terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label karipap. Show all posts
Showing posts with label karipap. Show all posts

29 March, 2025

1382. KARIPAP PUSAR ILAHJY










setelah sekian lama tidak memusaukan karipap memang agak teruk la pengakhirannya
Tetapi kulitnya ranggup gebu dan lembut. 

Macam biasa ilahjy buat tanpa sukatan.
Bila nak masuk blog kena lah buat anggaran kasar. Moga kalian buat jadilah nnti.

Kulit karipap:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar buttercup
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus

Panaskan buttercup dan minyak tadi. Tuangkan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu.
Bila sudah sebati masukan air sejuk air uli sehingga boleh jadi duh lembut
Bulat2kan dapat dlm 6 biji.

Duh tengah:

Tepung gandum dicampur dengan buttercup diadun sehingga boleh dikepal dapatkan 5 biji

Leperkan duh kulit masukan duh buttercup tu dan bulat2kan. Perap sekejap. Buat lah intinya.
Koi
Ambil duh tadi leperkan memanjang. Gulung dan leperkan sekali lagi dan terus digulung lagi
Potong dlm 5 bahagian, amek duh ke6 yg tak de duh marjerin..  cubitkan sebesar jari letak atas duh2 tadi dan leperkan
Ia jadi pengalas karipap , Supaya inti tak terbarai. 
Dah boleh dimasukan inti dan bentukan. Dan goreng.  


Ini catatan ILAHJY semasa kawan kat fb minta resepi diFB. Nak simpan rujukan
 Panaskan 2 sudu buttercup dgn minyak 3 sudu .. agak2 je ni. 
Buh garan sedikit agak2 masinnya. 

Tepung gandum dlm 3 cawan 
Tepung beras 1/2 cawan

Ini pun agak2 je tuang je td xde sukatan

Masukan butter cair td gaul dgn sudu   dah rata masukan air ais semua. Uli jd duh yg lembut. 

Utk tengah pula buttercup dgn tepung gandum bancuh hingga bole kepal. 

Bulat2kan semua duh. Duh butter td kecik jee drp doh kulit.
Buat mcm biasa la .

05 October, 2020

1117. KARIPAP SARDIN



Inti sardin perlu dicampur sedikit kentang untuk menyedapkan rasanya. Ada sesetengah orang cuma masak sardin Dgn bawang tanpa kentang. Ilahjy suka tambah  kentang seperti buat karipap biasa. 

02 December, 2014

682. KARIPAP PUSING RANGGUP GEBU

Karipap pusing ni ada 2 bentuk. 1 lapisannya terbuka yg menjadi kegemaran orang ramai. Tapi ilahjy suka yg ni. Tutup rapat..tak terngangaaa ..inti tersimpan molek di dalamnya.. ada cara untuk tujuan2 itu.. inilah rahsia ilahjy cipta sendiri.... 
Resepi dah ada di n3 lama sila  scroool... hihi




07 May, 2014

631. KARIPAP PUSING KENTANG IKAN BILIS DAN SARDIN

Karipap ini ranggup,berderai,lembut dan cair dalam mulut 
Resepi sudah pasti sendiri punya, satu demi satu ujikaji sejak 1999 lagi. Kalau kalian hendak lihat resepi yg lama sila cari label kuih. Apapun ilah akan betikan juga resepi anggarannya bersama sedikit petua.



 

Bahan2nya: ada 2 adunan dalam dan luar
Sila pastikan bahan luar melebihi sekali ganda drpd bahan dalam.
Kerana yg luar perlu membendung yang dalam dan menghasikan lapisan lingkaran yg sedikit lebar daripada kebiasaan org lain buat.

Perhatian karipap pusing ilahjy suka lapisan nya melekap antara satu sama lain. Yakni tidak terbuka @terngangga bila digoreng. Bagi ilahjy ia agak kemas drpd yg terbuka dan nmpk isinya. Maaflah kpd yg berbeza pendapat. Itu hak masing2 kan. Jika suka sila ikut, jika tidak ignore..

Terlebih dulu mohon maaf jika sukatan ini main agak2 je semoga jadi panduan pd kalian. Kita kena rajin mencubai setiap kuih yg kita minat tanpa runggutan dan serba tak kena. Niat mau ada...

Okies mari kita lihat panduan2nya:

BAHAN ADUNAN DALAM, SEPARUH DARIPADA BAHAN LUARNYA:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin setakat boleh mengepalkan adunan menjadi ketulan
1/4 cawan air ais setakat boleh membantu mengepalkan adunan disamping marjerin tadi, dulu ilahjy guna 2 sudu je sekarang lebih sedikit untuk meranggup kulit karipap ranggup tapi lembut dan melekap lapisannya tanpa terbuka.

Caranya ramas marjerin dgn tepung sehingga basah. Jika tidak basah tambah lagi marjerin. Kemudian masukan air, sedikit2 sehingga  boleh di kepal2kan membentuk doh bulat.

Ilahjy buat doh dalam ini sebesar ping pong
Nanti doh luar sebesar bola golf itulah lebih kurangnya.

Saiz ini mendapat 5,6 keping kulit karipap. Jika doh itu besar maka 7,8 keping boleh dapat.. terpulang pada saiz kulit yg kalian suka. Ilahjy suka saiz karipap 2x gigit dah habis. Maksudnya saiz s.

Bila doh dah siap bulat2kan baru sediakan doh luar. Masa ni kita dah boleh agak berapa byk tepung utk adunan luar.


Bahan luar:

2 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak masak dan Marjerin sama banyak lebih kurang 1/2 cawan campuran bila dah cair.
Air ais secukup lembut untuk mengulinya

Caranya:

Panaskan kedua2 bahan dgn garam dalam periuk sehingga cair
Lubangkan tepung gandum, masukan adunan panas tadi kacau dengan senduk sehingga sebati. Kemudian masukan air terus diadun dan uli sehingga sebati.
Bentukan ketulan besar daripada adunan dalam. KETULAN DALAM MESTI SAMA BANYAK DENGAN KETULAN LUAR ...contoh 10 lawan 10.

CARA CANTUM BAHAN LUAR DAN DALAM:

1.Leperkan doh luar. Masukan doh dalam
2. Gelek sehingga leper dan sederhana nipis
3. Gulung doh, kemudian leperkan lagi sekali senipis macam mula2 tadi.
4. Gulung untuk kali ke2 dan akhir
5. Potong ikut ketebalan yg kita suka
6. Leperkan macam tadi dan masukan inti.

Semasa menggulung adunan sila ketatkan adunan dgn cara menguling2kan adunan berulang2 kali samada nak panjangkan nya atau tidak. Lepas tu hentakkan hujung2 adunan supaya sama.


Harap membantu kalian. Mohon maaf sebab sukatan main agak2 jeee...


21 December, 2013

557. KARIPAP PUSAR INTI PERISA IKAN BILIS

Inti kentang, karot dan ikan bilis menjadi pilihan
Kerana ia lebih enak. Tambahan kari yg agak pedas membangkitkan selera utk makan sebiji demi sebiji tanpa sedar habis sepiring.
Kulit tepung yg ranggup dan lembut.
Entah apa yg terkurang akibat resepi dah lama tak buat hasil agakkan saja, kulit yg sepatutnya lembut gebusss berderai bila makan, tak menjadi seperti selalu buat dulu.. tapi hasil ini dah biasa org jual dipasaran.
Cuma ilahjy pantang tok nenek jika karipap pusar ini terbuka bila digoreng.
Tengok hasilnya, kulitnya tak merekah.. the bestttttssss... selera i laaaa






15 February, 2013

474. KARIPAP BAYAM

SARAPAN  PAGI  JUMAAT 

dengan  bismillah  kami  sekeluarga  menjamah  karipap  bayam ciptaan  ku sendiri.  bukan  susah  sangat cuma  tambah  hirisan  bayam  segar  ke  dalam  adunan  tepung  dan  adunkan  seperti  biasa..  bagi  anak2  yg  tak  suka  makan  sayur  akan  makan  secara tak  langsung.  selain  bentuk yang  menarik berbanding karipap  sedia  ada..  kulit  karipap  ilahjy  ni  berderai  bila dikunyah.  ini  kerana  penggunaan  marjerin  dan  minyak  panas dan  air  peti  sejuk ....

ilahjy  guna  gunting  untuk  memotong  daun2  bayam ini
ilahjy  lebih  suka  bulat2kan  adunan  kemudian  digelek  dengan  pencanai
corak  ketika  belum  digoreng  amatlah  menarik  tapi  selepas digoreng cuma  kelihatan  seperti  di atas  sebab bayam  akan  kecut  bila  kena  minyak  panas.  tapi  bayam  di dalam masih  segar...
marilah  cuba untuk  hidangan  keluarga  anda  yg  tak  suka  makan  sayur..
bahan:

2  cawan  tepung  gandum
1/4 cawan campuran  marjerin dan  minyak panas 
air  peti  sejuk secukup  menguli
hirisan daun  bayam secukupnya

caranya:
campurkan  kesemua  bahan  dan  uli sehingga  sebati  dan  buat  seperti biasa.

25 January, 2013

471. RENDANG AYAM DAN KARIPAP TUNA

 JOM  JAMU  MATA RENDANG  AYAM DAN  KARIPAP  TUNA

 rendang  ni  kita  boleh  perbagaikan bahan  nya.. ikut  rasa  masing2  nak  masukan  apa. yg  penting  kena  dengan  gabungan  rempah2nya..  jgn  terlebih  dan  terkurang  maka  sedap  la ia...
karipap  tuna  di  dimasak  dengan  kentang  dadu  dan  daun  bawang  juga  daun  sup masak  mesti  lebihkan  serbuk  kari  baru  lah  sedap.  kalu  warna nya  pudar mmg  tak  sedap..tak  de  lah  nama  karipap..ahaksss... boleh  buat  karipap  pusing dan  biasa  mcm  ni..  gabungan  minyak  panas  dan  merjerin... amat  penting.. 3  sudu  besar  marjerin  dan  2  sudu  besar  minyak tepung  mesti  2  cawan  jer..

02 November, 2011

367. KARIPAP INTI IKAN BILIS KENTANG




petang tadi ilahjy layan karipap atas permintaan en hb beberapa hari lepas. sebab itu semalam inti karipap ini di buat bersama roti2 itu... sekejap jer la melayan mengelim 50 biji karipap comeeiii nieee... saiz sebesar 2 jari jer sekali ngap habis.. hehehe teringat masa ilahjy mengendalikan persatuan bakat di unitlama .. karipap comeiii dimestikan kerana menjadi hidangan utk VVIP kesemua kuih muih dibuat dlm bentuk sekali suap saiznya... fuhhh mmg la penat nak habis kan 1 adunan...
umpamanya dadar pun sama sebesar saiz ibu jari dan pendek jer dibuat... itulah kegemaran VVIP kami...
kali ini inti karipap ilahjy sengaja buat dgn perasa ikan bilis. asyik2 ayam dan daging jemu juga.. yg pasti kentang tidak dilupakan..keledek kadang2 boleh mengundang angin dlm perut kusss...

resepi nanti ilah jy masukkan ya nak layan cerita soffiya duluuuu jommmm...


inti karipap:

3 biji kentang didadu kecil
2 sudu besar serbuk kari ayam
3 sudu besar ikan bilis
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

caranya:

1. kisar bawang2 dan ikan bilis sehingga halus.
2. panaskan minyak tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan
rempah sehingga pecah minyak.
3. masukkan kentang bersama air secukupnya dan garam.
4. masak sehingga empuk dan kering airnya. sedia utk digunakan.

kulit karipap cara ilahjy:(angaran sbb tak sukat a.k.a agak2)

tepung gandum.....2 cawan
minyak masak ......1/4 cawan
marjerin..............3 sudu besar
air biasa

masukkan tepung ke dlm bekas.
panaskan kedua2 bahan minyak dan marjerin. sekadar cair marjerin tak perlu berasap.
tuangkan ke dalam tepung kacau dgn senduk sehingga sebati
masukkan sedikit2 air sehingga boleh di uli
dan bulatkan sebesar 2 jari dan gelek dan isikan inti.

resepi ini sebagai rujukkan ilahjy dimasa depan...

09 March, 2010

172. KARIPAP SARDIN

soweee minyak terlalu panas bejerawat laaa kawan ni huhuhukkkkk
jgn silap pandang.. dibawah adunan belum isi inti ada pengalasnye yee.. tak de laa aku letak atas meja semata2.. kebersihan kena jaga agar kuih tak basi..

buat malam tadi utk sarapan pagi tadi. dah malas dah ni guna acuan jer cepat dan pantas.
selalunya aku buat karipap pusing.

kali ni aku campur sikit tepung beras supaya ia ranggup dan tidak liat. minyak jagung aku panaskan dan guna juga air dari peti ais. baru lah masa makan ia ranggup dan berderapppp rappp mudah dikunyahhhh... kalu beli ka tkedai tu liat bila dah sejukkk..

26 December, 2008

15. KARIPAP PUSING...rekaciptaku....dipaternkan secara susah payah huhuhu

ku buat pada 4 jan 09 minum petang


caranya bermula dari kanan sbelah atas..lawan jam semoga kalian faham.. gulungan pertama agak panjang. gulung kali ke dua pendek sedikit sedia untuk dipotong bulat2


keperluan..inti ... kulit luar sebelah kiri, bahagian dalam sebelah kanan bulatan nya agak kecil sedikit dari bulatan kulit luar..perhatikan. pisau untuk memotong , pencanai, dan papan mamar untuk mencanai




aku rakam kan setiap step ini utk kemudahan kalian


BAHAN2NYA:

BAHAN A: KULIT LUAR

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR MARJERIN DIPANASKAN
AIR AIS SECUKUPNYA UNTUK MENGADUN

1. PANASKAN MARJERIN DAN TUANGKAN KEDALAM TEPUNG GANDUM
2. MASUKKAN AIR AIS SECUKUPNYA, ULIKAN SEHINGGA SEBATI
3. BULATKAN SEBESAR BOLA PING PONG.
4. MASUKAN BAHAN B YG DIBULATKAN KECIL SEDIKIT DARI BAHAN A.
5. BULATKAN KEDUA2 BAHAN TADI, KEMUDIAN CANAIKAN SEHINGGA LEPER
6. GULUNGKAN SEMULA MACAM KUIH DADAR.
7. CANAIKAN SEMULA SEPERTI BENTUK MEMULA TADI.
8. GULUNG BUAT KALI KE2, POTONG DGN PISAU SETEBAL 1" LEBIH KURANG, CANAIKAN NIPIS.
9. MASUKKAN INTI DAN GORENGLAH DLM MINYAK YG SEDERHANA PANAS.

BAHAN B:

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN MARJERIN (SECUKUPNYA UTK MENGADUNKAN TPG)
2 SUDU BESAR AIR AIS

CARANYA:

GAULKAN BAHAN2 DIATAS SEHINGGA MENJADI GUMPALAN.
BULATKAN KECIL SEDIKT DARI BULATAN BAHAN A.


INTINYA:

KENTANG DIDADUKAN
DAGING CINCANG
SERBUK KARI
BAWANG

TUMISKAN BAWANG SEHINGGA WANGI, MASUKAN SERBUK KARI AYAM.
MASUKAN AIR DAN KENTANG DAN DAGING SEHINGGA MASAK.
TOSKAN MINYAKNYA, BARU DIMASUKAN DLM KULIT KARIPAP TADI.

KALAU X FAHAM YM SAYA YER..SUSAH SIKIT KARIPAP NI..SAYA BERKALI2 MENCUBA BARU MENJADI....DGN TABAH HATI....