Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label wedding tips. Show all posts
Showing posts with label wedding tips. Show all posts

DIY Simple Wedding Invitation & Bunga Manggar

aish, dikala ini mmg tahap serabut punya gaban.
gaban pun xserabut mcm aku.
rilek jek melawan musuh.haha=p
alkisahnya, baru balik dari penang selepas 4 hari melarikan diri dari persiapan kawen.
oh, melarikan diri bukan maksud berfoya2 yah!!
banyak benda yang perlu settle down kat sana sebelum kawen.

hari ni, balik rumah bukak blog, tgk ticker tinggal 11 hari lagi..
terus AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!
tidak.tidak.tidak.aku nak kawen dah.
lepas tu mak start bebel, langsir bilik tak match suh beli langsir baru, abah pulak bgtau wedding card tak cukup, kena tambah lagi dalam 50 kpg, then mak keluarkan plak bungga manggar, sedia utk dijahanamkan.
Kat depan rumah, kerusi dan meja makan dah tersadai.
erkkkkkkk..tiba2 jadi ngeri..

dikala inilah kekuatan mental aku diuji.
ok, i sudah menjadi aku. haha=p
sebagai seorang yang berfikiran positif, yer aku mesti kuat.*eceh*
sebagai penyetel masalah, benda pertama aku buat pagi ni adalah DIY simple wedding card.


ish, segan plak panggil card, pasal print guna paper sheet 60g jek.haha=p
kesian kat abah, dia pergi print wedding card aku byk2 adala kot dlm 50 kpg ngan kertas kuning. mmg tak cantiklah hasilnya. tgk ni...=(


x semenggah betul abah aku ni, ni jemput org pun xde yg nk dtg kot.hihi.


sbb tu aku nak DIY kan utk dia.
org2 kg aku kalau kenduri kawen, kad jemputan mmg simple gila.
sekeping kertas lipat2 then staple. mcm yg aku buat ni.
tapi, org dtg jgk.haha=p
so, da takde masa nk pk border cantik2, font cantik2 ke..
apa yg aku rasa cantik aku persembahkan.
hasilnya,
taraaaaa...



simple is good.print pun pakai laser jet, so ok la.

lepastu,
buat bunga manggar plak! BUNGA MANGGAR not BUNGA MANGGA yer.haha.
aku guna cara lama, tradisional.
takde masa nak DIY bunga manggar gula gula ke kuntum bunga ke.non ada masa.haha.
tradisional2 pun, mak aiiiiiiiii punye susah ok nak buat.sebatang lidi ni mau perlukan kesabaran tahap dewa gaban kot. habis dgn tangan2 aku terpusing nak melilitnya.silap lilit mau koyak itu bunga manggar..erkkkk pesal la aku xbeli jek yg da siap tu!kan senang tinggl cucuk jek.erk!

at least utk berarak kena ada dua pokok.
satu pokok 50 pcs.lagi rimbun lagi cantik kakak aku bilang.
dia bilang aje pandai, tolong aku takmau.ngelat betul.
nasib nk bg aku anak buah lg sorg dlm perut tu, so dimaafkan.haha=p
utk wedding beli dua kaler, gold and silver.

gold ada star2 lg!comel gila
.silver tu biasa2 jek.
nak tunjuk jgk kt korg..haha=p


beli dkt ayer hitam, 6 keping RM10.
Kalau satu keping kat price sticker RM 2.90. sajekla tu nak kaburi mata, padahal mmg harga nya 6 keping rm10. ce cuba kira sekeping.haha.
So, beli 12 keping, 6 keping gold, 6 keping silver.
Setiap keping, ada 20 ela panjangnya dan boleh dpt dalam 10 cucuk adik kat kedai tulah kata.
tapi aku tak dpt pun, asik putus sambung, belum kira aku buang yang da tanggal bunga nya lagi!haha=p
average dalam 8 cucuk lah!

lidi tu plak, makesure korg cari yg pendek sikit ke sederhana panjang ke panjang.
pasal korang nak bentuk kan pokok bunga manggar tu nnti jadi molat kan.
makanya, kena ada variety of length org putih kata.
lepas tu, lidi korg haruslah keras yer.
pangkal keras hujung lembut is nice!baru cun!
ini aku imagine sendiri lah..haha=p

da siap cucuk nnti aku tepek gmbr.
tu pun kalau tak sempat da kena rembat dgn budak2.hihi

sambung lagi buat keje.
tada!





Tip Deco-deco Hantaran

Tadi i terbelek balik majalah pengantin yang lama.
Edisi Ogos 2010. Cover depan Juliana Evans.
La ni da tak beli da majalah pengantin.
Cukuplah setahun dari Januari 2010 to Disember 2010 i menjadi pelanggan setia.
Habis koyak rabak lunyai da majalah-majalah tu i kejekan.
Sekarang ni harga da naik wooo.. dulu RM10 sekarang jadi RM14.90.
Tapi....b2b yg nak kawen tu, silalah jangan jadi kedekut, make sure every month budget ur monthly salary utk beli majalah pengantin ok!
Berbaloi-baloi.haishhh mls lah nak promote lebih2, non ada komisyen pon!haha=p

ok, ckp byk2, sbnrnya nak share satu tips utk deco-deco hantaran.
Sebab i pon nak tgh cari idea and tips utk menggubah hantaran.
So, i share dgn u all jgklah!

1) Pastikan warna alas dulang/dulang sesuai dgn bunga yang dipilih. Or skrg ni trend b2b guna bantal kan..so, make sure tau warna tema hantaran then baru beli alas kain bantal tu ye.
Kalau nak dekorasi yang menyerlah, warna kontra mmg cantik.for example, red and gold!uuuu..tahun arnab ni warna gold mmg ada ong!haha.

2) Barang hantaran perlu sesuai dgn warna bunga, warna alas dulang, size dan bentuk gubahan.

3) Elakkan penggunaan "double tape" especially pada barang2 hantaran.
Trend skrg ni, hantaran main letak atas bekas jek.
Takde da kot kain pelikat jadi rumah, jadi masjid, jadi kipas.haha.

4) Kalau nak guna reben, cari yang berdawai ditepi dan saiz besar.
Kalau reben yg berdawai ni mmg senang nak bentuk..=)

5) Jika guna bunga segar, span basah perlu dibalut dengan aluminium foil atau plastic wrapper.Kalau tak nnti basah pulak brg hantaran u all kan.
Bila

6) Seimbangkan pemberian makanan dan barang-barang hantaran. Cth, jika bg 9 dulang hantaran, 3 hantaran boleh bg makanan dan 6 dulang bentuk barangan. Apa pun, ia terpulang. Kalau saya, masa tunang dulu da bagi byk makanan dari brgn, so masa nikah ni bagi brgan pula lebih dari makanan..=)

7) Kalau hantaran bentuk mknn tu, seeloknya guna bekas mknn yang tertutup dan elakkan dari terdedah. Boleh tutup makanan tu dgn plastic wrapper dan hias cantik2. Kalau mknn mcm kek dan tiada bekas , seeloknya sediakan bekas/kotak untuk lain utk mudahkan pembawa hantaran tu nnti nak bawa pulang. Karang tersadung tgh jalan, terpelanting pulak kek tu kan!haha=p

8) Elakkan susunan gubahan yang terlalu tinggi. Orang skrg, gubah sirih pun rendah-rendah jek.haha.org dulu-dulu sirih lagi tinggi lagi bagus pasal sirih tu ibarat kepala adat lah.

9) Opss...jangan lupa buang tag harga barang-barang hantaran. Kot ye pon pakai COACH, agak2 lahkan nak menunjuk nya!haha=p

10) Seeeloknya, penggunaan dulang hantaran biarlah sama tinggi kesemuanya. Baru nampak cantik dan sedap mata memandang.

11) Penggunaan bunga segar mmg cantik. Tetapi utk perjalanan yang jauh cth perlis ke johor tidak terlalu sesuai. Maybe boleh beralih kepada penggunaan bunga dip dan bunga stokin.Jangan tak tau, harga kos utk bunga-bunga seperti dip dan stokin lagi mahal dari bunga segar!
Apapun tepuk dada tanyalah selera!

ok, finish.
kredit to Majalah Pengantin..=)

lepas kawen nak beli majalah apa pula ya...?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...