Showing posts with label Pharmacy. Show all posts
Showing posts with label Pharmacy. Show all posts

Friday, 3 August 2018

I'm done with 7 years!

Assalamualaikum

WOW tajuk tak menahan tu. Macam baru lepas keluar penjara dia punya perasaan. Ok di sini saya selaku owner blog ini ingin membuat pengumuman bahawa SAYA SUDAH HABIS STUDY! Harus lah capslock ya bagi menunjukkan kegembiraan diri ini. 

Kenapa 7 tahun?

Diploma 3 tahun + Degree 4 tahun = 7 tahun

Itulah kalau ada anak, mesti dah darjah 1 anak aku. Selalunya kalau lepasan diploma yang nak sambung degree, akan ambil masa 2-3 tahun untuk habiskan degree. Tapi untuk course PHARMACY, walaupun anda ada diploma, kena juga ambil masa selama 4 tahun untuk habiskan degree. No shortcut. Dah dapat course pharmacy untuk degree ni pun dah kira syukur sangat-sangat. Ada kawan aku dulu diploma amik pharmacy, degree dia dapat engineering. Rezeki masing-masing kan.

Oh sebenarnya dah lama dah aku habis study. Almost 2-3 weeks dah. Tapi baru dapat result, dan alhamdulillah aku LULUS semua subjek. So baru lah rasa lega sikit. Takut gak kot-kot terlampau seronok dah habis, tetiba ada paper sangkut.  

Baru lepas jawab paper PHC 577. LAST PAYPERRR!
#11bintang
Waktu jawab exam itu hari, paper paling last sekali aku dapat habiskan awal. Subjek PHC 577 (Applied Therapeutic bla bla bla, panjang nama dia aku tak ingat, LOL) Aku dapat siapkan semua jawapan pada pukul 11.30 pagi. Paper tu akan habis pada pukul 12.00 tengah hari. 30 minit tu aku rasa nak nangis weh. Nangis sebab terharu tu adalah paper terakhir yang aku jawab untuk 7 tahun ini. Drama kan? Serious memang menitik air mata wanita i tau. Tapi pikirkan ada 200 kawan-kawan kat dalam dewan exam tu, aku tahannn je tak bagi banjir.

So selama 30 minit tu asyik terbayang wajah mak ayah aku je. Aku mampu untuk habiskan degree tu berbekalkan support dari keluarga dan juga kawan-kawan. To be honest, aku dah takde hati nak belajar. Selalu je rasa nak QUIT. Tapi kawan-kawan selalu bagi semangat time aku rasa down. Dalam 3o minit tu juga aku rasa kosong untuk diri aku. Tapi rasa gembira sebab mak ayah aku mesti happy anak dia dah habis belajar. Ayah aku selalu tanya bila nak habis, lama nau kau study ni dik. HAHA. 

Pastu dalam 30 minit tu jugak sempat pulak aku fikir malas la nak pergi konvo, sebab aku study ni sebenarnya memang nak habiskan jeeee. Tak larat dah weh! Nak pergi konvo malas. Even lepas habis paper tu kawan ajak bergambar, berjimba pun aku malas weh. Waktu tu rasa nak balik, nak tido (penat study melam sebelum tu). Tapi disebabkan ini last, tak jumpa dorang dah, aku layan kan jelaaa hehe. Lost of interest. No feeling. No excitement. Aging process maybe? 

PH2408E. Classmates for 8 semesters!
Apa lagi yang aku rasa eh?

Aku rasa degree 4 tahun ni memang banyak sangat dugaan dia. Dari aku yang asyik nangis, kepada aku yang takde perasaan tapi yang lebih kuat. Pergh, deep sangat tu. Yelah orang kata umur 20-25 tahun ujian dia lain macam sikit. Betul lah tu. Kalau tak, takdenya aku rasa nak berhenti belajar. Ala waktu ni lah nak jadi 'kuat'. Bila dah masuk alam kerja, ujian dia lain. Bila dah kahwin, ujian dia lain pulak. Tapi aku bersyukur at least aku tahu macam mana nak handle such situation.

WOWWWW, apa benda aku cakap ni. Rasa dewasa (or more to TUA?) sangat bila baca perenggan kat atas ni. 

Tapi best lah jadi student ni. Tak banyak komitmen sangat. Ada kawan-kawan yang boleh layan kau, nak buat benda gila sama-sama. Aku rasa puas sangat sebab almost semua benda yang aku nak buat, aku dah buat dengan dorang. Kira macam zaman muda aku ni ter-isi lah. Takde lah rasa bila dah habis study, menyesal tak sempat nak buat something tu. lebih kurang camtu lah maksud aku haha. Aktiviti yang tak sempat tu aku rasa boleh je buat waktu kerja nanti atau buat sama-sama dengan suami ke HAHAHAHA.

Aku nak tulis something kat sini. Saja nak share kat blog sebab diari kan...

Waktu 3rd year rasanya yang paling aku down.Waktu tengah buat FYP. Serious rasa takde life. Lonely. Problem datang dari kiri kanan depan belakang atas bawah. Asyik lah nangis je. Pantang terusik sikit mesti nangis. 

Ada satu hari tu aku dah tak tahan, aku call mak aku dari dalam toilet. Kenapa toilet? Sebab taknak orang nampak aku tengah nangis haha. Tapi dalam toilet tu takde line. Spoil betul lah. So aku pun pergi lepak kat tangga. Dalam tingkat 8 kot. Tingkat atas-atas takde orang so aku call mak aku dari situ. Aku cakap mak, adik dah tak larat, adik tak sure boleh habiskan ke tak, bla bla bla. Dengan suara sambil menangis. Aku bukan jenis yang akan bagitahu problem kat family sebab taknak dorang risau. Tapi bila aku dah call, maksudnya dah sampai threshold aku lah tu.

Ok dah lepas call tu, aku nangis lagi. Makin laju kot air mata aku. Tiba-tiba ada sorang kawan aku ni call. Aku tak jawab sebab tengah nangis kan. Tapi dia call lagi. Aku jawablah. Terkejutlah jugak dia dengar aku tengah menangis. Dia tanya aku kat mana semua. Tak lama tu dia datang kat tangga tempat aku nangis. First time kot dia tengok aku dalam keadaan aku macam tu. 

"Tina, aku tak sangka kau betul-betul struggle. Aku nampak kau happy, strong je selalu"

Ya Allah waktu tu aku bersyukur sangat. I really need someone to talk to. And kawan aku unexpectedly call aku dalam waktu yang tepat. Sebab dia rasa tak sedap hati. Maybe dia tengok muka aku lain bila kitorang berborak. Well kitorang borak pasal sorang batch-mate yang quit jugak padahal result gempak je tapi tak minat pharmacy. Haaa aku time tu sensitif sikit bab quit-quit ni LOL.

Ada lagi satu kes. Lepas solat aku berdoa. Memang tak mampu / tak larat sangat waktu tu. Aku doa sampai lebam mata aku. Apa benda yang berserabut kat kepala aku, aku cerita kat Allah. Lepas habis doa tu, air mata tak stop lagi. Aku duduk kejap kat kerusi luar surau tu. Patutnya aku kena masuk lab untuk FYP. Tengah aku duduk kat situ tetiba, akak master yang selalu tolong aku buat FYP lalu kat situ. Dia pun terperanjat tengok aku waktu tu. And yes, at that time i really need someone. Allah tahu aku perlukan seseorang dan dia turunkan kawan-kawan di sekeliling aku. Alhamdulillah.

Lagi satu aku pernah buka puasa sorang-sorang dalam lab dengan agar plate. Ikutkan aku takde makanan langsung untuk berbuka. Tetiba ada nampak satu bekas air mineral yang belum buka. Aku minum je air tu HAHA. Pernah juga duduk kat lab sampai malam-malam. Dah pukul 10 malam ok rasa nak balik tapi takut sebab waktu tu kat level 8. Nak pergi kat lif tu gelappp. Tapi gagah jugak lah. Sampai kat bawah sekali lif terbuka, aku nampak satu lembaga hitam. Fuhhh tejerit lah aku. Rupanya tu manusia laaa. Lelaki. Dia pun terkejut tengok aku terjerit. Takut punya pasal, 

Pernah lah rasa makan tak kenyang tidur tak lena. Tapi mandi still basah. Dan bila aku rasa down, aku selalu cerita kat Allah. Sebab aku ni maybe tak suka tunjuk yang aku tengah sedih bila dengan orang. So bila aku cerita kat Allah aku rasa legaaaa. Pastu aku doa dan baca alquran. Guess what? Apa yang aku doa tadi tu Allah jawab dalam terjemahan alquran yang aku baca tu. Subhanallah. Makin deras air mata aku hehe. 

Bila dah habis ni rasa ALHAMDULILLAH lega nyaaaaa.

Ok sebenanya aku ada roadtrip ke Pahang dengan geng-geng hiker pharmacy (LOL hikers la sangat). Kalau aku rajin, aku buat entry untuk trip tu. 

Terima kasih baca entri air mata aku ni. Drama je lah tina ni. Ishhhh. 

Random photossss:

Orang lain pergi program finishing school, kitorang round bergambar kat campus
Library (PTAR)! Tempat aku lepak time study week. Design library ni benda paling aku impress waktu first time masuk kampus UiTM Puncak Alam
Happy faces dah habis degree!!

Faculty of Pharmacy
Dia lah yang ingat aku strong tu. Padahal aku ni ratu air mata. Nina thank you for your support. Really appreciate it.

Konon tak mau berjimba lepas last payper puiii
Housemates for 3 years. Dorang lagiiii lah selalu kena hadap drama air mata aku.
Home for 3 years.
#lagidramaairmata




SYUKUR ALHAMDULILLAH, I'M DONE WITH 7 YEARS OF PHARMACY SCHOOL!

Tuesday, 29 May 2018

Clinical / Ward Attachment

Assalamualaikum

Dulu-dulu waktu sekolah rendah, aku ada satu buku biodata. Buku itu aku akan pass dekat kawan-kawan, suruh diorang tulis pasal info masing-masing seperti nama penuh, makanan kegemaran, alamat, hobi, musuh (pergh seronok dapat tahu musuh dorang sape), cita-cita, ape entah lagi. Rasanya siapa yang lahir tahun 80-an & awal  90-an mesti ada moment dengan buku biodata ni. Legend kot buku ni! 

Lepastu part cita-cita, biasanya aku akan tulis doktor. Tak pun guru. Standard lah kan cita-cita budak sekolah masa tu. Padahal takde lah nak jadi doktor / guru betul-betul pun. Tengok orang tulis macam syok je, aku pun ikut je lah. Masa tu belum ada keinginan mahupun identiti diri lagi. 

Masa darjah 6, aku kena isi satu borang sebelum nak masuk form 1. Dalam borang tu ada tanya part cita-cita. Aduhhh, aku lemah sikit lah kalau dalam borang formal pun sibuk nak tanya apa cita-cita. Kalau dalam buku biodata kawan bolehlah aku hentam je. Ni dalam borang ni aku nak isi apa? Memandangkan tu borang formal, so aku pun upgradekan sikit cita-cita aku nak jadi pensyarah. Ahaks! Padahal masa tu tak tahu sangat pun pensyarah tu apa. Rasa macam gempak so letak jelah.

Waktu form 4 & form 5 aku dapat sekolah SBP. Ramai lah alumni sekolah aku ambil bidang profesional. Contohnya doktor. Tapi satu hari ada ceramah kat sekolah, speaker tu cakap ada sorang ni, dah habis belajar medik, tengah buat HO, tiba-tiba quit sebab tak boleh tengok darah. Terfikir sejenak aku waktu tu.

Aku ni boleh je tengok darah, tapi aku tak boleh tengok benda-benda kotor macam tahi, muntah, luka-luka, nanah. Kau bayangkan kawan aku yang termuntah, aku tertengok muntah dia, pastu aku pun termuntah sekali. Ko rasa? Tak pasal-pasal aku yang jadi pesakit pulak. So bila kat SBP tu jugak, ada lah aku dengar job as pharmacist. Takdelah tahu sangat, tapi tahu kerja kat hospital jugak. Ada senior aku kat SBP tu mak dia pharmacist. Excited aku waktu tu.   

Dah habis sekolah, ambil result SPM. Alhamdulillah SPM aku flying colors. Esoknya aku isi borang JPA. First choice aku adalah pharmacy! Kali ni dengan confidentnya aku nak amik kos farmasi. Aku  memang nak masuk dalam medical line. Antara medic, dental & pharmacy. Aku pilih pharmacy sebab bidang ni tak involve dengan pesakit sangat, just 'main' dengan ubat je. Inilah mind set aku waktu tu. Sebenarnya bidang farmasi ni luas. Tengok lah kita dalam field mana, sama ada hospital, industry, retail, academician.  Farmasi di hospital ada banyak department. Kalau jadi pharmacist dalam ward, dipanggil sebagai clinical pharmacist iaitu pharmacist yang akan terlibat dengan pesakit di dalam ward. 

Haaa cerita ward ni lah yang aku nak share. Punyalah panjang intro. Aku baru jer lepas attach untuk clinical. Clinical attachment kali ni memang kitorang kena jumpa real patient. Subhanallah waktu ni aku jumpa patient (pesakit) yang: 

kencing berdarah disebabkan ESRF (umur baru 21 tahun)
muntah berdarah (serius waktu ni tak tahu nak response cemana, dah lah 1st day kat ward tu)
blister, sakit kulit yang nampak daging / isi badan 
jenis yang (almost) naked. errr tak pakai baju? (aku malu sebenarnya nak tengok)
batuk-batuk yang kahak / lendir nak terkeluar
berak 
baby yang kepalanya besar

Ya Allah. To be honest, aku tak sanggup nak tengok semua ni. Kan aku cakap aku ni macam geli-geli sikit. Tu takpe lagi. Tapi part kesian tu... Hmm tak tahulah nak handle macam mana sebab ini memang kerja yang aku kena hadap bila jadi pharmacist. Tapi aku ok je waktu kat sana. Aku rasa BERSYUKUR gila tak amik medic hahahaha! 

Waktu first day masuk ward, aku dapat join ward round bersama pakar, MO/HO, pharmacist. First time join ward round, baru tahu kena tengok apa & flow macam mana. Anddd aku dapat menyaksikan seorang HO kena marah dengan pakar. Bukan setakat kena marah, tapi kau akan rasa kau lah manusia paling bodoh sebab bila pakar tanya, kau tak tahu nak jawab apa. Kesian dekat Ho tu. Patutlah orang cakap doktor ni memang dah lali bila kena marah. Ada satu situasi awkward (dan malu):

Pakar: Awak pakai face mask terbalik ni.
HO: *cabut face mask*
Pakar: Dalam hospital ni ada 2 orang je yang boleh pakai mask terbalik. Pesakit and family pesakit. ok yang ketiga boleh lah kalau medical student.

Lagi satu situasi:

Pakar: Patient is having 'left homonymous hemianopia'. What is it?
HO: .....
Pakar: Can you draw it for me or do you want me to ask medical students what it is? *referring to us*
Pharmacist: Oh, they are pharmacy student.
Pakar: *Sambung tanya HO tadi*

Ini antara moment yang aku rasa agak awkward. Errr, kalau pakar tu tanya aku pun, confirm aku tak tahu nak jawab apa. Yang aku pernah dengar 'anonymous' je haha. Memang aku tabiklah dekat kawan-kawan yang ambil medic. Waktu nak study punyalah susah. Nak kerja, kena deal dengan real patient lagi lah. Kalau silap sikit, boleh melayang nyawa orang ok!

Sebagai clinical pharmacist pulak, kena tahu semua benda. Semua benda seperti pharmacology, drug mechanism, kenapa kena bagi dos lain, bila nak bagi ubat, kenapa tak boleh bagi pesakit ubat ni, drug interaction, tak boleh makan dengan makanan lain, teknik inhaler / insulin, TDM. Banyak lagi lah. Waktu ni, apa yang kau jawab masa final exam, akan di-applied dengan real patient. Berbeza ok study untuk jawab exam & study untuk tolong patient. 

Aku terfikir, hanya ada beberapa minggu je lagi bergelar seorang student. Waktu ni lah aku kena belajar betul-betul. Bukan setakat hafal, tapi faham sefaham-fahamnya. 

There's always reason why it is A, not B. Or it can be both A and B, but you have to justify it. Why? Yup, you must have solid reason why it is so.



Thank you Hosp Pakar Sultanah Fatimah, Muar for having us!
Sejujurnya aku masih berfikir nak masuk dalam field apa waktu bekerja nanti. Aku nak hospital. Tapi sekarang ni hospital semua dah penuh. Kontrak je pulak tu. Tapi kalau dengan kerajaan baru ni, aku harap ada sinar untuk kami haha. Nak masuk indusrtry (Phamaceutical), rasa macam bukan 'jiwa' aku. Nak masuk retail (kedai farmasi), tak reti berniaga. Enforcement... macam okay jugak! 

For now, i'm looking forward for hospital pharmacy. But, we'll see, rezeki Allah nak bagi kat mana kan. 

May He ease our journey =)
Salam Ramadhan!

Thursday, 26 April 2018

Pharmagrad Dinner 2018: Hikayat Kesultanan Melayu Melaka

Assalamualaikum

Hai. Sudah sekian lama kita tidak bersua. Aku sebenarnya ada banyak benda nak cerita, tapi tak sempat nak menulis kat blog. Ok event aku yang latest adalah Pharmagrad Dinner. Well, biasalah dah final year mestilah ada dinner. Seronok angat malam tu! Tema kami adalah Hikayat Kesultanan Melayu Melaka. Bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya pada 14 April 2018. Mula-mula aku rasa macam bosan tema ni, tapi sekali amik kau malam tu semua orang pakai baju da bomb!!!

Yang lebih seronok, aku adalah salah seorang committee untuk dinner ni. Niat di hati aku macam malas nak jadi committee untuk event, tapi disebabkan tiada orang utk jawatan biro teknikal, maka aku pun 'bolehlahhh jadi committee'. Biasanya student 2nd year yang akan organize dinner ni untuk final year student. Tapi kali ini kitorang first time handle untuk batch sendiri.

Macam-macam benda yang jadi sebelum event. Pegi balik turun naik fakulti nak pinjam barang. Surat tak betul lah, nak kena ada nama dekan la. Surat dah siap sign bagai semua, sekali barang yang aku nak pinjam iaitu walkie-talkie TIADA! Ko rasa? Ape ke benda awal-awal tak bagitahu benda nya rosak? Kena lah aku pergi tanya kat unit lain pulakkk. Nasib baik dapat. Alhamdulillah, sebagai biro teknikal, apa tok nenek benda yang aku nak pinjam semua aku dapat walaupun semua last minute dapat, tapi semua ada yayyy! Haa, ni baru teknikal, kawan-kawan aku yang lain yang kena handle biro diorang lagi pening nak fikir itu ini jugak.

Selain itu, aku juga ada buat persembahan pada malam tu hehe. Cuba teka aku buat apa? Bukan beryanyi, bukan bersyair, tapi ber-joget hahaha. Joget ramai-ramai lah, takkan sensorang pulak malu iolls. Konon-konon ni surprise dari committte malam tu. Gegeh practice memalam kat surau sesama. 

Oh ya, malam tu bagi aku semua almost perfect! Makanan sedap, persembahan best, decoration lawa, baju semua orang cantik-cantik, goodies best, flow malam tu pun smooth je. Padahal waktu rehearsal tu punyalah kelam-kabut, memang aku sabauuu je siang tu lol. Tapi Alhamdulillah malam kejadian semua lancar. Aku ada banyak gambar nak share, sila bernafas dulu ya. 

Tak sure aku jadi sebagai apa malam tu. Tapi aku gelarkan diri aku sebagai 'TUN FATINA'. Suka hati je letak nama macam tu lol. Yang paling favourite aku adalah headgear yang kat kepala. Amik kau besar gedabak, siapa jalan sebelah aku kena berhati-hati kalau taknak tercucuk kepala dia hehe.

 Haaa, kebaboom kan masing-masing!

Ada Tun Fatina, ada Hang Li Po, ada Rani Mukherji. Satu Malaysia uols!

Haaa, ini geng #11bintang aku. Bukan senang nak cari 11 orang bergambar. Mesti ada jer tak cukup. Ni puas jugak lah panggil sape yang tengah makan kat dalam ballroom tu keluar jap nak bergambar.

#11bintang

 Masing-masing muka tak ready


Yang baju biru tu kitorang panggil dia makngah. Baju dia letops uolss! Sila tanya dia berapa banyak dia berhabis untuk malam tu (nanges ceq dengaq!)

Haa, ini Abu! Dia lah pengarah progam Pharmagrad Dinner. Abu ni jugak classmate aku waktu diploma, partner waktu praktikal kat hospital, pastu degree pun kitorang classmate jugak.

Ini pulak Jatty! Sama-sama duduk Melaka, waktu praktikal kat Mardi pun sama dengan dia jugak. Jatty ni bagi aku muka dia memang dilahirkan cute tau. Semua gambar dia comelllll, dari dulu lagi.

Bersama King ataupun 'Pahlawan' kita pada malam itu. Hai Syapip!

Ini Qiqi. Cuba teka kitorang tengah buat apa? Boleh pulak drama air mata kat situ. Tiba-tiba teringat waktu-waktu diploma sesama, sampailah kat degree. Waktu diploma kitorang rapat, time degree pulak memasing buat hal sendiri tapi still kawan. Entah kenapa dia menangis, aku pun ikut nangis sekali. Padahal sebelum ni ada jer rasa terharu dengan kawan-kawan sebab bagi hadiah, rasa 'awwwww'. Sehari sebelum tu dengar lagu UiTM pun rasa nak menangis, tapi air mata bertakung jelah kat mata. Sekali dengan Qiqi, berjuraian airmataku jatuh tak tertahan...

Ini pulak Azwa. Satu-satunya geng #11bintang yang dah kahwin. So, dia dah jadi bulan la sekarang ni. And guess what, 'anak bulan' is cominggg. Yes, Azwa pregnant! Amboi, mentang-mentang dah final year, tak menyempat eh diaaaa...

Ini pulak Dijah. Dia senior sekolah aku tapi aku tak pernah jumpa dia sebab bila aku masuk kisas, dia dah keluar kisas. Tapi bila degree kirorang sekelas, satu bench, sekali dengan Azwa lah. Dijah ni english dia berhabuk weh. Lab report kitorang semua dia yang checkkan. Grammar nazi pun iya jugak. Dijah, kalau you baca ni, i nak cakap, i tak sabar nak makan nasi minyak you HAHAHA!

Haaa, yang baju kuning tu kalau korang perasan gambar dia mestiiii ada je dengan aku. Sebabnya mostly guna kamera dia hehe. Sal ni roomate aku merangkap geng sebelah aku kat kelas, sebelah katil aku kat rumah, dia tahu pasal aku (almost) everything. Tahu kalau aku PMS, kalau aku down, kalau aku lapau. Kadang-kadang aku berjaya sorokkan 'something' sebab dia ni banyak tahu pasal aku, so aku nak jugak taknak dia tahu LOL. Pastu jodoh kitorang kuat gak. Ada jeee dia dengan aku. Sal, satu je aku harap. semoga kau cepat-cepat kahwin dengan Mat, aku tak sanggup tengok drama korang lagi haha. Pastu semoga hang dapat jelajah satu dunia, kalau ada tiket free, ajak aku skali.

Yang si manis berbaju merah is Shujo, kapten basketball. Yang si cantik tengah tu Piqah, juara netball 4 tahun berturut-turut. Dah kenapa kawan-kawan aku atlet semuanya ni. Biasa dorang akan ikut aku balik Melaka sesama. And sepanjang perjalanan balik dari Palam-Melaka, mem-bawang jeee sepanjang jalan. Satu cerita, dah setengah pejalanan tak habis-habis lagi. Serious gosip sambil drive memang tak mengantuk lah aku. Yang tak tahan, penat gak mulut ni bercakap, haus pun iya jugak. Kelakar tau, waktu balik ni cerita dotdotdot. Pastu balik kali ni pulak ada sambungan dotdotdot. Balik lagi sekali dotdotdot dah jadi lain pulak, lawak la weh. 

Di tengah-tengah bertudung putih yang bagi flying kiss is MILA. Mila ni sama sekolah jugak dengan aku kat Kisas. Sama-sama diploma, sama-sama degree jugak. Tapi sejak masuk degree ni bakat terpendam dia semakin menyerlah. Mila ni retis okay. Malam dinner di jer dia buat dua persembahan. Dua-dua nya menyanyi. Sedap suara dia. Mila ni sebenarnya secara tak langsung dia selalu bagi aku support waktu aku tengah down buat fyp. Mila juga bagi aku seorang yang kuat. ye aku tahu dia kuat.

Tido luuuu

Excuse makanan dalam mulut i. Haaa, tbh, makanan malam tu bagi aku sedap sangat! Lasagna dia aku paling suka. Tapi serious aku tak puas makan, sebab busy bergambar, busy nak tengok persembahan pastu nak record pulakkk. Makan kejap, nak naik pentas bagi bunga kat Mila yang tengah nyanyi (artis kannn) (iolss support member). Perut aku pun terperanjat, dia ni kenap makan, kejap berjalan ke hulu ke hilir. Tapi sedap ah makanan malam tu. Nice!

Dont. Mess. With. Us.
Aku rasa aku paling suka gambar ni, sebab baju semua meriah, menepati tema kitorang. Hikayat Kesultanan Melayu Melaka.


Tidak dilupakan juga kepada crew teknikal yang turut menjayakan malam Pharmagrad kami. Diorang ni lah yang jaga microphone, lagu-lagu, laptop, setting lampu, segala benda teknikal lah. Kalau ada orang cakap 'ada masalah teknikal' mesti aku terasa sikit, biro teknikal kannn. Terima kasih sangat-sangat tolong jadi crew bagi memudahkan perjalanan kami =)

Ini housemate saya!!! Aku rasa dorang lah paling banyak tengok drama air mata aku T_T

Yang comel di tengah tu Iwa Cik Nina! aku rapat dengan dia waktu diploma. Time degree susah benor nak terserempak, padahal duduk satu lecture hall je pun!

Baru lepas practice dancing kat surau, malam-malam dengan committees <3

Gambar ni shida punya rasanya tapi i curik kat FB Abu hehe. Bcs we have no proper photo together during our performance. Atas stage tu aku rasa berterabur jer step kitorang, terasa macam sia-sia aku practice memalam, bazir masa, bazir tenaga tapi malam tu hancur (tapi still enjoy joget atas stage). Sekali tengok video kawan-kawan record, not bad lah. Semua step kita buat sama! Good job guys (committees!!!

My classmate!!! Group E!!! Suka group whatsapp class kita. Cakap benda yang penting jer, takde nak merepek buat penuhkan notification. 

Haa, ini pulak satu batch aku: RX13. Surely, i will miss my student life and RX13...



Inilah HIKAYAT aku hari ini. Sebenarnya aku nak bergambar satu-satu dengan semua orang, tapi masing-masing pun busy juga malam tu. Kepada yang takde gambar kat sini, aku nak korang tahu yang aku appreciate sangat setiap detik dan masa yang kita pernah ada waktu belajar sama-sama. Ye, aku sayang kawan-kawan aku. Banyak kali aku ingat kan diri aku yang aku nak habiskan degree dengran perasaan yang HAPPY, BEST, SWEET, dan benda-benda POSITIVE yang seangkatan dengannya lah. Walaupun ada jer cubaan yang mendatang waktu final year ni, aku tak nak ambil pusing sangat, aku akan cuba untuk positif! Aaaaaa bestnya student life!!!! (padahal esok nak ponteng class) (itu yang seronok)!





SAYANG RX13

Tuesday, 21 November 2017

My life as a pharmacy student (version 2.0)

Assalamualaikum

Hai, aku rasa hidup aku sangat membosankan. Haa, baca ayat pertama je dah rasa bosan kan? Ok bolehlah sambung makan goreng tadi kalau ada yang tengah makan ayam goreng. Dari tadi aku duk terpacak depan laptop tak tahu nak tulis apa. 


Oh ya, kini aku sudah bergelar final year pharmacy student! Macam tak percaya (sebenarnya percaya je) dah nak habis dah belajar (insya Allah). Degree life sangat mengajar aku erti kehidupan. SANGAT. 

Aku rasa aku dah tahu nak letak tajuk apa. Meh aku bawak korang mengimbau diri aku yang dulu. Aaaa kenapa rasa malu / seronok / sebak / kelakar ? Cuba klik SINI (aaaa malunyaaa!) Korang kena baca yang cerita aku pernah tulis dulu baru boleh tahu relation cerita aku selepas ini.

Entry yang aku tulis tu tahun 2013. Rasanya waktu final year diploma. Alhamdulillah sekarang tahun 2017, final year degree. Cepat kan masa berlalu. Bila baca balik tulisan aku 4 tahun dulu, nampak sangat macam tengah frust. LOL. 

Okay nak share sikit life masa degree. Dari segi belajar, memang course pharmacy degree berbeza dari diploma. Kena lebih self-study. Kena banyak membaca tak kisah lah general knowledge atau tentang subjek yang kita belajar sebab ini akan membantu kita lebih faham apa yang kita dapat waktu dalam kelas. Belajar kat kelas sebenarnya tak cukup. Jadual waktu degree juga sangat padat. Biasanya 8pagi - 5petang. Tambah lagi dengan ada test nya, lab report, assignment.

Ada je, test 3-4 hari berturut-turut takda gap. Pernah je masuk dewan peperiksaan, berbekalkan 'ilmu di dada' sebab tak sempat nak study apa-apa. Waktu 3rd year lagi 'gila'. Dengan FYP nya, kena masuk lab hari-hari, pada masa yang sama kelas 8-5. Pernah buka puasa dalam lab sorang-sorang waktu Ramadhan, nangis sambil buat lab work, balik rumah dari lab pukul 10+ malam, lepak mamak sampai pukul 3 pagi sebab nak siapkan kerja & FYP sorang-sorang jugak. Huaa. Pysically & mentally exhausted! Tapi harungi lah jugak. Fuhhh, sampai sekarang akan aku ingat azab FYP tu, sampai ke anak cucu  akan ku cerita kisah FYP aku hahaha.

Bila dah masuk final year ni, kelas punyalah relax! Relax sebab kelas tak banyak, kalau ada pun kadang-kadang, dah cancel. Mula-mula macam seronok kelas takde, lama-lama rasa 'kosong' sebab macam tak berbaloi bangun pagi pergi kelas pukul 8 pagi, balik pukul 10 pagi. Rasa membazir jer pakai baju tu sekejap je, baik sambung jer tidur. Tapi waktu final year ada jugak waktu 'gila' dia. Dah lepas dah 2 minggu yang lalu. Test berturut-turut. Dengan case presentation lagi. Tapi ni semua biasalah, student life...

Itu baru dari segi akademik, belum masuk lagi masalah dalaman, luaran, perangai manusia. 4 tahun kat sini memang banyak benda yang aku belajar. Banyak sangat. Aku rasa bila dah final year, ni aku dah jadi "sado" sikitlah lol.

Tapi waktu degree ni, aku dapat buat benda yang aku suka iaitu HIKING! Dapat jumpa jugak geng-geng pharmacy yang suka hiking, best! Kalau ada waktu free / stress sangat memang akan aku ajak dorang masuk hutan. Oh ya, minggu ni kelas aku ada hari isnin & khamis je. So, Rabu ni aku ajak dorang hiking hehe.

Jom lah aku share sikit gambar-gamber untuk 2 bulan pertama final year (sem 7)

 Bila dah siap cover thesis ni, berakhirlah sudah FYP kami. 
#11bintang in action!

Haaa, nampak tak excited dia tu...

 Pharmafiesta 2017! Our last pharmafiesta everrrr! 
RX 13 FLY HIGH!!!

Bersama dengan artis batch kat tengah tu. 
#Tina #Miladele #Anis

 Sempat jugak masuk running event. 5 km. 
Tak dapat nombor tapi dapat naik stage sebab menang cabutan bertuah yayyy!

Thank you sal & mila datang support aku lari

Sempat jugak pergi Pavilion selepas kelas di-cancel-kan. Naik MRT ke Pavi. Geng gosip haha.
#sal #tinacomel #mija #deeba #ninishhh

 Sempat jugak join program kemasyarakatan: Sophys Outreach Programme (SOP) 2017 dekat perkampungan orang asli.

 Part of  RX13

 OMG, aku rasa gambar ni kelakar!!! Segan gila nak masuk blog, tapi biarlah, kenangan kottt!! Program ni 3D2N. Mostly memang kitorang masak sendiri sepanjang program kat sana. Best!
#MAKCIKBAWANG 

Kitorang tidur 11 orang dalam 1 bilik. Pastu malam tu bukannya tidur, tapi kitorang #girlstalk. 
Seronok sebab kitorang tak rapat sangat dekat kelas, tapi bila kat program, baru dapat kenal. 
Boleh tahan masing-masing malam tu semua cerita keluar hahaha.

Class Trip PH2407E. Makan ikan bakar kat Pantai Jeram.

Lepas makan ikan bakar sambung tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor. 
First time ever in my life i tengok & pegang kelip-kelip!

Ada lah makcik tu cakap kalau dia rindu aku dia nak baca blog aku.
#haimakcik!

Industry attachment post-presentation 
Amboi photobomb!
#teamMARDI

Caving kat Gua Anak Tempurung. Tumpang join kelas orang haha.

 Part of geng hiking

Izinkan saya bertafakur

Bila dah habis satu minggu yang busy, kita reward diri makan PIZZA!
#11bintang


Eh, tiba-tiba banyak lah pulak gambar. Mula-mula tadi rasa macam bosan je, bila tengok gambar, banyak pulak aktiviti aku buat. Semua ni baru dalam masa 2 bulan je. Yang bestnya bila dah degree, dah ada transport sendiri, kaki pun makin 'panjang'. Yelah, seminggu dah hidup dengan kesibukan belajar, weekend / lepas busy life tu aku mesti reward diri sendiri, especially amik 'udara segar' hahaha.

Haaa, kalau ada yang tanya apa beza Diploma Farmasi & Degree Farmasi bolehlah campare kan dengan entri INI. Aku rasa macam banyak gambar ber-jimba jeee dari ber-belajar. Hmmm...




P/S : Gambar hanya untuk memori semata-mata, bila dah habis zaman belajar, confirm aku akan rindu nak buat semua benda ni dengan member-member! 

P/S/S : Cheerish your every single time as a student!


TC !!!  ;)