Showing posts with label pencicah / sos. Show all posts
Showing posts with label pencicah / sos. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Fish n Chiplicious...







Assalamualaikum wbt...satu lagi menu tertunggak, tapi Liza tetap juga nk share sbb sedap yg amat

Liza cuma gunakan fillet ikan dori je, tapi sos tu yg buat fish n chip kali ni terlajak sedap, jom tgk resepi kat bawah..








FISH N CHIPLICIOUS

Bhn2:

Ikan dori fillet - potong dan bersihkan
Tepung bestari secukupnya
Coleslaw


- perap ikan dori dgn tepung bestari dalma 30 minit
- panaskan minyak
- salut ikan dori td dgn tepung bestari sekali lg
- goreng hingga masak keemasan, angkat
- hidangkan dgn coleslaw dan sepecial sos di bawah..




Bhn Sos:

1 cawan mayonis
2 s/b sos tomato
2 s/b mustard
1 tangkai daun oregano - cincang halus
12 ulas bawang putih/ garlic powder
1/2 s/t hot chilli
1/2 s/t Mexican chilli
Secubit cayenne pepper / paprika


- satukan semua bhn dan letak di dlm fridge dalam 30 minit sebelum digunakan
- blh juga digunakan utk sapuan burger dan lain2.


Monday, August 7, 2017

Homemade Spinach Sauce...yummy




Sebenarnya kan Liza ni mmg suka buat pelbagai jenis sos utk dimakan dgn burger..kuat betul pengaruh TV kan,hihi
Sos ni pun salah satu peberet Liza, olah ikut selera dan penerimaan tekak Liza n family, sedap dan Wangi

Anak2 yg tak makan sayur pun blh tertipu dgn sos bayam yg sedap ni






HOMEMADE SPINACH SAUCE

Bhn2:

1 genggam daun bayam - celur sekejap
3 hiris timun batang
Daun pudina
1/2 biji perahan lemon
1 s/t parutan kulit lemon
2 s/b yogurt
1 s/b mustard
1 s/t serbuk lada hitam
Garam, gula secukup rasa
Minyak zaitun


- masukkan semua bhn ke dlm food processor KECUALI minyak zaitun
- mesin hingga halus dan masukkan minyak zaitun sedikit2 sehingga dapat kepekatan yg kita nak
- masukkan ke dlm bekas dan simpan dlm petiais lebih kurang sejam sebelum digunakan






         Liza letakkan pada steak burger, mmg yummy la..









Homemade Hot Sauce..




 
 
RESEPI HOMEMADE HOT SAUCE
 
Bhn2:
 
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 mangkuk cili api
1 biji capsicum merah
11/2 s/b mix herb
100 ml apple vinegar - cuka biasa pun blh
1 cawan minyak zaitun
2 helai daun bay
2 s/teh serbuk hot chili
Gula, garam secukup rasa
 
 
- campur minyak zaitun dan apple vinegar dalam periuk dan amsak hingga mendidih
- masuk bwg putih, cili dan capsicum dan masak hingga semua bhn layu
- masukkan herba dan kacau rata, tutup api
- sejukkan sekjp dan blend bersama garam dan gula hingaa halus
- tuang semula sos ke dlm periuk dan masukkan daun bay, mix herb serta serbuk hot chili
- masak kjp hingga mendidih, tutup api
- sesuaikan rasa, mesti ada rasa masam dan pedas sos
- sejukkan dan masukkan ke dlm bekas bertutup dan simpan dalam petiais
- sedia digunakan sebagai sos burger atau perapan ayam panggang
 
 
 


Friday, June 9, 2017

Ikan Bakar dan Air Asam Pencicah yg Sangat Sedap...


Assalamualaikum wbt..bila makin lama puasa ni mmg dah buntu, tak tau nak masak apa utk berbuka kan..apa kata ptg ni cuba buat menu bakar2 cmni, kompem laku keras dan dapat membuka selera makan



Resepi utk perap ikan tu Liza amik kat SINI, mmg sgt sedap dan cukup segala rasa yg tekak Liza nak..terima kasih ye Zahirah..jom kita tgk resepi








RESEPI IKAN BAKAR SEDAP

Bhn2:
4 ekor Ikan keli - blh guna apa jua ikan
2 btg serai - hiris halus
Cili kering yang dah dipotong kecik dan direndam dengan air panas
1-2 helai daun kunyit - hiris
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bwg putih - hiris
1 inci halia
Gula dan garam sesedap rasa


Cara

- Blend semua bhn di atas dan perap dengan ikan.
- perap lagi lama lagi sedap
- balut ikan dgn daun kunyit dan bakar hingga masak kedua2 belah
- siap dihidang bersama air asam
- perghhh


 




Manakala utk resepi air asam yg terlajak sedap ni pulak Liza ambil kat SINI..terima kasih jugak ye utk resepi marbeles ni


RESEPI AIR ASAM PENCICAH TERLAJAK SEDAP


Bhn2:

1 biji tomato dibelah dua
4 biji bawang merah (bawang kecil ye)
Belacan lebih kurang sebesar sebiji atau sebiji setengah bawang merah (bakar dulu ya)
Asam jawa sebanyak lebih kurang sebiji tomato saiz sederhana
10 tangkai cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
1 tangkai cili merah di potong 2
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air masak ( kalau kurang boleh tambah lagi sikit)
2 biji limau kasturi

Cara
1. Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil patinya. Tuang ke dalam blender.
2. Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisarlah macam biasa.
3. Dah siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Mayang atau potong dadu 2 biji baki bawang merah. Separuh tomato yang berbaki tadi potong ikut suka - dadu boleh hiris pun ok. Baki separuh cili merah hiris halus. Cili api hiris halus jugak. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaul bagi bercampur aduk semuanya. Lepas tu perahkan limau kasturi. Kulitnya masukkan sekali.
4. Rasa dulu. Kalau agak kurang masin tambah garam. Kurang rasa manisnya tambah gula. Kemudian kacau bagi gula atau garam cair. Kalau kurang air boleh tambah sikit. Kombinasi rasanya mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau kurang masamnya tambahlah lagi perahan limau kasturi.
5. Kalau air asam ni nak diadikan macam air asam utara tambahlah dengan 1 sudu besar kerisik kemudian gaul rata. Jadilah ia air asam utara.
6. Kalau nak tambah bunga kantan pun blh. Hiris halus kemudian campur dan gaul sebati.
7. Bahan-bahan yang kita kisar tadilah yang membuatkan air asam ini menjadi pekat. Kalau tidak dikisar, ia akan kelihatan cair dan tidak menyelerakan. Selamat mencuba.





Friday, November 25, 2016

Special Sos Burger...




Assalamualaikum wbt...rasanya agak lama juga la Liza tak bersiaran kat sini kan,biasa la bila anak2 tgh ada exam besar, hati mak2 mmg tak keruan...hanya Allah saje yg tahu perasaan tu

Insyaallah angah akan habis SPM Selasa ni. subject Kimia...semoga semuanya selamat dan dipermudahkan...Aamiin
Berbalik pada sos ni, rasa dia mmg memikat selera..terliur bila tgk kawan Liza, Pah dok share kat fb masa dia buat party Tupperware dulu...maka dgn muka yg tak berapa nak malu, Liza pun minta la resepi sos ni,hihii...tq Pah. love u fren







RESEPI SPECIAL SOS BURGER

Bhn2:

1 s/b sos tomato
1/2 cawan mayonis
1s/b yellow mustard
1/2 s/t garlic powder
1/2 s/t smoked paprika
Secubit Cayenne pepper - Liza guna Mexican Chilli
Dill - Liza guna thyme








- gaulkan semua bhn sos dan simpan dlm fridge seelok2nya smlmn sebelum guna.
- boleh guna utk burger, sandwich dan lain2

* Liza buat lebih utk stok,hihii


Thursday, October 27, 2016

Keli Bakar dan Air Asam Budu....



Assalamualaikum wbt...keli bakar ni Liza buat tanpa sengaja sebenarnya...mula2 plan nk grg celup tepung je, pastu gas pulak habis...mmg kalut jugak la sbb Liza kena siapkan utk kkk sebelum g sekolah petang...jadi terlintas la utk bakar je ikan keli ni dlm oven, lepas tu baru terlintas nk buat air asam budu ni..rasanya mmg terangkat, Liza makan keli bakar ni dgn air asam ni je...mmg bertambah2 selera,hihihi

Resepi air asam budu ni dr CT aka Zalieda Zaliedana dan Liza CnP dr dapur Lina yg selalu share menu2 yg best....tq to both of you, nnt blh buat lagi air asam ni








RESEPI AIR ASAM BUDU

Bahan Kisar/Tumbuk:

3 biji cili padi (boleh tambah/kurang ikut selera)
2 biji cili merah
Sedikit Belacan Bakar

Bahan-Bahan Lain:

1 labu Bawang Besar hiris nipis
1 Biji Tomato Di dadu/Hiris nipis
1 biji Cili Merah hiris nipis
2 biji Cili Padi Hiris
Air Asam Jawa Secukupnya
1 biji Air Perahan Limau Kasturi
1 Sudu Besar Sos Ikan
1sudu Besar Budu
Garam dan Gula/perasa secukup rasa





Cara Penyediaan:

Campurkan smua bhn yg dihiris dengan bahan kisar kasar,budu, air asam jawa dan sos ikan gaul sehingga sebati. Perahkan jus limau.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan.Sedia untuk dihidang bersama ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya




Tuesday, September 6, 2016

Veloute' Sauce...



Sos ni Liza buat utk croissants ..ye la sekali sekala cuba menu baru pulak kan, takde anak2 boring
Sos ni blh jugak letak kat burger atau sandwich...suka hati la, kita yg nak makan kan






VELOUTE SAUCE RECIPE

Bhn2:

11/2 cawan white chicken broth / chicken stock
2 s/b unsalted butter
3 s/b tepung gandum
Garam dan pepper secukup rasa


- panaskan pan dan masukkan butter dan cairkan..
- tambah tepung gandum dan kacau sebati dan agak2 tepung masak ..lebih kurang dlm 2 minit
- masukkan chicken broth td sedikit2 sambil kacau tepung agar tidak bergentel..
- biarkan sehingga mendidih dan perlahankan api dan terus masak hingga pekat..
- perasakan dgn garam dan pepper..
- dah siap dan boleh diguna




Thursday, May 5, 2016

Sos Coklat Homemade.....




Tetiba datang angin rajin nak buat sos coklat ni,senang nk mkn ngn eskrem atau waffle atau apa saje...janji ada stok dlm fridge kan

Liza amik resepi ni dr blog Indonesia rasanya, tq ye..mmg sedap sangat, nnt dah abis boleh la buat lagi..






RESEPI SOS COKLAT HOMEMADE

Bhn2:

128gm serbuk koko
500 gm gula
1/4 s/t garam
500 ml air sejuk
1 s/b esen vanilla





- satukan serbuk koko, gula dan garam dalam satu mangkuk..
- tambah air sejuk dan sebatikan dgn whisk hingga semuanya sebati..
- masak hingga mendidih dgn api sederhana, selalu kacau ye..takut hangit kat bawah tu..
- tambah esen vanilla , kacau sebati..
- tutup api dan biarkan sos sejuk sblm simpan dalam bekas..
- simpan dalam petiais utk tahan lebih lama..
- taraaaaa, siap..



Thursday, February 21, 2013

Burger Sos Lada Hitam...




Assalamualaikum wbt...biasa beli je burger sos blackpepper ni, tp kali ni buat sendiri sos tu, baru puas hati mkn...tp adik tak nak sos ni, dia cakap dia nk burger biasa je...ape2 je la kan...

Sos blackpepper ni Liza ambik kat dapur Hana, masa tu dok terliur nengok oblong burger Hana, tp Liza baru buat hari tu guna sos bbq, so, kali ni Liza guna roti n dgg burger je...sama je kan...hiihihi

RESEPI SOS LADA HITAM

Bhn2:
  • 2 cawan stok ayam- (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - hana buh 1/4 je
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
 
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

Friday, February 15, 2013

Sos BBQ Special....



Hari tu dok intai2 dapur Diana, terjumpa resepi sos ni...ape lg terus salin n buat...mmg tak menghampakan, walaupun ada bhn yg Liza xletak sbb xde stok..pertama kali Liza buat utk mkn dgn oblong...mmg meletup n melompat2 dlm mulut...hihihihi, ayat sape tu...

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx Diana...

RESEPI SOS BBQ SPECIAL

Bhn2:


3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
1 tbsp sos cili _ ( Diana guna sos cili Maggi )
5 tbsp sos tomato _ ( Diana guna sos tomato Maggi )
3 tbsp kicap cair _ ( Diana guna kicap cair Loon Kee )- guna kicap manis
1/2 tsp serbuk rempah 5 - Liza xletak
1 tsp lada hitam kisar - tambah lg 1s/t
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

 
 
Cara²

Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.

Kemudian masukkan kesemua bahan² yang lain dan masak hingga mendidih.

Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.

Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan
kegemaran.



Sunday, October 7, 2012

Homemade Butterscotch Sauce....


Assalamualaikum wbt dan salam manis dihujung minggu buat semua....ari ni Liza nk share resepi butterscotch yg Liza buat ari tu utk kek angah...butterscotch ni mmg best, lemak berkrim disukai ramai....hihihii

Macam2 resepi butterscotch yg ada, tp Liza berkenan dgn resepi dr MyR, thnx ye Zack...resepi yg simple tp hasilnya, wallllaaaa....


RESEPI BUTTERSCOTCH SAUCE

Bhn2:

  • 2/3C susu sejat@evaporated milk
  • 3/4C gula perang, dipadatkan
  • 2sb + 1/2sb butter
  • 1st esen vanila
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan guna periuk tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
  2. Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
  3. Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala (sy renihkan 10 minit untuk pekatkan sos).
  4. Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam dan boleh disimpan dalam petiais utk tahan lebih lama...

Tuesday, December 20, 2011

Sos Cheezy Wedges ala2 KFC...wowwww

Dah lama Liza tercari2 resepi ni...akhirnya berjumpa jugak dgn idaman hati....masa buat hr tu pun nervous semacam, tkt tak jadi lg....Alhamdulillah anak2 mmg suka sgt ngan rasa sos cheese kali ni...
Sebenarnya Liza terjumpa resepi ni kat Sini..terima kasih bebanyak kat Norhana...


Liza panjangkan resepi ni kat sini pulak yer, mintak halal yer Hana...


RESEPI SOS CHEEZY WEDGES ALA2 KFC

Bhn2:

2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.




Ni sos keju yg Liza buat..hanya 1/2 adunan jer tp tu pun masih berbaki lgi....bnyak jugak la yg dapat...mmg sedap sgt, cubalah pada sesape yg suka sgt ngan cheesy wedges tu.....mmg berbaloi..



Sunday, September 11, 2011

Cucur Udang Geragau Sayuran..

Salah satu menu kegemaran family untuk minum petang...kali ni Liza campur udang geragau dgn sayuran..kira2 menu sihat la utk semua kan..resepi ni rasa2nya macam yg org lain buat jugak, sama jer..cuma tambah2 jer apa yg nak dibubuh kat dlm cucur tu..ikut selera masing2 laa..



CUCUR UDANG GERAGAU SAYURAN

Bhn2

Tepung gandum
Air - ikut kepekatan
Garam
Serbuk penaik
Pewarna kuning
Udang geragau
Lobak merah
Daun sup
Taugeh

- campur semua bhn dan biarkan sebentar
- grg dalam minyak panas, api jgn terlalu besar
- bila dah garing, angkat dan sedia dimakan bersama cili sos atau sos kegemaran.


Liza makan dgn sos pencicah resepi ari tu..utk memudahkan Liza paste kat sini pulak la..

SOS PENCICAH / COLEK

Bhn2

Bwg putih
Cili boh
Gula melaka
Cuka / air asam jawa
Tpg jagung - utk pekatkan kuah
Air secukupnya
Garam
Gula

- semua bhan kecuali tpg jagung dimasak hingga sdkt pekat, masukkan tpg jagung ikut kepekatan yg dikehendaki..
* blh juga ditumis dahulu bwg pth dan cili boh hingga sedikit garing, bru masukkan bhn2 lain..


Sunday, July 24, 2011

Colek Kerepok Gote...

Tadaaaa....ni la kerepok gote dan coleknya aka sos aka pencicah...hehehe...kerepok ni didatangkan khas dr Kelate...ori bebbb...tp sosnya homemade ye..sos yg simple dan blh dimakan dgn popia goreng jugak...


                                           Ni laa cara yg Liza selalu buat...jom kita intai...

Colek aka Sos aka Pencicah

Bhn2

Bwg putih
Cili boh
Gula melaka
Cuka / air asam jawa
Tpg jagung - utk pekatkan kuah
Air secukupnya
Garam
Gula

- semua bhan kecuali tpg jagung dimasak hingga sdkt pekat, masukkan tpg jagung ikut kepekatan yg dikehendaki..
* blh juga ditumis dahulu bwg pth dan cili boh hingga sedikit garing, bru masukkan bhn2 lain..


                                               Sedia utk dinikmati...senang kannn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...