terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayuran. Show all posts

08 January, 2024

1291. PUCUK KELEDEK MASAK CILI

 bahannya:

Pucuk keledek muda
Bawang putih 
Bawang merah
Cili mesin

Tumis kesemua bahan macam masak sambal
Masukan air dan daun Keledek
Masak sehingga empuk boleh bubuh ikan bilis atau perasa




 

07 June, 2023

1234. SAMBAL PUCUK UBI ilahjy CARA KE3













Bahannya:

Pucuk ubi di celur sekejap toskan
Goreng sehingga garing ketepikan
Udang kering digoreng sehingga garing dan di blend halus
Cili kering dan cili  padi dimesin 
Halus bersama bawang merah dan bwng putih

Caranya:

Tumis cili sehingga garing masukan garam dan sedikit gula.
Selepas tu masukan udang kering kacau rata
Masukan pucuk ubi dan gaul rata baru padam api. 


21 May, 2023

1231. TUMIS CILI PADI PUCUK MANIS

 
bahannya:

Pucuk manis

Ikan bilis
Cili padi
Cili merah
Bawangan 

Blend kesemua bahan.  Tumis sehingga wangi baru masukan pucuk manis.
Masukan air utk mngempukan daunnya.




 

08 April, 2022

1186. SAMBAL UDANG PERIA BERSANTAN


Bahannya:

Buat sambal mcm biasa cuma tambah sedikit pati santan sebelum padam api.

05 June, 2020

1088. KELADI MASAK LEMAK KUNING IKAN BILIS


Pokok Keladi ini ilahjy tanam sendiri. Setakat ini ada 3 jenis telah ditanam. 2 jenis lagi belum pernah dimasak. Sebab pokoknya belum cukup membiak. 
Keladi hijau muda dlm gambar. Hijau tua. Dan keladi hitam. 

Keladi hijau tua

Keladi hitam

15 April, 2020

1069. LABU AIR MASAK LEMAK TUMIS IKAN BILIS


Wowww enak juga labu air dimasak tumis macam ni. Manisss buah labu tu terasa.

Bahannya:
1/2 biji Buah labu air di belah dan potong nipis
Sejemput ikan bilis
Bawang besar dan bawang putih

Caranya:
Tumbuk halus bahan2 tersebut
Tumis dengan minyak yg sedikit
Setelah bahan wangi masukan air dan labu air. Tambah garam. Setelah sedikit empuk baru masukan santan pekat. 
Bila mendidih padamkan api 

29 October, 2019

1038. GULAI LEMAK KELADI JY



Gulai lemak KELADI special utk penceramah ustaz hariri drp kl. Lps magrib malam ni...23 mac 19!

Keladi dicelur dgn asam keping

Bahan mesin halus:
Cili merah 3 biji
10 biji cili padi
3 ketul kecil lengkuas muda
1 ketul kecil halia
3 sudu besar rempah kari ikan
Seketul belacan kedah
2 biji bawang besar
Serbuk kunyit secukupnya
2 kotak santan

Mesin sehingga halus dengan air yg banyak
Masukan ke dalam kuali.
Panaskan sehingga mendidih 
Masukan keladi yang telah dicelur.
Masuk santan dan garam.
Masak sehingga sebati dgn api sederhana.

23 May, 2018

938. MASAK TUMIS JERUK PUCUKNUBI KAYU






Tumis ikan bilis sampai garing masukan bawang besar dan cili potong. Masukan air dan pucuk ubi kayu jeruk.

Sapa tak try resepi JERUK PUCUK UBI Niii mmg rugi seumo hidup....
Textline baru ilahjy.. sedap gilerssssmeratah non stop.. resepi sendiri...

Bahanya:

Jeruk pucuk ubi. Dibuang nasi nya sahaja dan air jeruknya. Basuh dan tos. Ambil cili dan bawang yg dijerukan bersama2.

Sejemput ikan bilis basuh bersih
Digoreng sehingga garing dgn minyak yg mencukupi

Selepas tuu masukan bawang besar dan cili merah dan cili padi yg dimayang.
Goreng sehingga wangi.

Masukan air dlm 2 cawan bersama daun jeruk tadi. Masak sampai empuk
Masuksn sebiji tomato potong baji

Masukan garam dan sedikit gula.. dah seimbang rasa padam api

04 May, 2018

937. JERUK PUCUK UBI KAYU









JERUK PUCUK UBI KAYU PULA
org buat kita tiru. Akhir kalam tak reti nak masak apa,6 hari baru buat.

Bahannya:

Pucuk ubi yg betul2 lembut. Dlm 20tangkai
1 cawan nasi
1/2 labu bawang besar potong baji
3,4 biji cili padi
Sedikit cuka ilahjy guna sbb mula2 perap nasi tak de.. slps sehari baru masuk nasi. Cuka tadi tak yah buang
Garam 1 sudu besar
Air bertapis dlm 2 cawan atau tenggelam pucuk ubi

Caranya:

Panaskan air bersama garam sehingga mendidih padam api.
Biarkan sebentar nak kurangkan panasnya. Dlm10mt Tapi jgn lah sejuk pula,
Masukan pucuk ubi dlm bekas tinggi mcm ilahjy buat.
Masukan cuka, nasi, bawang dan cili kesrmua diatas daun . Jangan gaul yeee
Tuangkan kesemua air tadi sehingga tenggelam. Tutup rapat setelah air menjadi betul2 sejuk. Setelah 5,6 hari baru kacau. Lps tuu simpan dlm petisejuk
Ilahjy tak reti msk masak apa, maka simpan dulu yeer..hehe

02 March, 2018

925 .KACANG BOTOR AKA KELISA GORENG BERTEPUNG

Kacang botor ilahjy tanam sendiri ditepi pagar rumah.




Senang jeer bancuh tepung goreng ayam segera dgn air
Gaul sebati, celupkan kacang botor.
Goreng keperangan. Rasanya amat sedap macam mkn ayam juga...


31 December, 2012

466. MASAK LEMAK TIMUN CINA/BUAH CINTA

PENUTUP  TAHUN  2012 BUAH  CINTA
Boleh  dimasak  lemak  atau  tumis  air..  bagi  ilahjy tumis  air  lebih  enak dimakan. rasa  manis  buah  cinta  tu  akan  terasa..

buah  ini  ilahjy  beli  semasa  lawat  CAMERON  HIGLANDS tempoh  hari..

24 April, 2011

303. lauk paling ringkas hari nie..

pagi tadi ilahjy bersama keluarga pergi ke tasik titiwangsa utk bersama2 kumpulan senam pagi minggu DBKl dgn kerjasama kalau tak salah badan kebudayaan...
hampir setahun rasanya kami tak bersama mereka, kerana setiap kali pergi ada jer dataran tu digunakan utk pameran. bermula dari jam 7.45-9.15 pagi senam berlangsung agak memenatkan badan. balik dari tasik terus ke perpustakaan negara PN.. utk bersarapan.. sbb awal pagi tadi hanya minum susu jer.. mau lutut tak ketaqq weyyy... PN adalah tempat paling murah dan sedap sekali utk bersarapan.. sapa2 yg ada peluang p lah ke situ.. dekat IJN dan PUSRAWI..

setelah sarapan peruiiit dah kenyang apa lagi jadi ulaqq meleeengkauuu laa kejap.. tup tap tup tap jam dah kul 2... anak2 kata dah lapar... apa lagi terus ke giant setiawangsa beli ikan dan sayur. masak secepat kilat ..kira makan yg paling mudah dan senang lah.. bakar dan rebus... ahahhh!! inilah dia yg ilah jy maksudkan.. malu juga nak tayang kat sini ... mesti kalian kata ini makanan org susah ni... hhuuhuuuu...

bagi ilahjy inilah makanan yg paling sihat.. setelah hempas pulas di dataran pagi tadi..rugi kalau makan yg berlemak dan berminyak.. tak sampai 1/2 jam dah siap lauk pauk ni... sbb ada piqa tolong... lepas jer masak terus ngaaappp laaa.. berebut makan.. walaupun ringkas tapi berselera sebab hari hujannnn...ahaksssss...kami makan lebih kurang jam 5 petang merangkap makan malam hahahaha...
jom layan resepi mudah ni.. maaf lah kalu kalian tak suka buat tak tau jer laaa yeee..
ikan pelaling paling besar ilahjy pernah jumpa setelah 5 thn dok KL.. t.kasih giant setiawangsa..
3 ekor rm8.50. puas juga nak menghabiskan.. cuba bygkan selebar pinggan makan.. yg ni senang jer piqa yg masak.. dia bakar atas kuali roti canai.. cuma garam kunyit jer..sapa tak pandaii ketuk kepala..hehe
yg ni bendi rebus dgn bawang dan ikan bilis bersama sedikit air asam jawa.. semua anak2 suka sbb masam masin ...
yg ni air asam piqa yg buat mama tak yah ajar piqa dah mahir dah..
senang bai tuuu.. mesin tomato utk pekatkan kuah nya.. yg lain sama mcm kalian buat ya.. nak resepi ker? nanti kita minta sama piqa ya hahahaha...jgn masuk bawang nanti rasa enak kuah belacan tu hilang yaaaa...
okieeeesss yg ni mama yg masak .. masa nenek jaga ilah jy di kedah dulu nenek selalu masak kulat ni.. kami panggil kulat goreng garam kunyit.. rasa betul2 cendawan tiram ... kalu dimasak dgn bahan2 lain tentulah rasa cendawan ini akan hilang... jadi sila garam kunyitkan dia dan tumis dgn bawang goreng sampai layu dah siap... che mat inilah cendawan yg kak ilah maksudkan...


30 January, 2011

272. makan malam 30 jan 2011


assalamualaikum
selamat malam. salam 1 malaysia...

malam ni ilahjy masak yg ringkas jer... lunch tadi kat semua house.. sebab kuar beli sedikit barang2 keperluan. so, tak p pasar la hari ni.. masak apa yg ada dlm aisbox tu je laaa..hehe..
sabtu semalam p c4 beli bebola ikan keli.. apa lagi terus goreng dan buat sos dia.
pastu pasta alphabet pula dah lama beli dok tido dlm botol tak sudah buat sup sayur laa.
ikan temenung pula ada 2 ekor jer nak meriah buat la sos kuah rasam
pernah kah kalian makan masakan makanan berkenaan? sebenarnya ilah jy suka mengubah resepi /mencipta kelainan rasa dlm setiap masakan.. kalu di suruh ulangi mmg tak mampu menyediakan buat kali ke 2... apa nak buat itu minat ilah jy dari sekolah lagi.. suka suki cipta resepi... tapi kena dgn selera kami sekeluarga laa..resepi bebola ikan keli:

25 biji bebola ikan keli/apa2 jer yg kalian suka. goreng sehingga kekuningan
bawang besar dimayang
bawang putih di ketuk
2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar soso cili
1 sudu besar kicap
2 heai daun limau purut/sebab bebola ikan ni ada sedikit rasa..
daun sup daun bawang

caranya:
tumiskan bawang2 masukkan rempah sup dan sedikit air kacau sehingga pecah minyak.
masukkan kesemua bahan dan tambah sedikit air lagi . masak sehingga mendidih dan pekat.
masukkan bebola tadi bersama daunan tadi an garam. gaul sebati dan sos mesti pekat dan bersalut pada bebola.resepi sup sayur alphabet:

macam biasa la tumis bawang2 dan masukkan sotong kacau sebentar masukkan air secukupnya.
setelah mendidih masukan alphabet tuuu b ila dah kembang baru masukkan sayuran dan sos tiram. ringkas kan.

ikan masak rasam:

ikan digoreng sehingga garing.

tumiskan bawang2 halia dan kayu manis dan bunga lawang dlm jumlah yg kecik jer jgn byk sgt nanti berbau lebih pula..amek rasa jer..
masukkan 2 sudu besar rempah rasam... bersama sedikit air. setelah pecah minyak baru masukan cili api dan cili2 yg lain juga buah tomato dadu.
kacau sebentar masukkan sedikit lagi air kemudian baru masukkan ikan tadi. kacau sebati . rasa lah garamnya.

tahu kah kalian apa itu rempah rasam??? hehehe tak tahu ker? nanti ilah jy cuba masukkan gambar nya.. sebenarnya rempah tu utk buat kuah semata2 utk hirup pembuka selera/menghilangkan muak..... tapi itulah tabiat ilahjy suka suki buat apa yg dia suka..hehehe... tapi rasa nya mmg sedap la ada kelainan makan malam ni.. jommm layanzzz peroit dah lapau ni.. en hb belum balik dari surau lauk2 dah sejuk tuuuu eeeeeeeeeee gerammnyeeeeee...


05 September, 2009

141. PACERI TERUNG PANJANG

masak utk piqa fbrte dia 5 ogos 09 posa ke 15

resepi sama jer dgn paceri nenas aku di n3 yg bawah sana nunnnn...cuma gantikan jer dgn tuuurrunngg..hihi...kali ni aku guna ikan bilis ganti udang kering...

02 September, 2009

138. KERABU KETAM YG RINGKAS

hari ni 2 sept 09 berbuka hari ke 12

bahan:

isi ketam di celur seketika
karot diparut memanjang celur seketika
kacang panjang dipotong dadu
tomato dipotong nipis
bawang besar dimayang nipis
cili merah atau hijau dipotong nipis/ cili padi
sedikit belacan bakar
garam

cara:

gaul kesemua bahan kecuali isi ketam sehingga sebati kmdian masukkan isi ketam
dah siap... kalau suka boleh tambah kacang goreng..

30 April, 2009

98. SAYUR kOBIS PJG REBUS SOS TIRAM RINGKAS ...

direka oleh anak dara kuss hari ni 30 mei 09 enak tanpa minyak.. aku ratah jerrr

bahan:

sayur kobis panjang dipotong lebar
air secukupnya
sos tiram

caranya:

rebus air yg cukup2 utk sayur sehingga mendidih, masukan sayur didihkan shingga empuk baru dimasukan sos tiram. rebus lagi seketika, itu jer tak perlu apa2 lagi bahan...sedap dan enak dimakan begitu saja.... elok utk org yg tniggi kolestrolnya mcm aku ni...huhuhu

26 March, 2009

88. ulaman... adakah anda mengenalinya..

terkini hari ini 19 januari 2010 pokok keriang pulau tu dah berbuah lebat... buahnya boleh dimakan... walau dalam pasu aku tanam buahnya menjadi2...



**************************************************************************
KESEMUA ULAMAN INI KAU TANAM DALAM PASU DALAM RUMAHKU...DARI PADA TANAM BUNGA MEMBAZIR JER....

6. DAUN KARI
sapa tak kenal nanti aku lekuk baru tau...
pucuk dia yg muda dimakan mentah bersama sambal belacan cili kering...
utk hilangkan kolestrol dlm darah anda....wakaka sedap ooooo..........
5. DAUN LEMUNI
amek pucuk yg lembut celur... makan utk yg kurang darah....
daunnya dimesin amek airnya masak dlm nasi..jadi lah nasi lemuni.... muahhh muahh

4. MENGKUDU SIAM/PUTIH
amek pucuk nya rebus seketika saja. cecah air asam ikan rebus..tambah 3 pinggan weyy
3. MENGKUDU BESAR
amek pucuk nya yg muda rebuskan sehingga lembut makan dgn sambal belacan...kelat lemak
jadikan masak lemak cili padi bersama udang pun sedap...macam pucuk ubi tuuu...
2. KERIANG PULAU
petik pucuknya yg hijau muda tu makan dgn budu tambah durian cili padi asam limau..
juga utk darah tinggi dan kencing manis kalau tak silap hamba... hikhik

1. BUAH PUTAT daun putat dimakan sebagai ulaman bersama laksa kedah.. kelat2 rasanya
elak darah tinggi ...belah dan buang bijnya, potong nipis isinya dan cecah dgn sambal tempoyak... muah muah sedap kelat2 lemak rasanya. aku tanam pokok ini di kebun kat kg.********************************************************************************

aku cuba rehatkan sementara resepi kali ini, bukan kehabisan idea tapi aku ingin selikan dgn ulaman. kata org kalau mkn ulam segar kita jadi awet muda... kalau ada peluang akan ku tunjulkan gambar2 ulaman. yg mungkin anda tidak pernah memakannya.