Showing posts with label pulut. Show all posts
Showing posts with label pulut. Show all posts

Tuesday, October 17, 2017

Pulut Mangga ala Thai...





Assalamualaikum wbt...pulut mangga ni Liza buat masa abg cuti ari tu, sbb dah lama dia request..Alhamdulillah bertambah2 dia makan

Resepi utk pulut n kuah santan tu sama je dgn resepi pulut dgn kastad telur yg Liza buat tempohari..
Sepatutnya atas pulut tu tabor bijan masa hidang, tapi Liza tak buat sbb malas,hihihi









RESEPI PULUT MANGGA ALA THAI




Bahan-bahan untuk pulut :
 
  • 400 gram beras pulut, rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2-3 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan / daun pisang
  • 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
 
 
Bahan untuk kuah santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pulut:
  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga / egg custard dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah mangga dan pulut. Angkat dan sejukkan.
  3. Hidangkan  bersama pulut, mangga masak dan taburkan bijan ..

 

Monday, October 19, 2015

Pulut Kuning dan Kerutup Ayam....





Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua pengunjung ID yg Liza sayangi....semoga kita semtiasa dilindungi Allah swt dlm apa jua yg kita lakukan, insyaallah....Aamiin

Dah lama sgt rasanya tak buat pulut kuning ni sbb tiap kali terlintas nk buat, tak cukup ahli...jadi niat tu terpaksalah dipendamkan dulu...baru2 ni kebetulan abang pun cuti, jadi on je la pulut kuning ni...Liza buat utk lunch ari tu dan digandingkan dgn lauk kerutup ayam yg jugak mmg peberet family Liza...Alhamdulillah suka bila tgk semua org berselera makan..




RESEPI PULUT KUNING
Bhn2

1 kg beras pulut - basuh
Sdkt pewarna kuning
1 kpg asam keping
Sdkt serbuk kunyit - bancuh dan tapis
Air secukupnya

- rendam semua bhn di atas semalaman utk mendapatkan warna kuning yg cantik.

1 biji kelapa- perah dan ambil santan dlm 3 cwn
Garam
Gula

- masak santan bersama gula dan garam.
- bila gula dan garam dh hancur dan santan dah naik wap, tutup api.

Cara

- panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus beras pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan terus gaulkan dgn santan yg telah dimasak td.
- gaul hingga pulut lembut dan sebati.
- sedia dihidang dgn lauk kesukaan..


* kalau pulut masih lagi keras, kukus lagi slps digaul santan, mungkin dalam 5-8 minit utk dapatkan pulut yg lembut...





RESEPI KERUTUK AYAM MARBELES
Bhn2:
1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
6 ulas bwg merah*
2 ulas bwg pth*
1/2 inci lengkuas*
2 btg serai*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 paket kecil rempah kerutup (Liza guna adabi)
2 s/b rempah kerutuk klate
2 s/b rempah kari dgg
2-3 s/b cili mesin
1/2 cawan kerisik
1 keping gula merah (nise)
Garam, gula secukup rasa
1 cawan santan pekat dr sebiji kelapa
4 biji ubi kentang - belah 4
Air asam jawa
4 sekawan
Daun pandan
Minyak

- bhn2 brtanda * dimesin halus
- panaskan minyak dan masukkan daun pandan dulu (utk bg kerutup ni wangi)
- bila dah naik bau, masukkan 4 sekawan dan bhn2 yg dimesin.
- masukkan pula rempah2 yg tlh dicampur dgn sedikit air, cili mesin dan air asam jawa
- biar sehingga naik minyak br masukkan dgg,kentang dan santan
- bila dah mendidih, masukkan pula gula melaka dan garam serta perasa (optional)
- biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan kerisik
- sedia dihidang dan boleh la dimamam....







Wednesday, August 12, 2015

Pulut Durian...



Pulut durian ni mungkin dah ramai yg tau nak buat kan..Liza saja share kt sini cara Liza buat utk rujukan anak2 Liza dan pada sesiapa sahaja yg baru berjinak2 dgn dapur..ni pulut durian cara Liza ye..




RESEPI PULUT DURIAN

Bhn2:

Pulut tanak / kukus secukupnya
Durian
Nise / gula Melaka - diracik halus, sbb nnt kita nak lenyek
Santan cair - dimasak dgn sedikit garam hingga naik wap

* Santan tu elok dimasak dahulu utk mengelakkan sebu perut lps makan pulut durian ni..*





Cara nak masak pulut sama macam masak nasi cuma air perlu dikurangkan sikit..

- Masukkan santan dlm pinggan, ambil sedikit nise dan lenyek dlm santan tu, agak2 manis yg kita nak ye..
- pastu baru masukkan pulut dan durian, gaulkan durian tu dgn pulut..
- bila semua dah sebati, nganga mulut n makan...hihihii


Monday, August 18, 2014

Ayam Panggang Lemak Manis n the gang...



Assalamualaikum wbt dan salam ceria buat semua...pada kengkawan yg berpuasa sunat hari ni, selamat berpuasa Liza ucapkan ye...semoga amalan kita diterima Allah swt, Aamiin..

Dah lama bebenor rasanya tak buat ayam panggang yg sedap ni..hari tu mmg plan nak buat pulut kuning utk kakak sempena dah khatam Quran, jadi terfikir2 la nak mkn dgn apa selain dr rendang..Jadi teringatlah ayam panggang ni, mmg best dan sesuai sgt utk mkin dgn pulut kuning atau nasi berperisa jugak, nasi putih pun boleh...




Resepi asal dr Papajoh yg mmg popular tu, terima kasih ye chef atas resepi yg dh jadi peberet family Liza ni..jom kita tgk resepi, mana tau boleh buat utk berbuka ptg nnt kan..

RESEPI AYAM PANGGANG LEMAK MANIS

Bhn2:

1 whole Chicken cut in halves.- Liza potong kecik2
15 - 20 shallots (Blend/Kisar)
4 Red Chillies (Blend/Kisar)
4 pcs Kafir Lime leaves (Daun Limau perut)
4 candle nuts ( buah keras)- Liza tumbuk halus
200gm Coconut Milk (Santan)
2 cm Galangal (Lengkuas) (Blend/Kisar)
2 cm Fresh Tumeric (Blend/Kisar)
3 pcs Lemon grass (Serai) - ketuk
3 pcs of screwpine leaves (Daun Pandan) - simpul
Salt & Sugar for taste
4 table spoon of Oil

Heat oil in the wok, add lemon grass and pandan leaves. Add the blend spices and cooked till the aroma rises. Add the chicken, cook for 15/20 mins on medium heat add the coconut milk and cook for another 10mins. Take the chicken out and place on oven tray.
Grilled chicken for 20 to 25 mins in the oven @180C or grilled on charcoal. Garnish with coriander leaves and fresh salad.
- panaskan sedkit minyak, tumis serai dan daun pandan, bila dah wangi, masukkan bhn2 kisar dan daun limau purut dan masak lg hingga wangi..
- masukkan garam dan gula secukup rasa, lepas tu masukkan ayam dan masak hingga ayam separuh masak lbh kurang 15-20 minit.
- lepas tu masukkan santan dan masak lg dlm 10 minit.
- keluarkan ayam dan letak atas tray dan bakar dlm oven 20-25 minit, 180C atau hingga ayam masak...
- boleh lah dihidang dgn nasi putih...walllaaaa





Ni lah pulut kuning gandingan dgn ayam panggang lemak manis ni, sedap meletopp...perghhh


Wednesday, October 16, 2013

Pulut Kuning Rendang Rusa....



Assalamualaikum wbt dan Salam Aidiladha utk semua...hari ni baru berkesempatan utk update blog ni...biasa la kan, time2 dekat nk raya, macam2 yg kena settle...padahal takde buat apa pun, gimik je lebih...hihihi

Pulut kuning ni santapan kitaorg di pagi raya, mula2 plan nk buat nasi dagang dgn lauk itik, cari punya cari takde la pulak itik..last2 hubby cakap buat pulut kuning dgn rendang rusa je la,sedap jugak.. hihihi


Pulut kuning dgn rending ni dah bnyk kali Liza buat..utk resepi pulut boleh tgk kat bawah ye..

RESEPI PULUT KUNING
Bhn2:
1 kg beras pulut - basuh
Sdkt pewarna kuning
1 kpg asam keping
Sdkt serbuk kunyit - bancuh dan tapis
Air secukupnya
- rendam semua bhn di atas semalaman utk mendapatkan warna kuning yg cantik.

1 biji kelapa- perah dan ambil santan dlm 3 cwn
Garam
Gula

- masak santan bersama gula dan garam.
- bila gula dan garam dh hancur dan santan dah naik wap, tutup api.

Cara ;

- panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus beras pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan terus gaulkan dgn santan yg telah dimasak td.
- gaul hingga pulut lembut dan sebati.
- sedia dihidang dgn lauk kesukaan..




RESEPI RENDANG DAGING BONDA
Bhn2:
1 kilo dgg -potong kecil ( apa2 daging pun boleh)
1 biji santan
6 ulas bwg merah*
2 btg serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
11/2 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah kari
1/2 s/t srbk ketumbar
1/2 s/t srbk jintan manis
1/2 s/t srbk jintan pth
4 s/besar cili mesin
kerisik
daun kunyit- potong halus
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa




- mesin halus bhn bertanda *
- masukkan dgg, santan, dan semua bhn kecuali kerisik dan daun kunyit ke dlm kuali.
- bila dh hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit.
- masak hingga kering (kepekatan rendang bergantung pada selera msg2)
- sedia dimkn dgn nasi,pulut kuning dan nasi impit..


 

Saturday, March 2, 2013

Pulut Pagi aka Pulut Nise...




Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua...dah bekpes ke, bekpes apa pagi ni? Kalau ada yg berkenan n nak merasa pulut nise ni, boleh la cuba resepi kat bawah ye..ada juga yg kukus pulut ni, tp Liza buat tanak macam biasa je..

Tp sukatan Liza main agak2 je ye..

RESEPI PULUT PAGI AKA PULUT NISE

Bhn2:

3 cawan beras pulut - cuci
Air secukupnya - utk tanak pulut
2 keping nise / gula melaka
Kelapa putih
Garam

- masukkan beras pulut dan air secukupnya ke dlm periuk dan tanak macam biasa.(sukatan air utk masak pulut mst lah kurang dr sukatan beras pulut).
- bila dah 3/4 masak,bubuh nise /gula melaka dan perlahankan api.
- gaul sebati bila nise dah mula mencair.
- biarkan pulut masak sempurna dan warna pulut kecoklatan.
- tutup api,biasanya pulut ni sedp mkn masa sejuk.
- kukus kelapa pth dlm 5 minit utk mengelakkan dpd cepat rosak.
- angkat dan gaul dgn sdkt garam.
- sedia dihidang bersama pulut td..


Friday, February 8, 2013

Pulut Kuning Serunding Daging n Ayam Masala..



Assalamualaikum wbt. bersua kembali kita pada hari Jumaat yg mendung ni...dlm seminggu dua ni cuaca tak menentu kan, dlm keadaan cmnilah selalunya dtg mcm2 penyakit mcm batuk, selesema n demam...so, jagalah diri dan org2 yg kita sayang sebaik mungkin...

RESEPI PULUT KUNING

Bhn2:

1 kg beras pulut - basuh
Sdkt pewarna kuning
1 kpg asam keping
Sdkt serbuk kunyit - bancuh dan tapis
Air secukupnya

- rendam semua bhn di atas semalaman utk mendapatkan warna kuning yg cantik.

1 biji kelapa- perah dan ambil santan dlm 3 cwn
Garam
Gula

- masak santan bersama gula dan garam.
- bila gula dan garam dh hancur dan santan dah naik wap, tutup api.

Cara ;

- panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus beras pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan terus gaulkan dgn santan yg telah dimasak td.
- gaul hingga pulut lembut dan sebati.
- sedia dihidang dgn lauk kesukaan..


Dah lama jugak tak buat pulut kuning ni, kali ni Liza buat dgn ayam masala, mmg suka buat ayam ni sbb bg Liza ayam ni mmg sedap n simple sgt..


RESEPI AYAM MASALA

Bhn2:

1 ekor ayam
5 s/b rmph kari ayam
3 s/b cili mesin
1 paket kecil kerisik
Bwg pth- 2 ulas*
Bwg merah- 6 ulas*
2 biji bwg besar*
Halia*
Tomato
Ubi kentang
- bhn2 bertanda * ditumbuk @ dimesin
Bhn tumis:
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
3 ulas bwg kecil - dihiris
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam,gula dan serbuk perasa
- perapkan ayam dgn bhn2 mesin,cili mesin,kerisik dan rempah kari ayam.
-perap lebih kurang 1 jam @ semalaman..lg lama lg sedap
- panaskan minyak dan tumis bhn2 tumis hingga naik bau.
- masukkan ayam yg telah diperap kemudian masukkan sdkt air,garam, gula dan perasa.
- masukkan juga ubi kentang yg dipotong baji.
- masak hingga kering dan ayam empuk
- akhir sekali masukkan buah tomato
* kalau nak tambah daun kunyit pun blh, tp abaikan daun kari..

Friday, December 28, 2012

Ketupat Sotong...

Ketupat sotong ni yana mintak, sibuk suruh buatkan sbb dia ckp dah lama tak makan...macam2 betul la budak tu...maka sibukla umi suruh papa belikan sotong yg tak besar sgt utk buat ketupat ni...kalau nk buat ketupat sotong ni kena sotong yg sedang2 je, kalau besar sgt pun xbest jugak kan...sbb biasanya bila mkn kita akan ambik sekor2...


Yg ni kaler dia pucat sikit kalau nk compare dgn yg Liza buat dulu, mgkn sbb tak cukup nise yg kaler gelap tu...ape pun rasa tetap sama sedap...

RESEPI KETUPAT SOTONG WARISAN

Bhn2:
  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang
  • 1 s/kecil halba - Liza tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka,halba dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Thursday, August 30, 2012

Ketupat Palas Serunding Daging....


Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua..kalau thn lepas Liza buat ketupat lemak mkn dgn rendang, tp thn ni Liza buat ketupa manis berintikan serunding daging kegemaran anak2...bkn ape, sbb raya pertama hari tu dah jemu mkn lemang dgn rendang, so raya ketiga Liza buat ketupat manis pulak utk bekalan ke Melaka...senangkan, tak yah nk leceh2 bawak rendang....hihihii

Sebenarnya bnyk cara orang buat ketupat daun palas ni, ada yg masak beras pulut dgn santan terus, tp bg Liza, Liza akan masak santan dan pulut berasingan, lepas tu baru digaulkan bersama...


Ni rupa ketupat yg belum rebus

Ok, jom kita tgk cmner Liza buat ketupat manis inti serunding daging ni pulak ye...

RESEPI KETUPAT PALAS SERUNDING DAGING

Bhn2: ( dpt lebih kurang 55 biji)

1 kilo beras pulut - bersihkan dan rendam semalaman
2 cawan santan pekat
Garam
3 cawan gula
Daun palas secukupnya

- kukus pulut hingga masak lebih kurang 20 - 30 minit.
- masak santan bersama sdkt garam dan 2 s/b gula yg diambil dr gula di atas.
- angkat pulut dan masukkan ke dlm bekas besar dan gaulkan bersama santan masak dan kesemua gula di atas.
- gaul hingga betul2 sebati..( proses ni ambil lebih kurang 5 - 10 minit).
- ambil daun palas dan masukkan sdkt pulut, tekan2 hingga pulut td sdkt padat baru masukkan serunding dan masukkan pulut lg dan tekan lg pulut hingga betul2 padat..
- ikat ketupat dgn kemas, kalau tidak nnt dia akan terbuka masa rebus..
- buat hingga semua ketupat siap..
- sediakan periuk. Lapisan bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya.
Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Sejukkan dan siap untuk dihidang.
( AIR JGN TERLAMPAU BNYAK MASA MEREBUS, NNT KETUPAT AKAN MENJADI LEMBIK)




Serunding ni blh guna apa2 pun serunding yg kita suka..kalau buat sendiri, puas hati dapat bbh serunding bnyak2....hihihiii


Sunday, March 25, 2012

Rendang Ayam Gaharu dan Pulut Kuning...


Assalamualaikum wbt di hari minggu ni...Liza amik resepi ni dr dapur Cik Mat, rasa2nya rakan2 lain dah lama buat kan...Liza gandingkan dgn pulut kuning, pasangan yg mmg sesuai la...sedaaapppp, terima kasih yer Cik Mat..

Tp Liza buat rendang ni lain sikit, Liza perapkan dulu bhn kisar dgn ayam dalam 3 jam dan masak ayam ni tanpa santan...ape2 pun jom kita tgk yer..

RESEPI RENDANG AYAM GAHARU

Bhn2:

1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan - skip
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Ubi kentang - Liza tambah

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

- satukan bhn kisar dgn cili mesin dan serbuk kari dan perapkan dgn ayam selama 2 - 3 jam.
- panaskan sedikit minyak dan tumis bhn2 tumis hingga naik bau.
- masukkan ayam yg telah diperap td dan gaul seketika.
- masukkan air secukupnya bersama asam keping, garam dan gula melaka.
- bila mendidih, masukkan ubi kentang dan kerisik.
- masak hingga agak pekat dan masukkan daun kunyit.
- kacau rata dan bila dah betul2 pekat dan kering, tutup api dan sedia dihidang.


Monday, January 9, 2012

Pulut Serawa Durian...

'Oh kome, doghyan dah berbunga'...bkn berbunga lagi dah,dah berbuah dah pun....hihhiihihi..kalau tgk kat Kl ni kan rata2 org jual durian, tp rupa2nya kat Kelate, bkn musim dia lg....ingatkan sama...

So, sempena dgn musim doghyan ni, macam2 resepi berasaskan durian yg keluar kan...tp kali ni Liza nk share serawa durian yg buat hari tu...ada yg mkn serawa ni dgn roti jala kan, ada jugak yg makan dgn putu mayam atau pun cicah ngan roti jer....ape2 pun serawa ni mmg best....


Biasanya org buat pulut ni guna santan kan, tp Liza masak cm masak pulut biasa jer sbb kuah serawa tu dah bersantan, so Liza tak nak bg muak sgt....

RESEPI PULUT SERAWA DURIAN

Bhn2 A:

2 cawan beras pulut
11/2 - 2 cwn air - bergantung pd beras pulut.

- masukkan pulut dan air ke dlm periuk dan masak cm biasa..

Bhn2 B:

10 ulas durian / lebih -ikut selera
2 cawan santan dr 1/2 biji kelapa
1 cawan nise / gula merah
1/2 cwn gula pasir
1-2 helai daun pandan
1 s/b halba
Sehiris nipis halia
3 s/b tpg gandum - utk pekatkan kuah
Sdkt garam

- masukkan semua bhn B ke dlm periuk danmasak hingga mendidih dgn api sederhana kecil.
- bila dah sesuaikan rasa, angkat dan blh dihidang dgn pulut...



Dapat makan pulut serawa durian ni mmg dah tak tengok nasi dah...huhhh sombong la konon...hihihihi








Saturday, December 17, 2011

Pulut Kuning Dan Rendang Daging....

Assalamualaikum dan salam bercuti2 di hari minggu...dah breakfast ke? menu ape pg ni, mst yg spesel kan...mcm Liza pun kalau hari minggu biasanya Liza akan masak sesuatu yg berat, oppppsss bkn berat nk angkat yer, maknanya  sesuatu yg kenyang, sbb cik hubby ni perut dia tak macam perut kitaorg...dia mmg dh biasa mkn yg berat2 dr kecik lg...almaklumlah org pure Kelate....dr kecik lg yg dia tahu nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dan mcm2 nasi lagi la.....nape?? tak caya, kalau tak caya cuba g Kelate dan tgk menu breakfast diaorg....

Tp nasib baik jugak anak2 mmg Liza dah ajar ikut my style la...so diaorg mmg takde masalah la kalau setakat breakfast dgn coco crunch.... 'anak suka, ibu setuju'...hihhihihi

Berbalik pada pulut kuning ni, kali ni Liza gandingkan dia dgn rendang daging...pulut kuning ni mmg peberet adik, dia blh mkn tanpa lauk, siap bertambah2 lg.....kdg2 pelik jugak nengoknya, tp tak pe la asalkan dia mkn.....

Dah banyak kali Liza buat pulut ni kan...so pada sesape yg nak resepi blh tgk kat SINI yer...




Dan utk resepi rendang dgg pulak, Liza CnP kat sini sekali lg yer...



REPI RENDANG DAGING

Bhn2:
1 kilo dgg -potong kecik
1 biji santan
6 ulas bwg merah*
2 btg serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
11/2 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah kari
1/2 s/t srbk ketumbar
1/2 s/t srbk jintan manis
1/2 s/t srbk jintan pth
4 s/besar cili mesin
kerisik
daun kunyit- potong halus
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa

- mesin halus bhn bertanda *
- masukkan dgg, santan, dan semua bhn kecuali kerisik dan daun kunyit ke dlm kuali.
- bila dh hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit.
- masak hingga kering (kepekatan rendang bergantung pada selera msg2)
- sedia dimkn dgn nasi,pulut kuning dan nasi impit..



Laaaaa....dok tunggu gapo lagi tu, mari la pakat make pulut ni.....silo silo, buat muko tak malu deh.....muahahahahaha

Friday, December 16, 2011

Ketupat Sotong Warisan.....


Perggghhhhh...ada yang terliur tak? hihhii...sebenarnya ketupat sotong ni kakak yg request...dah berzaman dah, baru sekarang umi dia buatkan....asyik tangguh jer....biasa la banyak sgt listnya....hihihhi

Liza buat ni mgkn sama jer dgn org lain buatkan..tp tak pe, Liza nk share jugak resepi kat sini...bkn ape, utk rujukan anak2 Liza dikemudian hari....Liza CnP dr resepi mak yong MyR sbb resepi lbh kurang sama, cuma ada yg Liza tambah sikit...thnx utk resepi ni yer makyong..jom kita tgk...


RESEPI KETUPAT SOTONG
Bhn2:
  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang
  • 1 s/kecil halba - Liza tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka,halba dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.



      # Msk ketupat sotong ni kena guna api sederhana, bru pulut kat dlm tu masak sempurna..kena sabau sikit yer..#

Friday, November 4, 2011

Pulut Pagi aka Pulut Nise...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....tgh buat ape tu? ke tgh pack brg utk balik kpg nnt...ape pun kpd yg nk balik kpg tu, Liza doakan semoga perjalanan kalian selamat pergi dan balik....Aminn

Ok,ada sesape tak yg tak pernah tgk pulut ni? ni sebenarnya pulut breakfast org kelate...biasanya kat kedai2 kopi kelate mst ada...ok lah jom kita tgk resepi yer....senang jer..



RESEPI PULUT PAGI aka PULUT NISE

Bhn2

Beras pulut - cuci
Air - utk tanak pulut
Nise / gula melaka
Kelapa putih
Garam

- masukkan beras pulut dan air secukupnya ke dlm periuk dan tanak macam biasa.(sukatan air utk masak pulut mst lah kurang dr sukatan beras pulut).
- bila dah 3/4 masak,bubuh nise /gula melaka dan perlahankan api.
- gaul sebati bila nise dah mula mencair.
- biarkan pulut masak sempurna dan warna pulut kecoklatan.
- tutup api,biasanya pulut ni sedp mkn masa sejuk.
- kukus kelapa pth dlm 5 minit utk mengelakkan dpd cepat rosak.
- angkat dan gaul dgn sdkt garam.
- sedia dihidang bersama pulut td..


Nampak tak 2 jenis nise kat atas tu...yg warna gelap sikit tu utk bg kaler yg cantik, yg belakang tu pulak rasa dia manis, tp kaler dia kurang menarik la kalau nk masak pulut ni....so biasanya Liza akan campur kedua2nya...

Tuesday, October 25, 2011

Pulut Kuning Citrawarna...


Salam ceria semua, pekabar kawan2...semoga semuanya dibawah lindungan Yang Esa....hari ni Liza nk share pulut kuning yg buat weekend ari tu...hari tu overdos vitamin R, tu pasal la telur pun beraneka warna...rajin la kunun kunun....hihihihi.
Yg kelakarnya anak2 Liza tanya ,' umi,apa yg kaler2 tu?'..pastu umi dia pun jawab la ' telur dadar la tu.'.'.oooh ingatkan kertas kaler', kakak jawab...adoiiii..org buat letih2 , kertas kaler dia cakap...nyampah..
Berbalik pada pulut kuning ni kan, act bnyk cara yg org gunakan tuk buat pulut ni...ada yg kukus 2 kali kan, tp resepi dr arwah ma pulut kuning ni kukus sekali jer..dia tak macam nasi dagang yg dikukus 2 kali...ok moh kita jeling2 jap resepi pulut ni..



                                                 Pulut ni Liza mkn dgn kari ayam..

RESEPI PULUT KUNING

Bhn2

1 kg beras pulut - basuh
Sdkt pewarna kuning
1 kpg asam keping
Sdkt serbuk kunyit - bancuh dan tapis
Air secukupnya

- rendam semua bhn di atas semalaman utk mendapatkan warna kuning yg cantik.

1 biji kelapa- perah dan ambil santan dlm 3 cwn
Garam
Gula

- masak santan bersama gula dan garam.
- bila gula dan garamdh hancur dan santan dah naik wap, tutup api.

Cara ;

- panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus beras pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan terus gaulkan dgn santan yg telah dimasak td.
- gaul hingga pulut lembut dan sebati.
- sedia dihidang dgn lauk kesukaan..



#  utk pastikan pulut dh sedia masak, wap akan keluar disekeliling tudung kukusan..ini menandakan pulut dh blh diangkat dan gaulkan dgn santan.#

Thursday, September 22, 2011

Pulut Sardin Ikan Kering..

Menu yg menjadi peberet family Liza..mmg dr dulu arwah ma selalu jugak buat pulut ni utk breakfast kitaorg.. tp sekarang anak dia dh derhaka sikit sbb buat pulut sardin ni utk lunch...hahahaha...ye la kan bila selalu sgt masak ni, kdg2 sampai dh habis idea...kalau tanya anak2 ngan papa pulak, jawapan diaorg 'suka hati umi la'..masaalahnya kita ni tanya sbb otak dh jem..aleh2 tu yg diaorg jawab..huuuiisshh nyampah betoiii...hhhihi..pulut ni ramai yg dh tau nak buat cmner kan, tp ramai tak yg pernah mkn ngan sardin?kalau tak pernah, cubalah..mmg terangkat beb..


Masak pulut ni Liza selalu main agak2 jer..xpandai nk bg sukatan...yg Liza ingat pesanan arwah ma, pulut ni masak xsama dgn nasi..masak pulut air kena kurangkan sikit sbb pulut ni senang lembik..sardin pulak mst semua dh tau nk masak cmner kan...ikan kering tu pulak kena grg yer, jgn mkn mentah2 cmtu pulak...kes naya tu..





Thursday, September 1, 2011

Ketupat Daun Palas Perantau...

Ketupat ni menu 1st Syawal ari tu...dah lama tak buat ketupat ni..dulu selalu jugak tolong arwah ma bungkus ketupat ni, tp semenjak arwah takde, raya pun rasa macam hambar dan takde makna lagi...tp bak kata org hidup perlu diteruskan...alhamdulillah hasil menolong arwah dulu. dapat lah jugak Liza buat ketupat ni untuk hidangan keluarga..walaupun tak sehebat sifu, tp still boleh diterima....hehehe..meh kita tgk step buat ketupat daun palas ni..

RESEPI KETUPAT DAUN PALAS

Bhn2:

2 kilo pulut
3 biji kelapa - diambil santan atau beli 1 kilo santan segera
Garam dan gula secukup rasa.

Cara
Pulut direndam semalaman. Boleh juga rendam sebelah pagi dan diguna sebelah petang. Kukus pulut selama 20-30 minit. Dah masak, angkat. Gaul pulut dengan santan yg telah dimasak dgn garam dan gula.. Kacau rata. Kukus sekali lg hingga betul2 masak dlm 30 minit lagi..

Bungkus pulut dalam daun palas hingga habis. Sediakan periuk. Lapian bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya. Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Siap untuk dihidang.



             Step 1 : Pulut yg telah dikukus, digaul dgn santan pekat dan sedikit garam dan gula..


Step 2 : Masukkan pulut td ke dalam daun palas dan bungkus dgn kemas hingga membentuk segitiga..Pastikan ia dibungkus dgn kemas agar tiada pulut yg terkeluar bila direbus nnt..



Step 3 : Ketupat daun palas yg telah sedia utk direbus..Air rebusan mestilah 1/2 atau kurang dr paras ketupat..


Step 4 : Ketupat yg dah siap direbus dan sedia dinikmati bersama rendang daging atau ayam atau serunding...





Saturday, July 30, 2011

Pulut Kuning Menjelang Ramadhan...

Alhamdulillah stlh sekian lama tertangguh nk buat pulut ni, akhirnya bila semua anak brkumpul maka terjadilah pulut ni... blh dikatakan utk menyambut Ramadhan laa...kali ni xbuat rendang cam biasa, tp Liza pasangkan pulut ni dgn udang goreng kari yg sedap...ms 1st time buat udang ni, hubby ada ckp kalau mkn dgn pulut kuning pun sedap ni...so Liza pun buat lah udg ni utk anak bujang sorang tu rasa...jd kali ni Liza nak share la pulak resepi udang grg kari yg sedap ni...

UDANG GRG KARI/BEREMPAH

Bhn2
Udang besar - 1/2 kilo ( grg sebentar )
Bwg merah - 5 ulas*
Bwg pth - 1 ulas*
Halia - lbh kurang 1 inci*
Cili mesin -2 sudu besar
Rempah kari - 3 sudu besar
Daun kari
Garam, gula, perasa

- bhn2 bertanda * ditumbuk lumat.
- tumis bhn2 tumbuk td dan masukkan cili kisar dan rempah kari.
- masukkan juga daun kari
- apabila bhn2 td dah agak garing, masukkan garam, gula dan perasa.
- akhir sekali masukkan udang yg tlh digrg td...


                                                        Dah siap...sonang dan sodap



               Yang ni angah punya...pulut kuning spesel ngan kari ayam dan udang grg rempah.

Thursday, July 28, 2011

Pulut Inti versi Manis dan Pedas

Salam bersiaran kembali..ari ni Liza nak share pulut inti yg buat weekend ari tu..cam biasa la kat umah ni kalau ada yg manis, cnfrm ada yg pedas utk tukang masaknya...dr kecik lg tekak ni mmg xblh nak terima benda manis2 ni...kalau buat pun utk hubby ngan anak2...so ari ni kita tgk satu pulut tp 2 version..


Ni pulut inti manis...inti ni macam inti ketayap jer...cuma perlu kelapa muda / pth,gula melaka, sdkt gula psr, air, daun pandan, tpg jagung utk pekatkan inti...kalau nk tambah durian pun blh jugak...



Ni pulak versi inti pedas yg teraccident...muahaha..nak tau nape...sbbkan inti ni sebenarnya nak buat satar goreng...tp xtau kat mana silapnya, masa goreng tu semua berderai...hancusssss. Puas jugak la dok pikir nak buat cmner, xkan nak buang kot...last2 cuba keringkan ala2 nak buat inti cucur badak gitu...dan hasilnya alhamdulillah mmg marbeless...nak try?? jom tgk resepi...

Inti Sambal Pedas aka Satar

Bhn2

Ikan selayang / sardin- amik isi dan kisar tanpa air(Liza guna lebihan tenggiri kari )
1/2 biji kelapa parut
1 genggam cili api *
4 btg serai *
5 inci halia *
3 ulas bwg pth *
10 ulas bwg merah *
3 sudu gula
1 s/kecil garam
perasa

- semua bhn bertanda * dikisar dan campurkan dgn semua bhn td..
- grg dlm minyak sdkit dan masukkan srbk kunyit...
- sentiasa kaup balik inti sehingga btl2 masak..
- grg dgn api sederhana yer...
- dh siap dan blh digunakan utk bermacam jenis kuih..
* rasa pulut ni seakan pulut panggang..mmg best...xtipu pun...



                                                               Ni laa pulut 2 versi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...