Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Wednesday, November 15, 2017

Paris Brest...



Assalamualaikum wbt..nama yg pelik tapi guna bhn biasa2 je..
Bagi yg nak tau, paris brest ni menggunakan adunan yg sama dgn cream puff, cuma dibuat bentuk bulat dan berlubang cmni







Boleh menggunakan mana2 resepi cream puff dan tabur badam sebelum bakar..pastu filling pun blh guna apa saja filling kegemaran, macam yg ni Liza gunakan filling cream cheese n potongan coklat ..





 
 
 
 
 

Monday, October 9, 2017

Thai Egg Custard Sweet Sticky Rice...




Assalamualaikum wbt..dah lama teringin nak buat pulut dgn egg custard ni, lps balik dr Krabi dulu, adik selalu tanya umi pandai tak buat pulut macam yg kita makan dkt Karbi tu..huhu, jadi umi terpaksa lah gigih tanya Cik Google resepi ni

Nasib baik adik cakap umi buat lagi sedapppp, saje nk bodek la tu...hihii










THAI EGG CUSTARD WITH SWEET STICKY RICE

Bhn2:

4 biji telur A
1 cawan palm sugar / gula
3/4 cawan santan
1/2 s/teh garam
Esen vanilla
4 helai daun pandan - siatkan sikit

- pukul telur dan masukkan gula, santan, garam dan esen vanilla
- masukkan daun pandan dan ramas sedikit bersama adunan telur td
- tapis adunan ke dlm bekas sesuai dan kukus adunan telur 15-20 minit atau sehingga masak.
- sejukkan dahulu sebelum dipotong

* Liza kukus dalam acuan ramekin , dapat 4 bekas



Resepi dan cara buat pulut sama dgn resepi pulut manga thai. jom tgk..


Bahan-bahan untuk pulut :
  • 400 gram beras pulut, rendam semalaman
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2-3 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan / daun pisang
  • 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan


Bahan untuk kuah santan:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pulut:
  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
  4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
  5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga / egg custard dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
  1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
  2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.










Thursday, October 6, 2016

Puding Roti Coffee Chips...




Assalamualaikum wbt...puding roti yg mmg dah lama Liza buat, dah jadi baja dah pun,hihii

Jom intai resepi kat bawah..


 
 
 
RESEPI PUDING ROTI
Bhn2:

500 ml susu segar/fresh milk
9 keping roti putih

Bahan B:

4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C:
4 sudu besar choc chips - kali ni guna coffee chips
 
 
 

- Susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai dan rendam dalam susu 1/2 jam
 - Kacau dan gaul rata bahan B.
 - Masukkan choc chips antara setiap lapisan roti dan tuangkan bhn B kedalam loyang.
 - Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/ sehingga masak secara steam bath..


Liza tak buat sos kastad, tapi kalau ada yg rajin nak buat, blh tgk resepi kat bawah ye







 
SOS KASTAD


1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula


- Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
- Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Thursday, September 29, 2016

Strawberry Panna Cotta....







Alangkah nikmatnya dapat mkn dessert cmni time cuaca panas kan, mmg tak cukup semangkuk tu,hihii
Resepi ni Liza amik dr dapo K.Nor, mmg sedap bagai dikata...mmg rugi sape yg tak cuba
Sebenarnya macam2 buah kita blh guna utk buat panna cotta ni, ikut selera la kan




RESEPI STRAWBERRY PANNA COTTA

Bhn2:

2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan heavy cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree strawberi :
10 bj strawberi
2 - 3 sudu kecil gula








Cara:Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, heavy cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree strawberi.
Blend/mashed buah strawberi, kemudian masukkan gula.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum digunakan.
Utk menghidang, tuangkan puree strawberi ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.
*
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree buah sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih.

Thursday, April 28, 2016

Mango Float....



Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa pada rakan2 yg berpuasa sunat ari ni...
Orang lain dah lama buat mango float ni tapi Liza ni baru terbuka hati nk menerai ...mmg sedap sgt rupanya ye, patut la ramai yg tergila2kan dessert ni...kali ni Liza terberkenan dgn resepi dr fb Noor sbb resepi dia gunakan yogurt bkn cream cheese...tq ye Noor, sedapppp









RESEPI MANGO FLOAT

Bhn2:

Bahan Krim

200ml fresh cream
200ml plain yogurt - Liza guna 250 ml 100ml susu pekat manis (sy buat 50g je sbb x suka manis sgt)
50ml susu cair (sy buat 25ml je)
- pukul fresh cream hingga kental
- masuk plain yogurt + susu pekat manis + susu cair ..pukul sebati

 
Bahan Filling:

2 biji mangga (sedap yg masam manis) dipotong dadu
biskut marrie secukupnya (dihancur sebagai base)

 
Bahan Topping: Liza skip

1/2 cawan mangga filling
1/2 biji isi mangga
1/2 cawan air masak
- satukan semua dan diblender halus
- masak dalam periuk dgn api perlahan hingga didih..sentiasa kacau supaya x hangus..sejukkan

 
Cara Melapis

- masukkan sedikit biskut marrie dalam bekas
- lapiskan dengan krim
- kemudian tabur mangga dadu
- lapiskan semula dengan krim
- tabur lagi mangga dadu
- kemudian picitkan topping hingga nenutupi mangga dadu tadi..
- sejukkan





Thursday, August 6, 2015

Siro Labu...



Siro labu ni rasanya sebelum puasa punya hal lagi ni, hihihi.
Kali ni nise tu agak tergelap sikit, maka jadilah macam dayang senandung..tapi rasanya tetap sedap..nasib baik, kan


Resepi dh banyak kali Liza ltk kat sini, dan kali ni pun Liza letakkan sekali lagi utk senang anak2 nak rujuk nanti..





RESEPI SIRO LABU
Bhn2:

Sebiji labu - potong dan rendam dgn air kapur
Daun pandan secukupnya
Beberapa keping nise
Sedikit gula
4 biji bunga cengkih


Alaskan daun pandan dalam periuk, masukkan labu yg telah dipotong dan taburkan gula melaka (nise) dan sedikit gula serta bunga cengkih. Rebus cmtu jer, nnt gula2 tu akan hancur dan empukkan labu tu. Tp api jgn besar yer, nnt kang air dah kering tp labu tak empuk2 lagi..

Monday, August 25, 2014

Siro Labu...


Assalamualaikum wbt dan salam manis semua...ari ni hujan lebat membasahi bumi Batang Kali dr pagi lagi..Alhamdulillah , sekurang2nya sejuk jugak la kan..tapi bila dah sejuk2 mcm ni rasa malas la pulak...hihii

Siro labu ni mmg pemes kat Kelate kalau musim orang kahwin..tapi sekarang macam dah tak de org buat dah, mungkin jugak peredaran masa membuatkan kita tinggalkan apa yg nenek moyang kita buat dulu...sebab kalau dulu makanan pun dihidangkan, sekarang semua buffet kan..semua dah senang sekarang..




Hubby Liza mmg suka sgt dgn siro labu ni, tapi kena jarang2 makan jugak iye, angin la katakan...hihi
Bagi yg tak pernah rasa dan nak merasa tu, jom kita tgk reepi kat bawah ye, sukatan gula boleh dikurangkan ikut selera masing2 ye..Liza main agak2 je

RESEPI SIRO LABU
Bhn2:

Sebiji labu - potong dan rendam dgn air kapur
Daun pandan secukupnya
Beberapa keping nise
Sedikit gula
4 biji bunga cengkih

Alaskan daun pandan dalam periuk, masukkan labu yg telah dipotong dan taburkan gula melaka (nise) dan sedikit gula serta bunga cengkih. Rebus cmtu jer, nnt gula2 tu akan hancur dan empukkan labu tu. Tp api jgn besar yer, nnt kang air dah kering tp labu tak empuk2 lagi..




Monday, November 25, 2013

Durian Bites....


Musim durian dtg lagi, boleh dikatakan sepanjang jalan ada org jual raja buah ni kan...hari tu hubby beli sbb dia cakap nk makan pulut durian..durian masih ada bnyak lg lepas makan pulut durian tu, so Liza decide utk buat something yg dah lama Liza nk buat...hihii

Ni gara2 dok makan Durian Pop kat Marrybrown hari tu, tapi kat Mb diaorang goreng celup tepung n golek pulak atas breadcrumb kan..

Liza punya ni cara ringkas je, guna roti..jom kita tgk cara2 Liza ye..



RESEPI DURIAN BITES

Bhn2:
Isi durian secukupnya
Beberapa keping roti - digelek nipis
1 s/b tepung jagung + sedikit air
Serbuk roti / breadcrumb
Sebiji telur - kocok sedikit
Minyak



roti yg digelek nipis td dipotong 4 .
- ambil sekeping roti, letakkkan sedikit isi durian dan letak sekeping roti lg di atasnya..
- sapu sedikit bancuhan tepung jagung dan sapu di keliling roti utk melekatkan roti tersebut..
- celup dalam telur dan golek dlm breadcrumb, buat hingga habis..
- panaskan minyak dan grg roti tersebut dgn api sederhana hingga keemasan...
- wallllaaa, siap dihidang..


Thursday, October 24, 2013

Mango Sagu....




Alang2 dah musim manga ni, rezeki kitaorg pun murah sgt sebab ramai yg bagi mangga ni...bila dah banyak sgt ni, terfikir la jugak nak buat bndalain dgn manga ni..cari punya cari terjumpalah resepi yg berkenan di hati..

Bila tengok je gambar mango sagu ni kat dapur Zack, terasa sejuk sampai ke tekak, perghhh mmg dah jatuh cintan...terima kasih Zack atas perkongsian resepi ni ...

RESEPI MANGO SAGU


Bhn2:
1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum - isinya lebih kurang 1C + 1/4C tapi ku dapat 1C je :P
1/4C biji sagu kecil - lain kali ku akan guna 1/8C je sebab banyak juga dapat
1/2C susu pekat manis - ku guna susu sejat tambah 4sb-5sb gula. Kalau guna susu pekat boleh kurangkan kepada 1/4C@1/3C atau adjust air/gula.
1/2C susu segar
Gula - jika perlu
Sedikit ice cubes - optional

Cara:
1. Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.

2. Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.

3. Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.

4. Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.

5. Tuangkan dalam jug dan masukkan sagu yang sudah dimasak tadi. Kacau rata. Simpan dalam peti sejuk sebentar, atau boleh juga dituangkan dalam gelas (ku guna pudding cup).

6. Hiaskan atasnya dengan baki 1/4C mangga tadi. Sedap dimakan sejuk-sejuk.



Wednesday, September 25, 2013

Siro Labu....



Dah lama tak buat siro labu ni rasanya, tetiba hubby teringin nak makan..nak buat ni senang je, jom kita tgk..

RESEPI SIRO LABU

Bhn2:

Sebiji labu - potong dan rendam dgn air kapur
Daun pandan secukupnya
Beberapa keping nise
Sedikit gula
4 biji bunga cengkih



Alaskan daun pandan dalam periuk, masukkan labu yg telah dipotong dan taburkan gula melaka (nise) dan sedikit gula serta bunga cengkih. Rebus cmtu jer, nnt gula2 tu akan hancur dan empukkan labu tu. Tp api jgn besar yer, nnt kang air dah kering tp labu tak empuk2 lagi..

Monday, July 22, 2013

Puding Coklat Salju...



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...hari ni dah masuk 13 hari kita berpuasa kan..ada yg dah start mengukis ke? thn ni bnyak pulak request dr anak2 suruh buat biskut tu la, biskut ni la..haisssh, diaorang tak tau ke umi diaorang ni terlebih rajin nk mengukis...tapi insyaallah demi anak2 tersayang, umi akan buat jugak cuma tak tau bila la...hihihi

Berbalik pada pudding coklat salju ni kan, anak2 mmg suka sgt sbb masuk mulut je terus telan, hiihihhi lembut bebenor...sape yg tak pernah buat lg cubalah buat resepi dr Kak Fida ni...mmg terbaekkk la...



Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, thnx kak..

RESEPI PUDING COKLAT SALJU

Bhn2:
  • 500 ml susu segar
  • 80g-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g choc. masakan-dipotong kecil atau 50 g serbuk koko
  • 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu
  • Cara-cara

    1. Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
    2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.                
                             
    3. Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.                
                             
    4. **Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
    5. ***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong....tapi kalau nk bubuh jugak dlm bekas besar...masa menghidang,kenalah cedok dgn sendok.... :)                
                             
    6. ***klau menggunakan serbuk koko,lebihkan tepung jagung sedikit sebab adunan agak lembut drpd menggunakan choc potong tapi klau tak tambah tepung jagung pun tak apa asalkan adunan dibubuh di dalam mangkuk2 kecil...puding dalam gambar adalah contoh yg menggunakan serbuk koko...



    Tuesday, July 16, 2013

    Heavenly Milo N Oreo Jelly / Agar Agar Milo Lapis Oreo....


    Dah lama sgt nk try resepi ni, tp tiap kali beli biskut oreo cnfrm habis..hihihi
    Kali ni Liza beli lepas tu sorok, baru la dapat buat puding ni...hubby ngn anak2 puji puding ni, best sgt, komen dr diaorg...terima kasih Along Roz atas resepi yg marbeles ni...Alhamdulillah dapat jugak Liza merasa...hihihi



    Tapi lapisan milo yg Liza buat tu tak sama tebal, tu la kenapa tak ikut arahan betul2, padan muka...apa2pun puding ni mmg sedap, kalau nk tau kenalah cuba buat ye...

    RESEPI AGAR2 MILO LAPIS OREO

    Bhn2:
    1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
    750ml air
    160gm gula - Liza guna 130gm
    1 tin ( 400gm) susu cair
    3/4 cawan serbuk milo
    1 bungkus (137gm) biskut oreo - patahkan tp biar 2 lapis

    - masak agar agar dan air hingga larut.
    - masuk gula dan masak hingga gula larut.
    - masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
    - asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
    - tuang 1 cawan campuran miloke dlm acuan, panaskan campuran milo yg setengah lg dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    - bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih td , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
    - tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dlm peti sejuk..
     


    TIPS UNTUK MELAPIS:
    -  Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
    -  Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik



    Monday, July 8, 2013

    Melty Hershey...




    Ambik dr rumah Mamasya nun jauh di sana...tapi letak biskut oreo ngn strawberry je, nnt lain kali boleh buat lagi...sejukkk dn sedap...


    RESEPI MELTY HERSHEY

    Bhn2:
    1CWN WHIPPING CREAM
    1CWN FRESH CREAM @ CREAM CHEESE - mama guna cream cheese Liza pun guna krim cheese
    200ML SUSU PEKAT MANIS - letak 150 ml (creamy...boleh kurangkan lagi)
    -PUKUL SEMUA BHN DIATAS SEHINGA PEKAT(TK PERLU KENTAL)
    SIRUP HERSYEY COKLAT/STRAWBWERRY - ganti sos choc
    BISKUT MERRIE SECUKUPNYA - ganti oreo
    SMARTIES,CHOC CHIP ,KEKACANG(JIKA SUKA) DN CHEDDAR CHEESE(DISAGAT )SEBAGAI HIASAN

    CARA MELAPIS
    AMBIL BEKAS DN CEDOKKAN 1 SENDUK KECIL KRIM YG DIPUKUL.
    SUSUN BISKUT MERRIE .BOLEH GANTI DGN BISKUT OREO
    PAIPKN COKLAT HERSYEY DAN RATAKAN(NUTELLA PON SDAP)TABUR COKALT CHIP.
    ULANG LAGI LAPISAN ATAS SEKALI LETAK CREAM DN PAIPKN SDKIT CHOC HERSHEY DN TABUR HIASAN IKUT KRETIVITI.SIMPAN DLM PETI AIS BBRAPA JAM SBLM DIHIDANGKAN..

    Monday, July 1, 2013

    Agar Agar Gula Melaka/ Nise...


    Salah satu agar2 yg mmg family Liza suka sgt2...Liza pun suka jugak sbb nk buat senang...resepi ni pulak dr arwah ma, mmg Liza akan guna resepi ni je la, ye la kan dah sebati...hihihi

    Tapi kali ni kaler nise tu tak berapa gelap, tak cantik..kalau gelap lg menyelerakan..tak pe la , nk buat cmner, dah tu je nise yg ada masa tu...



    RESEPI AGAR2 GULA MELAKA

    Bhn2:
    Agar2 tali - 1/2 paket yg 20gm tu
    Air - 3 cawan
    Santan - 1 cawan
    Telur - 1 biji 'A' ( pecahkan ke dlm sntan)
    Nise / gula melaka - 3 keping
    Sdkt gula

    - masak agar2 dgn air hingga agar2 larut.
    - masukkan nise/ gula melaka dan sdkt gula.
    - bila nise dan gula dh hancur, masukkan sntan bersama telur.
    - pastikan agar2 sentiasa dikacau.
    - bila mendidih kali pertama, terus tutup api..
    - sejukkan dan sedia dimamam...
    resepi tunggang terbalik, pandai2lah ye..#

    Thursday, June 27, 2013

    Puding Kastad Jagung...



    Puding kastad jagung yg memang best, ni lah kali pertama Liza buat puding ni..kalau dulu selalu sgt makan yg arwah ma buat tp masa tu tak terbuka hati pun nak belajar, ingatkan boleh makan air tangan arwah ma sampai bila2...tp takdir menentuka segalanya dan siapalah kita utk menolak takdir kan...

    Mmg tak pernah langsung terfikir nk buat puding ni tp bila jalan2 kat dapur Madihaa dan ternampak puding ni rasa terus tergoda..dan alhamdulillah sedap sgt puding ni dan yg penting semua org suka...


    RESEPI PUDING KASTAD JAGUNG

    Bhn2:

      1 tin jagung jenis creamy 

     1 tin susu cair

     3 cawan air

     1 1/2 cawan gula pasir

     1 1/2 cawan tepung kastad


     Cara :-

    1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati

    kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.

     2. Masak puding dengan menggunakan api yang

    kecil...hinggalah masak (kental& berkilat). (MaDiHa masak

    guna kuali)

     3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.

     4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

    Tuesday, June 18, 2013

    Puding Permata Hatiku....


    Satu lagi puding yg akan jadi peberet family Liza...sesuai jugak utk jamuan kan sbb bercorak2...Liza ambik resepi ni dr Rossitamz, puding ni mmg sedap, kalau tak caya cuba buat...hihii



    RESEPI PUDING PERMATA

    Bhn2: Loyang 7 inci x 7 inci

    ** Bahan untuk agar-agar :
  • 300ml air
  • 200ml susu cair (saya guna susu segar)
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • # adunan ni Liza bahagi 2, dan 1 bhgn letak pewarna pink dan 1 bhgn lg letak serbuk koko..
                 
  • ** Bahan untuk kastad :
  • 500ml air
  • 400ml susu cair / susu segar
  • 250gm gula pasir
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
  • Pewarna hijau - Liza tambah             
  • Cara-cara

    1. ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
    2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
    3. ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
    4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.


     
                          Jemput makan semua....yummyyyy

    Tuesday, April 30, 2013

    Puding Roti Karamel....



    Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan yg Liza sayangi...dah lama sgt rasanya tak jengah dapur maya ni, Liza harapkan semuanya sihat walafiat ye...

    Puding roti karamel di dah lama Liza buat, dah pernah buat kat SINI, puding ni mmg lenbut sgt, kalau malas nk kunyah pun boleh, masuk mulut terus telan je....hhihii

    Ambik resepi ni dr dapur si Hana tu, tp dia cakap resepi asal ni dr Embun Rosaliza, thnx pada dua2 ye sbb puding ni dah jd salah satu dessert yg family Liza suka...



    PUDING ROTI KARAMEL

    Bhn2:

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)

  • Cara-cara
     
    1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
    2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
    3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

    Monday, February 25, 2013

    Puding Coklat Oreo...




    
     

    
    Dah lama sangat buat puding ni, anak2 mmg suka dgn gabungan rasa coklat n oreo tu, sedapp...makan bnyak pun mmg tak sedar, hiihhii..dan umi dia pulak paling suka tang bab nak buat tu, senang bangat...thnx Ros atas perkongsian resepi yg sedap ni...
     
    Tapi puding oreo yg Liza buat ni tak nampak berlapis sbb Liza tak keluarkan puding ni dr acuan, lupa la...hihihi, so, kalau nak tengok puding oreo yg cantik berlapis, silalah ke rumah Ros ye..sebenarnya lg bnyak oreo yg kita letak lg tebal lapisan dia tu dan lg cantik la...
     
    RESEPI PUDING COKLAT OREO
     
    Bhn2:
     
    1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
    6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
    2 cawan air
    2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
    1/2 cawan gula
    1 ikat daun pandan
    2 sudu besar serbuk koko
    Cara-cara

    1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.

    2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
    3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
     


    
     
    
    

    Tuesday, January 15, 2013

    Cotton Chocolate Mousse Cake....

    Hari tu dok cari2 resepi kek yg best, yg rasa dia lain dr yg lain...nak buat kek eskrem, rasanya mmg dah boleh agak dah...so, cari punya cari jumpalah resepi kek ni yg katan tuan empunya ni lg best dr kek eskrem...so, tunggu apa lagi, bermula lah acara kotorkan dapur...hihihii

    Disebabkan nak sgt rasa kek yg berlainan, Liza mmg ikut resepi ni sebiji2, tak ubah apa2 pun...fullamak, cer try buat, sedap weeiiii, anak2 tak abis2 dok angkut, umi dia pn join sekali...dan yg pnting hubby pun suka kek ni, dia cakap ala2 mkn kat hotel pulok....hihihii kembang setaman hidung bini dia...


    Resepi ni Liza skodeng kat dapur NURI, kat sini kan bnyak koleksi kek yg cantik n sedap...tak caya cuba lah jenguk dapur dia..gerenti tak nyesal..

    Liza mintak izin share resepi kek ni kat sini ye Nuri..thnx

    RESEPI CHOC COTTON CAKE

    Bhn2: ( Loyang 7")

    60gm butter
    75gm susu cair
    4 biji telur Gred A - asingkn putih & kuning
    55gm tepung gandum*
    15gm serbuk koko*
    1/2 cwn gula pasir halus.. klau suka manis bleh tambah sedikit lg
    - ayak bersama bahan2 bertanda *


    Cara2
    1. Pukul putih telur hgga berbuih. Masukkn gula sedikit demi sedikit. Pukul lg hgga putih telur kental & bertanduk apabila mixer diangkat. Klau mangkuk adunan tu diterbalikkan, adunan putih telur tidak akan jatuh ( jd meringue). Ketepikan jap
    Pastikan peralatan tuk menghasilkn meringue ni bersih, x berminyak & x basah serta xde kuning telur yg termasuk dlm putih telur semasa proses mengasingkan kuning & putih telur tu

    2. Pukul manja kuning telur ngn sudu @ garfu. Ketepikan jap

    3. Panaskn butter hgga mendidih. Gunakan api yg perlahan. Apabila dh mendidih tu, tutup api & masukkn campuran tepung + serbuk koko. Kacau sebati & ketepikan

    4. Dlm periuk @ pan lain, panaskn susu hgga suam2 kuku. Tutup api. Masukkn susu ke dalam mangkuk kuning telur. Kacau sebati
    5. Masukkn adunan susu (dr Langkah 4) ke dalam adunan koko (dr Langkah 3). Kacau sebati

    6. Ambil 1/3 adunan meringue & masukkn dlm adunan koko + susu (dr Langkah 5). Kaup-balikkn hgga sebati.

    7. Masukkan adunan dr Langkah 6 ke dlm mangkuk adunan meringue. Kaup-balikkan hgga sebati

    8. Tuang adunan ke dlam loyang yg telah digris & dialas kertas. Bakar cara bain-marie @ steam bath selama 45 - 60 minit pada suhu 160'C. Suhu & masa membakar bergantung pd oven masing2. 40 minit pertama akak guna api bawah sahaja & 10 minit terakhir akak guna api atas bawah - Liza pun buat cara ni

    Biar kek selama 5 minit dlm oven selepas kek masak. Pastu keluarkn loyang & terus telangkupkan atas redai dlm 10 minit. Apabila kek dah sejuk sedikit, bleh la keluarkan kek dr loyang.

    Sementara tu boleh lah kita buat choc mousse dia pulak ye..


    RESEPI CHOC MOUSSE

    Bhn2:

    1 tbsp gelatin
    1 /4 cwn air
    1 1/3 cwn susu segar
    1 1/2 tbsp susu pekat
    1/3 cwn serbuk koko - ayakkan
    50gm dark cooking chocolate - akak guna choc coating -cairkan cara double-boil
    1 1/2 cwn non-dairy whipping cream -
    1 tsp esen vanila

    Cara2
    1. Taburkan gelatin dlm air. Pastu double-boilkn hgga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan jap

    2. Pukul non-dairy whipping cream hgga kental. Masukkn kejap dlm fridge
    3. Dlam mangkuk lain, pukul susu segar, susu cair, serbuk koko, coklat cair & esen vanila hgga sebati. Masukkn gelatin yg telah dicairkan td sedikit demi sedikit sambil terus pukul ngn kelajuan perlahan..
    4. Masukkn 1/3 drpd whipping cream ke dalam adunan coklat dr Langkah 4. Pukul sebati dgn kelajuan perlahan.
    5. Masukkan adunan dr Langkah 5 ke dlam baki whipping cream. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan. Ketepikan jap
    6. Liza simpan dlm fridge dlm 15 minit sebelum sapu kat kek sbb mousse ni cair sikit..


    Kalau nak tgk step by step cara melapis kek ni, klik je kat link atas tu ye...

    Tuesday, December 25, 2012

    Puding Roti Sunquick Pelangi...


    Pandai2 jer Liza tukar nama puding ni kan, minta maaf la pada empunya resepi ye...bkn saje2 Liza nk tukar tp ni utk memudahkan Liza nnt...almaklumlah bnyak sgt puding roti pelangi ni kan....resepi ni Liza amik dr dapur MyR, resepinya oleh Mai...thnx ye Mai, mmg sedap puding ni, hubby ngn anak2 pun suka...


    Liza mintak izin share resepi kat sini ye, thnx..

    RESEPI PUDING ROTI SUNQUICK PELANGI

    Bhn2:
    • 1 paket agar-agar
    • 2 biji telur
    • 1 tin susu cair
    • 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
    • 3 keping roti
    • 3 sudu gula (ikut selera individu)
    • 2 sudu besar sunquick
    • Pewarna hijau
    • Pewarna merah
    • Pewarna oren,biru
    • Sedikit esen vanila
    Cara-cara
    1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
    2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
    3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
    4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
    5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
    6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
    7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
    8. Sejukkan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...