kalau dia tau. Yang aku tau, perasaan aku mesti rasa happy. Jual ikan (read: selfish) betul aku time tuh.

Tapi, alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. 'Kekasih gelap' aku melanjutkan pelajaran di obersi dan aku di Msia, Jadi perhubungan fizikal terputus sama sekali.Betul kata org, masa merawat segalanya. Walau hati merasa sakit dgn ketentuan Ilahi itu, rupanya ada rahmatNya. Aku berjumpa dgn lelaki yg alhamdulillah, menjadi husband aku skg. Barulah aku berpijak di bumi nyata.

Lepas kawin dan menjalani hidup sbg isteri, sekarang aku faham perasaan bagaimana kiranya hak kita di ambil oleh org lain. Tak tergambar sakit hatinya. Doa aku, moga Allah ampunkan dosa2 aku yg lalu dan moga isteri 'kekasih gelap'aku tu ampunkan jua dosa aku yg pernah singgah di hati husband dia. Jgnlah sang isteri itu mendoakan keburukan utk aku,na'uzubillah.

Sekarang, aku mendengar dan memerhatikan kawan2 aku yg punya kekasih gelap. Mahu sahaja aku nak bg lecture sejam dua. Tak terfikir ke, ada hati yg terluka atas "kebahagiaan" kita?? Jgn bg alasan kat aku yg isteri/suami tu dh x layan kita dgn baik. Jgn tipu dgn aku bila ckp 'kami hanya suka2' BULLSHIT!..suka2 apa namanya tu bila asyik bersms,luahkan rasa hati,keluar sama2 berdua,tolong la..aku bukan ustazah tp jgn main2 dgn hukum Allah. Salah tetap salah. Aku pernah duduk kat tempat korang tu, aku tau apa rasanya, walking on air. Akibatnya, sampai skg aku galas rasa bersalah tu,berat rasanya.

Tapi aku tau, masing2 bukan rendah taraf pendidikan dunia dan akhiratnya. Cuma utk masa sekarang, syaitan tgh bermain dgn permainannya. Ya Allah, moga di berikan petunjukMu kepada mereka. Amin.

Tuesday, January 17, 2012

Terukir di bintang



Pagi tadi x lelap tido...lately aku asyik mimpi moment graf, mimpi iman ckp 'mama,napa x siapkan lagi discussion bab moment tu' dan yg paling berdebar, aku mimpikan co-SV aku..hehehehe...paranoid ke aku skg, atau itu mmg sindrom pelajar semester akhir yg projeknyer tak siap2 seperti yang dijadualkan? Takpelah...biarkan dulu topik phd ni. Ianya takkan habis selagi aku belum berada di Dewan Agung Tuanku Canselor, mendengar nama aku di panggil " Zurriati Mohd Ali,Doktor Falsafah!!!"...insyaAllah. Aku yakin aku akan dpt Phd, cuma lambat atau cepat je....

OK, pagi td aku tgk video klip lagu Yuna bertajuk 'terukir di bintang'. Aku bukanlah peminat Yuna sbb aku x suka suara dia..aku lebih suka kan Fauziah Latiff dan Ella...heheheh..itu mmg diketahui umum. Satu benda yang aku suka tgk dlm video ini ialah lokasi video klip ni di ambil...kalau tak salah aku, kat Itali. MasyaAllah..sukanyer aku tengok. Terdetik kat aku utk ke sana, tp ntah bila.

Aku teringin nak gi Europe. Tengok pics kawan2 yg sudah ke sana...subhanallah, cantik sungguh,bertuah badan kalau dpt menjejakkan kaki di sana. Tapi,kali ni aku dh bertekad, ke mana saja aku pergi, Iman dgn Najib mesti ikut. Aku dah puas hidup membujang dulu. Seriously, bertiga lebih baik. Tapi tu la, kewangan masih belum mengidjinkan dan masih byk lagi urusan2 phd yg memerlukan aku selalu berada di sini.

InsyaAllah..jika sudah terukir di bintang...adalah redjekinya tu..

Friday, January 13, 2012

Blighted Ovum

So now it was confirmed as a blighted ovum. A sac without a baby. I went around and keep on talking about it until I felt some sort of relieved and tired. But believed me, even it was inside me for about 9 weeks, the bonding was there. I can't help from falling to cry.

Thursday, January 12, 2012

Teruskan..

....walau di hati ada rasa sangsi dgn kebolehan diri utk bekerja dan otak utk berfikir. Terdetik di minda, klu bukan aku sendiri yg menggerakkan projek Phd aku ni, siapa lagi?Demi Tuhan, aku berani bertaruh tiada siapa pun yang ambil tahu jatuh bangun nyer projek ini melain kan diri aku sendiri. Jadi,tepuk dada,tanyalah Iman Najibah:) Dia sendiri yg lihat dgn dua mata nya,mcm mana mama dia menangis waktu menyusukan dia, mcm mana mama dia tampar kaki dia sbb geram dgn projek yang entah bila siap! Sampaikan satu tahap, Iman hampir pitam sbb mama dia hilang akal marahkan dia.Sian Iman.

Memang.....ramai yg cakap projek aku ni senang. Tapi percaya lah, tak mudah untuk aku nak menyelesaikan benda yang senang ni, selain terpaksa berperang dgn diri sendiri dan situasi yang tak dpt di elakkan.

Tidak...kawan cakap aku mengelak utk siapkannya, demi Allah.. tidak!! cuma kadang2 aku hilang arah. Kadang2 aku jadi tak tahu ke mana hala projek aku ni. Terpaksa naik ke level 18, meminta sang SV utk tunjukkan kembali peta utk ke destinasi. Semangat pulih semula, harapan subur kembali.

Berat...setiap hari hati ini rasa berat.Sang suami cakap,'go around and take deep breath'.Degil betul sang isteri ini bila menjawap,'masa itu emas'. Lumayan sahaja jawapan mcm tu bila di fakulti aku hanya duduk depan pc mengadap FB, blog dan mcm2 lagi perkara lagho.

Tapi..lain kali kalau di tanya aku, masih mahu kah utk buat research....mmm...utk tika dan saat ini.....aku tiada jawapan.

Wednesday, January 11, 2012

Terlupa

Terkecil hati dgn seseorg bernama kawan. Kenapa aku lupa, walaupun telah berapa kali aku berjanji dgn diri aku, hanya 'suami' sahaja kawan baikku sekarang?Kenapa lupa?

Sudah namanya kawan, sudah pastilah sokongannya pada kawan yg dekat di hatinya. Aku tak faham kenapa kepadanya aku adukan rasa terkilan aku pada kawan yg dekat di hatinya itu?Tersilap langkah aku kali ini. Kan hanya menambah rasa luka dan akibatnya sakit pada hati yg sudah aku merajuk kan. Sudah lah, malas nak fikir, tp kenapa kecilan hati itu masih ada? Mungkin kemalasan utk aku fikirkan hal itu, belum mencapai maksud malas sebenarnya. Mungkin otak ini masih rajin melayan hasutan2 syaitan ini.

Tuesday, January 10, 2012

Hati...jgn gagalkan aku

Hati rasanya mahu menangis, tp kalau menangis nanti, kepala akan sakit...susah nak gambar kan apa dalam hati aku skg ni..sebab ianya di dalam..klu ianya di luar, aku yakin sumer mengerti. Tiap2 hari aku bangun tido, ada rasa 'sesuatu' dlm hati...'agaknya boleh ke tak aku dpt phd ni','standard keja aku x setanding dgn kerja2 org yg dpt phd, bleh ke aku dpt phd ni?',"org lain dah nak siap, aku masih x nampak arah keluar dr terowong gelap ni, bleh ke aku dpt phd ni?'..ni la suara2 hati aku tiap2 hari..tanpa gagal walaupun sehari.

Sebenar2 nya...aku dalam situasi tak pasti..apakah layak Phd itu utk aku....Ya Allah, berikan petunjukmu kepada aku, permudahkan ia bgku dan jgn lah kau sukarkan. Amin
Don't quit because something went wrong. Quit because you tried your hardest and nothing made it better.