Monday, March 18, 2013

Celaru

Assalamualaikum . . .

Hasbunallah Wani'mal Wakeel ....

Allah Allah Allah....

Tak terungkap dengan kata2 ...
Hati makin tak betah kerja di sini ...

Moga Allah limpah ruahkan rezeki kami...
Moga saya dapat capai impian saya...

Diri dah tak menjadi diri...
Serupa roh ingin bercerai dari jasad...

Allahuakbar...

Tuesday, June 12, 2012

Sabar itu indah....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...syukur cz kami sekeluarga selamat pergi n selamat sampai daripada JB.

Gara-gara semangat nak tengok Lop (Abg sulung saya) menyertai tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-55, kami sekeluarga ke sana dgn pak cik makcik sekali walaupun tahu harapan untuk menang tipis cz lop peserta PERTAMA di malam PERTAMA, tp yang penting, bukan johan itu yang dipertaruhkan tetapi Al-Quran itu yang nk dimartabatkan! Alhamdulillah Lop tak kecewa pun (maybe :D) Tp kami menerima kekalahan Lop dgn hati yang redha :)

..................................................................................

Tengok post Fedtri Yahya kat FB nya....

"kalau orang buat jahat, kita balas jahat- maknanya kita sama saja 2x5 dengan si 'penjahat' tu... tak ada beza.... kalau ikutkan, kita boleh saja kurang ajar, buat jahat... tetapi kita tak buat sebab kita ada agama. Sabar.... pasti ada hikmah dan ganjarannya..."

.....teringat kembali kejadian minggu2 yang lalu...yang mana rasa diri dikhianati... Puas berfikiran positif, tp kali ini saya rasa better saya terus menjauhkan diri daripada hati terus disakiti n rasa digunakan.... Rasa terkilan cz dia buat saya macam tak reti berfikir, saya masih mampu nak menilai act, tp saya lebih suka berdiam diri... Biarlah Allah sahaja yang membalasnya... Ntahlah .......

Sabarlah duhai hati.....






Monday, April 23, 2012

Tentang hati ....

Assalamualaikum...

Dan lagi berbicara tentang hati...
Sementara menunggu En Suami...bolehlah menambahkan koleksi cerita hati........

"Don't feed your mind with negative thoughts. If you do, you will come to believe them."

........ sedaya upaya menjauhkan diri dari berfikiran negatif cz tak ada bahagianya n tak berfaedah langsung kalau saya berbuat begitu .......

Alhamdulillah...hati semakin sepi dari bersangka tidak baik... amat bertawakal dgn ayat ini "Hasbunallah, wani'malwakeel...." Ya Allah, berikanlah aku ketenangan yang tiada bertepi...jauhkanlah diriku & telingaku dr anasir2 yang boleh membuatkan hati ini tidak redha dengan segala ketentuanMu..."

Makin hari...hati makin lesu...fikiran pun buntu....

Situasi bercampur baur...tak tau mana kesudahannya.....sungguh2 tidak tahu.....

Paling getir...situasi yang melibatkan insan lain... Sesunggunya kami teraniaya...
Di tika ini, kaki kaku...tak tahu mana langkah yang perlu di atur....
Ya Allah...KAU berikanlah aku jalan...& permudahkanlah jalan itu.....
Maafkan diri ini wahai kawan...tiada terlintas untuk menganiaya...mahu membantu tapi rupanya....
~~~~~~~~~~~~~ kelu ~~~~~~~~~~~~

Segalanya pergi.....

Assalamualaikum....

Penat n makin penat dari hari ke hari....
Kepenatan mental n emosi....
Memikirkan kepentingan insan lain....keadaan...persepsi n sebagainya...
Tiada  istilah "TAK PERLU DIFIKIRKAN"
kerana rasa tanggungjawab itu ADA ....
Moga ALLAH memudahkan segala urusan....
Moga ALLAH menampakkan jalannya.....

Wednesday, April 18, 2012

Hari terakhir INDUKSI

Assalam...

Alhamdulillah dah berjaya menghabiskan kursus INDUKSI Khusus ini dengan... jayanya atau ??? Hehe... Moga Allah membantu...

Bila hari kedua n merangkap hari terakhir ni barulah ada rasa tak nak balik ke ofis cz rasa yang datang ke sini amat memahami hati sy sebabnya dirg pun merasai apa yang saya rasai...

Perlu dinyatakan kah? .... :) tak perlulah rasanya...

Agak berbunga rasa hati bila penceramah kata, siapa yang masih tak di sahkan, masih mempunyai peluang untuk berpatah balik ke jabatan lama... Pandangan??? :) 50-50 ...... antara kehendak hati, kerjaya, keluarga ...... bercampurbaur dalam hati ni...

Sepanjang tak update byk benda yang nak di ceritakan tp banyak yg terbantut.... Ntahlah...

Alhamdulillah dah ubah setting post di FB, so sesiapa pun tak boleh nampak post saya... :) biarlah apa yang saya share hanya untuk diri saya sendiri... Better kot... Malas nk memperbodohkan hati sendiri dgn sangkaan2... so? surrender aje...tak rugi apepun... :)

* tgh menunggu En. Suami...moga dirinya selamat sampai ke sini n kami selamat sampai ke rumah nanti... :)

Monday, March 26, 2012

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

Terkesan dengan artikel ini :)
(Sumber: http://feryco.com/cinta-daripada-pandangan-imam-al-syafie)

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

INDUKSI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sampai masanya untuk ke induksi..... bulan April nanti :)

Berdoa moga lulus dalam kursus tersebut .....

Kerana di situlah akan mulanya langkah saya yang sebenar .....

Moga Allah memberkati diri ini ..............

Kerana adakalanya diri ini tak sanggup lg untuk berhalusinasi .......................

Bila tiada lab ~~~

Assalamualaikum ....


Tertarik dengan ayat-ayat ini ....

'HATI Merana,
Mata Menangis...
Mulut Tersenyum...
itulah meraka yang ikhlas menjalani ujian Allah..
kesakitan seseorang itu hanya Allah yang tahu..
walaupun bibir menzahirkan tersenyum...'

................ujian demi ujian menimpa...tp Alhamdulillah masih mampu tersenyum, kesedihan tak perlu diungkapkan, pengaduan pada yang SATU...pada manusia diadu hanya inginkan moga mereka mendoakan kebaikan...tidak lebih dari itu.......

................hari ini ujian lagi, menghadapi manusia yang mungkin tidak tahu mengenal harga diri. Hati terusik, juga berbisik... "Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat ego, sombong yang melebihi penciptanya seperti akan tidak sedar bahawa diri hanya berasal daripada sesuatu yang hina. Ya Allah, janganlah engkau jadikan aku seorang yang suka mengadu domba, seperti diri amat mulia sedangkan insan sekeliling amat jijik melihatnya. Ya Allah jauhkanlah aku daripada sifat2 munafiq yang menghampirkan aku dengan azab nerakamu. Ya Allah...jauhkanlah aku dari sifat hasad dengki dan tamak haloba yang boleh membuatkan aku lebih jauh daripadamu..."

Adakalanya tak perlu nak berkata-kata lebih dari yang sepatutnya...........