Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Santapan Rohani

#FindMiracleInEverydaysLife

Rezeki tak di sangka-sangka...  Hari ni ada visit by VIP from the shareholder company. Macam biasa, kena pakai uniform. So hari ni decide nak pakai seluar color hitam i yg dah lama x dipakai. Masa meeting, tetiba rasa ada kertas dalam poket seluar. Seluk poket n..... MasyaAllah... Subhanallah... Sayang sungguh Allah pada i... Diberi rezeki tambahan. Mungkin dulu Allah gerakkn hati i nak simpan duit ni dlm poket seluar tu and forgot about it, supaya i dapat duit tu hari ni, utk belanja raya... Alhamdulillah.... Maka nikmat Tuhan mu yg manakah yg kamu dustakan...😭😭😭

Sumpah Iblis

'Dia' memang tak akan senang duduk kalau kita jadi hamba Allah yg taat. 'Dia' akan sentiasa menggoda kita supaya ikut jejaknya menjadi kufur. Kerana, 'Dia' sudah bersumpah akan menyesatkan anak Adam... Kecuali hamba Allah yg ikhlas... A reminder for us..

Doa

Usai solat maghrib tadi, termenung sejenak. Allah... lelah rasanya... Esok hari terakhir submission Board Paper. Tapi audited account i masih belum finalised... Board meeting is next week! And i was suppose to submit my paper a week before the meeting. Dah 3 kali i tunda tarikh submission. And tomorrow was my last chance. Kalau tidak, bersedialah untuk kena marah dgn Board Members... Serabut otak i mikir... Berat rasa bebanan kerja ni... I have done everything from my part. And now, i just have to wait for the matter to resolve. Terus i baca surah al-insyirah, moga Allah lapangkan hati dan fikiran i. I hayati bait2 ayat surah ini... ada kesenangan dalam kesulitan. Sesungguhnya ada kesenangan dalam kesulitan... dan i panjatkan doa semoga Allah leraikan kesulitan ini... Pasrah... I berserah pada Nya. After isya', dapat message from auditor. He said the outstanding matters dah settled. And the figure can be finalised. He will send the draft tomorrow morning. Subhanallah... Alh...

Apa kamu pilih?

Kalau di beri pilihan... Kamu mahu wang berkepuk?  aku beri.  Tapi syaratnya, kamu tidak akan dapat anak, dan kamu hanya akan hidup berdua dgn pasangan mu sahaja sehingga kamu mati. Kamu mahu? Kalau diberi pilihan... Kamu mahu harta dan segunung intan permata?  aku beri... Tapi syaratnya, kamu tidak akan tahu apa itu rasa bahagia, tenang hati, jiwa dan raga.  Kamu mahu? Jgn banding bahagia orang dgn bahagia diri sendiri... Allah Maha Adil... Rezeki diberikan dalam pelbagai bentuk. Sesuai dgn kehidupan kita, sesuai dgn tanggungjawab kita... Kamu nampak kamu kurang di sini, tapi org lain nampak kamu lebih di sana.  Gembiralah dgn apa yg ada... Sebab bila2 masa nikmat itu boleh ditarik sekelip mata... Alhamdulillah ala kulli hal...

Rezeki dan Tanggungjawab Yang ditunaikan

Rezeki, bukan duit dan wang ringgit je... Rezeki bukan tentang makan dan pakai kita ja... Rezeki tu dalam pelbagai bentuk... Pass exam itu rezeki, anak itu rezeki, hidup bahagia itu rezeki, hidup dalam ketenangan itu juga rezeki. Rezeki ni Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Tak ada yang banyak, tak ada yang sikit...semuanya cukup. Sesuai dgn keadaan kita, sesuai dgn tanggungjawab yg kita tunaikan... Kalau kita banyak memberi, InsyaAllah, Allah akan tambah rezeki kita sebab kita tunaikan tanggungjawab tambah itu (memberi & bersedekah). Kalau kita ramai anak, InsyaAllah, Allah akan beri rezeki tambahan untuk kita, supaya bersesuaian dgn tanggungjawab tambahan kita tu. Kalau kita berusaha, InsyaAllah, rezeki itu akan sampai sebab kita dah tunaikan tanggungjawab kita dgn berusaha mencari rezeki. Jgn runsing soal rezeki, sbb Allah takkan aniaya Hamba Nya... yang penting, kita ada usaha, doa dan tawakkal... Dan ingat, rezeki hanya akan putus, bila kita mati... Salam Juma...

Apa pilihan kamu?

Antara berikut, jika hanya satu yang kamu boleh pilih, apakah yang menjadi pilihan kamu? 1. Rezeki harta yang mewah, wang yang banyak 2. Rezeki anak yg ramai dan comel/cantik belaka 3. Rezeki suami/isteri yang kacak/cantik atau..... 4. Rezeki hati yang tenang... I pilih untuk diberikan rezeki hati yang tenang.... Sebab... Ada rumah besar, kereta besar, wang pun besar.... tak berguna satu sen pun kalau jiwa kacau... Ada anak ramai, tak guna sorang pun kalau anak tu punca hati gundah gulana... Ada suami/isteri kacak/cantik x dapat beri bahagia pun kalau hati sakit dek perangai yg tak tentu hala.... Cer check balik...tenang tak hati kita sekarang? Kalau dah tenang, itulah sebaik-baik rezeki yg Allah kurniakan kepada kita... Hati yang tenang, InshaAllah kita akan bahagia. Jadi, berlapang dada lah dgn semua rezeki yg Allah kurniakan. Sikit atau banyak, sekurang-kurangnya kita masih hidup bahagia... Have a nice weekend :-)

10 malam terakhir

Start mlm ni, dah masuk fasa 10 malam terakhir. Enjin rasa x panas lagi nak sprint di malam2 yg terakhir ni... Ya Allah...berikan aku kekuatan... Sedikit sharing mengenai malam lailatul Qadar: malam yg ditetapkan kelebihannya wakrunya dari selepas azan maghrib sehingga masuk waktu subuh. Dikatakan pada 10 malam terakhir ramadhan. Maka usahalah buru malam lailatul qadar ini... Amalan yg paling baik: mohon pengampunan dari Allah. Ustaz cakap, kadang2 doa x makbul sebab kita ni banyak dosa, dan dosa ni menghijab doa kita. So, sebab tu kena beristighfar dan mohon ampun banyak2... Ustaz ada bgtau cara/amalan untuk mendapatkan cahayamata yg ustaz ada tuliskan di website beliau. You may click this link untuk mengetahui caranya tu. Lagi best kalau dengat ceramah/tazkirah ustaz.  Smg bermanfaat :-)

Rumahtangga Gedung Pahala

Dah 14 Ramadhan... Masya Allah...cepat betul masa berlalu... Dalam sibuk2 sediakan juadah berbuka, sempat jugak la i dgr tazkirah ustaz melalui youtube. Mudahkan sekarang? Pasang tazkirah kat handphone, sambil masak sambil dengar tazkirah. I luv to hear Ustaz Muhammad or lebih dikenali sbg ustaz amin bagi tazkirah. Best sebab ustaz ni selamba and kelakar, but at the same time banyak ilmu yang dia kongsikan. Antara banyak2 ceramah/tazkirah ustaz, i nak share on the above topic. Siapa yg selalu dgr slot pesona d'zahrah kat IKIM mesti dah dengar session ni. Tajuk perkongsian ustaz yg i nak share is on "Pahala 2 Siti". Sedikit points from the topis: Maksud Hadis Nabi S.A.W :  "Tidaklah mana-mana perempuan yang berusaha mendapatkan redha suaminya pada bulan Ramadhan, melainkan baginya pahala ketaatan Siti Maryam dan Siti Asiah" Pengajaran dari 100 kitab mengenai rumahtangga: jangan kita sesekali berputus asa dgn rumahtangga. Sebab rumahtangga ni gedung pah...

Ramadhan Kareem

Assalam untuk semua... Alhamdulillah... Dah nak masuk bulan Ramadhan, bulan maghfirah, bulan yang penuh dengan Rahmat. Marilah kita sama2 berlumba-lumba mengumpul pahala... Umur umat Muhammad tak panjang macam umur umat2 yang terdahulu...Atas Rahmat Allah, dikurniakan malam LailatulQadar, malam yg lebih baik dari seribu bulan. Mudah mudahan dapat kita top up amalan kita. Ramadhan Kareem, ampun maaf dipinta atas salah silap. Semoga Radhan tahun ini membawa Rahmat dan Pengampunan Allah untuk kita semua. Marhaban ya Ramadhan... credit to owner p/s: ustaz pesan masa sesi tazkirah semalam, kalau panjang umur jumpa bulan Ramadhan buat la sujud syukur lepas solat maghrib ni... syukur sebab Allah ketemukan kita dgn bulan di mana amalan menjadi berlipat ganda pahala...

It's Friday - let's read al-Kahfi :-)

credit to the owner... ihsan google

Gerhana Bulan 8 Oktober 2014 dan Solat Sunat Khusuf

Malam ni fenomena gerhana bulan akan berlaku. Ada juga yg panggil fenomena bulan berdarah (coz bulan jadik color merah2 sket... Detail about this fenomena, u all can refer to this link . This year 2 kali dah berlaku...last 15th April and hari ni. Nxt year, on 4th April pulak kalau x silap. Since this is kind of rare occassion, i nak ajak kawan2 solat sunat bersempana dengan gerhana ini. Solat sunat gerhana ni, dikenali sebagai solat sunat khusuf, dikerjakan dengan 2 rakaat yang mengandungi 4 alfatihah, 4 ruku' dan 4 sujud. Cara solat sunat gerhana bulan Setakat ni, InshaAllah, di Negeri Sembilan, Jabatan Mufti NS dah keluarkan pekeliling menggalakkan solat sunat ni dikerjakan di masjid seluruh negeri sembilan. Penang pon cam tu gak... Tapi bagi yg nak buat di rumah, boleh saja... waktu solat adalah antara pukul 7.24 pm sehingga 8.24 pm. So lepas solat Maghrib, boleh dah kalau nak kerjakan solat sunat gerhana ni... Lagipun waktu gerhana adalah antara waktu2 yang mustajab...

Amalan Seribu Bulan...Kisah Shamsun Al-Ghazi

Hari ni i nak story telling sket... Jgn tido plak lps baca eh...ni bukan bed time story... heheheh... Begini kisahnya... Sebelum zaman Rasululullah, ada seorang hamba Allah yang bernama Shamsun Al-Ghazi. Beliau berasal dari Gaza (Hence al-Ghazi). Kalau dalam English versionnya namanya Samson. Beliau merupakan seorang yang sangat gagah perkasa. Kekuatannya digunakan untuk berjuang menentang kekufaran dan mempertahankan agama Allah. Shamsun ni gagah perkasa, tiada tali yang dapat menyekat kekuatannya. Orang kafir berusaha dengan mengupah isteri Shamsun supaya merisik kelemahan suaminya dan bersekutu dgn mereka untuk membunuh suaminya. Setelah dirisik-risik, barulah diketahui rupanya Shamsun akan jadi lemah jika diikat dengan rambutnya sendiri. Maka pada suatu malam, ketika Shamsun sedang tidur, isterinya yang khianat telah menggunting rambut Shamsun dan mengikat tangan dan kakinya dengan rambutnya sendiri. Apabila Shamsun terjaga, dilihatnya orang2 kafir sudah berada disekeliling...

Why do Bad Things Happend?

Last week, sambil2 masak, i dengar Ustaz Nouman Ali Khan's khutbah on the above title. Tak sampai setengah jam pun khutbah dia, but it really meaningful. I like his talk/delivery... sgt bersahaja, tapi penuh berisi. Ramai antara kita yg keliru, kenapa bad things happend to us. Why umah kita terbakar? Why kita sakit? Why kita tak de anak? Most people would call these bad thing as Musibah, which is synonym to calamity/disaster. But in old Arabic, Musibah come from verb 'asabah' and asabah mean to hit a target. So the word musibah, is something that hit you, and hit u exactly where it was supposed to hit you. That is why in Al-Quran, Allah using the word musibah to describe any bad things that happend, because as far as His qadar/planning is concern, ia berlaku seperti yang telah diputuskan. It is a perfect hit, in every single thing. Did i picked your interest? Come and hear more from the ustaz himself. Tak lama... tak sampai setengah jam...but pengisiannya, Subhanallah.....

OWOJ

U all pernah dengar term ni? OWOJ? or may be u heard about TDOJ, or ODOJ? If yes, i assume u may be one of the person yg involved in this OWOJ/TDOJ/ODOJ. If not, it doesn't mean that you tak pernah buat this thing. May be u are one of the person yang OMOJ or even OYOJ. So... for those yg x tau this term, I'm glad to inform you OWOJ is One Week One Juzu'. So there rest are = TDOJ = Two Days One Juzu' ODOJ = One Day One Juzu' OMOJ = One Month One Juzu' OYOJ= One Year One Juzu' and the list can go on and on, depending on how soon u want to complete your juzu'. As i said, sepanjang hidup kita sure kita akan habiskan khatam quran, it just that we didn't give it a name/term. Actually I came across this term melalui ladies in my ex-scool group wassap. As a preparation for Ramadhan, dan nak membiasakan diri dengan membaca al-quran, we form a group of 11 and buat OWOJ. So each of us is assigned with one juzu', and we need to complete the...

Stress dan Sakit Mental

Read carefully ya...mental, not mentel (sapa jawa mesti tau mentel tu apa... heehhehe). Dgr IKIM on the way pi keje tadi. The DJs mengulas tentang akhbar KOSMO hari ni yg mengatakan menjelang tahun 2020, penyakit kedua tertinggi bilangan pesakitnya adalah sakit mental. i.e: Lagi ramai org gila menjelang tahun 2020. online paper KOSMO. Tapi berita penuh kat surat khabar. Masa diskusi tu, ada la yg kata jadi sakit mental sebab tekanan jiwa. Which is true kan... kalo jiwa tak tertekan, takkan la sakit mental. Sakit mental yg disebabkan keturunan, peratusan kecik sgt. Sakit mental jadian yg banyak sekarang ni... Mana tak sakit mental... just thinking about the stress that we have nowadays, is enough nak bagik mental tak stabil. Selalunya tekanan disebabkan tuntutan ekonomi, atau masalah keluarga, atau masalah di tempat kerja atau gabungan mana2 masalah yg disebutkan tadi. Kalau tak manage dgn betul, memang boleh bawak tekanan. Contoh, stress kat tempat keje, balik umah pi hambur...

Marhaban Rejab....

Salam saiyyidul ayyam, yaumul Jum'ah al-barakah.... InshaAllah... Dah masuk bulan Rejab dah... almost 2 months lagi nak puasa dah... u all dah abis ganti poser blum? sapa yg blum tu, sila la ya... jgn tunggu last minute, hutang dgn Allah perlu diselesaikan segera. Talking about Rejab and puasa, I'm sure many of u dah tau yang hadis tentang kelebihan puasa bulan Rejab tu bukanlah hadis sahih. Including hadis yg mengatakan bulan Rejab itu bulan Allah, Sya'ban itu bulan Rasulullah dan Ramadhan itu bulan umat Muhammad. Yang ni pun bukan hadis Sahih. Pagi tadi sempat la i ikuti diskusi dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9, mengenai hadis yg menganjurkan amalan2 yg dilakukan sepanjang bulan Rejab ni (ustaz jemputan ustaz zawawi). It is important utk kita beramal dgn ilmu. Even ayat pertama yg diwahyukan pun berkait dgn ilmu (Iqra'). And kita tak boleh beramal secara melulu dan ikut-ikutan. Takut nanti amalan yg kita lakuakn tidak mengikut sunnah Rasulullah, lalu menjadi bid...

I Malu!

On the way balik rumah petang semalam, sambil drive, sambil dengar perkongsian pengalaman di IKIM mengenai penghijrahan saudara baru memeluk agama islam. Rasa sebak dan takjub dengan perubahan mereka. Sehinggalah saudara baru tu berkata yang dia masih mendalami ilmu mengenai islam, sebab tuntutan menuntut ilmu tu sehinggalah kita mati. Dush!!Dush!! Rasa macam tumbukan ke muka sendiri. Saudara baru tu, baru 5 tahun memeluk Islam. Tapi i dapat rasakan yang passion/keinginan dia untuk mendalami agama yg indah ini, lebih mendalam dari i yang dah 35 tahun dilahirkan dan hidup sebagai seorang islam. Terus i rasa malu dengan diri sendiri.... Ya Allah, berikan kekuatan untuk ku memperbaiki diri ini, kurniakan hidayah dan petunjuk Mu, dan janganlah Kau tarik nikmat iman dan islam dari diri ini ya Allah... Amin... Pastu, kawan i fwd video dalam wassap. Rasa seronok tengok cara Wardina mendidik anak2 nya dan cara dia membudayakan al-Quran dalam keluarganya... Isyk....banyak sungguh yan...

Kisah Tok Guru Dengan Anak Muda : Pengajaran yg patut kita ambil...

Salam Saiyyidul Ayyam, Jumaat yg penuh barakah.... Entry yang sgt menarik dari seorang yg saya ikuti penulisannya.... mari kita renung2 kan... KISAH TOK GURU DENGAN BUDAK MUDA Pengerusi Masjid, semasa mempengerusikan sesi telah berkongsi cerita menarik. Katanya ada seorang budak muda mahu mengaji dengan seorang Tok Guru. Tok Guru itu mengajak budak berkenaan berjalan-jalan dengannya. Semasa lalu di ladang anggur, Tok Guru itu bertanya, “buah apa tu?” Kata budak muda, “buang anggur.” Tok Guru berkenaan bertanya lagi, “tuan dia bolehkah makan buah anggur tersebut?” Budak muda menjawab, “tentulah boleh. Jika tidak, masakan dia tanam pokok anggur tiu” Kemudian mereka melintasi keramaian yang sedang menguruskan kematian. Tok Guru bertanya, “ada apa itu?” Budak muda itu menjawab, “ada kematian”. Tok Guru berkenaan menyoal, “mayat tu hidup atau mati?” Dengan perasaan jengkel terhadap soalan mengarut ‘orang tua’ ini, budak muda tersebut menjawab, “tentulah dia sudah ...

Buat insan yang di uji... Berbahagialah!

Buat insan yang diuji, Apa jua ujian yg menimpa mu,  Sesungguhnya... Itu adalah tanda engkau manusia yang terpilih, Berbahagialah.... Jika kau mahu menangis kerana kecewa, Biarkan air mata itu luruh untuk mengubat luka... Air mata itu hadiah dari Allah buat mu...  Semoga terlerai kekusutan perasaan mu. Namun... Jangan biar air mata itu membanjiri hatimu, Dengan rasa kemarahan atas apa yang berlaku, Jangan biar air mata itu membajai hatimu, Dengan rasa putus asa dengan Rahmat Tuhan mu, Lebih baik air mata itu ditangisi, Dengan diiringi doa dan pengharapan kepada Ilahi, Usai tahajjud di sepertiga malam, Kerana itulah sumber kekuatan,  Ketika kita ditimpa ujian... Buat insan yang diuji, Janganlah kau harapkan kepada manusia, Untuk merubah isi hati mereka, Pasti kau akan kecewa dan merana, Sebaliknya... Sampaikan pengharapan mu kepada Pemilik hati-hati manusia, Dialah Allah yang Maha Esa, Yang Memegang hati-hati insan, ...

Jika Benar Kita Percaya.

Jika benar kita percaya pada Allah, Tentu kitalah manusia yang sentiasa tenang hatinya.... Kita percaya Allah Maha Adil, Pasti ada pembalasan buat org yang menzalimi, Pasti ada pembelaan untuk org yg dizalimi. Kita percaya Allah Maha Bijaksana, Pasti ada hikmah disebalik kejadian, Pasti ada kesenangan di sebalik kesulitan. Kita percaya Allah Maha Pemurah, Pasti ada rezeki yang tidak disangka-sangka, Pasti kebaikan dari org lain, Allah lorongkan kepada kita. Kita percaya Allah Maha Mendengar, Pasti doa kita dimakbulkan, Atau yang lebih baik Dia berikan. Kita yakin Allah Maha Penyayang, Sebesar mana pun dosa kita, Lagi Besar Kasih dan Rahmatnya.... Tapi hati masih berkeluh kesah... hati masih terasa gundah... bertanya mengapa yang dipinta tak kunjung tiba... bertanya mengapa ini taqdir Nya... bertanya adakah rezeki esok hari... bertanya adakah Allah benar Mengasihani... Sejauh mana kita percaya pada Nya, Apabila semua yang berlaku kita persoalkan, Apabila ...