terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts

10 May, 2025

1417. PASTA DAN ISI AYAM GORENG BERPERISA



 

bahannya:

Isi ayam dipotong nipis
Bawang besar 
Bawang putih
Halia
Cili merah di potong nipis
Cili padi diketuk
Sos tiram
Kicap 
Daun ketumbar

Caranya:
Panaskan minyak goreng ayam sampai masak
Masukan bawang2 dan halia dan
Masukan sos2 kicap dll. Masukan sedikit air. Tak perlu garam ye. Masak sehingga sebati.



 

22 July, 2014

665. LASAGNA DEK ANN

Lasagna ini hasil air tangan anak no3 ilahjy. Dek ann . Berangan nak makan sejak balik bercuti dari UIA. Apa lagi sudah jumpa bahan2nya apa lagi jommm laa jamu mata. Berpandukan resepi dari web. Terimakasih empunya resepi. Semoga perkongsian ini akan meningkatkan pahala di bulan mulia ini bulan ramadan. Aminnnn..




Bahan2:

20 keping pasta lasagna rebus dgn air juga minyak sehingga lembut toskan
1 mangkuk daging cincang
1/2 batang  carot dadukan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hotam
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos tomato
3 biji tomato segar
1 kiub ayam
Sedikit rempah oregano
8 keping cheesedale @ cheddar parut
2 cawan susu segar
3@4 sudu besar  minyak masak
Garam dan gula

Panaskan minyak tumis bawang2 sehingga wangi.
Masukkan paste kari dan bahan2 yang lain, kacau sehingga sebati dan mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato segar dan rempah oregano. Masak biar berair sedikit supaya pasta lasagna akan kembang semasa proses pembakaran dan tidak kering.

Bahan paste:
3 sudu besar air
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kari ayam
Gaul sebati

Lapisan sos cheese:
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
8 keping cheese dale
Panaskan minyak masuk tepung kemudian susu masak sehingga mendidih masukkan cheese. Kacau sehingga pekat tutup api.

Cara susun:

Lapisan 1 pasta menutupi seluruh loyang
Lapisan ke 2 inti daging
Lapisan ke 3 sos cheese

Akhir sekali biarkan pasta sahaja dan ditutupi dgn  sos cheese dan parutan cheese
Juga taburan oregano.
Bakar 180 darjah selama 30 minit.


19 February, 2013

478. PASTA HIJAU ILAHJY

 selamat  sejahtera  dah  minum  petang? apa  menu  tengahari  tadi?
bagi  ilahjy  yang  sedang  menderita  sakit  tekak  ni  perit  tak boleh  makan  pedas2... teringin  nak  makan  pasta  hijau. jam  11  pagi  tadi  selepas  out  dari Fb.  terus  ke  dapo menyediakan  segala  bahan  yang  tak  punya  sukatan.  biasalah  ilahjy  ni  kerja  main  agak2  jer.  akhirnya  terjadi  lah  juga  pasta  hijau  ni..  teringin  nak  masukkan  sayuran  bayam  tapi  kehabisan  stok.  ada  pula  tepung  atta/capati maka  dengan  segera  tangan  ni  mengandunkan  bahan.keputusannya  adalah  terbaik sekali  bagi  tekak  ilahjy  ni.
ada  sapa2  berminat  mau kan  resepi? tunggu  ya..
sebenarnya  sudah  beberapa  kali  ilahjy  buat  pasta sebegini  rupa.  cuma  bentuk  dan wsrna berbeza.


PASTA  INI  BOLEH  DIJADIKAN  SUP SOTO  SEPERTI  DALAM  GAMBAR ATAU  DIGORENG SEPERTI  KUE  TEOW IKUT  SELERA  MASING2
GAULKAN  MINYAK  MASAKA  SECUKUPNYA  SUPAYA  TIDAK  MELEKAT
MASUKKAN  KE  DALAM  AIR  SEJUK  DAN TOSKAN  SEKALI  LAGI
REBUS  DALAM  AIR  MENDIDIH SEHINGGA  TIMBUL  DAN  TOSKAN

BEGINILAH RUPANYA SELEPAS DIMESIN  
 
SAPUKAN  MATA MESIN  DENGAN  MINYAK MASAK BARU  POTONG  ADUNAN  KEBENTUK KUE  TEOW
SAPUKAN  TEPUNG  PADA  ADUNAN  DAN  MESIN KAN SEBANYAK  3  KALI

TEPUNG  DIBULATKAN  TAK  PERLU LICINKAN ADUNAN SEKADAR BAHAN  BERCAMPUR BILA  KITA  MESIN  BAHAN  AKAN  LICIN  SENDIRI
 
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/PASTA KLIK  SINI  RESEPI PILIHAN
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/mee KLIK  SINI  UTK MELIHAT  CARA BUAT  MEE

bahan: resepi  rekaan  ilahjy

2  cawan  tepung  gandum
1  cawan  tepung  capati/atta
2  biji  telur
1  sudu  teh  garam
1/2 cawan air secukupnya
pewarna  hijau secukupnya

caranya:

1.campurkan  kesemua bahan gaul rata  dan  uli  seperti  karipap tetapi  keras sedikit  dari  adunan  karipap.
sila  guna  mesin  mee.
2.bentukan  kecil2  seperti  di  atas. supaya  senang  nak  gelek  dimesin.
gelek  sebanyak  3  kali biar  rata adunan. sambil disapu  tepung  setiap kali masuk  mesin.
3. sapukan  tepung  rata2  dan  mesin  ke  mata kue  teow untuk  mendapatkan  bentuk  pasta di  atas.
 sapukan  minyak  masak  semasa masukan  adunan  ke  mata  mesin tadi. 
4. rebus  dalam  air  mendidih setelah  timbul  toskan.
5. masukkan  terus  ke  dalam air  sejuk supaya mematikan  proses  kembang.
6. toskan  dan  sapu minyak  masak  mengelakkan  melekat. boleh  dimasak dl  pelbagai  juadah samada  nak  mengoreng  atau  merebus.

SELAMAT  MENCUBA

477. PASTA HALUS DAN RESEPI MUDAH

salam  sejahtera semoga  diberikan  kesihatan  yang  baik  pada  hari  ini  dan  seterusnya dan  dipermudahkan  segala  urusan. mudah?  masak  pun  nak  mudah  dan  senang.
Begitu  juga  dengan  makanan  ini salah  satu pasta yang  amat  mudah  disediakan.menjadi  pilihan  ilahjy dikala  tekak  jemu nak  makan  nasi
ilahjy  menggunakan  bahan2  di  dapur apa  yang  ada. ikut  selera  teka  sendiri.
tumisan  cili  ditambah  kuah sphageti keluaran  kimball  dicampur bebola  daging  sayur  bayam   serba  serbi  sos...daun  oregano daun pasli  dll  bagi  menyedapkan  rasa.  terpulang  kepada  selera  masing2...
tekak  orang  melayu  bukan  tekak  mat  saleh  kan...
jom  layan...GAMBAR  DARI  H.SET  SAMSUNG  S3 MINI yg  tak  seberapa  cantik maaf  yee

lagi   satu  puff  yg  mudah intinya  ikan  sardin gabungan  asam  limau,  bawang  besar  dadu dan  sili  besar  dan cili  padi  dadu bersama  daun  sup  dan  daun bawang.  dibakar.  guna  pastry  jenama  KAWAN mudah  dan  senang  

22 November, 2012

462. MAKARONI DAN SPHAGHETI CENDAWAN TIRAM JY

 SALAM  KEAMANAN BUAT  SEMUA PENGUNJUNG DI  RSJY..

marilah   sama2  kita  hargai keamanan yg  ada di  bumi  bertuah  DI  MALAYSIA ini.
tidak  kah  kita  merasa  bertuah  dilahirkan  disini.. kehidupan  yg  amat  sempurna.  sampai  makan pun  kita  boleh  masak  apa  yg  kita  hendak.  kadang  kala  sampai  terbuang2 ke  dalam  tong  sampah..  tak  kena  selera sikit  jer  tak  boleh  ditelan..  masin  sikit  jer  dah  merunggut,  lembek  sikit  jer  dah  tak  lalu  nak  kunyah..  kurang  pedas  pun  nak  marah  terlebih   manis  pun  nak  membebel..  
cuba  kita  bayangkan  kita  berada  ditempat  ITU  sekarang  ini? apa   perasaan  kita..  nak  bernafas  pun  susah  sehingga   detik  nafas  pun  terhenti buat  selamanya...oleh  itu  kita  kena  ambil  iktibar  dari  kejadian  itu.. untuk  terus  berada  dibumi  bertuah  ini dengan  penuh  kesyukuran kepadaNya... 
maka, makan  lah  apa  aje  yg  telah  dimasak  oleh  CHEF  kat  rumah  ..jangan  banyak  fikir  lagi.. ayuhhhh!! jom  kita  tinjau  apa  sarapan  pagi  tadi  yg  dinikmati  dengan  penuh  KETENANGAN oleh keluarga ILAHJY.... Malam  tadi  pun  makan  makanan   barat  ni  iaitu  spagheti pedas..  pagi  tadi  pun  sama  makanan  barat... iaitu  makaroni  ....  ermmm  sedang  enak  jer  ditekak  hasil  masakan  dan  resepi  sendiri.. nak  kasi  nama  apa  pun  tak  pasti... ilahjy  namakan  makaroni  cendawan  tiram  sebab cendawan  tiram  tu  ilahjy  guna  dlm  kuantiti  yg  banyak..  sedap...

sarapan  pagi 22 nov  2012 
boleh  dimakan  bersama  cili  padi  kicap  bagi  menambah  kepedasannya

yg  bawah  ni  pula  SPAGHETI   malam tadi


MAKARONI  CENDAWAN  TIRAM JY
bahan-bahannya:

2  cawan  makaroni direbus bersama  sedikit  minyak sehingga  kembang dan  toskan. 

1  keping dada ayam dipotong  dadu
10 keping cendawan  tiram  di  siat2  kalu  dadu  pun  boleh. ilahjy  lebih  suka  siat2 terasa  bila   digigit.
4 ulas  bawang  putih  diketuk
1/2  labu  bawang  besar  di  dadu kecil
1/2  sudu  teh  lada  hitam  ditumbuk  halus
1 sudu  besar  serbuk  oregano
1/2  sudu teh  serbuk  basil
2  sudu  besar tepung  gandum
1/2  cawan  susu  cair
1  kiub  ayam
 2  cawan  air (ikut  kepekatan kuah  yg  kita  suka)

caranya:

1. panaskan  minyak,  tumiskan  bawang  putih  sehingga  keperangan,
2.  masukkan  isi  ayam  dan  bawang  besar  dadu goreng  sehingga  kekuningan
3.  masukkan  lada hitam kacau  sehingga  sebati  dan  naik  wangi.
4.  masukkan  kiub  ayam  kacau  rata.
5.  masukkan  sedikit air  utk memecahkan  kiub  ayam.
6. masukkan  tepung  gandum kacau  rata
7.  masukkan  air kacau  sehingga  mendidih.  sila  tambah  air  mengikut  kepekatan  yang  kita  suka.
8. perasakan  sedikit  garam jika  kurang  masin.dan  akhir  sekali  masukkan  susu  kacau  sebati
9.  sedia  untuk digunakan

resepi  ini  tidak   pedas  boleh  ditambah  cili   kicap utk  memedaskannya.


SPAGHETI CENDAWAN TIRAM JY

bahan:

secekak spagheti direbus  bersama  minyak  sehingga  kembang dan  toskan

1  keping dada ayam dipotong  dadu
10 keping cendawan dadu
4 ulas  bawang  putih  diketuk
1/2  labu  bawang  besar  di  dadu kecil
1/2  sudu  teh  lada  hitam  ditumbuk  halus
1 sudu  besar  serbuk  oregano

2  sudu  besar tepung  gandum

1  kiub  ayam
2  cawan  air (ikut  kepekatan kuah  yg  kita  suka)

2  sudu besar  serbuk  cili
1  biji  tomato besar  di  dadu


caranya:
1. tumiskan  bawang  putih  sehingga  kuning
2. maasukkan  isi  ayam sehingga kekuningan
3.masukkan cili  serbuk  kiub  ayam dan sedikit  air kacau  sebati
4. masukkan tomato kiub kacau  sebati
5. masukkan  tepung  gandum  kacau  rata dan  tambah  air secukup pekat
6. beri  sedikit  garam  jika perlu  dan  sedikit  gula sedia  untuk  digunakan

24 September, 2012

445. PASTA DIY

boleh  guna  corak kue  teow  atau  mee
salam buat  semua  pengunjung2  RSJY..

Semenjak  2   hari  lepas  UPDATE  BLOG telah  bertukar  ke  alam  baru..  maka  ilahjy  terkial2  nak  melaksanakan  tugas  ditempat  terbaru  ini..rasa  tak  puas  hati  dgn  tepat  baru..apa  nak buat  bukan hak  milik kita   BLOG  Ni.. kena  lah  terima  apa  juga  yg  diberi... maaflah  jika  terkurang  apa2  disini

semalam 23  set 2012  ilahjy  telah  masuk  ke  fB kongsi  resepi..sekali  terpandang  salah  sorang  rakan  mempamirkan  hasil  kerja  tangan  nya  ... terus  ilahjy  minta  izin  resepi utk  dicuba....maka  malam  tadi  bersama  anak  ke 2  shafiqah..ilahjy  meneruskan  misi  ini...  tapi  kena  ubah  suai  sikit bahannya  kerana  terlalu  lembek..  biasalah..  apa  jua  resepi  kalu  rasa  kurang  menjadi  kena  pandai2  kita mengolahnya.. jgn  salahkan  resepi..  kadang2  kandungan  cecair  dan  bahan  kering  tak  sama...

 apapun misi  ini  telah  berjaya dan  pagi  tadi  24 sept  2012  kami  sekeluarga  telah  dapat  bersarapan  dgn  sphagethi  buatan  sendiri  walaupun  tak  sama yg  beli  dari  obesee tuuu tapi  yang  nyata   puas  hati...

skill  membuat  mee  laksa  dan  kue  teow  ilahjy telah  hilang,  sejak  resepi2  berkenaan  dibuang  oleh  arwah  atok  yg  tak  tahu  menahu...dia  kemas  bilik  ilahjy  habis  dikemasnya  huhuhuu..  itu  kisah  umur  ku  belasan  tahun  dulu...   masa  cuti SPM  ILAHJY pergi  belajar dgn  mak  long cara2  membuat makanan  tu..  resepi  sekarang  mana  nak  sama  dgn  resepi ilahjy  dulu..huhuhuuu  apa  nak  buat .

mesin  membuat  mee  ni  pula  dihadiahkan  oleh  BAKAT  PASUKAN  25  MELAYU  DI  TAPAH PERAK..  dah  berzaman  tak digunakan,  anak yg ke  3  dah  berusia  18 tahun  begitulah  lamanya mesin  itu....

alhmdulillah  hari   ni  anak  no  2  dah  pandai  memainkan  skill  membuatnya... tahniah  piqa !!!!

meh   kita  lihat  resepi  olahan  ilahjy

bahan:

2  cawan  tepung  gandum
3  biji  telur  ayam
sedikit  garam

caranya:

1.masukkan  kesemua  bahan  ke  dalam  BM  dan  aduna  sehingga  tak  melekat  ditangan.
lebih  kurang  macam  buat  karipap.kalau  kurang  tepung  sila  tambah ya...
2.gunakan  mesin  mee  pasang  no  5 teruskan  mengelek sehingga  3,4  kali  ulangan.
masukkan  ke  dalam  bahagian  mata pemotong  mee.
***semasa masukkan  ke  dalam  mata2  mesin  itu  tepung  mesin  disapu  tepung yg  agak  byk
supaya  tidak  melekat.***
3.panaskan  air  dalam  periuk bersama minyak  masak  yg  secukupnya  sehingga  mendidih.
4.masukkan  adunan  tadi kacau2  dgn  senduk setelah terapung  toskan.
 terus  masukan  ke  dalam bekas  berisi air  sejuk
5.toskan  lagi  sekali.  masukkan  ke  dalam  bekas  dan  gaul   bersama  minyak  masak supaya  tak  melekat.
6.celur  lagi  sekali  untuk  di makan  bersama  kuahnya.

selamat  mencuba

28 July, 2011

339. TALAM NANGKA MADU DAN MACARONI KERUTUB CAJUN

salam pada semua pengunjung resepi sumbangan JY sekelian tak kira yg setia masuk, yg singgah lalu, yg kebetulan, yg mencari resepi baru dan sebagainya...
masyaAllah dah beberapa hari tak buat N3 baru.. bukan tak berasap dapo tapi ilahjy sakit tekak yg melampauuuu.. dah jumpa puan dok amek ubat hari ni baru ok harap2 sambut posa nanti dah sembuh sepenuhnya...

kenapa tajuk diatas ilah jy taipan..? macamni alkisahnya:
kebetulan malam tadi sahabat lama en hb kusss datang dari Ipoh naik ketapi laju.... atas urusan peribadi... pada mulanya mungkin beliau bermalam disini.. ilah jy sediakan ke dua2 jenis sarapan ini malam tadi.. setelah sajian siap jam 9.30 malam tadi dapat panggilan sahabat en hb kuss dah balik bersama kawannya..
apa nak kata bukan rezekinya.. makan bersarapanlah kami tanpa tetamu itulah sebab2nya... kebetulan hari ni ada jamuan di tasik keramat ...akhir sambutan posa.. maka akan ku bawa ke sanaaa.... resepi akan dimasukkan selepas ilahjy balik dari jamuan di tasik...

MACARONI CAJUN DAN TALAM NANGKA
baru nak merasa apa itu CAJUN. nasib baik ada sebotol di gergasi tuu dptlah merasa.. memang enak masakan bila ada perasa ini.. ada kelainannya..cubalah... ilahjy agak ketinggalan sedangkan kawan2 dah lama merasa...

puan cajun berada disisi macaroni kerutub.. sebab apa nama puan kerana dia berada didapo puan... heheheee


talam nangka:sumber rujukan dari sinar kehidupanku adik manis yatie JB
terima kasih resepi ini...duhai ratu talam..emmmm sedapppp lembutttt...gedik2 lagi tauuuu

TALAM NANGKA MADU
(pemberian datuk aminah dan en latif pokok tanam sendiri ni weyyy .t.kasih )
bahan:

bahagian bawah:

1 cawan nangka di cincang dadu
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
3 cawan santan cair ( 1/2 cawan santan kotak + 2 1/2 air)
sedikit garam.

caranya:

campurkan kesemua bahan kecuali nangka.
kacau atas api sehingga pekat. masukkan nangka dadu kacau sebati.
tuangkan dlm kukusan. terlebih dulu sapukan minyak pada loyang panaskan 10 minit baru tuangkan adunan. supaya senang lekang. petua ilahjy.
kukus sehingga kering adunan baru di masukan adunan atas.

bahagian atas:

1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan pekat ( 1 cawan santan kotak + 2 cawan air)
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
pewarna oren campur pewarna kuning serlahkan warna spt digambar....(ilahjy punya akai hehe)

caranya:

campur kesemua bahan kacau atas api sehingga sedikit pekat. kemudian tuangkan ke atas bahan nangka yg telah dicakar dgn garfu terlebih dahulu. kukus selama 20 minit.
sejukan semalaman baru dipotong.



MACARONI KERUTUB CAJUN

bahan: maaf tiada sukatan yg khas... main agak2 jer...rekaan ilah jy sendiri.

3 sudu besar rempah kerutub
2 biji bawang besar
5 ulasa bawang putih
serbuk cajun seperti dalam gambar secukupnya 2 sudu kecil
1 cawan daging cincang
1 cawan santan pekat

3 cawan macaroni rendam rebus dan toskan
( bila kembang macaroni akan jadi separuh dari loyang yg digunakan utk membakar... masa sukat ilah jy terlupa nak guna cawan main tuang dari paket jer...jadi kena agak2 ya..)
6 biji telur dipukul rata
sedikit sos cili
sedikit sos tiram

caranya:

bawang2 ditumis sehingga wangi dan dimasukkan rempah bersama sedikit air setelah pecah minyak masukkan santan bersama daging garam dan serbuk cajun.
setelah mendidih masukkan sos cili dan sos tiram. setelah sedikit kering angkat dan tuangkan ke dalam macaroni yg telah direbus dan ditos terlebih dahulu.
gaul sehingga rata sambil direnjis lagi sekali serbuk cajun dan lada putih...
pukul telur kemudian tuang ke dalamnya dan gaul sebati.
alas loyang tuangkan dan ratakan kemudian bakar 200 darjah selama 30 minit atau sehingga masak.

07 January, 2010

156. PASTA GORENG RINGKAS

aku masak pada 7 jan 2010

dah jemu makan nasi sejak berpantang 2 bulan yg lalu, hari ni aku beranikan diri utk makan benda alah ni... tapi kandungan bahan masakan tetap aku jaga.. terutama bahan yg menambahkan kolestrol dan tiriod... sudah pastinya ringkas dan berkahsiat..

bahan:

spirals direndam dan direbuskan dan toskan.
sedikit isi ayam tanpa kulit ditumiskan bersama bawang2 merah dan bawang putih
dgn minyak mazola sehingga wangi dan garing.
masukan sedikit air, rempah soto, daun bay, serbuk oregano dan daun rempah juga sedikit sayuran, dan juga spirals... goreng sehingga air nya kering dan tambahkan garam dan perisa utk sedapkannya..

dah siap..mudah je kan?? tak makan nasi la hari ni.. setiap pagi aku berjoging...tenaga dah byk dibuang kena tambah semula dgn mknan yg berkhasiat tanpa lemak dan sbgnya..aku dah serik....

25 December, 2008

13. SPAGETHI RINGKAS




CONTOH YG KU MAKAN DI PIZZA...BARU2 NI
BAHAN2NYA:

SPAGETHI SECUKUPNYA DI RENDAM SEKETIKA DAN DI REBUS BERSAMA SEDIKIT MARJERIN. SEHINGGA KEMBANG DAN TOSKAN.

CILI KERING DI MESIN BERSAMA BAWANG DAN TUMIS BERSAMA BUTTER.

MASUKAN SEDIKIT SERBUK SUP MASAK SEHINGGA PECAH MINYAK. KALU SUKA BOLEH DIMASUKAN JUGA SOS YG SEDIA ADA DISUPERMARKET,TERPULANG KPD SELERA ANDA.

MASUKAN DAGING DAN UDANG SOTONG DLL IKUT KEGEMARAN ANDA.
MASAK SEHINGGA EMPUK.

MASUKKAN SEDIKT SOS TIRAM DAN BAHAN PERASA SEPERTI DAUN BASLI BELI DR SUPERMARKET..

JADIKAN SOS INI BERKUAH SEDIKIT SETELAH ITU BARU MASUKAN KE DLM SPAGETHI BILA HENDAK MAKAN. RENJISKAN DGN KEJU PARUT..