Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label bun. Show all posts
Showing posts with label bun. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

CHICKEN BALL & BUN GULA


Pagi tadi buat bun gula jer. Ada orang teringin nak makan. Resepi boleh tengok kat sini. Kemudian buat chicken ball. Orang kt rumah ni kalau bahagian isi ayam jer memang tak berapa nak laku la kalau buat lauk. Baik yg muda atau yang tua......kekekeke. So, selalunya part isi ayam ni campak dalam spegeti ker, bihun goreng ke, nasi goreng ke....cenggitu la. Pagi ni saje buat chicken ball sebab aku yang nak makan, hihihihi. Gaul (isi ayam -cincang) dgn serbuk lada hitam, garam dan mayonis, kemudian celup dlm telur serta salut dgn breadcrumb. Lepas tu goreng. Habis cerita. Senang kan?! hehehehe. Ok la, nak gi masak nasik plak ni. Masak lauk simple2 jer la, cam M plak ni....keh keh keh.....




Thursday, January 13, 2011

BUN SARDIN






Bun ni simple jer tapi puas hati membuatnya. Resepi ni asalnya adalah bun tuna tapi telah diejas serba sedikit. Kebetulan pulak kt rumah takde stok tuna, yg ada cuma sardin so intinya tukar kepada sardin la. Kalau nak tukar inti jem pun takde masalah sbb masih menggunakan doh asas. Bun ni diserikan lagi dgn bijan tapi sebab kami ni kurang suka sikit dengan bijan so, aku sapukan aje dengan kuning telur yg dicampur dgn sedikit pewarna kuning. Tp klu sesiapa yg sensitif sikit dgn telur, means cepat 'tangkap' rasa hanyir telur tu atau tak bleh makan telur, boleh ajer skip je step tu. Wokeh, resepi seperti di bawah.

Sumber :alma MyResipi

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
Untuk doh
  • 180ml air
  • 20g butter - ina letak 10g butter, 10g shortening-
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb gula
  • 330g tepung gandum
  • 1 sdb susu tepung
  • 1 sdk instant yeast - ina letak 2 sudu-
  • 1/2 sudu kecil bread improver -tambahan, resepi asal tak letak-


Untuk inti

  • 1 tin kecil sardin (sos sardin guna separuh sahaja, ikan dilenyek)
  • 1/2 biji bwg besar cincang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit perahan lemon atau air asam jawa
  • note: kesemua bahan ini ditumis dan dimasak seketika hingga kering.
  • ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Tuna (dlm tin) + 1-2sdb mayonis, gaul rata - resepi asal-

Untuk glaze & toppings

  • 1 sdk susu segar
  • 1/3 biji telur
  • Sedikit sesame seeds (bijan)
  • @ ina cuma guna kuning telur yg dicampur sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bhn2, ikut susunan tu, ke dlm breadmaker. Ikut arahan breadmachine msg2 utk buat doh.
  2. Bila siap uli, bawa keluar doh dr breadmachine dan tumbuk-tumbukkan.
  3. Bentukkan bulat kecil (saiz ikut masing2), then leperkn. Sudukan sedikit inti tadi dan tutup rapat2. Letakkan atas bekas pembakar yg dah digriskan sedikit.
  4. Untuk toppings: Pecahkn sebiji telur, kacau then amik 1/3 aje (byk2 kang membazir lak sbb nk gunanye sket jer). Kemudian campurkn 1/3 telur td dgn susu segar & kacau. Then sapukan atas bun tadi, pastu taburkn sket bijan atas bun.
  5. Ulang buat sampai habis doh. Then rehatkan bun dlm 40-50min atau biar ia naik sekali ganda drpd saiz asal, kalau nk leh je tutup longgar bun td dgn cling film (tp saya xbuat2 pun…naik gak dgn jayanyer).
  6. Then bakar dlm preheated oven 190ÂșC selama 10-12min atau sampai atasnye golden.




Thursday, July 15, 2010

BUN PANDAN BERKAYA

dah macam rupe lingkaran ubat nyamuk plak...keh keh keh

tu diaaa.....kemain lg tabur kelapa..



Sumber Asal : Chef Khoo See Yew (Home Bread)
Sumber 1 : Naz Rinn Chan
Sumber 2 : Cik Mat Gebu
Sumber 3 : Hana <--- aku copy dr sini

Dah buat kaya pandan, apa lagi...cari resepi nk buat rotinya la pulak. Tapi tu la kan, bkn nak tunjuk pandai tp tunjuk gelojoh...kah kah kah...resepi suruh buh serbuk santan tapi aku belasah santan tin jer. Eh, ada ker kt sini coconut milk powder? hurrmmm... entah lah....lain hari la cek kt kedai...hehehe... So, kembali kpd kegelojohan td, maka adunan pun menjadi lembik la sedikit dan aku pun sekali lagi bkn nak tunjuk pandai tp nak tunjuk 'cover panik' menokok tambah la apa2 yg patut dalam adunan tersebut. Sib baik la menjadi dan masih boleh dimakan...keh keh keh. Ni klu jiran aku baca ni mesti dia ckap, bila la hasil2 xperimen ni nk smpai ke ats... hehehe...sabo2...tkg msk masih batuk & selsema...hehehe...tp harap2 hujung minggu ni ok la untuk potluck MAPSA City.

Ok la tak pyh citer panjang, layan resepi di bawah. Mintak ijin kopi pes yer...hehe. Klu nak tgk rupe sebenar hasil resepi ni sila la rujuk sumber di atas yer. Yang aku punya ni, kureennngg skit ke'cun'annya...hehehe...

Bahan-bahan

• 350 g tepung roti (high protein flour)
• 200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
• 50 g gula halus
• 1/2 camca teh garam halus
• 3 camca teh instant yeast
• 1 camca teh bread improver
• 20 g serbuk santan
• 1 camca besar susu tepung
• 1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
• 30 g mentega
• 1 camca teh pandan paste

Bahan hias:

• Kelapa kering secukupnya - hana gune bijan dh bako br teringat nk ltk!
• Seri kaya secukupnya

Cara-cara

1. UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN : Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...

2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.

3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...

4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...