Followers

Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Hantaran for Put

4 Hours.
Hantaran tercepat yang pernah dibuat setakat ini, boleh catat untuk rekod sendiri, haha. 
CIK PUTERI a.k.a Put minta i untuk buatkan hantarannya untuk pihak lelaki, so semalam put meluangkan masa ke kuantan untuk bersama-sama dengan i membeli hiasan hantaran. At 1pm, she safely arrived at my little crib, alhamdulillah. Lepas zohor, kami pon keluar cari barang-barang untuk diy hantaran dan veil, dan ditemani KINA, sebagai peneman setia. Everything settled at 5pm, so hantar Kina balik dan straight away ke bazaar ramadhan untuk beli juadah berbuka.

Rezeki put, jiran-jiran pon ada memberi juadah berbuka, memang banyak rezeki kami semalam. So after breakfasting n solat, bersedia untuk menggubah! Yeay! Put plak dengan task menyiapkan bantal hantaran, heheheh. Ingatkan nak siapkan sikit je, tapi memandangkan Put datang jauh, i rasa nak settlekan semua sekali. Finished at 12am. She asked me to make 9 deco for hantaran, tapi i buat sampai 7 je, 2 lagi untuk coklat dan sirih junjung, i minta Put buat sendiri. Inilah hasilnya, sikit-sikit jela, nak full version, tunggu wedding CIK PUTERI September ni ya!
Okay tak combination color ni?


Monday, August 8, 2011

Dulang Hantaran Idaman

Kita lupakan sekejap Felt & Fabric HB, nanti orang bosan n annoyed. Yerkkkksss!

Dulu, I ‘pernah’ dapat 1 promo hantaran fresh flower semurah RM50 untuk satu dulang. Murah kan? Tapi itu dulu. Ceritanya camni,.

Bila nampak je promo ni, I terus call Jules untuk grab, Tapi unfortunately, (and this is what we called ‘bukan rezeki’), Jules takde kat Malaysia since Ramadhan till end of October. Sobsob, my wedding will be on October 2nd, Jules balik Malaysia October 22nd. Huhuhuhuhuhuhu. Then she said, “don’t worry dear, my friend Zie boleh buatkan, hasil lebih kurang sama je dengan Jules punye”. Yeay suka, kembali tersenyum. Lebih lebar dari tadi. Oh so cliché!

But but but, unfortunately again, si cute Zie pula tak dapat nak siapkan tempahan I tu, memandangkan dia akan bersalin early October. Dia takot bersalin awal and my hantaran, takde orang nak disiapkan. Huhu I terima dengan hati sedikit terbungkam, tsk tsk. Tak dapat la I merasa hantaran atas Cinderella tray camni.


Cantik kan? Sesiapa nak tempah untuk majlis selepas October, sila klik LINK di atas ye.

So after few months, I just ignore je pasal hantaran sendiri, usha punya usha dah tak jumpa dah yang murah dan cantik dan sesuai dengan budget i. Dalam hati just nak abaikan dulu, nanti dah dekat-dekat tarikh baru fikir. Boleh gitu?

And one fine day, I ternampak 1 hantaran ni, tengok je terus berkenan. Terus rasa nak DIY hantaran sendiri.

by: Hazlie Hamzah

Cari tray camni kt banyak tempat memang tak jumpa, takde! Rupanya dia custom-made punya, patutlah! Tapi I nekad nak jugak hantaran camni. Berkenan gila dengan frame yang ada cermin muka tu, nampak exclusive.

So I’ll work hard for it.

So I dengan selambanya print gambar hantaran ni, gi kedai frame, tanya harga. Kedai cakap mmg mahal la klu buat sekali kaki berukir camtu, tapi ini tidak melemahkan semangat i. Takpe, I just nak frame yang atas tu je, asalkan ada cermin, dah okey! Sangat degil I know. Heheheh. Murah la sikit, still under my budget. Pasal kaki dulang, nanti i selesaikan.

I request size 1kaki x 1kaki, besar sikit. And I request nak full frame, solid white color. Tup-tup esoknya dah siap. Hoh cepat betul! Excited gi amek and bayar, puas hati.

Nak tengok teaser?


Saturday, February 19, 2011

Saya Sayang Awak!

Semalam survey jam untuk hantaran for both of us. Tujuan survey ni sebab i bercadang nak beli jam design yang sama kat Korea, mana la tahu dapat murah sikit kan. Hehehe. Kalau lagi mahal, pergi balik la kedai tu beli kat sini aje. My fiancé want something exclusive and goes to Seiko collections (Criteria), and me, tak tahu nak pilih jam apa. Mula-mula search for couple watch, but end up hampa. Seiko takde couple watch cantik-cantik pon. Huhu. Semua design my fiancé tak brkenan. 
My fiancé memang demand sikit pasal jam, maklumlah nak guna masa kerja, my fiancé ni kerjanya flying. Plus jam dia sekarang pon dah 2x ganda harga jam i, huhu, i pakai jam murah je. Huhu, yang si tunang nya ni, telan air liur jela. So we went to almost all store to find the right one, tak jumpa jugak and we both felt so disappointed.
Sebelum keluar kedai yang last sekali tu dengan perasaan hampa, tengok-tengok jugak la Citizen collections dan tiba-tiba mata tertumpu kat satu jam ni, bukan mata i tau, mata my fiancé. Then he said, “this is what i am looking for!” Dan muke begitu glowing skali. I tengok jugak, terus berkenan dan designnya, sangat complicated. Bab harga, berdebar-debar nak tahu sebab price tag terlindung.  Dup dap dup dap camtu. Bile salesgirl keluarkan jam tu, i tau my fiancé sangat teruja dan superexcited. 
Harge? A bit pricey for me dan over budget sikit la, but end up i amek keputusan untuk beli jugak untuk dia. Wajah teruja my fiancé buat hati i berbunga-bunga , and i know this is a good investment for me and him. Yeah! I harap jam ni akan beri dia semangat untuk fly dengan lebih baik, dan jam ni tanda sokongan i terhadap kerjaya dia. (i hope u read this, dear!). 


My watch, tak beli pon, uhuk! Takpelah, sabar dulu ya.

Citizen Promaster Navihawk JN0040-07L JN0040 Blue Angel Watch


Courtesy: encik google 

Korang pernah tak buat camni? Beli something yang mahal tapi bukan untuk diri sendiri? 
Tanda sayang pada seseorang~

Saya sayang awak tau!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...