terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

14 April, 2023

1228. APAM SUSU UNTUK CU HUD CYG


 bahannya:

500  gm Tepung gandum 
1 biji Telur 
1 paket yis
3 sudu besar gula kalau nak manis tambah gula
Sedikit baking powder
2 sudu besar susu pekat
Susu segar falam 1 cawan
Air secukup utk bancuhan seperti jejemput bilis

Caranya:

Campurkan kesemua bahan. Gaul sebati. Perap selama 1jam. Naik 2kali ganda. Gaul sebati. 
Panaskan kukusan.
Sapu minyak diloyang
Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 30 mt atau masak. 





 

23 August, 2021

1147. KUIH PUKIS








Bahannya:

2 biji telur
50 gm gula pasir
1 1/2 sudu teh yis
100 ml santan cair




Putar telur dan gula sehingga kembang
Masukan santan dan tepung
Putar kelajuan paling perlahan sehingga sebati
Perap 30mt.
Sapu acuan dgn marjerin
Sudukan adunan 3/4 acuan.
Bakar 180 darjah dalam 20 mt. 
Siap dimkn dgn inti coklat...

29 November, 2017

910. APAM COKLAT


bahan:
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus
1 cawan air
marjerin untuk sapu acuan

caranya:

ayak semua jenis tepung dan serbuk
masukan semua bahan cecair dalam balang blender, kisar sehingga halus
tuangkan ke dalam bekas tepung
kacau guna hand whisk sehingga sebati
perap 30 minit
sapu acuan dengan marjerin
kukus selama 20mt.

29 April, 2017

899. APAM LEMAK MANIS UBI KAYU


adaptasi resepi daripada apam lemak manis

Apam gandum. Versi lemak jy
Baru angkat minum petang utk tukang rumah

utk simpanankuuuu jerr
agak2 yeee bahan nya:

tepung gandum dlm 2 cawan
1/2 paket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar susu pekat
1 biji telur
4 sudu besar santan kotak
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
pewarna merah
 1 sudu besar marjerin
1 cawan air masuk sikit2 sampai jd pekat mcm dadar

gaul semua sehingga sebati.,
peram 45mt.
kacauu sebati lps tuu sapu loyang dgn marjerin
kukus 30mt..

***tambah 1 cawan ubi kayu parut
kurangkan air. 
gula pasir gantikan gula merah. masak tapis dan tolak jumlah air daripada resepi diatas.

23 March, 2017

895. APAM GANDUM LEMAK MANIS JY



Apam gandum. Versi lemak jy
Baru angkat minum petang utk tukang rumah

utk simpanankuuuu jerr
agak2 yeee bahan nya:
tepung gandum dlm 2 cawan
1/2 paket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar susu pekat
1 biji telur
4 sudu besar santan kotak
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
pewarna merah
 1 sudu besar marjerin
1 cawan air masuk sikit2 sampai jd pekat mcm dadar

gaul semua sehingga sebati.,
peram 45mt.
kacauu sebati lps tuu sapu loyang dgn marjerin
kukus 30mt..

07 August, 2016

837. APAM AYU BERCHEESE


mohon kopi n pasta resepi dari blog azlita masam manis
kak ilahjy malas nak taip resepinya. t.kasih dek ita lawa kusss kongsi resepi yg enak niii.

bahan apam:

2 biji telur
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovellet
pewarna
esen vanilla

caranya:
pukul gula dan telur sehingga kembang
masuk ovellet pukul lagi
masukan esen vanilla
masukan tepung berselang seli dengan santan
kacau sebati dengan senduk kayu
bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan
boleh diberi pelbagai perisa
sapu acuan dengan minyak jagung/masak
masukan krim cheese, kukus 2 minit api yg sederhana
masukan adunan apam kukus selama 7-10 minit api sederhana
setelah masak keluarkan daripada acuan.

bahan cheese:
250 gm krim cheese
80 gm gula kastor
25 ml air
20gm tepung gandum
1 biji telur

caranya:
satukan kesemua bahan putar sehingga sebati
sedia untuk digunakan







 















07 September, 2015

763. APAM JOHOL MAS COTEK

Dah beberapa kali sahabat fb kusss mas cotek membuat apam johol ini. Memang terbekenan bentuknya yg cute menggunakan daun pisang dan juga daun rambai.. tiada gambar
tetapi bia daun pisang ada bawa balik dr kebun, pisang pula tak de. Malas nak ke kedai. guna labu yang ada dlm dingin beku hasil tanam sendiri thn lepas.
inilah hasilnya. Menggantikan pisang dengan labu. Lain masa akan guna bahan yang asal. Moga rekahan ini akan cantik dengan api kukusan yang besar seperti nasihat kak nooriah Naim dr Berunai juga rakan fb yg telah pun membuat kuih ini.
terima  kasih kepada 2 insan ini ilmu dikongsi bersama.










Gambar ehsan dr fb mas c0tek  moga ilmu ini berpanjangan lia..aminnnn...



02 April, 2015

727. APAM NASI BASMATHI

Resepi masih yang sama dengan apam nasi. Cuma guna nasi basmathi.
Sila rujuk resepi di n3 lama.

17 March, 2015

721. APAM GULA MERAH

Hasil campak2 menjadi juga.
Akibat malas nak buka resepi. Alhmdulillah menjadi  dengan gemok2 sekali apam ni berkembang. Ilahjy letakan resepi yang diagak2 bahan2nya. Mohon carilahresepi lain jika tak yakin. Ilahjy suka kerja dengan penuh keyakinan pasti menjadi.




Apam gula merah

2 cawan tepung gandum 
1 sudu besar yis
1 biji telur
1/2  cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
1 cawan air agak2 bancuhan macam cucur kodok

Caranya:

Masak  gula dengan air dan daun pandan, sehingga  cair. Tapiskan dan sejukan.
Campurkan kesemua bahan dan adunan dengan menggunakan pemutar telur sehingga sebati. Perap 1 jam.
Panaskan kukusan. Sapu minyak pada acuan. Tuang  3/4 penuh. Kukus selama 25minit,


14 January, 2015

698. APOM LENGGANG

Resepi apom lenggang boleh dirujuk pada n3 apam. Pelbagai pilihan yang boleh anda buat di post yang ilah jy telah paparkan hasil air tangan sendiri resepi dari pelbagai rujukkan. Insyllh ....sedap.....


Untuk rujukan resepi sila klik n3 lama yang telah ilahjy buat... resepi ada 2 jenis, satu menggunakan telur satu lagi tanpa telur.... 


Bahan2 diperap sehingga naik 2x ganda


20 June, 2014

651. APAM NASI MIKO. milokoko

Apam nasi ni tak byk ragam, bole saja dipelbagaikan rasanya mengikut selera masing2. Jom lihat apa yg telah ilahjy buat dengan perasa2nya.




Bahannya:

1 cawan nasi yang lembut
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
1 sudu teh yis kering
1 cawan air
1/4 cawan susu cair
4 sudu besar milo
2 sudu besar serbuk koko

Caranya:

Kisar air dgn gula juga nasi sehingga halus
Ayak tepung2, serbuk koko dan milo, masukan yis. 
Tuangkan kisaran nasi tadi bersama susu cair
Kacau sebati perap selama 45mt atau naik 2 kali ganda.
Kacau sekali lagi dgn senduk kayu sehingga sebati.
Panaskan kukusan, sapu acuan dengan marjerin
Masukan  3/4 adunan dari paras acuan.
Terus kukus jangan dibiarkan nnti tak cantik isinya.
 Kukus selama 25 mt alas tutup dgn tuala supaya air tak menitis.
Sejukkan baru keluarkan dari acuan.