Wednesday, September 30, 2009

Sedih ...

Hari ni datang lambat ke ofis..Dah 2 mlm tak dapat tdo, Iman demam...maybe sbb kene gigit serangga..kesian sgt sbb xkebah2...Pg ni rs berat hati sgt nk g keje, kalaulah cuti tahunan byk lg, mmg confirm sy amik cuti..

Esok n Jumaat amik leave, nk amik kek K.Ude..K.Ude nk kawin weekend ni, amik cuti ni pon sbb tu jglah, ingat nk blk awal...nk tlg mak, tp bila Iman tak sht, rs berat sgt hati nk balik...risau dmm dia lg lmbt kebah...Mcm mn ye...? Sedih sgt kalau anak2 tak sihat...Ya Allah..sihat sejahterakanlah anak2ku, keluargaku...Amin...

Rs tak sabar nak balik umah...rasa lambat sgt nk abis ofis hr...Tak sabar nk jumpa anak2, terutama Iman, risau...risau sgt...Iman...cepatlah sihat syg...

Monday, September 28, 2009

Mencari Kekasih: Tanpa Kasih Sayang Peraturan Jadi Beban

“Abah selalu tak ada di rumah. Kalau abah betul sayangkan kita, kenapa abah jarang ada di rumah?”, Amin mencebikkan muka kepada ibunya.
“Tapi Amin, abah tetap abah kita. Walaupun dia selalu tiada di rumah, dia menyayangi kita dari jauh. Dia tidak pernah lupakan kita. Amin tak bolehlah buat macam itu.”, Salina cuba memujuk anaknya.
Sayang dari jauh? Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan sayang dari jauh itu? Mampukah Amin memahami maksud pujukan ibunya, bahawa ayah yang selalu tiada di depan mata itu, menyayangi keluarganya dari jauh? Amin tidak berpuas hati.
“Sudahlah tiada di rumah, lepas tu bila balik, asyik garang-garang sahaja. Ini tak boleh itu tak boleh”, Amin terus memberontak serta meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini. Suasana rumah yang dipenuhi dengan ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’, cukup merimaskan.
“Rumah ini kan rumah abah. Abah berhak untuk menentukan peraturannya. Bila Abah kata yang Amin tidak boleh tengok televisyen selepas pukul 9 malam, Amin kenalah patuh. Ini rumah abah dan Amin kena ikut peraturan abah.”, Salina masih tidak berputus asa dan terus cuba memahamkan anaknya kenapa dia mesti patuh kepada ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’ yang diputuskan oleh suaminya, seorang ahli perniagaan yang tinggal di seberang laut.
Salina tahu, suaminya perlu bertegas dan memberikan banyak peraturan untuk dipatuhi oleh Amin malah dirinya sendiri. Hanya dengan peraturan ini, rumah tangganya yang ditinggalkan di tanah air, terpelihara dan selamat.
“Ye lah, ye lah. Amin patuh, Amin taat. Nanti kalau lawan, kata anak durhaka pula!”, Amin terus masuk ke bilik dan menghempaskan pintu.
Sukar sekali untuk Amin menerima peraturan rumahnya. Walaupun dia sedar yang ayahnya meletakkan syarat-syarat dan peraturan itu untuk kebaikan dirinya, namun ia dipatuhi dengan hati yang berat. Puncanya mudah sahaja. Amin dipaksa mengikut peraturan seseorang yang mendakwa menyayanginya, tetapi dia sendiri tidak pernah ada sebarang bukti bahawa ayahnya memang menyayanginya. Tanpa kasih sayang, mematuhi peraturan dan kehendak seseorang, amatlah berat dan membebankan.


DENGAN CINTA, MANUSIA SUKA DIARAH


Berbeza pula dengan seorang lelaki yang sedang mabuk bercinta.“Alahai bang. Saya tak sukalah abang pakai baju merah ini. Abang kan tahu yang saya tak suka warna merah macam ini?”, kata seorang perempuan kepada kekasihnya.
“Oklah sayang, abang bakar baju ini!”, jawab lelaki itu.
Ya, bukan sahaja baju itu diketepikan, malah sanggup pula sampai membakarnya. Mengapa keadaannya begitu? Mudah sahaja, kerana adanya cinta, hati sentiasa suka disuruh. Suka diperhambakan. Malah lautan api pun sanggup direnangi. Mungkin kerana itu ramai yang sanggup merenangi kemurkaan Allah berupa api neraka, kerana cinta yang buta lagi membutakan. Ya, berilah kasih dan cinta, nescaya apa sahaja kehendak dan kemahuan, akan menjadi perjuangan kekasihnya. Itulah kuasa cinta.
Hal ini tidak berlaku di dalam rumah tangga hari ini. Kita sudah terperangkap di dalam suatu kehidupan yang meragut kita daripada duduk di rumah dengan pasangan dan anak masing-masing. Kita banyak duduk di luar, kita bekerja sampai petang, kadangkala sampai malam. Cari rezeki bawa pulang, buat orang yang tersayang. Itulah kata Ramli Sarip dalam ‘Nyanyian Serambi’nya.
Akibat itu, banyak perkara yang selama ini sangat sinonim dengan ibu dan bapa, terpaksa dipindahkan kepada pihak ketiga. Selalunya, anak-anak ada masakan ibu yang menjadi favourite mereka. Tetapi anak-anak membesar dengan makanan yang dimasak oleh pembantu rumah. Hujung minggu, makan di luar pula.
Bermain-main dengan ayah di waktu petang, memimpin tangan anak-anak memanjat papan gelungsur, adalah imaginasi kita terhadap sebuah keluarga yang ‘normal’. Tetapi hari ini, tangan itu bukan lagi tangan bapa. Ia tangan pembantu rumah, cikgu TASKA, atau bagi yang sudah sedikit remaja, tangan rakan-rakan sebaya.
Imej ayah dan ibu hari ini, adalah dua manusia yang sering tiba di rumah kepenatan, mudah marah dan hanya mampu bertanya khabar dengan acuh dan tidak acuh sahaja perihal anak-anak mereka. Corak kehidupan seperti ini sudah menjadi kebiasaan. Namun kebiasaan ini sedang memberanakkan satu generasi yang songsang. Generasi itu adalah generasi yang KESUNYIAN.


GENERASI YANG KESUNYIAN


Kesunyian anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang ibu bapa, tidak sama dengan kekecewaan anak tidak mendapat patung robot idamannya. Robot yang diidamkan itu, mudah dilupakan selepas beberapa ketika. Namun kehilangan kasih dan sayang adalah seperti dahaga yang tidak bertemu minum, lapar yang tidak bertemu makan. Fitrah mereka kosong, seperti tanah subur yang terbiar.
Tanah subur itu berpotensi untuk menumbuhkan hasil yang pelbagai. Buah-buah yang ranum, hasil tumbuhnya pokok di tanah yang subur itu, amat manis rasanya, malah memandangnya sahaja pun sudah menjadi penyejuk mata. Qurratul A’yun, kata doa kita.
Tetapi jiwa anak yang bersedia untuk mengasihi ibu bapa sebagai wasilah untuk mengasihi dan mentaati Allah itu, mesti dibajak, ditabur dengan benih iman, dan dijaga dengan kecukupan segala keperluannya. Barulah hasilnya jadi seperti yang sepatutnya. Tanpa itu semua, tanah yang subur akan menumbuhkan lalang dan rumput yang penuh duri.
Jiwa generasi hari ini, adalah jiwa tanah subur yang terbiar. Akhirnya keupayaan anak-anak untuk mengasihi, berpindah kepada mencari kekasih yang bukan kekasih. Pencarian itu menemukan kasih yang membinasa berupa dadah, dan segala gejala sosial yang tiada noktahnya. Walaupun dadah, arak dan seks itu merunsingkan kita, ia bukanlah masalah sebenar. Ia adalah bahasa generasi itu yang mahu memperkatakan sesuatu. Mereka mahu memberitahu kita, bahawa mereka dilahirkan sebagai kekasih. Tetapi kekasih itu tidak dikasihi, kasihnya tidak dibalas. Kerana itu, mereka perlu mencari kekasih lain. Dan kekasih yang ditemui itu adalah kebinasaan yang tiada jalan berpatah pulang.
Ya, ibu bapa harus sedar. Mengajar ABC atau Alif Ba dan Ta, mungkin boleh di’swasta’kan kepada guru. Soal membasuh kain dan memandikan anak-anak, mungkin boleh diberikan kepada orang lain. Tetapi soal kasih dan sayang, perhatian dan belaian, dari ibu malah bapa, tiada pengganti. Tidak mungkin boleh diganti. Manusia yang paling penyayang, tidak dapat memberikan kasih seorang ibu atau bapa kepada budak yang bukan anaknya.
Dan jika kasih sayang itu tidak diberi, maka anak-anak menjadi seperti insan yang terdampar di padang pasir. Gersang, dahaga dan derita, yang fitrahnya menagih hanya satu, air!
Jika dahaga menagih air, lapar menuntut makan, maka kedahagaan anak-anak terhadap kasih dan sayang ibu bapa, hanya boleh diubat dengan kasih dan sayang ibu bapa. Itu fitrahnya, itu peraturannya. Jika dahaga diberi bantal, mengantuk dihulur makan, ia tiada makna, dan silap-silap berbalas marah. Anak mahukan kasih sayang, benak benar jika ibu dan bapa menghulurkan material lain, walau semahal mana pun ia, sebagai ganti kepada kasih sayangnya.
KASIH IBU BAPA, WASILAH MENGASIHI PENCIPTA IBU BAPA

SETERUSNYA, mampukah tanpa kasih sayang ini, anak-anak diharap dapat mematuhi peraturan? Jawablah dengan penuh yakin, bahawa TIDAK. Inilah rahsia mengapa Allah melantik ibu dan bapa sebagai guru pertama kepada setiap bayi yang lahir ke dunia. Oleh kerana ibu dan bapa adalah manusia yang paling kaya dengan cinta dan kasih kepada anak-anak mereka (rujuk artikel Cinta Tanpa Syarat), maka merekalah yang secara fitrahnya boleh menurunkan peraturan Aqidah, Syariat dan Akhlak kepada anak-anak.
Anak-anak berupaya untuk menurut peraturan rumah masing-masing, jika rumah itu kaya dengan kasih dan sayang ibu bapa. Dari situ jugalah, ibu bapa boleh mendidik anak-anak untuk menurut peraturan Allah, kerana didikan itu datang daripada dua insan yang paling menyayangi anak-anak tersebut. Dengan kasih sayang seorang ibu dan bapa, anak itu boleh diYahudikan, boleh diNasranikan, boleh diMajusikan malah boleh menjadi Mulhid. Kasih sayang ibu dan bapa boleh mengajak anak-anaknya beragama seperti mereka, dengan umpan berupa kasih dan sayang mereka kepada anak-anak. Malah bukan hanya semasa kecil. Ketika si anak beransur dewasa dan terbaring menghadapi Sakaratul Maut, ‘kasih ibu’ jualah yang menjadi umpan syaitan untuk mengajaknya mati dalam kekufuran. Naudhubillah. Itulah kuasa cinta dan kasih ibu, serta bapa.
Janganlah terkejut andai anak-anak begitu keras kepala untuk bersetuju dengan do’s and don’ts ibu bapa, jika antara mereka tiada kasih sayang. Pada anak, tidak perlu sampai didera atau diseksa. Cukup sekadar ibu dan bapa sibuk dengan diri masing-masing, ia sudah cukup untuk mereka tafsirkan sebagai BENCI.
“Ibu dan bapa yang hanya tahu membawa anak-anak mereka lahir ke dunia, adalah ibu bapa yang memBENCI kami!”
Buat tak reti adalah salah satu cara mempamerkan KEBENCIAN ibu bapa kepada anak-anak. Anak-anak ini menderita.
Inilah kumpulan remaja yang ramai saya temui di pelbagai siri kursus. Mereka adalah generasi yang hairan, ibu dan bapa mereka sibuk bekerja untuk apa. Anak-anak ini kesunyian, dan mereka hilang upaya untuk memberikan tindak balas kepada peraturan hidup, kerana mata kailnya tidak berumpan. Umpan yang dimaksudkan itu adalah perhatian serta kasih dan sayang ibu bapa. Kasih sayang ibu bapa adalah kurniaan Allah kepada sebuah keluarga untuk mereka semua mengasihi dan menyayangi Dia, Pemberi kasih dan sayang itu.
Ibu bapa sering kehairanan, mengapa anak mereka degil dan enggan patuh. Makin bertambah umur, makan berani anak-anak ini mengabaikan do’s and don’ts ibu bapa mereka.
Ibu bapa ini terlupa, bahawa KEPATUHAN adalah buah KASIH SAYANG.. Berilah cinta, berilah kasih, nescaya patuhlah mereka yang sedang menikmati cinta dan kasih itu.
KASIHI RASULULLAH, TAPAK MEMATUHI SUNNAH DAN MENJAUHI BID’AH
Malah dalam konteks yang lebih luas, masyarakat tidak mungkin boleh menerima pendekatan hukum HALAL dan HARAM, jika ia tidak berlandaskan kasih dan sayang. Sayangkah masyarakat kita kepada Allah untuk mereka peduli tentang HALAL dan HARAM? Sayangkah masyarakat kita kepada Rasulullah, untuk mereka prihatin tentang SUNNAH dan BID’AH?
Tanpa kasih dan sayang, soal Halal dan Haram serta Sunnah dan Bid’ah adalah beban yang merimaskan. Sunnatullah telah pun menetapkan kepada kita bahawa KEPATUHAN adalah buah KASIH SAYANG.
Kamu adalah sentiasa bersama dengan siapa yang kamu sayang!
Inilah yang mesti menjadi renungan para ustaz, pendakwah dan muallim yang berada di tengah-tengah masyarakat. Selama ini, persoalan tentang apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat, semakin hari semakin sukar untuk dihayati oleh masyarakat. Pernahkah kita fikirkan tentang puncanya?
Sebagaimana anak susah hendak patuh perintah ayah yang tidak kelihatan kasih dan sayangnya, maka begitu jugalah dengan masyarakat kita hari ini. Mustahil untuk mereka mampu menghayati persoalan Sunnah dan Bid’ah, Dosa dan Pahala, Halal dan Haram, jika tiada kasih dan sayang kepada Allah dan Rasul di situ. Jika ada yang patuh sekali pun, kepatuhan itu berupa paksa rela dan membarah di dalam hati.
“Ya, dah Nabi cakap macam tu, berani aku nak lawan? Ikut ajelah”, ini suara-suara hati yang sedang memaksa diri untuk mematuhi Islam, tanpa kasih dan sayang. Dalam apa jua keadaan sekali pun, manusia memang dijadikan Allah fitrahnya inside-outside. Segalanya adalah dari dalam ke luar. Maka kepatuhan seseorang kepada Syariat Allah mestilah sesuatu yang datang dari dalam ke luar.
Ia tidaklah sama sekali bermaksud, peraturan dan undang-undang itu tidak perlu. Namun, jika kita bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata, maka lihat sahajalah kesannya. Bukan sahaja golongan dewasa, malah ramai pelajar sekolah agama yang ‘pencen awal’ daripada menjadi orang agama, sebaik sahaja meninggalkan bangku persekolahan. Isunya terlalu subjektif, tetapi tidak rugi untuk sistem Tarbiyah di sekolah-sekolah dinilai dari semasa ke semasa. Jika selama ini, kepatuhan murid hanya dicapai melalui pemaksaan tanpa ada redha serta kasih dan sayang dari dalam diri murid itu sendiri, maka sesungguhnya 5 tahun di sekolah agama, hanyalah sebuah kegagalan yang diwarisi secara berulang-ulang.
Pendakwah, ustaz dan muallim mesti mencari jalan, bagaimanakah caranya untuk mereka memindahkan kasih sayang Allah dan Rasul kepada mad’u. Apakah caranya untuk masyarakat boleh merasakan bahawa dirinya disayangi oleh Allah dan Rasul?

KASIHKAN NABI HARGA ILMU DIRAYAH HADITH NABI
Persoalan ini adalah persoalan yang besar. Janganlah sekali-kali kita disibukkan dengan proses mengenalpasti kesahihan Hadith semata-mata, tetapi tidak pernah peduli tentang cara melaksanakan isi kandungan Hadith yang telah dibuktikan sahih itu. Jangan terpedaya dengan belitan Iblis, yang menipu Ahli Hadith agar hidupnya hanya sibuk dengan status hadith, tetapi alpa terhadap isi kandungan Hadith itu sendiri. Maka persoalan ini adalah sebahagian daripada alat yang diperlukan oleh gerakan membangunkan Sunnah!
Pendakwah perlu tahu, bahawa kasih dan sayang bukan hujah dan debat. Ia bukan perkataan tetapi perbuatan. Ia bukan bahasa lisan, tetapi bahasa badan. Kasih dan sayang adalah sesuatu yang dikecapi melalui lisan hal kita kepada insan yang disayangi. Tentunya belaian tangan ibu yang mengusap rambut anaknya, lebih berharga daripada sekadar ucapan, “Ummi sayangkan Amin”, apatah lagi jika pengucapannya dibuat melalui SMS.
Kita boleh mencari pelbagai nas untuk menerangkan tentang erti kasih dan sayang. Namun ia seperti manis gula yang hanya boleh difahami kemanisan itu oleh manusia yang menjamahnya.
Tidak mungkin lagi bagi manusia hari ini, dapat mengecapi sentuhan kasih dan sayang secara fizikal oleh Nabi Muhammad SAW. Jika dulu, sahabat mendengar, melihat dan merasa kasih sayang Baginda, namun kita tiada peluang itu.
Senyuman Nabi SAW yang indah itu, kita hanya membacanya di dalam teks al-Sunnah. Bersahajanya Baginda SAW bergurau dengan isteri dan rakan, dewasa dan kanak-kanak, hanya dapat kita temui pada lembaran-lembaran buku yang kaku. Pastinya kemahuan untuk dikasihi oleh Rasulullah SAW itu terlalu sukar untuk dibayangkan atau difahami oleh masyarakat hari ini. Maka, bagaimanakah mereka boleh mengasihi Rasulullah, sebagai kunci kepada kemahuan untuk mentaati ajarannya?
Ulama’ Itu Adalah Pewaris Para Nabi

Ya, itulah jawapannya. Para Ulama’ adalah pewaris Nabi. Merekalah yang menyambung perjuangan dan risalah para Nabi. Oleh itu, warisilah ajaran para Nabi itu dengan sebaiknya. Janganlah yang diwarisi itu hanya riwayat-riwayat yang dihafal pada lidah dan bibir.
Bagaimana dengan keindahan budi dan akhlak Nabi SAW? Bagaimana dengan kesegaran senyuman Baginda SAW? Bagaimana dengan sikap sabar dan toleransi Baginda SAW terhadap kawan dan lawan? Bagaimana dengan watak Nabi SAW yang begitu cool membiarkan cucunya memanjat tubuh tatkala Baginda SAW sujud? Tidakkah semua keindahan itu adalah sebahagian daripada apa yang diwariskan oleh Baginda SAW kepada kita?
Maka, sebelum bercakap tentang PERATURAN HALAL dan HARAM, SUNNAH dan BID’AH, pamerkanlah terlebih dahulu rasa prihatin, upaya memahami sebelum difahami, serta kasih dan sayangmu kepada manusia. Jika mahu menyampaikan mesej kasih sayang Nabi SAW, just be the message!
Ketika lisanmu tekun menyebut tentang ketinggian Sunnah, biarlah pada masa yang sama tubuh badan serta wajahmu menjadi cermin akhlak dan kasih sayang pemilik Sunnah. Jadikan dirimu sebagai jendela, untuk masyarakat menjenguk kepala mencari kasih dan sayang Nabi SAW.
Senyumlah sedikit wahai pendakwah, maniskan wajah dan elokkan budi pekerti. Janganlah asyik diselubungi marah kerana ia cermin BENCI penghalang HIDAYAH.
People don’t care how much you know until they know how much you care. Do you care?


ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/

Selamat Pulang Bekerja Sahabat2Ku ...

Salam..Hari ni rs ader mood ckit nk keje..Kawan2 sume dah balik keje, meriah ckit.. :) Layan lagu KU PINJAM SATU BINTANG nk warm up mood lagik.. :)



KU PINJAM SATU BINTANG

Ku rindukan dia
Ku mahu belaian manja
Ku ingin selalu di sisinya
Inikah bahgia

Inikah kasih asmara
Bernyanyilah hatiku dengan cinta
Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan

Seharusnya kau mengerti kasih
Hanya engkau di hatiku
Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang

Dan ku pancar seri yang gemilang itu
Kasih ke wajahmu
Ku berjanji sayang
Ku menunggu dikau pulang

Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Ku rindukan kasih Dia
Ku mahu belaian manja

Takkan ku lupa cinta pertama
Ku tak ingin lagi berjauhan
Usah kau hampiri perpisahan
Seharusnya kau mengerti kasih

Hanya engkau di hatiku
Andai mampuku menyentuh awan
Akan ku pinjamkan satu bintang
Dan ku pancar seri yang gemilang itu

Kasih ke wajahmu
Ku berjanji sayangKu menunggu dikau pulang
Membawa cintamu yang terindah
Dengarlah kata hati
Dengarkanlah kata hati
Dengarkanlah bicaraku


Semalam Jannah wat open hse..Tak leh nk g pon..Baru wat bekam Sabtu tu..adoi...sakit...nak solat pon ssh..Memanglah rs ringan badan bila lepas wat tu, tp calar2 kesan torehan tu menyakitkan...menitik air mata...Jgn jadik parut sudah..eii...BURUKKKKKK..... :) Mujur cik abg prihatin, sapukan minyak gamat. Pas bebrapa kali sapu baru rs kurang ckit..pg ni ok lah skit nk solat wpun duduk tak berapa sempurna lagi...Kat ofis kurang ckit rs pedih sbb aircond kan...so tak berpeluh... :)
Mm..sonok hr ni org nk belanja pizza...tak yah dah nk g carik2 mkn tuk lunch dh..Alhamdulillah ... :) Kesimpulannya hari ni mmg best dari last week..sbb kwn2 dah mai keja blk...hheheh...tak lah sunyi sepi lagik... K..cau cin cau...

Friday, September 25, 2009

SALAHKAH AKU MENCINTAINYA.....???

Aku terkedu apabila persoalan itu keluar dari mulut salah sorang sahabat yang aku kenali, aku baru sedar bahawa memang saatnya jiwa remaja yang ingin mengenal cinta, namun apa yang boleh aku buat? Dia telah jatuh cinta, apa yang boleh aku bualkan kepadanya tentang cinta? Aku mencongak kata-kata yang bakal ku susun, agar dia tidak menyalahi erti cinta..

Apakah cinta yang sebenarnya? Bagaimana islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta menghampiri kita?

Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu boleh disimpulkan al mahabbah sebagai luapan hati dan gelojak rindu ketika diselebungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih. Cinta boleh membawa sengsara juga boleh membawa kebahagiaan..ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta itu.

Islam memandang cinta dalam 3 perspektif.

1) menyintainya kerana ALLAH swt...(cinta sepasang suami isteri, bernikah untuk mengelakkan maksiat, mengikuti sunah nabi)
2) cinta yang mendatangkan murka ALLAH swt (cinta nafsu berahi)
3) cinta yang mubah (cinta tidak sengaja, cinta pandang pertama, merahsiakan dan menahan diri)

Jadi bagaimana nak mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita?mana mampu kita hendak menolak cinta yang datangnya tanpa diundang. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat. Persaan ’cinta suci remaja’ memang biasa diucapkan..Cuma syaitan memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan ALLAH. Tanpa kita sedari kita telah melanggar larangan ALLAH kerana memang adat bercinta mereka mendakwa bahawa cinta mereka tulus dan suci....

Ingatlah bahawa yang haram itu tetap haram walau apa keadaan sekalipun Cuma kita yang kadang2 cuba menghalalkannya dengan membuat pelbagai alasan, itu dan ini. Di sisi ALLAH ia adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka.

Dalam hadis nabi riwayat ibnu majah: ”tidak ada yang lebih patut bagi 2 orang yang saling mencintai kecuali nikah”

Apa nikah? Tidak mungkin! Sekolah pun tak habis..bagaimana nak bernikah?Dalam surah Al-Isra:ayat 32 ”janganlah kalian mendekati zina.”

Ah! takkanlah bercinta pun dianggapi mendekati zina? Bingung juga.

Sabda nabi..”janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita..tidaklah bersendirian kecuali ketiganya adalah syaitan.”

Sahabatku, kau seorang remaja muslim yang baik, tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan ALLAH dan rasulNYA,mampukah sahabat tidak berdalih lagi?

Bagi sahabat-sahabatku yang sudah jatuh cinta rasakan cintamu di dalam hati, berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang brmanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas pergaulan dan peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada ALLAH agar dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu..apabila tiba masanya nanti, apabila jodohmu ada insyaALLAH kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai oleh ALLAH swt.

Lakukanlah perkara ini agar dirimu tidak rawan:
1) tundukkanlah pandanganmu dari perkara2 yang oleh menaikkan nafsu
2) hindari dari berdua2an dan ikhtilat
3) hindari dari menonton filem atau drama atau cerita cinta yang mengasyikkan
4) hindari bacaan novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu
5) hindari lagu2 cinta
6) fahami maksud ’teman akrab’ berlainan jantina
7) sibukkan dengan mengaji dan berzikir
8) berpuasalah untuk memendam perasaan nafsu dan rindu
9) bernikah sajalah jika sudah benar2 mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu.......

Boleh jika kamu tidak mahu, janganlah bersedih..syurga ALLAH kan lebih indah, alangkah baiknya ALLAH. Sanggupkah kita menkhianatinNYA? Bukankah DIA yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini? Tidakkah dia lebih baik dan sesuai, maka lebih pantas untuk dicintai?

Rasulullah bersabda:”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”.......

Siapakah yang dapat menolong kita di hari akhirat nanti?kekasih kah??tentu tidak.oleh itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. insyaALLAH ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah yang bergelar suami dan isteri di dunia dan akhirat nanti, insyaALLAH.

Namun sahabatku, jika kamu dan kekasihmu sudah tidak boleh dipisahkan lagi..cintamu sudah terlalu mencengkam kalbu, tidurmu sudah tidak lena lagi, makanmu sudah tidak lagi kenyang, mandimu sudah tidak lagi basah, maka berkahwinlah......demi menjaga kesucian syariat dan memelihara satu rantaian zuriat masa depan yang bersih, suci dan soleh sepanjang generasi zaman, insyaALLAH.



www.Halaqah.netzulaikha
Editor : Bonda Halaqah

* MATAHARIKU *

Tak tau nak letak tajuk aper... :) Mmm...bagaimana rasa hati yg retak menunggu belah? :) Kecewa..hampa..kejujuran & kesetiaan yg dipermainkan ... Hidup ni betul2 umpama roda, betul sungguh org tua2 kata ... :) Kekadang ujian yg datang perlu diteliti semula, kemungkinan besar atas dosa silam ... Perlu terus redha, pasrah atau perbaiki keadaan? Patah sudah kepercayaan, bukan rapuh dah..hahah... Tp kekadang kite kena sedar jugak...KESILAPAN kita... Mmm..ntahlah ... Jiwang2 plak..hahahh... Sy suka lagu Agnes Monica nie...



* MATAHARIKU *
Tertutup sudah pintu, pintu hatiku ...
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu ...
Kini kau pergi dari hidupku ...
Kuharus relakanmu walau aku tak mau ...
Berjuta warna pelangi di dalam hati ...
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi ...
Tak ada lagi cahaya suci ...
Semua nada beranjak aku terdiam sepi ...
Dengarlah matahariku, suara tangisanku ...
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku ...
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku ...
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu ...
- umiesue -

Salam..

S/thing yang perlu dikongsi bersama dalam mendidik anak2...


"If I had My Child to Raise Over Again"
By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)

If I had my child to raise all over again: I'd build self-esteem first, and the house later. I'd finger-paint more, and point the finger less. I would do less corrrecting and more connecting. I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes. I would care to know less and know to care more. I'd take more hikes and fly more kites. I'd stop playing serious and seriously play. I would run through more fields and gaze at more stars ...

****************************

Alhamdulillah anak2 aku membesar dengan baik...Bukan senang nak jg anak2 nie..tambah2 lg nak didik...pening kepala sbb kita nk yang terbaik utk anak2...Paling lemah hati ni bila anak2 tak sihat. Bila ada wabak yg bukan2 datang lagi rasa susah sgt hati. Sebelum ni sy hantar anak2 ke nurseri...sng sgt nak berjangkit macam2 penyakit..Sampai IRSYAD kene PNEUMONIA .. Kemungkinan nk jadi kepada lelah mmg ada...kami jg dia baik2..risau...sakit sikit g jmpa doc...Setiap bulan jumpa pakar tak apa jnji anak kami sht... Allah sj yang tau betapa sedih hati bila anak asik tak sht... WAFI pulak antibodi dia kuat skit..penah admit sekali, sbb virus infection...itu pun lepas hantar ke nurseri yg ntah pe pe tu... Geram sgt rs sbb ade ke diorg lap muka Wafi dgn towel yg seriously kotor! Esoknya Wafi high fever...the next day bwk jumpa doc kat PMC the admit SEMINGGU .. sedih sgt bila anak kene cucuk sana sini ... IMAN pulak, baru lepas pantang hari tu..admit sbb bronkitis...Msk ICU 3 hari..hari yg seterusnya msk wad biasa..Alhamdulillah...Ms wat sucktion lendirnnya kaler putih, bukan kaler kuning...sy rasa bukan puncanya dari kahak/selsema/weva yg seumpama dgnnya, tp pasal ms lahir mucus dia nurse tak sedut habis...rasanyalah... :) yg jd sdh sgt sbb dia tak blh bernafas...hati sy jd luruh sgt ms tu...rs habis daya..Allah saja yg tau prsn sy masa tu...Ya ALLAH...jgnlah kau beri lagi ujian sebegitu lagi pada diriku...AMINN....


Kek BEN 10 untuk si Sulong ummi...Ingatkan nak beli untuk besday Irsyad tapi ms tu dia demam pulak...adik Wafi pon tak sht ms tu...so kado lah ms raye ni.... :)



Posing dgn kek idaman Irsyad ...



Adik Wafi yang dah letih beraya ... :)




Adik Iman yg suker hati sgt bila dapat jalan2 berayer ...

Thursday, September 24, 2009

Boring punyer hal...


Macam malas pulak nak baca buku... :) ni fav pic sy...my heroes.. Sume macam muka hubby sy.. :) Bila2 nnti nak upload gambar rayer pulak...

Hm..sy ni tak de intro2 pulak, main redah je menulis... :)

Mulai hari nie sy nak jadikan blog ni teman...tempat lepas suka duka..Sesuai ker?! Hahah..apepun sy nak jadikan blog ni 'baby' , nak dapt baby baru tggu 10 tahun lagik.. :) lambat sangat tak? :) Nak carik idea lagi nie, macam mana nak comelkan 'baby' sy nie...

Assalamualaikum :)

Hm..boring bila sorang2 kat ofis..Yang lain still beraya dengan famili..Sy kat sini kene kojo..Memandangkan sume orang dalam mood raye lagik, tak ada yang kerja sgt yang nak dibuat melainkan yang rutin...nak submit doc pun tak leh cz ramai manusia yang cuti raye lagi...Sian kat sy..huhuhu...

Letih raye tak hilang lagi, next week dah nak kenduri adik pulak...Sorang lagik ahli famili sy yang akan menempuhi gerbang perkahwinan...Hm..letih bila fikir cubaan dalam alam perkahwinan ni...Apepun kepercayaan tu paling penting kalau nak bahagia...Sy? Nak percaya 100% tak blh juga... :) Ape yang penting segala perlakuan yang nak wat untuk suami, sy cuba niatkan untuk Allah...moga kalau datang ujian pun dihari depan sy tak cepat melatah.. :)

Hari ni memandangkan banyak masa free, sy nak cuba habiskan baca buku yang penulisnya mmg fav sy.. Ust Hasrizal (SaifulIslam.com)... Byk benda yang leh dapat dari penulisan dia... Kesimpulannya tak sia2 belilah.. :) 'BERCINTA SAMPAI KE SYURGA' :)

k..nak layan buku dulu...