terima kasih kerana sudi ikut kusss

Nuffnang 2018

IKLAN KE3 -ILAHJY

RESEPI SUMBANGAN JY

sahabat yg rajen bicara

Related Posts with Thumbnails

AMARAN KEPADA YANG SUKA AMBIL GAMBAR DARI BLOG INI.

SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA.

SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA
PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG.

ilah1908@gmail.com

jika ingkar boleh dikenakan tindakan....
Terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemilik gambar2 blog ini dijadikan miliknya. Ditepek ke fb beliau.

***SEGALA GAMBAR DLM BLOG INI ADALAH HAK PERSENDIRIAN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGAMBILNYA UTK DIKOMERSIALKAN DLM MANA2 PERCETAKAN, DALAM FB DAN BLOG MASING2 TANPA IZIN PEMILIKNYA. HARAP MAKLUM***

TERKINI 9 JULAI 2012.. MASIH ADA LAGI PIHAK YG SUKA AMBIL GAMBAR DAN RESEPI DIMUAT DLM LAMAN FB MEREKA TANPA MENYATAKAN HAK PERIBADI KAMI... TOLONG FAHAM YA ETIKA GMM...***

RAYA 2012 19 OGOS-ilahjy bersama 4 daranya

RAYA 2012 19  OGOS-ilahjy bersama  4  daranya
ILAHJY BERSAMA 4 DARA

KUNJUNGAN KE RSJY SELAMA 2008-2013

SYUKUR WALAUPUN BLOG MASAKAN INI BUKAN BLOG FEBRATE* ORANG RAMAI TAPI DALAM USIA 6 TAHUN INILAH JUMLAH KUNJUNGAN TETAMU RSJY.. TANPA KALIAN SIAPA LAH ILAHJY TERIMA KASIH YA.. SILA DATANG LAGI
pengunjung RSJY BAKAL sudah jejak 1 JUTA..

Pageviews today

823
Pageviews yesterday
724
Pageviews last month
24,329
Pageviews all time history
1,369,428
Terkini 18 mac 2014 blog ini bakal memasuki usia 6 thn.

hari ini 7 feb 2017

Pageviews today
13
Pageviews yesterday
180
Pageviews last month
7,516
Pageviews all time history
1,899,262
Followers








Showing posts with label Goreng. Show all posts
Showing posts with label Goreng. Show all posts

17 March, 2017

894 KERIA SIRA GULA PERANG



RESEPI PETUA RAHSIA JY
1 senduk gula perang
1/2 senduk gula pasir
sedikit garam
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak

panaskan kuali bekas goreng keria
masukan kesemua bahan
masak sehingga gula berbuih dan menjadi likat
masak gula hendaklah lama dlm 30mt bagi memastikan gula cantik seperti dalam gambar
tarik gula ketebing kuali
jika gula mulai kering masukan keria
gaul dengan segera api kecil
bila bersalut padamkan api terus mengoreng
sehingga gula kering bersalut rata.
sila pastikan kepingan2 keria terpisah kesemuanya.
jika tak menjaďi sila ubah suai resepi

12 October, 2015

772. CUCUR KERIA UNGU







ini adalah hasil daripada ubi keledek ungu, jomm kita lihat apa hasilnya.

12 August, 2015

759. CUCUQ BADAK

Seumur hidup inilah kuih pertama kali ku cuba buat. Tahniah untuk diri sendiri. Resepi main hentam jee





Bahannya:

3 ketul ubi keledek saiz kecil
tepung gandum ditambah sehingga boleh dibentuk

Inti kelapa

Buat seperti ditunjuki dalam gambar di atas.
goreng sehingga kekuningan. Boleh letak sekor udang atas doh dan tekan sedikit supaya melekat baru di goreng.

16 February, 2015

713. CUCUR BOOM MANIS

Walaupun rupaku buruk tapi rasaku sedap... hahaha sudah habis baru teringat nak menyenap gambar.. ahaksss ni je laaa yg ada...
Cukup mudah resepinya hanya dengan anggaran sahaja dah boleh jadi macam ni...

Bahannya:

2 cawan tepung gandun
2 sudu kecil yis
2 sudu besar susu pekat manais
2 sudu besar gula
Sebiji telur 
Air secukupnya selembut membuat cucur ikan bilis

Caranya:

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
Perap naik 2 kali ganda
Panaskan minyak dan jemput bulat2 dan goreng sehingga kekuningan.


02 December, 2014

682. KARIPAP PUSING RANGGUP GEBU

Karipap pusing ni ada 2 bentuk. 1 lapisannya terbuka yg menjadi kegemaran orang ramai. Tapi ilahjy suka yg ni. Tutup rapat..tak terngangaaa ..inti tersimpan molek di dalamnya.. ada cara untuk tujuan2 itu.. inilah rahsia ilahjy cipta sendiri.... 
Resepi dah ada di n3 lama sila  scroool... hihi




07 May, 2014

631. KARIPAP PUSING KENTANG IKAN BILIS DAN SARDIN

Karipap ini ranggup,berderai,lembut dan cair dalam mulut 
Resepi sudah pasti sendiri punya, satu demi satu ujikaji sejak 1999 lagi. Kalau kalian hendak lihat resepi yg lama sila cari label kuih. Apapun ilah akan betikan juga resepi anggarannya bersama sedikit petua.



 

Bahan2nya: ada 2 adunan dalam dan luar
Sila pastikan bahan luar melebihi sekali ganda drpd bahan dalam.
Kerana yg luar perlu membendung yang dalam dan menghasikan lapisan lingkaran yg sedikit lebar daripada kebiasaan org lain buat.

Perhatian karipap pusing ilahjy suka lapisan nya melekap antara satu sama lain. Yakni tidak terbuka @terngangga bila digoreng. Bagi ilahjy ia agak kemas drpd yg terbuka dan nmpk isinya. Maaflah kpd yg berbeza pendapat. Itu hak masing2 kan. Jika suka sila ikut, jika tidak ignore..

Terlebih dulu mohon maaf jika sukatan ini main agak2 je semoga jadi panduan pd kalian. Kita kena rajin mencubai setiap kuih yg kita minat tanpa runggutan dan serba tak kena. Niat mau ada...

Okies mari kita lihat panduan2nya:

BAHAN ADUNAN DALAM, SEPARUH DARIPADA BAHAN LUARNYA:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin setakat boleh mengepalkan adunan menjadi ketulan
1/4 cawan air ais setakat boleh membantu mengepalkan adunan disamping marjerin tadi, dulu ilahjy guna 2 sudu je sekarang lebih sedikit untuk meranggup kulit karipap ranggup tapi lembut dan melekap lapisannya tanpa terbuka.

Caranya ramas marjerin dgn tepung sehingga basah. Jika tidak basah tambah lagi marjerin. Kemudian masukan air, sedikit2 sehingga  boleh di kepal2kan membentuk doh bulat.

Ilahjy buat doh dalam ini sebesar ping pong
Nanti doh luar sebesar bola golf itulah lebih kurangnya.

Saiz ini mendapat 5,6 keping kulit karipap. Jika doh itu besar maka 7,8 keping boleh dapat.. terpulang pada saiz kulit yg kalian suka. Ilahjy suka saiz karipap 2x gigit dah habis. Maksudnya saiz s.

Bila doh dah siap bulat2kan baru sediakan doh luar. Masa ni kita dah boleh agak berapa byk tepung utk adunan luar.


Bahan luar:

2 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak masak dan Marjerin sama banyak lebih kurang 1/2 cawan campuran bila dah cair.
Air ais secukup lembut untuk mengulinya

Caranya:

Panaskan kedua2 bahan dgn garam dalam periuk sehingga cair
Lubangkan tepung gandum, masukan adunan panas tadi kacau dengan senduk sehingga sebati. Kemudian masukan air terus diadun dan uli sehingga sebati.
Bentukan ketulan besar daripada adunan dalam. KETULAN DALAM MESTI SAMA BANYAK DENGAN KETULAN LUAR ...contoh 10 lawan 10.

CARA CANTUM BAHAN LUAR DAN DALAM:

1.Leperkan doh luar. Masukan doh dalam
2. Gelek sehingga leper dan sederhana nipis
3. Gulung doh, kemudian leperkan lagi sekali senipis macam mula2 tadi.
4. Gulung untuk kali ke2 dan akhir
5. Potong ikut ketebalan yg kita suka
6. Leperkan macam tadi dan masukan inti.

Semasa menggulung adunan sila ketatkan adunan dgn cara menguling2kan adunan berulang2 kali samada nak panjangkan nya atau tidak. Lepas tu hentakkan hujung2 adunan supaya sama.


Harap membantu kalian. Mohon maaf sebab sukatan main agak2 jeee...


26 April, 2014

621. CAKOI CARA JY

Salam sejahtera...
Resepi cakoi ini adalah dari hasil ciptaan sendiri..
Diharap akan menepati citarasa yang akan mencubanya.
Tak banyak kerenah kalu terlebih lembut  atau sedikit keras, masuk dalam kuali goreng insyllah menjadi juga. Cum isi padu cakoi agak berbeza lah... ad yg berongga2 ada yang padat mcm donut. Jadi buat cakoi ni ikut selra kita adunan mana yg lebih kita sukai.. ilahjy suka yang berongga, ranggup diluar dan lembut di dalam. Yaaa inilah adunannya.... kalau buat tk menjadi kena lah cuba laa yee.. entah lah setiap kali tangan ini mengadun ikut geraak hati dan niat ..pasti menjadi... bukan cakap riak. Tapi semua bergantung pada niat di awal hendak masuk ke dapur..
Hikhikkhikkkk nawaitu mau ada ..amboihhhh macam la dia sorang je ada nawaitu..


Resepi hari pertama sila lihat perbezaan bahan yang ilahjy gunakan


Resepi kali ke2 pertukaran beberapa bahan. Tak menjadi masalah cantik juga hasilnya.


Resepi yg bawah ni.. ilahjy buat hari ke2...

Ilahjy tambah:

2 sudu besar buttermilk ( susu campur cuka perap)
2 sudu besar marjerin gantikan minyak masak


Bancuhan memang lembek macam ni
Buat kali ke 2 baru teringat naka amek gambar2 ini


Masukan marjerin teruskan menguli secara menepuk2 adunan.
Sehingga  menjadi licin mcm dibawah baru diperap naik 2 kali ganda


Lepas naik 2 kali ganda kasi tumbuk dan uli sebentar sahaja
Semasa uli jika adunan terlalu melekit sila tambah marjerin sikit2 yeee nanti ia akan menjadi macam ni. Lepas tu baru perap sehingga naik seperti di atas 2 kali ganda


CAKOI GAYA JY:

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar cuka makan
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder
1/4 cawan air ais lembut dari donut adunannya, tambah air jika tak cukup lembut
2 sudu besar minyak masak

Ayak bahan2 kering, buat lubang tengah2 masukan kesemua bahan gaul sebati dan uli sekejap, baru masuk minyak. Uli sehingga tak melekat ditangan adunan mesti lembut sedikit dari donut. Ilahjy menepuk nepuk adunan sebab lembut sangat.... Setiap kali nak gelek adunan kena byk guna tepung.

Perap doh 2 x naik baru buang angin dan uli seketika dan gelek nipis dan potong ikut panjang yg sesuai. Guna copstik celup air, sapu atas adunan dan kembarkan 2 keping menjadi satu... dengan cara menekan sedikit di tengah dan hujung2 adunan tarik  terus masuk dalam minyak panas....Dan goreng sehingga kuning. Makan dgn sos pedas atau manis suka hati

18 April, 2014

613. DONUT UBI KENTANG 2 BIJI TELUR

Tepung ada sedikit tapi nak juga makan donut kentang.. malas nak buka resepi. Apa lagi, tabiat biasa diteruskan. Resepi campak2 ni tetap unggul di hati... tak pernah keciwakan ilahjy. Adunan ini ilahjy bahagi dua dan dijadikan roti bertahta cis, badam, gajus. 1 adunan lagi donut. Ilahjy cuba menggunakan 2 biji telur yg sepatutnya sebiji shj.
Mungkin sebab tu donut ini lembut dari maghrib sampai zohor keesokannya.
Donut masih panas guling dalam gula.. memang cair laaa huhu 

Bahannya campak2:

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis
4 sudu besar gula
2 biji telur
Air ais secukupnya
2 sudu tepung susu
1 sudu teh baking powder
2 biji kentang rebus dilenyek  halus

Caranya:

Campur kesemuanya dalam bm uli sehingga sebati. Keluarkan dek kerana bm meragam, ilahjy uli dengan tangan dalam 20 minit tak perlu anjal. Donut tetap gebus dan mulus.

13 January, 2014

562. BUBUR CHA CHA, JEJEMPUT

Selepas subuh tadi projek bermula tanpa perancangan.
Bubur chacha untuk dibawa ke taman tasik, latihan akhir sempena maulidul rasul esok 14 jan 2014. Jemput2 pedas, jagung kobis berperisa ikan bilis ini untuk sarapan kami sekeluarga.
Ke dua2 menu ada mengandungi jagung yg dibeli dari kuala selangor seminggu lepas... kg sg haji dorani. Semasa percutian kami sekeluarga di sekinchan resort.

Labu, jagung, sagu, sekoteng, gula apong, gula pasir dan santan

Cili besar, cili padi, ikan bilis, bawang besar, telur, garam
Dimesin halus bersama air

Tepung gandum ayak dengan soda baikabonat, kobis diracik halus,
Bancuh sebati campur sedikit minyak panas. 
Sedia untuk digoreng.

21 December, 2013

557. KARIPAP PUSAR INTI PERISA IKAN BILIS

Inti kentang, karot dan ikan bilis menjadi pilihan
Kerana ia lebih enak. Tambahan kari yg agak pedas membangkitkan selera utk makan sebiji demi sebiji tanpa sedar habis sepiring.
Kulit tepung yg ranggup dan lembut.
Entah apa yg terkurang akibat resepi dah lama tak buat hasil agakkan saja, kulit yg sepatutnya lembut gebusss berderai bila makan, tak menjadi seperti selalu buat dulu.. tapi hasil ini dah biasa org jual dipasaran.
Cuma ilahjy pantang tok nenek jika karipap pusar ini terbuka bila digoreng.
Tengok hasilnya, kulitnya tak merekah.. the bestttttssss... selera i laaaa






17 December, 2013

555. DONAT LABU ILAHJY SEGAR DARI LADANG SERKAM

Hati mana tak girang. Hasil tanaman berbulan2 di ladang serkam
Akhirnya berbuah sebegini besar.
3Minggu lepas upah mesin rumput di ladang. Hasilnya labu yang masih muda
Jadi sasaran mata mesin.. dapat pungut 6 biji buah yg masih dara sunti. 
Minggu ini balik sekali lagi kemas2 kebun sekali terpandang 2 biji labu saiz giant ini dibawah reputan rumput.. apa lagi melompat kegirangan ilahjy... penat berbaloi2


Kedua2 4 kilo sapa sangka? Kat pasaran tak de pun saiz besar giler nie
Yang bawah ni di pungut 3 minggu lepas... dara sunti.. tertinggal 2 hiji yg besar gilerr tu


Bayangkan saiz cawan kopi tuuu

27 November, 2013

549. JEJEMPUT IKAN BILIS

CUCUR YANG PALING SENANG JIKA TAK ADA IDEA NAK MASAK SARAPAN PAGI


Resepi sumber ilham rasa tekak ilahjy  sendiri:

Bahan:
2,3 cawan tepung gandum
Hirisan daun kucai
Parutan karot
Hirisan kubis putih

Bahan utk dikisar halus:
1/4 cawan ikan bilis
1 biji telur
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup 
2 sudu besar cili mesin
4,5 biji cili padi
Sedikit belacan jika suka
Garam 
Air secukupnya..

Kisar semua sehingga halus dan tuangkan ke dalam campuran tepung2
Kacau sebati. Jangan terlalu pekat nanti keras.. sedikit cair supaya cucur akan ranggup nanti.... panaskan minyak dlm kuali. Amhil 2 sudu besar minyak dan tuang ke dalam adunan dan kacau sebati. Teruskan mengoreng sehingga garing. Sedua utk dimakan dgn apa2 juga soss



16 August, 2012

437. IFTAR 26 KUIH KERIA LEMAK MANIS

GABUNGAN 2 WAJAH YANG MENAWAN HATI..
minta jauh penyakit kencing manis dah la hehehe
hasilan dari saduran gula melaka....

wahhhh kali nie menjadi pula gula2 permata itussss...bangga nyaaa..

Salam sejahtera... hari ni dah pun masuk hari ke 27 kita berpuasa.. tik tok tik tok dah sampai ke kemuncaknya... menu utk berbuka petang semalam a.k.a untuk dibawa ke surau kat bawah tuuu sempena majlis khatam quran ialah kuih keria lemak manis...hasil olahan ilahjy, kerana ilah jy tak berapa suka makan kuih keria sebenarnya.. hehehee

bila dah ditambah pati santan wahhh sedap ooooo en hb boleh habiskan 5 ketul tauuu.. tambah2 pula yg disira gula melaka tuuu ... keluarga en hb memang suka buat sira gula merah atau gula melaka dari gula putih... tapi hari nie menjadi2 pula ilahjy buat..selalu tu kalu buat siraan itu pasti kerassss atau lembek tak keras langsung...

resepi nie ilahjy buat main agak2 juga... nak masukkkan disini sebagai rujukan sendiri sahaja... kalu kalian buat tak menjadi jgn marah yaaa..

bahan:

ubi keledek kuning direbus dan lenyekkan
tepung gandum dicampur sehingga boleh dibentukan.
pati santan kara
sedikit garam

dalam bekas keledek, campurkan santan , garam gaul sehingga sebati.
ayak tepung dan terus masukk ke dalam keledek dan uli sampai terbentuk ketulan yg lembut. bulatkan dan lubangkan seperti donat.
goreng dalam minyak yang tenggelam sehingga kekuningan. toskan.

anggaran sukatan: bergantung pada kesukaan masing2 nak lebih rasa keledek atau tepung.
4 cawan keledek lenyek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan pati santan kara


bahan gula

2 cawan gula pasir
1/4 cawan air

basahkan keliling kuali dengan minyak, supaya kuih tak melekat ketika siraan dibuat.
dalam kuali tadi, buangkan minyak sehingga tinggal 3 sudu besar sahaja.
masukkan gula pasir dan air, masak sehingga mendidih dan pekat seakan2 hampir berketul semula..
padamkan api masukan keria goreng tadi, gaul sehingga gula tadi kering dan melekat di keria...

kalau nak buat gula melaka pula cuma tambahkan gula melaka 1 ketul ke dalam adunan gula tadi... gula melaka bukan manis sangat....


16 January, 2011

264. donat keledek

goreng petang 16 jan 2011.. gebusss takkk??? dah mcm tuan yg buat..hahaa

1 adunan sekali rappp 24 biji.. tah berapa kg tepung tapi 1/2 kg jer kot...

selamat petanggggg cik guuuuu!!! aaikkk cik gu mana pula ni? ya laa yg ajar kita masak2 ni semuanya berpangkat cik gu laaa kawan2.... kalau nak tauuu... tapi depa pakat bagi nama baruuu chef..hikhikhikkk....

petang ni 16 jan 2011 bersamaan hari keputeraan kebawah dulu tuanku sultan kedah... daulat tuanku 3 x... kedah jer cuti ..ilahjy nak amek berkat sebab anak kelahiran kedah..megah jadi rakyat kedah wpun dah merantauuu...bakal menetap terus di negeri hang tuah.. bukan negeri hang hang aku aku... hehe..ada 1 ceta depa kata nama hang tuah dpt masa di kedah ..tah la tak berapa nak ingat ceta tu..baca kat email jer ni...

patah mai balik ke alam masakan yaaa... petang ni anak bongsu si 13 thn tuuu nur liyana minta mama buat donat..berbulan dah tak buat... dia dah meracauuu cauu cincauuu dah tuuu.. walapun kakak piqa masak kek batik lagi dia tak mauu nak juga doooonaaat!!! chewah mama dia dgn senang hati p ke dapo sambil2 nyibuk dgn piqa amek la sebiji keledek dlm aisbox dah 2 minggu kot beli nak buat karipap..dek kerana malas tak jadi2. nampak dah uzur.. terus rebus dan tumbuk2 separuh hancur campur dalam adunan donat...
memang hasilnya amat gebussssss makan pula dgn sos kastard lebihan makan dgn kek hana tuuu..tapi ilah jy masak semula tambah serbuk koko.. apa lagi hanyuttttt petang ni 3 biji ilah jy tibaiii. besar2 gedabakkkk penuh 1 tapak tangan ...amek kauuuu sbb nak cepat goreng... hahahaa..

jom layan gambar resepi senang jer ilah jy bab buat donat mmg tak de resepi main campak2 jer dlm besen...uli takat mamapu jer..