Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label HK Travel Tips. Show all posts
Showing posts with label HK Travel Tips. Show all posts

Dinner in Chungkin Mansion

It's time to eat!!! Disebabkan hari ke-2 tu kami x kesampaian mkn di Chungkin Mansion, so malam terakhir ni kena pergi jugak dinner disini.hehe. Untuk pengetahuan korang, Chungkin Mansion ni satu bangunan bertingkat yg mn di tingkat atas ada disediakan tempat penginapan bajet rendah seperti guest house and small room package. Ni antara tempat yang famous utk backpackers.  Bagi aku boleh consider utk menginap disini kalau korang datang bercuti di Hong Kong utk enjoy dan berjalan sakan. Sbb seriuosly hotel besar2 mmg sangat mahal tapi kalau mampu..why not?;) Lagi satu, di sini senang nak cari makanan halal sbb tu Chungkin Mansion juga famous dikalangan muslim.

Di tingkat bawah plak,  byk kedai-kedai kecil yg jual mobile phone and prepaid, money changer, pakaian dan halal restaurant. Mostly penjual dan tokey kedai disini dtg dari south asia & middle east seperti india, sri lanka, nepal, pakistan, bangladesh, nigerian and malaysia pun ada! First expression bila masuk je bangunan Chungkin Mansion ni..a bit scary!!haha. One thing is sbb environment di dalam ni mcm terkepung dgn ramainya small etnik ni disini. Tips from me, utk keselamatan jangan jalan sorang-sorang disini yer..=)

Masa kami sampai di hadapan bangunan ni, ramai ajen-ajen restaurant yg dtg approach kami utk mkn di restaurant mereka. Kami ikut sorang abg nepal ni dan bawa kami ke restaurant dia. Berbelok-belok lorong kami kena lalu, sudahnya restaurant dia kt hujung bangunan nun dgn gelap dan a bit kotor jgk plus menu pun x berapa menyelerakan. Kami reject dan kami decide utk pusing-pusing dulu dan jumpa satu restaurant Malaysian cuisine! Exciteddd terus nak makan..haha

Nama restaurant ni Syed Bukhara. Kami sempat berborak dgn owner kedai ni. Seronok pulak dpt jumpa org kita sdnri di Hong Kong. hehe. Kata owner tu,  diorg xdpt masak di kedai sbb kawasan lot kedai yg kecik. Memang pun!! So, mereka masak kt rumah dan bawa ke kedai utk dipanaskan je. Restaurant ni amik 2 lot, satu lot utk ruang makan utk pelanggan yg rasanya boleh muat dlm 4 meja je dan satu lot lg utk cashier, basuh pinggan dan panaskan makanan.. Salute jugaklah kat diorg ni boleh survive hidup mcm ni dkt negara org..

View di dalam Chungkin Mansion
Syed Bukhara Malaysian Cuisine
The menu
Ada Malaysian delight ok. Tapi apesal nama ejaan nya Maylaysia?haha..curious sat aku.
My friend's meal
Chicken Beriyani! This is super sedappppppppppppp!! Laki aku punya.

Sibuk mengepaw nasi laki aku..
Puas hati dapat makan sedap dan murahhh!!
Chungkin Mansion di berhadapan dgn i-Square Shopping Centre. Kawasan yg padat dan meriahhhh!=)
Address:
Chungkin Mansion:
36-44 Nathan Road, 
Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Sampai hari ni aku teringat-ingat Chicken Beriyani yang sedap tu..;)

Avenue of Stars, Hong Kong

Habis je menyaksikan Symphony of Lights, kami terus bersiar-siar di sekitar pesisiran pantai. Selain Avenue of Stars, banyak tempat menarik antara yang kami jumpa disitu seperti HK Cultural Centre, HK Space Muzium, HK Museum of Art and SOGO for shopping!!!hehe.

Bila korang jumpa the Statue of Hong Kong Film Awards bermakna korang sudah pun berada di entrance of Avenue of Stars! Bagi peminat movie film from Hong Kong dan China, mungkin korang akan teruja sikitlah..sbb kenal nama-nama pelakon hebat dan profesional Hong Kong dari zaman dahulu kala hingga yg terkini. Aku xkenal sangat kecuali abg Jackie Chan je..hehe. Korang boleh jumpa juga hand imprint selebriti-selebriti terkenal ni dkt atas jalan dan ada juga movie-related sculptures yang diorg display utk korang bergambar sakan.. Mula-mula aku pun xperasan kt jalan tu ada imprints sbb org lain menonong je jalan..haha.

Di belakang tu HK Muzium of Art
This is the statue of HK Film Awards! Welcome to Avenue of Stars!
Backside is the stage for performance..
Sculpture!
Kegembiraan melampau...hehe.
Again with one of the sculpture
Sapa ntah Florence Lim..haha
On the way menuju ke subway jumpa SOGO plak..hehe.

Kemudian, kami terus kan perjalanan utk dinner di Chungkin Mansion!!

Total Damage: HKD 0


A Symphony of Lights, Hong Kong

Hari ketiga. Habis je training dalam pukul 5 mcmtu, kami terus bergerak pulang ke hotel sbb planning kami utk hari ni lebih santai dan cuci-cuci mata saja. hehe. Ikut itinenary yg kami buat, kami akan lihat Symphony of Lights, jalan-jalan di Avenue of Star, dinner di Chungkin Mansion dan shopping! Semuanya dekat-dekat je dgn hotel jadinya xperlukan pengangkutan. Guna kaki jee dik non..hehe.
Lepas berehat di hotel, kami pun keluar lebih kurang 7pm menuju ke Star Ferry jetty. Kalau ingat lagi, aku ada cerita di sini. Rupanya-rupanya sebelah jetty tu je kawasan Avenue of Star dan kat situ jgklah utk tonton Symphony of Lights. Kawasan ni waterfornt promenade and facing to the Hong Kong Island, ala-ala macam Gurney Drive jgk la dan pesisiran pantai ni sejauh lbh kurang 500m. Byk tmpt menarik kat sini. Nanti aku cerita kt next entry yer.

Show ada setiap hari dan start at 8.pm, so make sure you arrive there before 8pm. Masa kami sampai dlm 7.30pm tu pun dah ramai org amik port masing-masing. Mmg pemandangan yang sangat-sangat cantik. Semua bangunan bermandikan cahaya! Kagum!! Masa siang mcm xnmpk apa-apa yg menarik selain the high buildings la..hehe. Show berlangsung lbh kurang 15min. Aku pun baru tau rupanya masa berlangsung ni ada ikut tema2 tertentu.Tapi antara yg aku dengar, dia perkenalkan nama-nama building yg participate dlm Symphony of Light ni. ok, nak tau lebih lanjut boleh klik sini.

Mari tgk gambar..

Hong Kong Island yang indah!! Ni sebelum show start
Star Ferry jetty dekat je haa...
Semua org excited tunggu show bermula.

 

Masa berlangsungnya A Symphony of Lights.
Teruja tgk!!!

Belakang kami tu adalah Hong Kong clock tower
Awwwwwww~~
Laki aku pun sibuk pose.. Teruja sama kot.haha
Ni adalah A Symphony of Lights Harbour Cruise. Dalam ni diorg sediakan dinner and ada live band on board. Best2!!
Overview the Hong Kong Harbour
Ada jugak diorg sediakan perkhidmatan photographer.
Aksi pelik-pelik gila.Erkkkk..

Ok, next aku bawak korang jalan2 di Avenue of Stars pula yer..

Total Damage:
HKD0

1453 Ottoman Mediterranean Cuisine, Hong Kong

Kami terjumpa restaurant ni dalam perjalanan menuju ke Jordan station. X jauh dari Ladies' Market.
Restaurant ni di tgh deretan kedai. Mmg nasib kami baik jumpa kedai ni sbb perut masing-masing dah lapa sgtt time tu. Ikutkan plan kami nak turun di Tsim Sha Tsui station dan ke Chungkin Mansion utk mkn. Ni lah org kata rezeki dan jgn dilepaskan..kikiki.

Address: 
G/F, 19 Tung Choi Street,
Mong Kok, Kowloon

Korang boleh study google map to arrive here.

Tel Number: 2772 1555

Disini diorg serve Mediterranean and sedikit Western food. Act, the owner org Turkey. So mmg halalun tayyibah. No worries yer.

The menu
3 of us!!
Tak ingat apa nama, tapi laki aku punya food..Nasi juga yg dicariiii..hehe.
Ni aku punya! Beyti Yogurt Kebab.Sedapppp!! Price: HKD138
Turkey pemanis mulut. Mmg manissssssss.. Namanya Baklava. Sedappp jugak! hehe Price : HKD 48.
Dan aku amik air Frozen Apple Tea yg berharga HKD35. Mahalkan??????
Nasib boleh claim.hahaha;p

Total Damage: 
HKD221 ( Aku punya je..hehe)




Ladies' Market Hong Kong


Mood kelaut utk blogging, tapi hari ni aku free so kita habiskan cerita pasal HK yg dah lama terperam.hehe. Ok, kita sambung lg cerita di HK Day-2..;) Setelah penat berjimba semalamnya, pg tu aku bgn awal sbb nak kena siap-siap pergi training. Dah janji dgn vendor jumpa kat lobby hotel pkl 8.30pg. Tapi, pg tu baru aku teringat yg dlm email conversation aku cuma bgtau Marco Polo Hotel, x mention pun Gateway MP or Prince MP or even MP Hongkong. Kan aku da habaq, Marco Polo ada 3 hotel kt area situ. Ok, pg tu dah cuakk kot tak jumpa mamat Hongkong ni mcm mn?? Aku bg lah idea dgn kwn aku tu menapak ke MP Hongkong Hotel tunggu dpn hotel tu pasalnya aku yakin betul mamat ni akan pickup dgn kereta. Jadinya kami dgn bijak, keluarkan kertas A4 dan tulis besar2 nama vendor pastu pi show kat tepi jln. Asal ada kete stop by je kami hala kat diorg.haha. Serious ms tu mcm blank xtau nak buat apa. Habis sume org aku email dgn manager2 aku kat Malaysia pun aku email habaq kt dia tolong smpi kt vendor kami tunggu dpn hotel tu. Gila jauh mintak pertolongan. Nasib baik aku beli simcard dan boleh online. Aku call office vendor tapi x berangkat. Sudahnya laki aku call kata vendor tunggu kt lobby hotel kami stay!hahaha. Lega makkkk nakk.
Pastu vendor pi tahan taxi u..kereta???non hadoooo..hahaha;p ok, habis cite kegelabahan pagi kami.

I training dkt area Lai Chi Kok. Lepas habis training dlm pukul 5 mcm tu, kami naik MTR di stesen Lai Chi Kok utk ke Mong Kok. Time ni, punya padat manusia dimana2 sahaja..sakit kepala aku kejap. hehe. Sampai di Mong Kok station amik Exit E2, then jumpa laki disitu then kami teruskan penggembaraan utk SHOPPINGGGGG di Ladies's Market!!! agagagaga;p

Actually HK mmg banyak street market. Tak kira pagi ptg siang malam, mmg ada je tmpt korg nak menghabiskan duit. Boleh check  di sini as your reference. Ladies's market ni one of the main attractions for tourist. Kat sini korang boleh jumpa pelbagai rupa bentuk warna kulit manusia.haha.

Apa yg korg boleh beli disini? 
Mcm2 dek non mostly souvenior utk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Sepanjang street ni yg aku perhati barang yg dijual sama je likes t-shirt, fridge magnet, handbags, small coins purse, lukisan, toys, lingeries and nite suits, and some of them ada juga yg jual brg antik.

Tips to deal?
Silalah list dulu apa yg korang nak beli dan berapa byk nak beli, tanya harga, bargain until HALF PRICE or takat mn korang mampu byrlah. Sebagai cth, korang nk beli handbang, diorg letak HKD200, then korg bargainlah to HKD100 or even less pun kdg2 boleh dpt. Masa nilah korang akan rasa skill tawar menawar korang dicabar.hahaha;p

Tapi ada jugak barang like a t-shirt yg diorg dah tentukan harga. T-shirt I LOVE HK tu diorg bagi 5 helai HKD100. Tapi kalau korg beli byk boleh bargain lagi maybe 6 helai dpt HKD100 sbb diorg akan tanya nk beli berapa helai? So, share2 lah dgn kwn2.

Kalau bernasib baik, kdg2 bila korang acah2 nak beli kat tmpt lain penjual tu akan panggil korg balik then bg harga yg korg bargain. Yang tak bernasib baik tu, kena maki jela. hahaha.

Lagi satu tips, if you all ada kwn yg boleh ckp cina atau sebahasa dgn penjual tu lg mudah utk bargain.  Macam kwn aku ni, dia boleh ckp chinese sikit2 pulak tu jumpa kawan sekampung dia dari Filipina yg jual kat sini, apa lgggg kawtim kaw2 punyaa..hehe.

Mong Kong Sation, Exit E2
Punya ramai manusia keluar dari Exit ni. Aku dah pening kepala ms ni.Tapi gigih lagi nk berjalan for shopping.hewhew;p
On the way to Tung Choi street.
Baru samapi di mukadimah.. Hari terang lg masa ni around 7pm.
Handbags..hehe.
T-shirts
Nak jgk posingkan sementara hari xgelap lg..hehe.

Laki aku khusyuk discuss dgn kwn aku nak borong t-shirt time ni.







Lepas penggembaraan kami selesai di Ladies Market, kami teruskan perjalanan ke kedai mkn. Kami berhajat nak mkn dkt area Chungkin Mansion tapi masa dlm perjalanan, kami terjumpa satu kedai Mediterranean restaurant. Then terus decide nak makan disitu je sbb dah laparr sebenarnya!! hehe. Ok, cerita pasal makan ni next entry yer..

Lepas habis makan dan kekenyangan, masa utk utk exercise!! Kami berjalan kaki je menuju Jordan station dan turun di Tsim Sha Tsui station utk pulang ke hotel. Agak jauh juga berjalan dari station. Lebih kurang 1.4 km barulah sampai di hotel. Fuhhhh hari yg sangat2 penat tapi tetap enjoyyy!!=)

On the way to station, kami dihiburkan dgn penyanyi jalanan.hehe

Satu lg group penghibur. See..keliling org yg menonton dan diorg pun muka enjoy je..
  

Hongkong yang sangat happening dikala tgh malam..hehe.
Tsim Sha Station. Sebelah tu korang boleh jumpa Masjid Kowloon.
At Canton Road, along this road semua shop branded stuff . Fuhhhhhh!
Hotel kami atas Fendi ni je.Attached dgn Harbour City Mall.
 Ok, jumpa lg next entry

Total Damage:
Tak ingatttttttttt exactly tapi estimation dlm HKD1000. Will update later.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...