terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label KERABU. Show all posts
Showing posts with label KERABU. Show all posts

29 March, 2024

1309. KERABU PERUT LEMBU

Perut ni adalah hasil daripada daging korban.
Biasalah menunggu draf ikut giliran maka lambatlah resepi ini dipostingkan.
Bahan2nya boleh nampak dlm bekas dgn jelas.
Ilahjy bukan pandai pun buat kerabu tak sedap mcm arwah tok buat. Segan nk turunkan disini. Kalian lagi pandai dariku. 










Bahannya:
Bawang merah
Serai
Lengkuas
Cili merah
Cili padi
 
Blend sampai halus.
Blend juga kelapa goreng.

Campurkan beras sangai yg telah dimesin halus
Santan pekat secukupnya
Garam dan gula

Gaulkan perut lembu dan perahkan asam limau
Taburkan potongan cili merah dan bawang besar yg dimayang halus. 



 

26 May, 2023

1232. KERABU KERANG AZ

 


Bahannya:

Isi kerang secukupnya
Ilahjy malas nk kopek
Ini pun dah cukup sedap

Bahan mesin halus:

Cili padi
Cili merah
Bawang putih
Jus limau kasturi
Kulit limau kasturi
Daun dan akar ketumbar
Daun ketumbar jawa

Sos ikan
Gula garam

Bahan hiasan lain:

Kacang panjang
Taugeh
Cili merah mayang
Tomato dipotong nipis

Caranya:

Campurkan kesemua bahan ke dalam isi kerang
Gaul rata rasa kan bahasa seimbangkan.
Bahan mesin tak perlu dimasak ye.

10 November, 2021

1157. PUCUK UBI GORENG PECAL


Bahannya:

1 mangkuk kecil pucuk ubi celur dan potong

3 biji cili padi yg jenis pedas tu
Beberapa ketul isi ubi cekur
Tumbuk sehingga lumat

Bawang besar dimayang
Cili merah dimayang

1/2 kiub ikan bilis jika suka boleh gantikan sejemput ikan bilis

Satu sudu besar pati santan

3 sudu besar kacang tanah mesin

Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.
Masukan hirisan2 bwng dan cili
Masukkan air sedikit dan pucuk ubi
Kacau sampai semua sebati.
Akhir baru masukan  santan dan kacang tanah.
Rasalah garamnya jika guna kiub tak yah garam.

04 November, 2021

1155. KERABU DAUN MENGKUDU TAUGEH BELIMBING BULUH

Pernah makan kerabu daun mengkudu? Sapa yg suka pahit2 lemak ajoommm kita

Bahannya:

Daun mengkudu dicelur dan potong kecil
1/2 cawan Taugeh,
3 biji hirisan buah belimbing buluh

Bahan mesin halus:

Cili besar
Cili padi
Belacan
1 batang serai
1ketul lengkuas muda
Sedikit bawang besar

Kesemua bahan digaul rata. Rasa masam masin manisnya.

05 January, 2021

1127. KERABU PERUT BERCEKUR


Bahannya

Perut dipotong nipis
Cili merah
Cili padi
Kelapa parut muda
Bawang
Serai
Sedikit ubi cekur
Daun cekur potong halus
Jus limau 
Garam
Gula

Caranya:

Semua bahan dimesin halus
Gaul sehingga sebati rasa asam masin manisnya 



18 April, 2020

1071. KERABU MANGGA MUDA

Bahannya:

4 biji mangga muda dibuang kulit
Cincing dgn pisau atau parut dgn pemarut
Segenggam ikan bilis digoreng garing
Cili padi dan cili merah dimayang
Bawang besar dipotong nipis
Sekuntum bunga kantan dihiris halus
Garam dan sedikit gula

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati




28 January, 2020

1057. KERABU TOMATO SOS THAI JY

Bahannya:
Sedikit nanas dipotong nipis2
Tomato dipotong nipis
Bawang besar dimayang nipis
Cili padi secukup pedas;
Garam
Sedikit sos thai

Caranya:

Semua bahan dimayang nipis
Gaulkan dengan garam. Lepas tuu camporkan sos thailand

28 September, 2019

1034. KERABU SOTONG


Bahannya:
2 ekor sotong besar di rebus sekejap
1 biji mangga muda diparut halus
1/2 biji bawang besar dimayang nipis
Cili merah dan cili padi
Sedikit belacan
Garam
Sedikit gula jika perlu


Caranya:

Campurkan kesemua bahan
Dengan sedikit air panas
Gaul sebati.

02 October, 2018

961. KERABU BEBUAS DGN TOGE





Pernah makan ulam bebuas? Jadikan ia kerabu seperti kerabu yang lain. Bahan sama je. Cuma beza daun bebuas ilahjy jadikan kerabu. Ada rasa pahit sikit je. Berbanding pucuk betik dan bunga betik lagi pahit drp bebuas. 

07 February, 2018

918. KERABU KACANG BOTOR TANAM SENDIRI DGN KETAM


Kerabu ni senang sahaja.
Sediakan sambal belacan, tambah kerisik, bawang mayang , cili besar mayang, cili padi potong kecil2. Air asam limau sedikit gula dan hirisan ketam yg dicelur dahulu.
Gaul semua rasa seimbangkan masam manis.



23 January, 2018

914. KERABU MANGGA PAUH DGN CRAB



Bahan sambal

Cili merah 3 biji
5,6 biji cili padi  ikut pedas
Sedikit belacan
3 btg serai di mayang halus
Gula dan garam secukup rasa

Blend sehingga halus gaul kan ke dalam 3 biji mangga pauh yg disagat halus, rasa biar seimbang. 
Isi ketam dicelur dan dipotong serong,
Ciling merah dimayang halus,
Bawang besar dipotong nipis.
Gaulkan sebati kesemua bahan. 


08 January, 2017

873. KERABU PERUT TAUGEH CARA JY



Resepi Kerabu Perut Cara Ilahjy

Bahan2:

1 mangkuk kecil perut di potong kecil
1 mangkuk kecil taugeh dicelur
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili besar dimayang
1 cawan kelapa digoreng kekuningan blend halus *bukan kerisik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan sambal belacan
2 helai daun cekur dimayang halus
1 ketul isi cekur di mesin bersama sambal belacan
2 biji limau kasturi amek jusnya
Garam gula

 Gaul kesemua bahan sehingga sebati
 seimbangkan rasanya.

26 December, 2016

865. KERABU JANGGUIH MERAH




Pernah makan kerabu Buah janggus aka gajus aka ketereh?
Arwah nenek ilahjy potong buah gajus nipis2 kemudian diperahnya buah itu supaya semua air nya keluar bagi menggelakkan batuk atau gatal2 tekak bagi yang alah kepada buah ini.

Bahan2nya:

Buah gajus di potong nipis dan diperah buang airnya
Bawang besar di mayang nipis
Cili merah dipotong nipis
Cili padi di mayang halus
Sedikit belacan 
Sedikit garam 
Sedikit gula

Caranya:

Gaul kesemua bahan sehingga sebati 
Lepas tu baru masukan buah gajus dan gaul sebati rasakan garam dan gulanya. 
Sedia untuk dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.











05 May, 2014

628. KERABU MANGGA YG MUDAH

Kerja paling mudah dengan kerabu mangga.
Buatkan sambal belacan gaulkan dah siap. Parutan mangga direndam dgn garam dan diperah air masamnya.



14 March, 2014

579. KERABU KERANG TAUGEH BERSANTAN

Pestime seumo hidup sejak berkahwin 26thn.. ilahjy mencuba membuat kerabu tinggalan nenek ku tersayang.. nasib tak berapa baik tak sempat belajar kerabu dr nenek. Hari ini ilahjy cuba utk mengabungkan kesemua bahan ikut tekak sendiri...alhamdulillah menjadi dan kena dgn tekak ni..


Bahan2nya:

2 cawan Kerang rebus
2 cawan taugeh segar
1/2 cawan kelapa parut di goreng keperangan
1/4 cawan kelapa putih di blend dgn 1/4 cawan air
Hirisan daun kunyit
Bawang besar mayang
Cili padi, cili merah, cili hijau  kesemua dimayang halus
Garam dan gula 
Jus limau nipis secukup masam

 Bahan di blend halus:

3 btg serai dimayang
1 keping halia
1 keping lengkuas

 Sambal belacan 

Kalau guna cili hijau akan jadi mcm diatas
Jika guna cili merah kerabu jadi merah la.

Caranya :

 Gaulkan kesemua bahan2 satu persatu supaya mesra serata 
Rasa masam masin manisnya.

13 December, 2011

374. URAP BEREMI

inilah rupanya beremi sama dengan pokok bunga kembang 10 pagi... jgn salah beli..
Ahad 11 dis 2011 dlm perjalan pulang ke KL dari melaka kami berhenti di Bukit tembakau tempat kraftangan dijual... sebelah jalan nun ada dijual kupang segar sekilo 6rm..setelah ditimbang kupang, ilahjy terpandang sayuran ini...BEREMI namanya.. sayuran ini hampir kepupusan krn ia hidup di sawah bendang... sekilo 10rm. ilahjy beli cuma 5rm sahaja.

malam tadi terus dibuat urapa kegemaran en hb... serba ringkas masak separuh sahaja... ada berbaki lagi utk hari esok pula... sapa2 belum pernah makan dan merasa beremi?
selalu kita guna daun selom utk buat urap..tapi daun beremi ni agak pahit dan liat2 sikit maka ada lah keenakannya semasa kunyahan dilakukan... hehehehee... nanti ilahjy amek gambar daun segar... terlupa la pula...supaya kalian akan kenal..daunnya seakan daun pokok bunga kembang sepuluh pagi....

resepi yang ringkas boleh tahan rasanya:

bawang kecil
ikan bilis
kunyit hidup
sedikit garam
sedikit kelapa muda parut

blend sehingga halus bersama sedikit air.
panaskan atas kuali sehingga wangi masukkan kelapa muda parut
kacau sehingga bangkit wangi baru dimasukkan sayur beremi yg dipotong pendek.
kacau sentiasa sehingga layu.

04 November, 2011

368. KERABU SOTONG


kuih bakar jagung petang semalam terluper nak buat N3.. hukhukkk

edisi menghabiskan stok sebelum pulang ke melaka

setiap hari jumaat en hb mesti balik makan kat rumah. berbeza hari2 sebelumnya.. kami hanya makan malam bersama2 sekeluarga..kerana waktu malam lah semua berkumpul, 6 org semuanya.

kebetulan hari ni merupakan hari utk menghabiskan stok dlm esbok tuuu maka byk juga lah menu hari ni.. meriah2...
contoh kerabu sotong 1 malaysia niee... sebab apa ilahjy namakan 1 malaysia? kerana byk juga kwn2 sotong dalam kerabu ni... dan sebab itu juga ada bendera malaysia..hasil dari pemberian hari kemerdekaan ke 53 tahun lepas kami sama2 sambut di stadium bkt jalil...meriah seronok dan dpt bendera saiz 2 kali A4.. besar juga tuu...

KERABU SOTONG 1 MALAYSIA resepi ilahjy

bahan:

2 ekor sotong saiz besar sejengkal jari hantu..emmm pjgnya potong bulat2 nipis.

panaskan air dalam 1/4 cawan sehingga mendidih masukkan sotong itu sebentar sahaja, dlm 2 minit.toskan.

air sotong digunakan utk merebus belacan dlm saiz ibu jari sehingga mendidih sekali lagi.hancurkan belacan guna sudu. air belacan digunakan kesemuanya dalam kerabu ini.

2 biji buah tomato di potong nipis2
2 biji cili besar di potong bulat2 nipis
2 biji limau kasturi amek airnya
5 biji cili padi /ikut pedas di potong serong2
kulit limau kasturi di potong nipis2
1 biji bawang besar di mayang nipis2
1 potong nanas muda di potong baji nipis2
garam secukup rasa

campurkan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk gaul rata dengan sudu rasalah asam dan garamnya.

selamat mencuba......

19 November, 2010

249. kerabu mangga epal dan ketam stick

masak lunch 19 nov 2010

salam jumaat penghulu segala hari buat kalian semua
hari ni ilah jy buat kerabu mangga epal bersama encik crab stick... ku curikk dari geng sponge box...heheee

mangga epal diambil semasa balik melaka minggu lepas. pokok belakang umah pak mentua .. betul2 kat tingkap bilik tido ilah jy... hari ni baru sempat buat kerabu... kerabu yg senang tak moo boh bawang tak sedapppp... gaul dlm sambal belacan je...layanzzzz...senang jerrr... parut guna mata yg paling halus supaya senang nak kunyah..hikhikkk ngalahkan nenek..
***encik crab tu kasi celur dlm air mendidih kemudian potong bulat2...

08 June, 2010

205. kerabu pasta..iyeekee...


lunch merangkap sarapan 8 jun 2010

ahaksss... hari nie malas nye nak masak nasi... ajak anak2 buat pasta nie..tak goreng punggg cuma gaul2 jer.. macam kerabu...resepi nie aku dapat dari sorang akak di tasik.. tapi aku banyak dah ubah ikut citarasa sendiri... senang jer mungkin kalian pun pernah buat...

kesemua bahan2 direbus dan ditoskan dan digaul dalam sebuah mangkuk yg bersih jagalah kebersihannya sebab kita tak masak dah lepas nie..

pasta
udang besauuu
kerang
fish ball
sayuran berbagai2 ikut selera kita
perasa daun2 bay pasli
buah tomato dadu
cili padi dadu
minyak zaitun
garam
lada sulah
lada hitam
sos salad 2 jenis aku campurkan biar meriah rasa

tu jer paling sedap kalau ada cili padi kicap cair fulamak terangkat biji mata kepedasan..hahaha..