http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
IKLAN KE3 -ILAHJY
RESEPI SUMBANGAN JY
sahabat yg rajen bicara
AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.
SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.
SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.
ilah1908@gmail.com
jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.
TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***
RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA
KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013
SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..
hari ini 7 feb 2017
|
Showing posts with label pulut. Show all posts
Showing posts with label pulut. Show all posts
11 October, 2025
05 May, 2021
1137. PULUT SAMBAL KELAPA
Bahan
1 biji kelapa muda parut
Cili kering
Kunyit hidup
Serai
Jintan manis
Ikan bilis
Bawang
Kisar semua bahan sehingga halus
Tumis,sehingga pecah minyak
Masukan kelapa garam dan gula
Goreng sampai kering
Sambal ni boleh dibuat perbagai inti
Pulut dimasak atau dikukus,dgn santan pekat.
16 February, 2021
1128. PULUT PANGGANG
Bahan serunding kelapa:
1 biji kelapa parut muda
Cili kering
Jintan manis
Ikan bilis
Bawang
Serai
Garam gula secukup rasa
Blend kesemua bahan sehingga halus
Tumis sehingga pecah minyak
Masukan kelapa goreng sampai 3/4 kering
Rasakan garam dan gulanya biar seimbang
Bahan pulut:
Pulut santan garam digaul rata
Kukus sehingga masak
Cara buatnya:
Letak pulut atas daun pisang
Letak inti bungkus.
Bakar dalam oven sehingga garing daun pisang nya
15 March, 2019
24 September, 2018
959. KUIH PERIA koleksi utk simpanan peribadi
24 August, 2018
24 July, 2015
756. PULUT DURIAN DAN MANGGA
senang saja penyediaannya:
sanan pekat bercampur garam secukup rasa
pulut dikukus lembut
buah2 mangga dan durian
sedikit gula pasir
11 July, 2015
754. SERUNDING KELAPA DENGAN PULUT
Sambal serunding kelapa berudang kering
1 biji kelapa kecil
1/4 cawan udang kering yang telah digoreng dan tumbuk halus
Bahan dimesin:
10 biji cili kering secukup pedas
3,4 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu Besar biji jintan manis
sedikit ketumbar biji
Caranya:
Tumis kesemua bahan sehingga wangi dan pecah minyak. Perasakan garam dan sedikìt gula.
masukan kelapa gaul sebati. Goreng sehingga terbit wangi dan sedikit kering.
12 May, 2015
11 August, 2014
667. LEMANG SEGERA JY PULUT SUSU PADANG BESAR
Mohon maaf kerana tak masukkan resepi. Huhuhu...
Okies macam ni ye. Pulut dikukus bersama pati santan dan garam.
Selepas masak tunggu sejuk sekejap.
Guna plastik wrapping makanan tu masukkan sesenduk besar pulut tadi dan gulung ketat2.setelah sejuk bolehlah dipotong.
Kejadian ini terjadi disebabkan terlupa beli daun pisang. Sebenarnya, ilahjy selalu balut dengan daun pisang pastu baru di bakar sehingga sedikit garing macam lemang... begitulah seadanya. Harap berpuas hati.
Selamat mencuba.
Alkisah di melaka bepuluh tahun lps. Ketika kami singgah beli lemang di atas bukit berhampiran sek men agama dekat situ. Balik umah beria2 nak membelah. Rupanya lemang kat dalam bergoyang2 macam nak terkeluar....
Rupanya mmg mudah dikeluarkan luncurkan keluarlah ia. Penipu betul lemang pak ngah tuuuu... dia buat seperti ilahjy buat. Lepas tu dia masukkan ke dlm buluh dan dia bakar tepi jalan, kekonon lemang bakar mcm org lain buat siap isi beras dan santan dan bakar berjam2 baru masak.. hahahaa gelaka guling2 la kami sudah tertipuuuu.. sejak itu malas nak beli lemang... baik buat sendiri nak makan bukan banyak pun kan kankan...
13 July, 2014
26 July, 2013
20 February, 2013
480. PULUT SUMBANGAN HARMONI
selamat petang sejahtera hendaknya semua pengunjung2 blog dikala ini.
jam 12 tadi ilahjy ke dapo nyata utk projek pulut yg baru direka ini. adaptasi dari pengalaman yg telah lepas ketika mebuat pulut2 lapis... dengan sedikit kemahiran yg ada ilahjy sperti biasa mengadun resepi mengikut keperluan bahan tanpa sukatan..dah macam cara zaman kuno dulu2 tak de sukatan tak de acuan tak de bekas... hikhik..tak pe dlm resepi ini nanti ilahjy akan cuba gunakan sukatan mengikut keperluan yg telah ilahjy gunakan..
nama pulut ni pun ilahjy tak de cadangan... tapi sempena nama BLOG RESEPI SUMBANGAN JY ni ilahjy cuba masukkan juga. menyelit hehe, HARMONI disebabkan penggunaan 3 bahan, pulut,sagu dan coklat amatlah sedap dan amat sesuai dengan tekak yg sedang perit ni..
penggunaan alas plastik amatlah memeudahkan kerja pemindahan kuih ini ke atas pinggan
ilahjy sejukan kuih ini di depan kipas angin supaya cepat boleh potong
bahan pulut: sukatan anggaran ilahjy:
1 cawan pulut(loyang paling kecil) rendam semalaman
1/4 kotak santan dan air dicampur mencukupi separas pulut
secukup garam
caranya:
1.kukus sehingga masak, hendaklah dikacau.
2.angkat pulut, masukkan ke dalam bekas lain campurkan 1 sudu besar minyak masak.
3. alaskan loyang dengna plastik dan tekankan pulut kembali. dan kukus semula.
bahan sagu:
1/2 cawan sagu direndam bersama pewarna pink dlm 15 minit supaya kembang dan toskan
1/4 cawan santan kotak (jgn terlalu byk setakat merata sagu saja)
sedikit garam
caranya:
setelah toskan sagu campurkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.
tuangkan ke atas lapisan pulut dan ratakan keseluruhan pulut,
kukus sehingga bertukar jernih.
bahan coklat: (sila guna cawan kecil dari cawan pulut.)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
4 cawan santan cair
1/2 cawan susu cair
3 biji telur
1 1/4 cawan gula pasir
garam
2 sudu minyak masak
caranya:
campurkan kesemua bahan kacau sebati.
panaskan sehingga naik wap tuangkan ke atas sagu tadi.
dan kukus selama 25 minit
sendengkan loyang setelah masak supaya air wap keluar.
sejuk boleh dipotong.
CONTOH CAWAN YANG ILAHJY GUNAKAN DLM MEMBUAT TALAM DI ATAS.. HIJAU SAIZ BIASA.. YG KECIK TUU NAK KASI LAPISAN NYA SEKATA TAK TERLALU TEBAL.
10 August, 2012
435. PULUT MANGGA BERSANTAN
Syukur pada ALLAH SWT... dah masuk pun hari 10 terakhir ramadan tahun ini...
semoga diberikan kita kesihatan yang amat baik sehingga dapat kita melaksanakan ibadah ini dengan sebaik mungkin. ilahjy cuma ada angin gastrik yg sentiasa menganggu kepala ini..sehinggakan ilahjy diserang rasa nak pitam ketika lama berdiri...semoga segalanya diterimaNya. sedikit demi sedikit yg hinggap dalam diri ini pergi ..datang nya macam kilat pergi macam semut.... begitulah lumrahnya kehidupan ini...
pemanis mulut berbuka semalam ialah pulut dengan mangga (mangga gajah dari melaka, pokok adik en hb kusss) dimakan bersama kuah santan dan gula melaka amat enak sekali.. teringat masa duduk dengan arwah tok dan wan di kedah. pulut lemak ini akan kami makan bersama samaada mangga, durian atau cempedak.. muuuuaaahhhh memang mabelessss...sedap...
senang jer nak sediakan makanan ni..
1.PULUT DIKUKUS DENGAN SANTAN CAIR SEHINGGA MASAK.
2.SANTAN PEKAT DIMASAK BERSAMA SEDIKIT TEPUNG JAGUNG DAN GARAM SEHINGGA PEKAT.
3.GULA PASIR ATAU AIR GULA MELAKA.
CARA MAKAN :
CAMPURKAN KESEMUA BAHAN SEPERTI GAMBAR DI ATAS.
13 July, 2012
418. PULUT DERIAN... ilahjy memang hantu...???
salam hari jumaat penghulu segala hari...
sepanjang berblog ni ilahjy belum pernah buat N3 pulut derian pujaan hati kusss ini...
al kisah semasa ilahjy kecil2 dulu nenek ilahjy cerita, ilahjy ni padah tak suka makan derian ni.. nenek /tok munah terus mandikan air derian sebaldi..selepas itu baru ilahjy boleh makan..dan amat mengemarinya...sampai hari ini...
sejak beberapa hari lepas terpandang kawan2 baut N3 pasal en derian ini...raja buah ..mesti lah encik...kang ada yg tanya sbb apa panggil encik derian pulaaaa hehehee...
petang semalam dengan semangat membara terus ke dato keramat sebelah rumah jer ni...terus beli 3 biji derian 45rm... 8rm sekilo ..itu pun tak habis... sbb anak ke 3 raihan berada di UIA en hb kusss pula berada di PD.. kerja... nampaknya hari ni makan derian lagi lah.. kiranya malam tadi dinner PULUT DERIAN LAH anak beranak yg ada...
sedapppp....teringat kat arwah nenek dan atok ilahjy yg pernah pajak dusun buah2an di alor setar dulu... mmg berak buah lah ilahjy ni ...jenuh hadap... semua tu tinggal kenangan..sebab tu ilahjy tulis hantuuu diatas tajuk tuu...suka sangat dgn derian...
jom lihat apa tu pulut derian orang kedah biasa dgn makanan ni..sejak kawen dgn org melaka depa mmg tak pernah makan mcm nie depa heran ...PEEERAAAKK habisss...hahaha...
sbb tu ilahjy ajar anak2 utk makan supaya budaya kedahan tidak hilang begitu jer hahaha...
bahan:
durian
santan pekat (perah kelapa guna air panas)
gula secukupnya
garam
pulut kukus
cara makan:
gaulkan kesemuanya dan makan lah..senang jer...
kalau tak de pulut makan dgn nasi pun sedap...
bahan:
nasi biasa
air garam
gula
cara makan:
gaul kesemua dan makan...tu jer...senang kan???
23 June, 2012
407. PULUT SERUNDING KELAPA
AHAKKSSSS..... selalu kawan2 buat kek dalam botol.... tapi ilahjy buat pulut serunding dalam botol aladinnnnn hehehehhee boleh caya ker??? melekit2 pun tak peeee janji boleh masuk dan keluar...... senangn la juga nakk sudukan...
Subscribe to:
Posts (Atom)