terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label karipap lapis. Show all posts
Showing posts with label karipap lapis. Show all posts

29 March, 2025

1382. KARIPAP PUSAR ILAHJY










setelah sekian lama tidak memusaukan karipap memang agak teruk la pengakhirannya
Tetapi kulitnya ranggup gebu dan lembut. 

Macam biasa ilahjy buat tanpa sukatan.
Bila nak masuk blog kena lah buat anggaran kasar. Moga kalian buat jadilah nnti.

Kulit karipap:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar buttercup
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus

Panaskan buttercup dan minyak tadi. Tuangkan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu.
Bila sudah sebati masukan air sejuk air uli sehingga boleh jadi duh lembut
Bulat2kan dapat dlm 6 biji.

Duh tengah:

Tepung gandum dicampur dengan buttercup diadun sehingga boleh dikepal dapatkan 5 biji

Leperkan duh kulit masukan duh buttercup tu dan bulat2kan. Perap sekejap. Buat lah intinya.
Koi
Ambil duh tadi leperkan memanjang. Gulung dan leperkan sekali lagi dan terus digulung lagi
Potong dlm 5 bahagian, amek duh ke6 yg tak de duh marjerin..  cubitkan sebesar jari letak atas duh2 tadi dan leperkan
Ia jadi pengalas karipap , Supaya inti tak terbarai. 
Dah boleh dimasukan inti dan bentukan. Dan goreng.  


Ini catatan ILAHJY semasa kawan kat fb minta resepi diFB. Nak simpan rujukan
 Panaskan 2 sudu buttercup dgn minyak 3 sudu .. agak2 je ni. 
Buh garan sedikit agak2 masinnya. 

Tepung gandum dlm 3 cawan 
Tepung beras 1/2 cawan

Ini pun agak2 je tuang je td xde sukatan

Masukan butter cair td gaul dgn sudu   dah rata masukan air ais semua. Uli jd duh yg lembut. 

Utk tengah pula buttercup dgn tepung gandum bancuh hingga bole kepal. 

Bulat2kan semua duh. Duh butter td kecik jee drp doh kulit.
Buat mcm biasa la .

02 December, 2014

682. KARIPAP PUSING RANGGUP GEBU

Karipap pusing ni ada 2 bentuk. 1 lapisannya terbuka yg menjadi kegemaran orang ramai. Tapi ilahjy suka yg ni. Tutup rapat..tak terngangaaa ..inti tersimpan molek di dalamnya.. ada cara untuk tujuan2 itu.. inilah rahsia ilahjy cipta sendiri.... 
Resepi dah ada di n3 lama sila  scroool... hihi




21 December, 2013

557. KARIPAP PUSAR INTI PERISA IKAN BILIS

Inti kentang, karot dan ikan bilis menjadi pilihan
Kerana ia lebih enak. Tambahan kari yg agak pedas membangkitkan selera utk makan sebiji demi sebiji tanpa sedar habis sepiring.
Kulit tepung yg ranggup dan lembut.
Entah apa yg terkurang akibat resepi dah lama tak buat hasil agakkan saja, kulit yg sepatutnya lembut gebusss berderai bila makan, tak menjadi seperti selalu buat dulu.. tapi hasil ini dah biasa org jual dipasaran.
Cuma ilahjy pantang tok nenek jika karipap pusar ini terbuka bila digoreng.
Tengok hasilnya, kulitnya tak merekah.. the bestttttssss... selera i laaaa






08 July, 2011

333. KARIPAP PUSING IKAN TEMENUNG.???

Sarapan pagi 8 julai 2011 direka cipta oleh ilahjy pada 7 julai 2011 intinya...
ada 2 petua nak kasi pusingan karipap terbuka dan tidak terbuka semasa mengoreng..tanya sama ilahjy yaa.. berminat??? hehehe..mungkin kalian lagi pakar?
kalau nak pusingan dia terbuka cuba buka resepi di sini ya.. ada beza dgn resepi hari nie.. punya resepi goreng tak terbuka kerana ilah jy menggunakan air biasa.. tanpa menggunakan air dari peti sejuk... tapi bahan2 masih sama...cara memusing juga sama... bilaguna air ais gorengan akan terbuka. tapi tidak menampakan inti.. lekang sikit2 jer..
PETUA ILAHJY:
1.guna air ais_gorengan akan terbuka
2.air biasa _gorengan merapat mcm dlm gambar diatas.

inilah hasilnya inti karipap pusing ikan kembung/temenung... sedapppp ikut selera ilahjy..

bahan menumis dan serbuk kari sedang masak bersama lobak merah
isi ikan kembung yg telah di rebus dan dihancurkan

PERNAH MAKAN KARIPAP PUSING TEMENUNG????
PELIK TUUU...JOM BACA DULUU.. IOOYAAA DAH PUSING, PENING, TEMENUNG LAAA HAHAHA JOM GELAK2 JUMAAT..
SABTU NAK BERKURUNG DLM UMAH NAK DUK DIAM2.. MENGERAMMMMM...

temenung ni adalah satu jenis nama ikan..sapa tak kenal nama ikan ni jangan jadi rakyat malaysia... amboii KASAQQ nya ... sebelah kedah negeri kusss ikan kembung kami panggil temenung. sebab lepas naik dari laut ikan2 ni akan temenung susah hati.. nak hantar ke mana lepas ni... rupanya nak di hantar ke klompooo jauhhh.. sampai sini KL IKAN tu dah kembung laaa tak berapa elok lagi.. hikhikkkk ... maka itulah sejarah nama ikan kat malaysia ni ..jgn tak tauuu yaaa...

SOALAN:::sapa berminat nak tahu resepi inti karipap ikan kembung ciptaan ilah jy pada 7 julai 2011... sila angkat/tulis KOMEN kat kotak bawan tuuu hikhikkk.... selagi tak de permintaan selagi tu tak masuk resepi ..ececeee... sapa lah nak ??? pelik sikit dari org lain kan kan... layannnzzzz.... tungguuuuuuu....

dah masukkan resepi lewat sikit sbb ada tamu dtg umah.. jahit tepi
resepi inti ikan kembung:
sumber kazanah dari ilham kusss sendiri...direka cipta pada 7 julai 2011

bahan:

4 ekor ikan kembung sebesar 4 jari. (ikan dibersihkan dan rebus dlm air secukupnya. simpan air utk digunakan.)
1 biji kelapa ambil pati dlm secawan
3 sudu besar serbuk kari ayam
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar lada hitam tumbuk halus
1 ulas bawang besar dadukan
1 batang lobak merah dadukan

bahan utk menumis:

bawang merah dimayang
bawang putih di mayang
daun kari 2 pelepah
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

caranya:

1. panaskan minyak masukkan kesemua bahan tumis. goreng sehingga wangi.
2. masukkan sedikit air rebusan ikan dalam 1/2 cawan, masukkan rempah kari dan serbuk cili kacau sehingga pecah minyak.
3. masukkan lebihan air rebusan ikan secukup utk melembutkan lobak merah. boleh digantikan kentang. setelah empuk masukkan, ikan, serbuk lada hitam, bawang dadu, pati santan dan
garam secukup rasa. kacau sehingga kering sedia utk digunakan.

selamat mencuba yaa...itulah alkisah nama karipap temenung...

28 April, 2010

189. karipap pusing hijau kuning.. peliknyeee.. alkisah..



mereka cipta pada ptg 28 april 2010

sebenarnya inti karipap ni adalah lebihan karipap biasa 2 hari lepas... tah apa tak kena karipap iteww bila digoreng terbuka dan pecah ditengah mungkin krn byk sgt inti ku tarukkk... sbb tu tak masuk dlm dapo ku ini...
oleh kerana tak puas hati .. hari ni aku buat lagi.. tapi, karipap pusing hijau kuning... org tak pernah buat .. aku buat... itulah hobi kusss suka sgt buat yg pelik2..
mesti kalian tak akan buat... inti karipap ni sebenarnya aku tarukkk rempah soto bersama rempah kari...
anak2 n hubby pun pelik menengok hasil kerja tangan ku kali ni... tapi tak sempat sejuk dah habissssss...... sedap la tuuu....hehehe... perasannnn lagikkk... resepi dan cara membuatnyee ada di N3 lama.. kuih melayu...