Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label HK Transportation. Show all posts
Showing posts with label HK Transportation. Show all posts

Ladies' Market Hong Kong


Mood kelaut utk blogging, tapi hari ni aku free so kita habiskan cerita pasal HK yg dah lama terperam.hehe. Ok, kita sambung lg cerita di HK Day-2..;) Setelah penat berjimba semalamnya, pg tu aku bgn awal sbb nak kena siap-siap pergi training. Dah janji dgn vendor jumpa kat lobby hotel pkl 8.30pg. Tapi, pg tu baru aku teringat yg dlm email conversation aku cuma bgtau Marco Polo Hotel, x mention pun Gateway MP or Prince MP or even MP Hongkong. Kan aku da habaq, Marco Polo ada 3 hotel kt area situ. Ok, pg tu dah cuakk kot tak jumpa mamat Hongkong ni mcm mn?? Aku bg lah idea dgn kwn aku tu menapak ke MP Hongkong Hotel tunggu dpn hotel tu pasalnya aku yakin betul mamat ni akan pickup dgn kereta. Jadinya kami dgn bijak, keluarkan kertas A4 dan tulis besar2 nama vendor pastu pi show kat tepi jln. Asal ada kete stop by je kami hala kat diorg.haha. Serious ms tu mcm blank xtau nak buat apa. Habis sume org aku email dgn manager2 aku kat Malaysia pun aku email habaq kt dia tolong smpi kt vendor kami tunggu dpn hotel tu. Gila jauh mintak pertolongan. Nasib baik aku beli simcard dan boleh online. Aku call office vendor tapi x berangkat. Sudahnya laki aku call kata vendor tunggu kt lobby hotel kami stay!hahaha. Lega makkkk nakk.
Pastu vendor pi tahan taxi u..kereta???non hadoooo..hahaha;p ok, habis cite kegelabahan pagi kami.

I training dkt area Lai Chi Kok. Lepas habis training dlm pukul 5 mcm tu, kami naik MTR di stesen Lai Chi Kok utk ke Mong Kok. Time ni, punya padat manusia dimana2 sahaja..sakit kepala aku kejap. hehe. Sampai di Mong Kok station amik Exit E2, then jumpa laki disitu then kami teruskan penggembaraan utk SHOPPINGGGGG di Ladies's Market!!! agagagaga;p

Actually HK mmg banyak street market. Tak kira pagi ptg siang malam, mmg ada je tmpt korg nak menghabiskan duit. Boleh check  di sini as your reference. Ladies's market ni one of the main attractions for tourist. Kat sini korang boleh jumpa pelbagai rupa bentuk warna kulit manusia.haha.

Apa yg korg boleh beli disini? 
Mcm2 dek non mostly souvenior utk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Sepanjang street ni yg aku perhati barang yg dijual sama je likes t-shirt, fridge magnet, handbags, small coins purse, lukisan, toys, lingeries and nite suits, and some of them ada juga yg jual brg antik.

Tips to deal?
Silalah list dulu apa yg korang nak beli dan berapa byk nak beli, tanya harga, bargain until HALF PRICE or takat mn korang mampu byrlah. Sebagai cth, korang nk beli handbang, diorg letak HKD200, then korg bargainlah to HKD100 or even less pun kdg2 boleh dpt. Masa nilah korang akan rasa skill tawar menawar korang dicabar.hahaha;p

Tapi ada jugak barang like a t-shirt yg diorg dah tentukan harga. T-shirt I LOVE HK tu diorg bagi 5 helai HKD100. Tapi kalau korg beli byk boleh bargain lagi maybe 6 helai dpt HKD100 sbb diorg akan tanya nk beli berapa helai? So, share2 lah dgn kwn2.

Kalau bernasib baik, kdg2 bila korang acah2 nak beli kat tmpt lain penjual tu akan panggil korg balik then bg harga yg korg bargain. Yang tak bernasib baik tu, kena maki jela. hahaha.

Lagi satu tips, if you all ada kwn yg boleh ckp cina atau sebahasa dgn penjual tu lg mudah utk bargain.  Macam kwn aku ni, dia boleh ckp chinese sikit2 pulak tu jumpa kawan sekampung dia dari Filipina yg jual kat sini, apa lgggg kawtim kaw2 punyaa..hehe.

Mong Kong Sation, Exit E2
Punya ramai manusia keluar dari Exit ni. Aku dah pening kepala ms ni.Tapi gigih lagi nk berjalan for shopping.hewhew;p
On the way to Tung Choi street.
Baru samapi di mukadimah.. Hari terang lg masa ni around 7pm.
Handbags..hehe.
T-shirts
Nak jgk posingkan sementara hari xgelap lg..hehe.

Laki aku khusyuk discuss dgn kwn aku nak borong t-shirt time ni.







Lepas penggembaraan kami selesai di Ladies Market, kami teruskan perjalanan ke kedai mkn. Kami berhajat nak mkn dkt area Chungkin Mansion tapi masa dlm perjalanan, kami terjumpa satu kedai Mediterranean restaurant. Then terus decide nak makan disitu je sbb dah laparr sebenarnya!! hehe. Ok, cerita pasal makan ni next entry yer..

Lepas habis makan dan kekenyangan, masa utk utk exercise!! Kami berjalan kaki je menuju Jordan station dan turun di Tsim Sha Tsui station utk pulang ke hotel. Agak jauh juga berjalan dari station. Lebih kurang 1.4 km barulah sampai di hotel. Fuhhhh hari yg sangat2 penat tapi tetap enjoyyy!!=)

On the way to station, kami dihiburkan dgn penyanyi jalanan.hehe

Satu lg group penghibur. See..keliling org yg menonton dan diorg pun muka enjoy je..
  

Hongkong yang sangat happening dikala tgh malam..hehe.
Tsim Sha Station. Sebelah tu korang boleh jumpa Masjid Kowloon.
At Canton Road, along this road semua shop branded stuff . Fuhhhhhh!
Hotel kami atas Fendi ni je.Attached dgn Harbour City Mall.
 Ok, jumpa lg next entry

Total Damage:
Tak ingatttttttttt exactly tapi estimation dlm HKD1000. Will update later.




Islamic Centre Canteen, Wan Chan

Makin galak aku menulis nampaknya. Baiklah aku pindahkan cpt2 segala info ke dlm blog ni sebelum ia luput dalam ingatan.hehe.ok, cerita pasal makan mmg i suka!! Korang sume jangan risau, wlupun HK ni bukan negara muslim, tapi cukup senang nak cari makanan halal. Dengan syarat korang kena lah rajin google, faham map HK and you will found org putih kata. Aku ye ye o bawak maggi goreng, PAMA, serunding, roti, teh, milo segala..sampai sana harammm tak habis pun. Senang kata, korg x kebulur lah bercuti ke sana. Tapi kalau korg melancong under budget, it's ok kalau nak bawa mknn sendiri dari Malaysia. Aku ni kes pasal boleh claim.huhuhu..jenuh jgk nak perabih duit utk mkn sbbnya aku dinner je mkn mahal2. Breakfast dkt hotel dah include, lunch plak vendor  belanja tu pun aku mkn vegi hat murah punya. Sumpahh aku tak berani nk mkn benda pelik2..dahla bawak aku g restaurant takde tanda halal..erkkkkkk nak mkn pun baca bismillah byk2 kali ok.haha.kes darurat sgt dah aku ni..
Ok, melalut plak aku ni bercerita.

Ni alamatnya :
5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 
40 Salvation Amy Street, 
Wan Chai

Fyi, Islamic Centre Canteen ni juga terletak di Hong Kong Island. For those yg dtg dari Kowloon, boleh take MTR tuju ke Central dan di Central amik Island line dan turun di Causeway Bay. Nak senang psl perut dah laparkan amik taxi je dari Causeway Bay tu ha. Ok, canteen ni berada di tingkat 5 seingat aku. Sebut canteen ja jgn ingt mcm kanten sekolah pulak. Dalam building ni juga ada ruang solat lelaki dan perempuan, library, ruang belajar mengaji dan belajar agama. Senang kata, disinilah antara tempat komuniti org Islam berkumpul. Masa kami sampai tu dlm pukul 8 lebih, just the right time utk dinner. Dinner org Malaysia kan lepas pukul 8?hehe..Masa kami sampai tu tak ramai org pun, tapi ada small family gathering tgh sambut birthday agaknya. Rasanya family chinese muslim jgk.. i guess la sbb susah nk bezakan wanita kat sana yg islam pun xpakai tudung.huhu.

Menu??banyakkkkkkkk..sampai xtau nk pilih dan kalau boleh sume nak rasa. Dasar kuat makan sgtkan!hehe. Kalau yg biasa mkn chinese muslim food mmg tau lah mostly mknnnya mesti berstim,  herbs soup, mee and yang paling special di sini adalah dim sum! Org kata sedapppp..tapi malangnya dim sum only serve before 3pm. hehe..ntah aku pun xtau rasa dim sum mcm mn..kalau ada aku teringin jgk nk mkn. Harga?? Reasonable if you compare with other restaurant. Portion?? Banyak oiiii aku rasa kalau nasi sepinggan tu menggunung ok.boleh share 2 org.tapi aku x share pun.hahaha. Taste?? Sedappp! enough said.wuwuwuwu.

Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre. This building bukan btl2 tepi jalan, korang kena jln belakang satu blok building then baru jumpa.
Indonesian tgh mkn. Belakang tu family gathering tgh bizi nak bergambar
Mee dia mcm sedappp tauuu!
Halal Dim Sum. Aku x tau kenapa gambar ni x mau rotate.

Teh ais Hong Kong yg sedap gile. Vendor aku suh try. Yes! the taste different with the mamak's one.


Telur dadaq ada udangg..
Fried rice yang menggunung! Malaysia pun ada..tapi aku lapa nasi oiiii
Aku lupa nama mee ni apa. Ni laki aku yg order sbb terkenan tgk org meja sebelah mkn.
Adoii aku baca pun aku nak tergelak.Sah sah la ni belajar bahasa melayu xhabis.huhu;p
Ok, kesimpulannya kalau dtg ke sini mmg korang akan tersandar kekenyangan.  Harga pun murah dan yg paling penting kena dgn tekak org Malaysia mcm kita ni. Kalau dtg HK, wajib rasa teh ais diorg ok. Sorry..... tak byk gmbr boleh share sbb bateri kamera aku dah flat berjemaah sekali dgn iphone laki aku. Ni pun handphone aku dah tinggal nyawa2 ikan. Xpe, korg boleh merayau cari blog2 lain as your research materials.

Lepas je habis makan, kami pun mencari jln pulang berbekalkan map yg laki aku print. Kami berjalan kaki lebih kurang 10min jgk utk smpi di Causeway Bay MTR station. So from Causeway Bay, actually boleh je turun di Admiralty dan change line intercity kt sana. Tapi kami tak turun di Admiralty pslnya tiba2 confuse mcm eh btl ke boleh change line kt sini?haha.dan-dan la pelbagai persoalan timbul pdhl atas mtr map terang2 dah.hehe. Then kami teruskan perjalanan dan turun di Central station. Pastu kami amik line Tsuen Wan dan turun di Tsim Sha Tsui station utk balik ke hotel. Naik MTR sat ja tapi nak berjalan pergi dan balik dari station yg jenuhhhh.wuwuwu.

Tamat Day 1. yeayy!! Day 1 pun dah 6 entry apa mcm??;p
Byk lgiii nak story. Esok lusa aku cerita perihal Day 2 pulak.
Cekidautttt!

Total Damage:
HKD 130 ( Dinner for 2 person)

Sky Terrace 428

Lepas dah habis pusing-pusing di Madame Tussauds, kami laju-laju naik escalator menuju Sky Terrace 428 yg terletak di roof top The Peak Tower. 428 tu means ketinggian dari aras laut dan  yang tertinggi di HK. SubhanALLAH!! tu je la kata2 yg boleh diungkapkan bila jejakkan kaki kat atas tu. Pemandangan yang sgt-sgt indah yg tak terucap dgn kata-kata gituuu..[over tak expression aku!haha].
Korang boleh lihat panorama 360 darjah seluruh Hong Kong yg sangat awesome sambil menikmati angin nyaman + sejuk. Nasib bawak laki boleh jugak aku buat peluk.hahaha. Masa kami sampai di atas tu, jam lebih kurang pukul 7pm, matahari dah nak tenggelam so, most of the people there tunggu smpi malam utk lihat panorama waktu malam yg semestinya lagi menarik!!
Kami pulak x ambil masa yg lama sgt kat sana sbb laki aku dah stress kan aku dgn time. Sbbnya dia sibuk nak kejar kedai makan di Wan Chan (again!) yg tutup pukul 9pm tu. Laki akukan ni bab-bab mkn mmg dia xlupa.;p

Pendakian escalator yang tidak sia-sia
Korang boleh kirim postcard dari sini. Just choose tarikh-tarikh istimewa bila korang nak postcard tu di pos!
i LOVE u to the max!!

Hong Kong i loveeeeeee!!

Glowing beno e muka aku time ni..kikiki.

Antara rumah-rumah mewah yg termahal di HK! Per square feet cecah ribu riban okk

Haa ni Sky100 yg aku penyek kan tu..tinggi kan??

Kat atas ni korang boleh juga baca sejarah. Aku x minattt sejarah ampunnn la aku nk baca.heh

I love this pictureeeeeeeeee!!yeeeeeaaa!
Agak2 kalau korang rabun ayam, teropong je la. HKD2 only. Kalau ada Octopus card, tap je!
Pewitttt..kejadah ape aku pki spec ptg2 cenggini.
Kat bawah tu ada shopping mall The Galleria. Aku x sempat nk terjah masuk
Korang boleh tinggalkan notes dkt The Peak love tu..just write anything you want and stick there! 
Kami x stay smpi malam pun dan lepas dah puas bergambar sakan (tak puas sebenarnya!!haha) kami pun amik taxi dkt The Galleria utk terus ke Islamic Centre Canteen di Wan Chan. Restaurant ni salah satu restoran halal yg terkenal dan murah di Hong Kong. Masa kami turun dari The Peak lebih kurang pukul 7.45pm and taxi tu bawak kitaorg laju gila..haha.dah la turun bukit ala2 mcm bukit balik pulau tu..takut gila aku kot terbabas jatuh atas bumbung bangunan, berderai oiiii..tapi Alhamdulillah sampai jugak kitaorg di tempat yg dituju walaupun driver taxi tu mcm blur2 tak tau jln agaknya. Nasib laki aku bawak map and full address..good2. Dari The Galleria ke Islamic Centre Canteen ni tambang taxi HKD150 jeee..=)

Next post, kita cerita pasal makan pulak eh?

Total Damage:
HKD150 (Taxi Fare)

Hong Kong: Airport to Marco Polo Hotel Gateway

Kembali lagi..hehe.
Ok, as promised post kali ni aku akan cerita secara ringkas (ringkaslah sangat!!) perjalanan dari Airport ke hotel. Kami menginap di Marco Polo Hotel Gateway yg terletak di Harbour City, Kowloon.  Lokasi hotel yg sangat-sangat strategik & convenient!Alhamdulillah, Allah permudahkan perancangan kami.

From Airport to Kowloon Station
Korang boleh guna byk kemudahan transport seperti taxi, bus, airport express (train) and hotel coaches untuk ke downtown HK. Utk references awal, klik here. Kami memilih utk sampai cepat di hotel, so kami guna Airport Express (fastest way). Di airport korang tuju terus ke train station yg juga berada di 5th Floor Terminal 1. Actually korang follow je signboard tulis Airport Express/ Train tu, mesti akan jumpa punya train station.hehe. Airport Express ni  akan berhenti di beberapa main station iaitu Tsing Yi, Kowloon and Hong Kong. Kitaorg smpi di Kowloon station tak sampai 20 min pun. Tolonglah percaya!!hahaha. My recommendation naik lah train, very convenient dan sepanjang perjalanan korang boleh lihat Lantau Island and what do you expect about HK selain the buildings?kan?hehe..

Sementara tunggu train Airport Express. Dah mcm kembar pulak aku tgk 2 bodyguards aku ni.hehe.
Dalam Airport Express. TV pun ada tapi x sempat nk tgk disebabkan kami kejakunan.hahaha;p

Wi-Fi dimana-mana.
Lantau Island. Most kapal-kapal berlabuh di sini.
Bangunan jela yg boleh korang tgk ye dak?
Indicator yang menunjukkan korang dah sampai di Kowloon Station!Yeayyy!
Free Shuttle Bus From Kowloon Station to Hotel
Sampai di Kowloon station, kami singgah di 7 Eleven beli air mineral. Terkejut jugaklah den bila tgk harga sebotol mineral dlm HKD13.50. Jangan convert pleaseeeeeeeeee..haha. Tapi aku suspect bukan ori mineral water mcm kita kat Malaysia ni sbb tertera kat botol "Mineralized Water"not "Mineral Water".Faham? Celah kangkang mana pulak nk dpt sumber air yg asli kt HK ni kan.. but the taste not bad. Opss, kalau korang guna Octopus card, boleh byr guna card, just tap je.Mudahkan?

Disebabkan kami beli Airport Express Travel Pass, so kami dapat complimentary shuttle bus service from Kowloon Station ke hotel nearby. Sebelum naik shuttle ni, korang kena pastikan betul-betul nama hotel korang dah booking tu then refer here utk dapatkan pintu exit. Macam kami nak ke Hotel Marco Polo Gateway kena amik exit K2. Disana ada coach bus sedang tunggu korang. Naik je bas tu dan korang akan dihantar sampai entrance hotel. 

Kami hampir-hampir juga dah tersalah hotel sbb kami cuma tau kami duduk Marco Polo Hotel. Tak tau pulak Marco Polo hotel ni ada 3 which are Marco Polo Prince Hotel, Marco Polo Hong Kong Hotel & Marco Polo Gateway Hotel. Dkt Stop 1, kami dah excited punggah beg segala, sekali silap hotel daaa...haha. Malunyaaaaaaa..;) Naik balik shuttle bus dan kami turun di next stop which is Stop 2, Marco Polo Gateway Hotel. Alhamdulillah kami smpi di hotel dgn mudah. Memang salute dgn sistem pengangkutan HK yg very efficient. Kami xpernah menunggu masa yg lama utk naik train, bus, ferry or even taxi sbb semuanya pantas!!hehe. Sesuatu yg patut dicontohi oleh negara kita gitukannnnn..hehe.

Exit K2
Dalam shuttle bus
Salah hotel..kikiki..
Utk pengetahuan korang, mostly hotel di Kowloon city ni linked dgn shopping mall dan branded outlet. Memang mabuk la duduk sini kalau dah keliling ko Chanel, Fendi, Long Champ, Burberry, Coach, LV, what else?just name it!haha. Sapa yg kaki shopping tu, this is your place. Aku setakat lalu lalang depan kedai je, nak masuk ya ampunnn xsanggup lah..kang terbeli menangis laki aku tepi jalan.hehe..Masa kami pi HK ni, that's the best time to shopping sbb tgh end summer sale. So, kalau korang lalu lalang dpn branded outlet, nampaklah org  beratur panjang gila utk q masuk. Mostly mereka yg dtg tu dari mainland china..kalau org Hong Kong sendiri yg shopping, mmg tidaklah-kata HK residents sendirilah, sbb diorg sndiri x mampu nak beli brg2 branded ni sbb living cost diorg yg sgt tinggi. Hmm, tapi aku pernah dgr jgk ada brg2 branded yg dijual dlm butik sendiri pun fake. Sejauh mana kebenaran, wallahu alam..

Sampai je di Hotel dah pukul 2.30. Perut dah kebulur sgt, so kami terus check in, mkn, solat dan berehat. Laki aku prepare tentatif berehat dlm satu jam ja sbb kami plan nak ke Victoria Peak ptg tu. So,kisah kami di Victoria Peak sambung next post ya!!

View from our room..hehe..
Over tau laki aku sorang ni

Bilik kami yg sedang-sedang je tapi service and facilities tiptop.Alhamdulillah..=)

Hari-hari mandi bathub sampai banjir lantai..hahaha;p
 Total Damage: HKD13.50 (Mineralized Water)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...