Showing posts with label cucur. Show all posts
Showing posts with label cucur. Show all posts

Thursday, November 16, 2017

Cucur Durian Lembut...








Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali..sekarang ni muim durian, sana sini ada orang jual durian...harga pun ada yg ok dan ada yg kadang rasa tak logic..dan kita sebagai pengguna, gunalah hak kita dgn bijak

Durian ni pun hubby beli kat Selayang RM18 sekilo, tu baru durian kampong, kalau durian lain, tak tau lah ..dulu pernah Tanya harga utk durian Musang King, katanya RM120 sekilo...huhhh terus cancel, melampau sangat harga durian sekarang kan..

Berbalik pada durian yg hubby beli ni, ari tu ada lebih lps makan pulut durian, maka buat lah cucur  ni ..lagipun family mmg suka dgn cucur ni








RESEPI CUCUR DURIAN LEMBUT
Bhn2:

1 cawan isi durian
1/2 cwn gula @ lebih - terpulang pd citarasa msg2
1 cwn tepung gandum @ lebih
1 s/t baking powder

1 biji telur
Minyak utk menggoreng

- satukan isi durian dan gula.
- masukkan baking powder, tepung gandum sdkt2, telur... agak2 adunan xcair dan xkeras sgt.
- panaskan minyak, ambil sudu dan celupkan ke dlm minyak panas td utk elak tpg melekat pd sudu.
- guna sudu td dan ambil sejemput adunan kecil dan grg..( adunan akan mengembang bila digrg).
- bila dah keperangan blh la diangkat...




Thursday, July 27, 2017

Cucur Udang Tembam n Lembut...



Setelah sekian lama tak buat cucur udang ni, akhirnya buat lagi resepi dr CMG ni, mmg puashati sbb lembut...timakasih Cik Mat







RESEPI CUCUR UDANG TEMBAM N LEMBUT


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam






CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...




Wednesday, January 25, 2017

Cucur Bilis Sourdough....



Pertama kali buat cucur guna sourdough mmg berdouble2 sedap...tak sangka anak2 mmg suka sgt cucur ni,mula2 bila bau cucur ni rasa cuak la jugak...bukannya apa, kang buat bnyk2 takde org makan pulak kan..

Kalau nak tau cmner rupa sourdough tu blh tgk kat SINI ye..






RESEPI CUCUR BILIS SOURDOUGH

Bhn2:

1 cawan Sour Dough Starter (SD)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
5 ulas bawang merah - tumbuk kasar
Ikan bilis - tumbuk kasar
Daun sup, daun bawang - hiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

- gaulkan semua bhn hingga sebati
- panaskan  minyak dan masukkan adunan td menggunakan sudu
- masak hingga kekuningan dan garing
- angkat dan sedia dihidang dgn sos cili




Tuesday, September 13, 2016

Cucur Cendawan di Petang Raya...








Assalamualaikum wbt...hari ni merupakan hari raya kedua Aidiladha...mst ramai yg buat kenduri ari ni kan, ye la dgg korban pun banyak...macam Liza ni pun, ada la jiran bg dgg korban sikit, Alhamdulillah dapat juga merasa walau xbalik kampong...

Ni citer ptg semalam, cucur cendawan...bila abang xblk raya n angah pun ada tuisyen, maka umi pun malas la nk masak2...sebab tu la terjadinya cucur cendawan di ptg raya...hihii




RESEPI CUCUR CENDAWAN
Bhn2:


2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking soda
Cendawan tiram yg kecil - ikut suka la nk ltk bnyk mana pun
1 cawan daun kucai - cincang
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit / sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1/2 cawan air panas thermos
1 1/2 cawan air biasa

 
Cara cara:

Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan digaul rata.

Masukkan air panas dan diikuti air sejuk sedikit sedikit ke dalam tepung sambil dikacau rata, gaul hingga betul betul sebati dan likat. Lebih sedap jika adunan dibiarkan dulu dalam 30 minit sebelum digoreng. 

Panaskan minyak dalam dalam kuali dan sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.


Hidang panas panas dengan sos dan mayonnaise atau dimakan begitu sahaja. 


* kalau nk masukkan udang kecik2 tu pun blh, lagi sedap kot*






Friday, September 2, 2016

Cucur Durian Lembut...



Sebenarnya dah banyak kali Liza buat cucur durian ni, tapi rupanya tak pernah sekali pun Liza update kat sini kan...nk buat cucur durian ni sng je, macam cucur pisang juga...cuma ganti pisang tu dgn durian

Biasanya Liza mmg tak guna telur utk buat cucur, tapi kali ni Liza masukkan sebiji telur...mmg lembut sampai ke petang







RESEPI CUCUR DURIAN

Bhn2:

1 cawan isi durian
1/2 cwn gula @ lebih - terpulang pd citarasa msg2
1 cwn tepung gandum @ lebih
1 s/t baking powder

1 biji telur
Minyak utk menggoreng

- satukan isi durian dan gula.
- masukkan baking powder, tepung gandum sdkt2, telur... agak2 adunan xcair dan xkeras sgt.
- panaskan minyak, ambil sudu dan celupkan ke dlm minyak panas td utk elak tpg melekat pd sudu.
- guna sudu td dan ambil sejemput adunan kecil dan grg..( adunan akan mengembang bila digrg).
- bila dah keperangan blh la diangkat...






Wednesday, May 18, 2016

Cucur Sayur Sedap...






Assalamualaikum wbt dan selamat malam..ni menu ptg kitaorg td, sebenarnya mmg dah lama Liza tak buat cucur sayur atau cucur udang cmni...padahal kalau buat, mmg anak2 pulun sakan,hihihi

Kali ni Liza campurkan sayur2 kat dalam tu, sng kan..kdg2 nak masak ni kita kena kreatif utk bagi anak2 dpt semua zat makanan..kalau ikutkan diaorang, mmg memilih aje la jawabnya...








RESEPI CUCUR SAYUR SEDAP

Bhn2:

4 cawan tepung gandum
1 s/teh baking powder
2 cawan taugeh
1 batang karot - hiris nipis
1 cawan daun kucai - cincang
1 cawan daun bawang - hiris
2 -3 sudu kecil garam
1 sudu teh pewarna kuning
1 biji telur
Air secukupnya
 






Cara cara:

- Satukan tepung, baking powder , garam dan kacau rata..
- masukkan air sedikit2 hingga mendapat adunan yg cantik ( tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)..
- masukkan semua sayuran, pewarna kuning dan telur,  gaul rata..
- perap sekejap dlm 30 minit..
- panaskan minyak utk grg terendam dan rendamkan senduk skjp..
- cedok adunan td dgn senduk yg telah dipanaskan skjp dan masukkan ke dlm kuali..
- grg hingga keemasan dgn api sederhana..
- siappp


 

Tuesday, April 26, 2016

Cekodok / Jeput Pisang Gebu....




Ni pulak menu yg hubby n anak2 paling suka,kalau dapat mkn ari2 pun tak pe...diaorang cakap cekodok pisang umi buat sedap n lem but...kalau org lain buat, tak sedap, keras...huhuu sabo je la
Macam mana nk jadi lembut, jom tgk resepi kat bawah ye...








RESEPI CEKODOK / JEPUT PISANGBhn2:

10 biji pisang emas - lenyek halus
1/2 cwn gula @ lebih - terpulang pd citarasa msg2
1 cwn tepung @ lebih
1 s/t baking powder

Minyak utk menggoreng

- satukan pisang dan gula.
- masukkan baking powder, tepung sedikit2, adunan jgn terlampau keras, agak2  xcair dan xkeras sgt.
- perapkan selama 30 minit....tp biasa Liza buat adunan ni lepas lunch dan grg petang nnt....agak2 dlm 3 jam jugak la....
- panaskan minyak, ambil sudu dan celupkan ke dlm minyak panas td utk elak tpg melekat pd sudu.
- guna sudu td dan ambil sejemput adunan kecil dan grg..( adunan akan mengembang bila digrg).
- bila dah keperangan blh la diangkat...






Wednesday, April 20, 2016

Cucur Susu Lemak Manis...



Buat lagi cucur susu ni utk kali yg keberapa pun liza dah lupa...anak2 mmg suka sgt cucur ni..tq kak Fida atas resepi marbeles ni..








RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS

Bhn2:


  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk bicarbonate soda
  • 6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
  • 1/2 cawan susu segar/cair
  • garam secukup rasa

    Cara-cara                        

    1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.                
                             
    2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan... :)
    3. Angkat cucur dan hidangkan


  • Wednesday, November 12, 2014

    Cucur Kembong...


    Terkena jugak tempias cucur kembong ni, puas hati akhirnya sebab sampai jugak seru utk buat cucur yg tengah pemes ni....hihihi
    Sebenarnya buat cucur ni pun dah lama tapi bila internet meragam memang semua keje tak jadi, maka terperaplah gambar cucur ni..
    Ni pun sekeping je yg dapat diuploadkan, yg lain memang fail..jadi nak tak nak, terpaksa lah jugak masukkan entry ni..

    Liza tak pasti gerangan siapakah empunya resepi ni, sebab ada yg tak mentionkan nama pemilik resepi, cuma Liza amik resepi ni dari fb Aznie Khasri...tapi Liza buat versi ikan bilis bukan versi susu pekat manis..jom  tgk resepi.




    RESEPI CUCUR KEMBONG BILIS

    Bhn2:

    3 cawan tepung gandum
    3 cawan air panas didih
    Segenggam ikan bilis*
    4 ulas bawang merah*
    Garam secukup rasa

    - tumbuk kasar bhn bertanda *.
    - masukkan bhn tumbuk tadi dan garam ke dalam tepung.
    - masukkan air sedikit2 sambil digaul dgn garfu / sudu hingga bergaul mesra..
    - bulat2kan adunan dan bolehlah lah digoreng hingga masak...


    Tuesday, July 23, 2013

    Best Ever Cucur Udang...



    Assalamualaikum wbt...Liza suka cuba cucur udang pelbagai versi, ada yg guna yis, ada yg guna baking powder dan yg ni pun ada kelainan jugak...apa2 pun rasa cucur udang ni mmg lembut n sedap..

    Terima kasih pada Azie dan Kkida, resepi cucur udang ni Azie amik dr dapur Kkida...sorry ye Kkida, tak boleh nk link kan kat blog akk., tak jumpa..Liza CnP resepi ni dr dapur Azie, mintak halal ye..



    RESEPI BEST EVER CUCUR UDANG

    Bhn2:

    2 cawan tepung gandum
    1/4 sudu teh baking soda
    1 cawan udang kecil putih
    3/4 cawan bawang besar putih - cincang
    1 biji cili merah - cincang
    1 cawan daun kucai - cincang
    3/4 cawan isi jagung, fresh atau frozen - xletak sbb xde stok
    2 sudu kecil garam
    1 sudu besar gula
    1 sudu kecil kunyit 
    1 biji telur - Liza tambah

    1/2 cawan air panas thermos
    1 1/2 cawan air biasa
    1/2 cawan gandum (extra)

    Cara cara:
    Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan digaul rata.
     
    Masukkan air panas dan diikuti air sejuk sedikit sedikit ke dalam tepung sambil dikacau rata. Jika terlembik, masukkan lagi 1/2 cawan tepung gandum extra sedikit sedikit dan gaul hingga betul betul sebati dan likat. Lebih sedap jika adunan dibiarkan dulu dalam 30 minit sebelum digoreng. 

    Panaskan minyak dalam dalam kuali dan sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.

    Hidang panas panas dengan sos dan mayonnaise atau dimakan begitu sahaja. 

    Nota:
    Jika takda udang kecil putih udang sederhana besar ni pun boleh. Hanya gunting ekor dan muncung tajamnya, kemudian potong dua udang tu. Jika guna udang kecil putih, tak payah buang ekor dan kepala, hanya bersihkan dan terus campurkan ke dalam tepung.



    Thursday, December 27, 2012

    Cucur Udang Gebu n Tembam...


    Kali ni Liza guna resepi dari CMG pulak...mmg betul2 gebu cucur ni, mgkn jugak sbb guna yis kan..ape pun thnx pada Cik Mat atas perkongsian resepi ni...mintak izin share resepi kat dapur Liza pulak ye...

    RESEPI CUCUR UDANG GEBU N TEMBAM

    Bhn2:
    2 cawan tepung gandum
    1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
    1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
    1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
    5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
    1 pokok daun bawang, hiris
    1/3 camca teh serbuk kunyit
    1 camca teh garam
    20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel - Liza buang kulit udang

    BAHAN SOS LADA :-)
    5 biji cili merah
    1/3 cawan gula pasir- Liza guna nise
    1/4 cawan cuka
    3 ulas bawang putih
    1/4 camca teh garam

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
    2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
    3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi.

    Sunday, June 10, 2012

    Cucur Susu Lemak Manis...

    Sebenarnya n3 ni semua yg dah jadi baja tau, dah berkurun dah buat, tp baru sekarang sempat nk publish....ni pun buat sebelum cuti sekolah ari tu lagi, mak aaiiii lamanya....hihihihii
    Hari tu dok berkira2 nk masak apa utk minum ptg, nak buat resepi yg simple, cepat dan sedap...last sekali terfikir la resepi yg dah lama Liza salin ni, tp xpernah buat pun lagi....so ape lagi, tgk bhn, semua ada kat dapur, maka bermula lah projek 'mengcucur' ....hihihihi




    Resepi ni rasanya Liza tgk kat dapur Izah,kalau nk tgk cucur yg bulat2 comel, jenguk la kat dapur Izah atau Mas ye....resepi asal katanya dr Kak Fida, terima kasih la buat semua yg mewarwarkan cucur ni, best n lembut sesangat....sukaaaaaa

    RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS

    Bhn2:
    1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
    1/2 sk baking powder - diayak
    1/2 sk bicarbonate soda - diayak
    6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
    1/2 cawan susu segar @ cair
    garam secukup rasa

    Cara membuatnya :
    Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
    Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
    Angkat cucur dan hidangkan.


    Friday, March 30, 2012

    Cucur Kentang...


    Cucur yg jadi peberet Liza...bagi lah apa cucur pun, i likeeeee....hihihihi..buat cucur ni sama jer macam cucur bilis yg biasa tu, cuma ditambahkan kentang dadu...

    RESEPI CUCUR KENTANG

    Bhn2:

    2 cawan tepung gandum
    1 biji kentang - potong dadu
    Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
    3 ulas bwang merah - tumbuk kasar
    Air secukupnya
    Sdkt garam
    Minyak - utk menggoreng

    - gaul tepung bersama bhn2 tumbuk, garam dan ubi kentang.
    - masukkan air sdkt demi sedikit dan gaul sebati..agak2 la yea
    - panaskn minyak dan ambil sejemput adunan dan grg hingga masak.
    - sedia dihidang panas2 dgn sos cili.....perggghhhhh

    Monday, January 16, 2012

    Cucur Bom Manis....


    Assalamualaikum wbt kpd smua kawan2 yg Liza kasihi....pejam celik pejam celik hari ni dah pun 16hb Jan 2012, maknanya dh nk sampai ke penghujung bulan dah...kalau tiada aral melintang, next week, kawan2 kita yg berketurunan Cina akan menyambut Chinese New Year, dan maknanya kita akan cuti lagi......yabedabedooooo....

    Berbalik kita pada cucur bom ni kan, act dah lama Liza tgk org buat tp masa tu tak sampai seru lagi...tp ntah kenapa hari tu tergerak hati nk try buat cucur yg pemes ni...dan alhamdulillah hubby ngan anak2 laju jer mkn, lepas satu satu diambiknya....sama la ngan umi dia, mkn sampai dah tak hengat diet dah....ekekekekeke

    Moh kita terus tgk resepi ni yer...mgkn bg org lain resepi ni senang jer kan, tp Liza ni mak budak baru belajar, so kena tempek la kat sini, senang nnt di kemudian hari....hihihihi

    Terima kasih buat Izah yg memanjangkan resepi ni yer....

    RESEPI CUCUR BOM MANIS


    Bhn2:

    1 sdt yis
    1 cawan tepung gandum
    2 sdb gula
    3 sdb susu pekat manis
    secubit garam
    air secukupnya
    minyak untuk menggoreng

     
    Cara-cara :
    Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
    Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
    Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng
    Panaskan minyak masak.
    Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
    *Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
    Hidangkan.
    *izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua).




    Pada sesape yg belum buat lagi cucur ni, cubalah buat, gerenti satu adunan tak cukup....kebaaaaboooommmm..hihihihhihi



    

    Thursday, December 22, 2011

    Cucur Bayam....

    Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua kengkawan...cuaca kat sini nmpk mendung jer hr ni, mintak2 la tak hujan sbb bnyak benda yg nk kena settlekan...bila dah hjan ni ape benda pun malas nk buat,mmbuta jugak la yg best....hihihihihi....hari ni Liza breakfast simple jer, dgn cucur bayam...pernah mkn tak? Liza dapat resepi ni dr bibik jiran sebelah dlm 5 thn lepas....Liza suka masukkan sayuran dlm benda2 yg anak2 suka...kiranya 2 dlm 1 la....kalau tidak, nmpk jer sayur letak tepi, tmbah2 si Yana tu...tp bila dh masukkan dlm cucur ni, fuhhhh mmg selamat, dia mkn pun tak banyak songe, siap mkn bertambah2 lagi...hihihhihii
    

     
    Sebenarnya cucur ni rasa dia cm cucur bilis biasa jer sbb tu la anak2 Liza tak perasan ada sayur kat dlm tu...nk buatnya pun mmg cm cucur bilis yg biasa tu cuma tmbhkan bayam yg dihiris....senangkan...Liza buat ni takde sukatan, main campak2 jer...so kali ni resepi pin tak de sukatan yer,ikut selera masing2..

    RESEPI CUCUR BAYAM

    Bhn2:

    Tpg gandum secukupnya
    Daun bayam - hiris halus
    Bwg merah - tumbuk
    Ikan bilis - tumbuk kasar
    Air
    Garam secukup rasa
    Minyak - utk menggoreng

    - masukkan tpg gandum, bayam, garam dan bhn tumbuk ke dlm bekas
    - tambahkan air perlahan2 dan adun sebati
    - bila adunan nmpk dh ok, maka blh lahpanaskan minyak dan grg...



    Bg Liza yg mmg penggemar setia atau lbh senang lg cakap hantu cucur la, cucur ni mmg sedap cm cucur lain jugak... bg anak2 yg tak suka mkn sayur tu, blhla cuba cucur ni....Insyaallah.. anak suka, ibu setuju......hihihihihihi


    Saturday, December 3, 2011

    Cucur Nasi Yati...Bestnyaaa...

    Assalamualaikum dan salam dihujung minggu semua.....tido lagi ke?hihihii..menu ape breakfast ari ni?Haaa...kalau dok tgh terkedu tak tau nak masak ape, jom kita cuba buat cucur nasi ni.....resepi ni sebenarnya amik dr umah Yati Sinar Kehidupanku, thanx yer Yati sbb resepi yg kenyang dan sedap ni...

    First time buat cucur ni kan tertanya2 jugak cmner rasa cucur yg ada nasi ni....rupa2nya mmg terbaekkk la, tak terasa langsung nasi yg ada kat dalam tu, tp cucur ni mmg gebu dan lembut...disebabkan Liza ni peminat segala cucur, maknanya lepas ni kena buat lagi la, mmg puas hati...thanx sekali lagi Yati yer...

    Izinkan Liza CnP resepi kat sini pulak yer....mintak halal...


    RESEPI CUCUR NASI

    Bhn2:
    • 2 cwn nasi
    • 2 cwn air
    • 1 biji bwg besar - Liza potong dadu
    • 2 biji bwg putih
    • 1/2 cwn ikan bilis
    • 2 1/2 cwn tepung gandum
    • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
    • Daun sup/bawang (di hiris halus)
    • sedikit garam
    • Minyak untuk mengoreng
    • Liza tambah crabstick
    Cara Membuatnya

    1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
    2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
    3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
    4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
    5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

                                             Dah pun siap.....sedapppp wa cakap lu.....hihihhihi

    Tuesday, November 1, 2011

    Cucur / Cekodok Bilis Evergreen....

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...pekabar semua? diharapkan sihat2 semuanya, maklumlah beberapa hari lagi dh nk raya haji.....yahooooo rayaaaaa.....tp macamthn2 sudah jugak la, Liza n family raya kat sini jer, si pada sesape yg sudi nk dtg beraya nnt, jemputlah ke rumah....

    Berbalik pada cucur / cekodok bilis ni, dulu2 arwah ma selalu buat utk kami...tiap kali bau jer arwah tgh grg cucur ni, kitaorg akan cepat2 bangun...bkn apa tkt habis....hihihhii..mmg best bau dia masa tgh grg kan, satu rumah harummm jer dgn bau ikan bilis ngan bawang...sampai sekarang pun tiap kali Liza bau ada org grg cucur ni,mst lps tu Liza akan buat...tak tahan godaan beb....hihihi

    Resepi ni biasa2 jer, tp utk rujukan anak2 Liza nnt, Liza letak jugak la kat sini..



    RESEPI CUCUR/ CEKODOK BILIS EVERGREEN

    Bhn2

    Tpg gandum
    Ikan bilis
    Bwg merah
    Garam
    Air secukupnya
    Minyak utk menggoreng


    - tumbuk bwg 1/2 lumat, masukkan ikan bilis bilis yg tlh dibersihkan.
    - ikan bilis ni tumbuk bg pecah2 jer...baru best
    - panaskan minyak.
    - masukkan bwg tumbuk dan ikan bilis ke dlm tepung.
    - masukkan garam dan air sdkt2.
    - kacau adunan, jgn terlampau cair, nnt ssh nk grg..
    - grg dgn api sederhana hingga masak.

    # blh jugak masukkan skeping roti ke dlm tpg tadi dan ramas2..ini utk melembutkan lg cucur tu..Tp Liza letak resepi ni, yg ori dr arwah ma..



    Kalau mkn cucur  bilis ni, habis sepinggan pun tak sedar....sedaaaapppp...minum pulak air Nescafe....fuhhh layannn...hihihhi


    Sunday, September 11, 2011

    Cucur Udang Geragau Sayuran..

    Salah satu menu kegemaran family untuk minum petang...kali ni Liza campur udang geragau dgn sayuran..kira2 menu sihat la utk semua kan..resepi ni rasa2nya macam yg org lain buat jugak, sama jer..cuma tambah2 jer apa yg nak dibubuh kat dlm cucur tu..ikut selera masing2 laa..



    CUCUR UDANG GERAGAU SAYURAN

    Bhn2

    Tepung gandum
    Air - ikut kepekatan
    Garam
    Serbuk penaik
    Pewarna kuning
    Udang geragau
    Lobak merah
    Daun sup
    Taugeh

    - campur semua bhn dan biarkan sebentar
    - grg dalam minyak panas, api jgn terlalu besar
    - bila dah garing, angkat dan sedia dimakan bersama cili sos atau sos kegemaran.


    Liza makan dgn sos pencicah resepi ari tu..utk memudahkan Liza paste kat sini pulak la..

    SOS PENCICAH / COLEK

    Bhn2

    Bwg putih
    Cili boh
    Gula melaka
    Cuka / air asam jawa
    Tpg jagung - utk pekatkan kuah
    Air secukupnya
    Garam
    Gula

    - semua bhan kecuali tpg jagung dimasak hingga sdkt pekat, masukkan tpg jagung ikut kepekatan yg dikehendaki..
    * blh juga ditumis dahulu bwg pth dan cili boh hingga sedikit garing, bru masukkan bhn2 lain..


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...