Showing posts with label puding / agar agar. Show all posts
Showing posts with label puding / agar agar. Show all posts

Friday, January 5, 2018

Agar agar Nise / Gula Melaka..





Assalamualaikum wbt..dah lama rasanya tak buat bledo nise ni utk minum ptg..






RESEPI AGAR AGAR NISE / GULA MELAKA


Bhn2:

Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
Air - 3 cawan
Santan - 1 cawan
Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
Nise / gula melaka - 3 keping
Sdkt gula

- masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
- masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
- bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
- pastikan agar2 sentiasa dikacau.
- bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
- sejukkan dan sedia dimamam...





Wednesday, July 5, 2017

Puding Roti Sunquick..




Dalam bnyk2 puding roti, ni lah puding roti yg Liza paling suka sbb ada rasa masam dr sunquick tu, mmg sedap n tak muak






RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK
Bhn2:

1 paket agar-agar serbuk (10gm)
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera )
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera )
5 sudu besar sunquick
Pewarna kesukaan
Sedikit esen vanila
 
 
Cara-cara
 
 
 
Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
 

Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
 
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
 
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
 
Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm Loyang
 
Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
 
Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
 
Sejukkan.

 

Tuesday, March 28, 2017

Puding Roti Karamel...




Musim2 panas ni sedap kalau makan pudding ni kan,sejuk je tekak..ihhii







PUDING ROTI KARAMEL

Bhn2:
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan bahan Puding:
 
4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla

Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.

Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.

Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.






Wednesday, September 7, 2016

Agar Agar Sirap Rose Evergreen...




Dah lama sgt tak buat agar agar nan satu ni, masa g beli barang dapur ari tu, hubby ambik agar2 tali ni n cakap, " nnt umi buat agar2 merah tu ye, pastu bubuh dlm gelas kecik2"....bereh boh,hihii







RESEPI AGAR2 SIRAP ROS

Bhn2:

1 paket agar-agar tali (20gm)
2 - 2.1 liter air
1 1/2 cawan gula
3 sudu sirap rose
2 helai daun pandan


Cara memasaknya:

  1. Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
  3. Masukkan gula, sirap rose dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  4. Tapis & tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk. 





                
                   Sedap sgt bila makan masa cuaca panas cmni...




Thursday, April 7, 2016

Agar Agar Nise / Gula Melaka...




Agar agar ni pun dah lama Liza buat, masa reunion geng sekolah ujung thn lepas,hihii
Nak buat agar2 ni takde la ssh mana pun kan, rasa manis tu blh adjust sendiri,kejap je dah siap n boleh sejukkan...ni resepi turun temurun dr arwah ma,kalau org lain buat tak tau la sama ke idak resepinya ye...mgkin sama dan mungkin jugak tidak kan..terpulang la pada selera masing2.







RESEPI AGAR AGAR NISE / GULA MELAKA
Bhn2:

Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
Air - 3 cawan
Santan - 1 cawan
Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
Nise / gula melaka - 3 keping
Sdkt gula

- masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
- masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
- bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
- pastikan agar2 sentiasa dikacau.
- bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
- sejukkan dan sedia dimamam...







** Pesan arwah ma, kalau masak agar2 ni, bila dh masuk santan dan telur,mesti selalu kena kacau dan jgn sampai sntn n telur pecah...maksudnya bila baru mendidih, terus tutup api...bru agar2 ni akan cantik.**

Wednesday, March 23, 2016

Puding Kastad Jagung yg Sedap..



Musim2 panas ni mmg layan aje kalau dapat puding kan, rasa sejuk je tekak..puding ni mmg family Liza suka sgt la, nak buat pun senang je..jom tgk resepi kat bawah ye








RESEPI PUDING KASTAD JAGUNG
Bhn2:


1 tin jagung jenis creamy 
1 tin susu cair

3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad


Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati
kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.

 2. Masak puding dengan menggunakan api yang
kecil...hinggalah masak (kental& berkilat). (MaDiHa masak
guna kuali)

 3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.

 4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Wednesday, February 24, 2016

Puding Roti Karamel...


Dh lama sgt tak buat puding roti caramel ni,asyik2 roti n kek je kan..hihii
Masih guna resepi yg sama dr kak Embun Roseliza...jom tgk





RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
 
Bhn2:
 
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)


Cara-cara
 
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)


Friday, October 30, 2015

Puding Roti Sunquick Pelangi....

 
 
 
Assalamualaikum wbt dan salam jumaat utk semua...semoga kita semua di dlm lindungan rahmatNya...Aamiin
 
 
Dah banyak kali Liza buat puding roti ni, mmg sedap walaupun bhn2 simple je..jom terus tgh bhn kat bawah ye,Liza dah nak g amik anak balik sekolah...terima kasih pada yg empunya resepi.
 
 
 

 



RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK PELANGI
Bhn2:

  • 1 paket agar-agar
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
  • 3 keping roti
  • 3 sudu gula (ikut selera individu)
  • 2 sudu besar sunquick
  • Pewarna hijau
  • Pewarna merah
  • Pewarna oren,biru
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
  6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
  7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
  8. Sejukkan.







Friday, April 17, 2015

Puding Roti Gulung Nutella Double Chip....


Assalamualaikum wbt....kali ni Liza try buat pudding roti gulung ngn nutella pulak..opkos la anak2 suka kan...layankan aje la masa tgh rajin ni...hihihi
Pernah buat gulung kaya, kita boleh pelbagaikan filling tu ikut selera masing2 ye..nak letak peanut ke, jem strawberry ke atau apa saja filling...
Ok, jom intai resepi kat bawah ni...let's go









RESEPI PUDING ROTI GULUNG NUTELLA DOUBLE CHIP

Bhn2:

7 keping roti putih @ lebih - buang kulit tepinya
100 gm seri kaya
3 biji telur
40 gm gula kastor
200 ml susu cair
1 s/b tpg kastad
1/2 s/b tpg jagung
1/2 s/t esen vanila
1/2 cawan choc chip

1/2 cawan butterscotch chip
Nutella secukupnya


 - Sapu nutella pada roti dan gulung roti.
- Atur rapat2 dlm mangkuk atau loyang yg disapu mentega.
- Pukul telur brsama gula hingga sebati, masukkan susu cair, tpg kastad, tpg jagung dan esen vanila.
- Masukkan bancuhan ke dlm tin berisi roti td.
- Taburkan kedua2 chip,  kemudian bakar selama 35-40 minit pada suhu 190C @ hingga perang di atasnya.





Tuesday, March 24, 2015

Kek Puding Gula Hangus...





Assalamualaikum wbt...lama betul rasanya tak buat kek puding caramel ni utk family...tetiba hari tu mood rajin datang sekejap, tu yang menjadi ni...hihihi
Kali ni Liza gunakan resepi dr dapur K.Nor, terima kasih bnyk2 ye kak atas perkongsian resepi ni...resepi ni jugak lah Liza buat utk bisnes..mohon halal ye Liza share kat sini pulak.


RESEPI KEK PUDING KARAMEL

Bhn2:
(A) utk buat gula hangus/karamel
2 sudu besar gula

Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan.

(B) ~ kastard (mekasih Sally)
4 biji kuning telur + 1 biji telur ~ k.nor guna 3 kuning telur + 1 biji telur (whole egg)
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat (lebih kurang 150gm)
1 sb tepung kastard
75 ml air
1 sk vanila

Cara:
Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam bancuhan tepung kastad dan air.
Kacau dengan perlahan2 (jgn sampai berbuih)

(C) merinque
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tartar (boleh gantikan dgn jus lemon/limau nipis/kasturi)

pukul sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan
(kalu kita terbalikkan bekas,adunan xtak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.)

(D) lapisan kek
140g tepung gandum
1sudu teh baking powder
70g gula kastor ~ k.nor guna 60gm aje
3 biji telor kuning
135ml air biasa
45ml minyak masak

Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih.
Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda.
Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu.
Pukul lagi dgn perlahan2an.

Masukkan bahan B kedalam A. (k.nor tapis direct adunan kastard ke dalam loyang)
Campurkan adunan C & D,gaul dgn senduk/spatula hingg sebati.
Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
(cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
Masukkan dalam loyang karamel.

Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2.
Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) k.nor guna suhu 160C, bakar selama 40 min dan turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 30 min.



Liza CnP dr blog K.Nor supaya takde tips yg tertinggal ye...sori K.Nor...hihii



sedikit tip tambahan :1. setelah kek masak, k.nor biarkan ia dlm oven lebih kurang 20 min. biarkan pintu oven terbuka sedikit (boleh sendal dgn oven mitt atau senduk kayu. (ni utk mengelakkan kek kena kejutan suhu dan ia jadi mengecut/shrink) ~ tip dr Malina PG.
2. kemudian, k.nor biarkan kek betul2 sejuk (di luar oven) barulah diterbalikkan/dikeluarkan dr loyang (ni utk mengelakkan kastard pecah/crack kerana kastard masih dlm keadaan lembut semasa ianya panas) ~ tip dr Sally.


Thursday, July 3, 2014

Puding Roti Karamel...


Iftar semalam Liza buat lagi puding roti karamel ni, sbb family mmg suka..alahh,nak buat pun senang kan..tak yah citer panjang2 la, jom kita terus tengok resepi ye..




RESEPI PUDING ROTI KARAMEL


Bhn2:

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara


  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
 


Terima kasih pada kak Rosa atas perkongsian resepi ni...




Monday, June 30, 2014

Puding Roti Sunquick...



Ni la antara resepi puding yg sedap n mudah nak disediakan, dgn rasa masam dr sunquick tu, mmg mengasyikkan bila makan, ambil dan ambil...hihihi

Dah banyak kali Liza buat puding ni, mmg kompem menjadi la..resepi asal dr Mai, Liza kongsikan pula di sini sekali lg ye...terima kasih bnyak2




RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK

Bhn2:

1 paket agar-agar serbuk (10gm)
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu) -
2 sudu besar sunquick - Liza letak 5 s/b
Pewarna kesukaan
Sedikit esen vanila


Cara-cara


  1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
  6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
  7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
  8. Sejukkan.
 






Monday, June 16, 2014

Agar Agar Santan Gula Melaka/ Nise.....




Satu lagi menu minum petang, ni pun dah lama Liza buat...sedap bila makan time cuaca panas...nak buat pun takde lah susah sangat, cuma kena tau cara yg ber tul utk dapatkan lapisan yg cantik...

** Pesan arwah ma, kalau masak agar2 ni, bila dh masuk santan dan telur,mesti selalu kena kacau dan jgn sampai sntn n telur pecah...maksudnya bila baru mendidih, terus tutup api...bru agar2 ni akan cantik.**


RESEPI AGAR AGAR NISE / GULA MELAKA
Bhn2

Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
Air - 3 cawan
Santan - 1 cawan
Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
Nise / gula melaka - 3 keping
Sdkt gula

- masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
- masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
- bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
- pastikan agar2 sentiasa dikacau.
- bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
- sejukkan dan sedia dimamam...



Monday, April 28, 2014

Puding Kastad Jagung yg Senang n Sedap....


 
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Isnin 280414...semoga semuanya di dlm lindungan Allah swt..Aamiin
 
Kali ni Liza buat lg pudding kastad jagung yg best ni, nak buat pun senang..pertama kali Liza buat puding ni kat SINI, hasil dok intai kat dapur Madihaa...thnx ye sbb panjangkan resepi ni, sekarang dah jd menu peberet family Liza...





Pada sesiapa yg nak mencuba puding ni, Liza letakkan sekali lg resepi kat sini ye...

RESEPI PUDING KASTAD JAGUNG

Bhn2:

1 tin jagung jenis creamy 
1 tin susu cair

3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad





Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati
kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.

 2. Masak puding dengan menggunakan api yang
kecil...hinggalah masak (kental& berkilat). (MaDiHa masak
guna kuali)

 3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.

 4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.





* kalau nk campur sdkt pewarna kuning pun boleh..*


Monday, July 22, 2013

Puding Coklat Salju...



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...hari ni dah masuk 13 hari kita berpuasa kan..ada yg dah start mengukis ke? thn ni bnyak pulak request dr anak2 suruh buat biskut tu la, biskut ni la..haisssh, diaorang tak tau ke umi diaorang ni terlebih rajin nk mengukis...tapi insyaallah demi anak2 tersayang, umi akan buat jugak cuma tak tau bila la...hihihi

Berbalik pada pudding coklat salju ni kan, anak2 mmg suka sgt sbb masuk mulut je terus telan, hiihihhi lembut bebenor...sape yg tak pernah buat lg cubalah buat resepi dr Kak Fida ni...mmg terbaekkk la...



Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx kak..

RESEPI PUDING COKLAT SALJU

Bhn2:
  • 500 ml susu segar
  • 80g-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
  • 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu
  • Cara-cara

    1. Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
    2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.                
                             
    3. Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.                
                             
    4. **Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
    5. ***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong....tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar...masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok.... :)                
                             
    6. ***klau menggunakan serbuk koko,lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil...puding dalam gambar adalah contoh yg menggunakan serbuk koko...



    Tuesday, July 16, 2013

    Heavenly Milo N Oreo Jelly / Agar Agar Milo Lapis Oreo....


    Dah lama sgt nk try resepi ni, tp tiap kali beli biskut oreo cnfrm habis..hihihi
    Kali ni Liza beli lepas tu sorok, baru la dapat buat puding ni...hubby ngn anak2 puji puding ni, best sgt, komen dr diaorg...terima kasih Along Roz atas resepi yg marbeles ni...Alhamdulillah dapat jugak Liza merasa...hihihi



    Tapi lapisan milo yg Liza buat tu tak sama tebal, tu la kenapa tak ikut arahan betul2, padan muka...apa2pun puding ni mmg sedap, kalau nk tau kenalah cuba buat ye...

    RESEPI AGAR2 MILO LAPIS OREO

    Bhn2:
    1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
    750ml air
    160gm gula - Liza guna 130gm
    1 tin ( 400gm) susu cair
    3/4 cawan serbuk milo
    1 bungkus (137gm) biskut oreo - patahkan tp biar 2 lapis

    - masak agar agar dan air hingga larut.
    - masuk gula dan masak hingga gula larut.
    - masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
    - asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
    - tuang 1 cawan campuran miloke dlm acuan, panaskan campuran milo yg setengah lg dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    - bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih td , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
    - tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dlm peti sejuk..
     


    TIPS UNTUK MELAPIS:
    -  Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
    -  Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik



    Wednesday, July 3, 2013

    Puding Roti Pandan...


    Resepi ni Liza jumpa kat fb Chef Joha Hassan atau lebih dikenali dgn nama Papajoh...terima kasih papajoh dan Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye...

    RESEPI PUDING ROTI PANDAN

    Bhn2:
    6 bantal roti hotdog di siat2 kasar -Liza guna roti gardenia je
    200ml santan atau 1 kotak kecil santan 'Kara'- Liza guna susu sepenuhnya
    2 helai daun pandan - dipotong 3 -Liza blend dgn susu
    1 sudu teh essence pandan hijau
    1 sudu teh essence vanilla
    500ml susu lemak biasa - full cream milk
    1 sudu teh garam
    Gula secukup rasa, ikut citarasa manisan dikehendaki
    1/2 cawan buah cranberry kering atau Kismis - Liza guna kismis
    2 sudu mentega
    1 biji telur

    Cara2nya
    Panaskan susu dalam periok, letakan 2 sudu mentega, garam dan daun pandan. Bila susu mula mendidih letakan essence pandan hijau, kacau hingga sebati, letakan gula dan santan. Ambil mangkuk casserole yang sederhana, letakan roti yang di siat kasar2 tadi, taburkan buah cranberry kering. Ambil sebiji telur, pecahkan didalam air susu dan santan, kacau supaya telur nya tidak masak, pukul susu nya supaya sebati. Tuangkan kedalam mangkuk casserole berisi roti.Panaskan oven atau air di kuali. Anda boleh kukus pudding roti ini atau letakan di dulang pembakar berisi air sedikit. Panaskan oven dan letakan mangkuk casserole di dalam oven. Bakar selama 30mins di suhu 160C. Anda boleh membuat krim sos vanilla atau makan tanpa krim sos.



    Monday, July 1, 2013

    Agar Agar Gula Melaka/ Nise...


    Salah satu agar2 yg mmg family Liza suka sgt2...Liza pun suka jugak sbb nk buat senang...resepi ni pulak dr arwah ma, mmg Liza akan guna resepi ni je la, ye la kan dah sebati...hihihi

    Tapi kali ni kaler nise tu tak berapa gelap, tak cantik..kalau gelap lg menyelerakan..tak pe la , nk buat cmner, dah tu je nise yg ada masa tu...



    RESEPI AGAR2 GULA MELAKA

    Bhn2:
    Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
    Air - 3 cawan
    Santan - 1 cawan
    Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
    Nise / gula melaka - 3 keping
    Sdkt gula

    - masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
    - masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
    - bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
    - pastikan agar2 sentiasa dikacau.
    - bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
    - sejukkan dan sedia dimamam...
    resepi tunggang terbalik, pandai2lah ye..#

    Thursday, June 27, 2013

    Puding Kastad Jagung...



    Puding kastad jagung yg memang best, ni lah kali pertama Liza buat puding ni..kalau dulu selalu sgt makan yg arwah ma buat tp masa tu tak terbuka hati pun nak belajar, ingatkan boleh makan air tangan arwah ma sampai bila2...tp takdir menentuka segalanya dan siapalah kita utk menolak takdir kan...

    Mmg tak pernah langsung terfikir nk buat puding ni tp bila jalan2 kat dapur Madihaa dan ternampak puding ni rasa terus tergoda..dan alhamdulillah sedap sgt puding ni dan yg penting semua org suka...


    RESEPI PUDING KASTAD JAGUNG

    Bhn2:

      1 tin jagung jenis creamy 

     1 tin susu cair

     3 cawan air

     1 1/2 cawan gula pasir

     1 1/2 cawan tepung kastad


     Cara :-

    1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati

    kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.

     2. Masak puding dengan menggunakan api yang

    kecil...hinggalah masak (kental& berkilat). (MaDiHa masak

    guna kuali)

     3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.

     4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

    Tuesday, June 18, 2013

    Puding Permata Hatiku....


    Satu lagi puding yg akan jadi peberet family Liza...sesuai jugak utk jamuan kan sbb bercorak2...Liza ambik resepi ni dr Rossitamz, puding ni mmg sedap, kalau tak caya cuba buat...hihii



    RESEPI PUDING PERMATA

    Bhn2: Loyang 7 inci x 7 inci

    ** Bahan untuk agar-agar :
  • 300ml air
  • 200ml susu cair (saya guna susu segar)
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • # adunan ni Liza bahagi 2, dan 1 bhgn letak pewarna pink dan 1 bhgn lg letak serbuk koko..
                 
  • ** Bahan untuk kastad :
  • 500ml air
  • 400ml susu cair / susu segar
  • 250gm gula pasir
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
  • Pewarna hijau - Liza tambah             
  • Cara-cara

    1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
    2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
    3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
    4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.


     
                          Jemput makan semua....yummyyyy
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...