JUADAH BERBUKA HARI INI KE 11 2011
JUADAH BERBUKA HARI INI KE 11 2011
meh sini ilahjy nak cerita sebelum masak2 utk berbuka.
salah satu kuih tradisional kedah yg paling ilah jy suka adalah tepung bungkus. kuih ini sering dibuat oleh nenek munah yg membela ilahjy. tapi sayang ilahjy tak pernah salin resepi. cuma ingat2 lupa bahan2nya. selepas ketiadaan nenek ilahjy cuba mereka sendiri resepi dan digunapakai sehingga hari ini. dah ada dlm N3 lama. cuma bancuhan nya agak lembut sikit dari resepi di atas. bahan2nya kebetulan sama sahaja.
semalam ilahjy lihat di dapo mas dunia ku ada buat kuih kegemaran kusss ini maka ilahjy cuba pula mengunakan sukatan dari dapo mas yg mas amek dari majalah saji. wahhh!! boleh tahan juga hasilnya... tapi tak dpt rasa lagi ni sebab masih belum berbuka posa lagi hehe kena tungguu laaa sabaqqqq je la mas oiiii...
mas, kak ilah cuba masukan inti nya menggunakan tepung pulut seperti nenek ajar. kak ilah tambah warna hijau supaya nampak meriah sikit..meh kita kongsi resepi yg ilahjy dah ubah suai sikit.. hasil cantuman resepi nenek dan mas duniaku..terpulang nak kongsi resepi mas ker atau yg ini..apapun sila ke dapo mas juga ya...layanzzzz....best kongsi resepi menambah elokan lagi hasil kuih kita..t.kasih mas...muahhh
1.bahan tepung:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan pekat resepi ilahjy /2 cawan resepi mas duniaku
secubit garam
caranya:
*ilahjy hari ini guna resepi mas(2 cawan santan)*
campurkan kesemua bahan kacau atas api sehingga pekat. ia berketul2 jgn risau masa kita kukus nanti ketulan akan hilang.
2.bahan inti kelapa:cara ilahjy
masak air gula merah sehingga mendidih masuk kelapa parut putih. dan bancuhan tepung beras utk memekatkan inti dan sedikit gula pasir. setelah kering bulatkan dan masukan ke dalam balutan tepung pulut seperti buat buah melaka.
3.bahan tepung pulut:cara ilahjy
sedikit tepung pulut dibancuh dgn air warna hijau. buat seperti buah melaka.
4.cara cantumkan kedlm daun pisang:
amek 1 sudu besar adunan tepung dan ratakan atas daun pisang letakan inti di hujung nya kiri dan kanan. tutupi dgn sedikit lagi adunan jika kurang. dan balut . kukus selama 20 minit.
TAMBAHAN JUADAH IFTAR KE 11 2011
tadaaaaa lagi tambahan juadah berbuka hari ini...baru masuk jam 6 ptg...
kimchi yg diperap beberapa hari lepas anak2 dok minta nak makan. wpun belum cukup hari perapan.. tapi wanginya sayur sudah cukup enak... kejaplagi tauuu laaa apa rasanya..
bahan:
beberapa helai daun kucai dipotong pendek
sayur kubis panjang basuh bersih
sapukan dgn garam disetiap helaian nya.
sila perap semalaman di suhu luar (bukan luar rumah tau..)
esoknya perah air garam guna sarung tangan.
sapukan cili disetiap helaian menggunakan sudu.
jaga kebersihan ya puan2 sebab sayur ini tak dimasak.
setelah itu perap kan ia ke dalam peti sejuk selama 3 hari ke atas.
keluarkan dan potong lah pendek2. sedia utk dimakan.
cili cara ilahjy:
2 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar ikan bilis
bawang besar
sedikit halia
caranya:
mesin kesemua bahan2 dan tumis sehingga masak. dan pekat. sedia utk digunakan. tak perlu garam sebab sayur dah masin.
dan satu lagi ikan pari kegemaran sisulung jihah dan abahnya, mama masak tumis asam ala
kari. resepi dah ada dlm N3 lepas klik kat ikan...t.kasih...
selamat menjamu mata emmm...